Tips Dapatkan Kerja Bagi Lepasan Spm
AssalamualaikumBismillah
Hari ini aku rasa terpanggil untuk menceritakan beberapa pengalaman dan sedikit tips macam mana nak dapatkan kerja bagi lepasan SPM. Aku merupakan pelajar lepasan SPM 2012, dah 9 tahun berlalu. Kalau nak tahu pengalaman kerja selepas sahaja habis SPM, aku pernah bekerja di kilang, cashier supermarket, promoter, pembantu kedai, dan houskeeping di homestay. Ada banyak lagi kerja yang lain korang boleh baca di entri aku
Baca Sini : Pengalaman Kerja Part-Time
Guys aku bagi tips ni bukan nak dapatkan kerja yang jawatan tinggi tau. Aku bagi tips ni macam mana nak cari kerja saja. Asal korang ada kerja dan tidak duduk menganggur tak buat apa-apa. Kalau rasa cara ini membantu korang, Alhamdulillah syukur sangat.
Kredit Gambar : Odisi
1. Pengalaman / Bantu Ibu Bapa Macam mana aku boleh dapat kerja begitu banyak? Setiap tahun saja aku dapat kerja. Perkara pertama sekali ialah PENGALAMAN.
Bagi aku pengalaman itu yang penting. Apatah lagi kalau ibu bapa korang yang jenis berniaga. Tak kisahlah berniaga tepi jalan ke, nasi lemak, apa sahaja bisnes. Aku sangat galakkan korang libatkan diri dengan bisnes ibu bapa korang. Tak kisah lah COD makanan ke, bungkuk makanan ke, ataupun jaga gerai. Apabila korang habis sahaja belajar, cuba memohon kerja yang berkaitan dengan bisnes ibu bapa korang.
Sebagai contoh, korang selalu hantar COD barang. Jadi korang boleh memohon kerja sebagai pemandu grab, atau rider foodpanda. Contoh yang lain, ayah korang kerja sebagai pemandu lori, ataupun sekuriti. Korang cuba cari kerja sebagai sekuriti ataupun pemandu lori. Kalau kena interview pun korang boleh bagitau korang ada pengalaman sebab selalu tolong ayah macam tu.
So nampak tak point di sini? Korang dah ada pengalaman.
Jadi cuba lihat ibu bapa korang kerja apa? Kalau cikgu dan parents korang ada buat tuiyen, boleh bantu ibu bapa juga mengajar tuisyen apatah lagi kalau korang memang sangat baik dari segi akademik. Ambil pengalaman mengajar tuisyen tu dan memohon kerja sebagai guru tuisyen.
2. Tanya Ibu Bapa / Saudara Mara Ada Kerja Kosong TakBaiklah, macam aku sendiri kan. Kerja pertama aku ialah kerja kilang masa aku baru Tingkatan 2 (2009). Masa ni mama aku nak berhenti kerja sebab mengandung. So, waktu inilah aku ambil peluang untuk ganti tempat mama aku. Jadi mama aku rekomenkan aku untuk bekerja di kilang tersebut. Cuma waktu tu aku hanya bekerja selama 2 minggu sahaja waktu cuti sekolah.
Kalau ikutkan memang tak bolehlah sebab aku masih bawah umur. Cuma waktu tu memang kurang orang. Takpa lah kita cuba kan. Dapat atau tidak tu bergantung rezeki. Kadang peluang untuk dapat kerja itu lagi mudah kalau ada saudara mara kita yang bekerja di tempat tu.
Grab peluang tersebut walaupun korang kerja sekadar 2 minggu sebab pengalaman tu yang sangat penting. Macam aku kerja cuma 2 minggu tetapi setiap kali cuti sekolah saja aku dapat masuk kerja di kilang tu sebab prestasi kerja aku yang baik. Dan walaupun aku dah habis SPM, pihak majikan masih ambil aku bekerja dan offer untuk jawatan sebagai kerani kilang disebabkan keputusan SPM aku yang baik. Cuma waktu ini aku memang tolak tawaran tersebut sebab aku nak sambung belajar ke Tingkatan 6. Di sini aku dah ada pengalaman hampir dekat setahun juga kerja kilang.
Baca Sini : Dah Habis SPM? Lepas Ini Nak Sambung Mana....
3. Kumpul Pengalaman & KemahiranSebenarnya ada banyak sangat kerja yang memerlukan kelayakan SPM. Cuma terlalu ramai yang memilih kerja juga. Bagi aku tak salah memilih, cuma kumpul pengalaman itu yang penting. Cuba kerja dulu dalam masa setahun (sekiranya korang tak sambung study). Apabila dah ada kemahiran tertentu dan pengalaman kerja korang boleh cari kerja dengan gaji yang lebih baik.
Contoh kerja lepasan SPM yang paling senang nak cari :Cashier (Supermarket, Mini Market)KFC, McDonalds, Upperstar, dllPanggung Wayang / Kaunter Jual TiketPromoterPembantu Kedai7Eleven, Orange Car washPerhotelan Customer ServiceRestaurant / Kedai Makan4. Cukup Pengalaman Cari Kerja Yang Sesuai KelayakanBayangkan umur korang lepasan SPM 17 tahun, korang kerja dalam 3 tahun sahaja. Tak kisahlah part time ataupun fulltime. Kalau keputusan korang baik sebenarnya korang dah ada pakej pengalaman, kemahiran dan kelayakan akademik yang baik. Nak memohon kerja mana-mana pun mudah sebab korang tak ada alasan bilang tiada pengalaman.
Kebanyakkan majikan dia bukan tak nak bagi kerja kepada pelajar lepasan SPM, cuma majikan kurang yakin kita ini boleh bekerja atau tidak. Majikan nak lihat kemampuan bekerja dalam kumpulan, komunikasi, produktiviti, dan cara kita menyelesaikan sesuatu masalah. Yelah kerja kita belajar sahaja kan. Sedangkan belajar dengan bekerja ini memang tak sama. Jauh sangat bezanya. Masa ini korang boleh memohon kerja yang berjawatan. Ada banyak website popular korang boleh cari kerja
Baca Sini : 54 Website Popular di Malaysia Untuk Fresh Graduate Mohon Kerja
5. Buat Kerja Berdasarkan MinatBukan senang sebenarnya nak buat kerja berdasarkan minat ni. Ramai sekarang yang cipta peluang pekerjaan berdasarkan minat. Contohnya jadi youtuber, blogger, freelancer, wedding fotografer, personal shopper, designer, ambil upah melukis dan banyak lagi. Macam aku sendiri bekerja sebagai blogger sepenuh masa. Dan ini masuk tahun ketiga dah aku just work from home sebagai blogger.
Boleh baca perjalanan aku sebagai blogger :Permulaan Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh MasaRutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa [Blog Cara Sii Nurul]Macam Mana Nak Jadi Blogger Sepenuh Masa
6. Cari Side Income Dengan BisnesSelain itu korang boleh buat bisnes ada banyak sangat bisnes korang boleh buat. Contohnya :Bisnes Shopee. Rugilah.. Kalau Sekadar Jadi Pembeli Sahaja Kat Shopee tu..!Bisnes Air Balang (Paling laku, kos pun rendah dan untung lebih). Berminat? Boleh baca Panduan Memulakan Bisnes Air Balang!Jual Tudung! Boleh buat jenama sendiri, kerja mudah dari rumah sahaja. Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!Buat bisnes burger. Macam mana nak bermula dan apakah LANGKAH PERTAMA yang perlu anda lakukan untuk memulakan bisnes burger dengan betul dan lumayan. Boleh baca Panduan Bagaimana Memulakan Bisnes Burger Dengan Pendapatan 4-5 Angka Sebulan
Kesimpulannya,
Kalau korang nak cari kerja dah tak macam dulu yang bergantung dengan kelayakan akademik semata. Persaingan sangat banyak dan kena kreatif dalam mencari peluang pekerjaan. Jangan hadkan pemikiran nak kerja di ofis sahaja. Sudah tentulah kita nak jawatan dan gaji yang lebih baik. Tetapi tetap pengalaman itu sesuatu yang sangat mahal sebenarnya.
Lagi-lagi dengan keadaan sekarang ni kan, ramai yang dibuang kerja, bisnes gulung tikar, dan kebanyakan orang asal ada kerja saja daripada menganggur. Kebanyakkan kerja pun dilakukan dari rumah. Apapun semoga dipermudahkan urusan adik-adik semua. Aku doakan semoga korang dapat kerja yang baik. Apapun kerja korang biarlah halal supaya rezeki diberkati. Kalau korang rasa cara ini relevan dan membantu untuk cari kerja syukurlah. Semoga bermanfaat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2021/06/tips-dapatkan-kerja-bagi-lepasan-spm.html