Viral Hitamkan Mata Tak Nak Anak Ketagih Gajet Menipu Prank Bukan Cara Mendidik


Semalam viral di media sosial tentang taktik berbentuk prank untuk mengekang anak daripada leka dengan gajet atau telefon pintar. Tolong jangan tiru, kurang baik untuk perkembangan mental & emosi kanak-kanak.
Posting yang telah tular di Facebook dan Instagram ini berbentuk seperti perkongsian yang menyarankan perkara yang sama dilakukan ibu bapa lain bagi menyekat minat si kecil kepada telefon pintar. 
Memang benar penggunaan gajet untuk kanak-kanak perlu dielakkan ekoran daripada kesan buruk yang boleh mempengaruhi perkembangannya. Ibu bapa dan orang sekeliling perlu memainkan peranan menyekatnya daripada menjadi tabiat.


Namun sekiranya ia sudah menjadi kebiasaan, ada cara yang boleh dilakukan secara berperingkat. Semuanya perlukan kesabaran dan kesungguhan, bukan sekelip mata dengan prank yang sangat melukakan hati si kecil hingga mengakibatkan trauma!
Prank yang dilakukan olen seorang ibu yang telah di kongsi oleh 64 ribu netizen telah dipadamkan oleh FB berikutan telah melanggar peraturan standard komuniti.

Boleh cuba ni untuk anak kita.. Nak kurangkan anak bermain handphone? sy cuba cara ni dan berjaya! hehehe..saya nasihat anak kalau kerap main handphone mata jadi hitam…biasa la budak2..bukan nak dengar.
Jadinya..
masa tidur saya letak eye shadow hitam di matanya..ala2 macam panda gituu..bila bangun dari tidur dia tengok cermin dan menjerit ketakutan.. saya katakan padanya..inilah akibat selalu bermain handphone.. rasa serba salah pun ada & kesian pun ada..
Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula. Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini boleh dijadikan panduan dalam perkara berkaitan emosi kanak-kanak.
Penggunaan gadget secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa sememang telah terbukti mendatangkan kesan negatif kepada kanak kanak.
Namun adakah KITA terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan prank yang boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak anak?
PRANK Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak.
TRAUMA; OTAK  STRES & ANAK KETAKUTAN TRAUMA adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.
Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak.
Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .
Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku.

TRAUMA JADI SUKAR KAWAL EMOSI & AGRESIF Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi.
Mereka mungkin mengalami,
Rasa ketakutan dan kerisauan yang tidak menentu Sukar untuk ditenangkan dan dipujuk Bertindak agresif dan impulsif Hilang keyakinan diri Mengalami kesukaran untuk tidur Mundur dan terkebelakang dari segi fungsi dan tingkahlaku.
TIADA LAGI KEPERCAYAAN  DARI ANAK TRUST – Kepercayaan
Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?
Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain?
Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan.
MENIPU BUKAN CARA UNTUK MENDIDIK Ternyata, dengan mewujudkan trauma dengan prank matlamat ini tidak mungkin berhasil. Agama sendiri tidak pernah mengajar untuk menipu walaupun untuk tujuan pendidikan
Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa ditangan ibu bapa.


Sumber: Public Health Malaysia
Artikel berkaitan:[Susah Tidur & Hantuk Kepala, Rupanya Tanda Anak Stres. Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa&Ma TV] [Takut Anak Bosan Hulur Gajet. Ingat Cara Ni Salah! Sepatutnya Anak Bosan Lagi Bagus] [6 Tahun Pertama Usia Emas Anak, Berkasih Sayang Cara Terbaik Mendidik]
The post Viral Hitamkan Mata Tak Nak Anak Ketagih Gajet. Menipu & Prank Bukan Cara Mendidik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/viral-hitamkan-mata-tak-nak-anak-ketagih-gajet-menipu-prank-bukan-cara-mendidik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malas Nak Layan Bagi Je Gajet Pada Anak Sudahnya Ketagih Sampai Rosak Mata

Malas Nak Layan Bagi Je Gajet Pada Anak Sudahnya Ketagih Sampai Rosak Mata

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 323 hits
Sekerap manakah anak anak anda memegang gajet dalam seminggu Adakah hampir setiap hari mereka meminta untuk melihat telefon bimbit Melalui perkongsiannya di laman Facebook Wawa Shauqi berkongsi tahap ketagihan anak anak terhadap gajet Perha...
Viral Ibu Poles Make Up Hitam Ke Mata Anak Demi Kapok Main Gadget Ketahui Juga 6 Trik Lain Ini

Viral Ibu Poles Make Up Hitam Ke Mata Anak Demi Kapok Main Gadget Ketahui Juga 6 Trik Lain Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 563 hits
Bangun tidur mata si anak sudah hitam legam gara gara main hp Sontak si anak nangis dan takut main hp lagi Ada ada aja ide si ibu nih
Cara Ibu Ni Control Penggunaan Gajet Anak Anak Buat Netizen Kagum

Cara Ibu Ni Control Penggunaan Gajet Anak Anak Buat Netizen Kagum

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 392 hits
Kebanyakan kanak kanak pada hari ini gemar menggunakan gajet seperti telefon bimbit untuk berhibur seperti mendengar lagu dan juga bermain permainan video Perkara ini bagaimanapun telah menggusarkan kebanyakan ibu bapa kerana penggunaan gaj...
Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 465 hits
Anak asyik nak berdukung je 24 jam Nak buat kerja pun tak boleh Letak je terus nangis Sampaikan kerja rumah jadi terbengkalai luah Aini Mesti ramai yang mengalami masalah anak asyik nak berdukung setiap masa dan akan menangis setiap kali le...
Anak Beranak Kerja Pilot Ayah Sanggup Tukar Syarikat Semata Mata Nak Terbang Dengan Anak Anak

Anak Beranak Kerja Pilot Ayah Sanggup Tukar Syarikat Semata Mata Nak Terbang Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 671 hits
Semua orang pastinya mempunyai impian sama ada ia dapat dicapai atau tidak tentunya bergantung pada cara seseorang merealisasikannya Tidak salah bermimpi asalkan tahu cara yang betul untuk memilikinya Kerana hidup ini adalah satu pilihan da...
Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 307 hits
Foto foto anak Walikota Tidore Muhammad Sinen yang bernama Muhammad Rafdi Marajabessy viral karena gaya hidupnya yang tak terduga Bukan karena pamer kemewahan Muhammad Rafdi Marajabessy justru menuai pujian karena hidup dengan sederhana Aku...
Umur Anak 17 Tahun Dah Ada Simpanan Rm10 000 Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Yang Betul

Umur Anak 17 Tahun Dah Ada Simpanan Rm10 000 Ibu Ini Kongsi Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Yang Betul

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 397 hits
Pastinya sudah sedia maklum bahawa Tabung Haji sentiasa menjadi instrumen pelaburan yang mengamalkan konsep Islam Jika dahulu ia hanya digunakan sebagai platform untuk orang ramai mengumpul wang untuk melaksanakan Rukun Islam kelima dan mem...
Rappers Snoop Dog Ajar Anak Cara Betul Guna Marijuana

Rappers Snoop Dog Ajar Anak Cara Betul Guna Marijuana

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 259 hits
Snoop Dog yang kini telah mengubah namanya kepada Snoop Lion mengakui dia tidak akan ragu ragu untuk mengajar ketiga tiga anaknya mengambil dadah Menurut laporan portal The New Musical Express penyanyi rap itu berkata walaupun tidak mahu an...
Cara Cepat Turunkan Suhu Jerlum Dan Angkat Jangan Biar Tuala Atas Kepala Anak

Cara Cepat Turunkan Suhu Jerlum Dan Angkat Jangan Biar Tuala Atas Kepala Anak

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 559 hits
Demam biasanya dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan anak Bagaimanapun demam yang disebabkan jangkitan kuman serius adalah kecil Namun demam yang biasa dialami anak anak adalah dari jangkitan virus Sebag...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn