Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja


Ikan talapia adalah sejenis ikan talapia yang kami satu keluarga suka makan. Isinya pejal dan banyak serta tiada tulang-tulang kecil yang boleh menyebabkan tercekik dan menyukarkan untuk di makan. Antara resepi yang aku suka buat adalah ikan talapia bakar. Kali ini aku perisakan dengan pes tomyam dan masak menggunakan air fryer. Jadilah ikan talapia bakar pes tomyan, bakar menggunakan air fryer jer!
Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam, Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja...

Beberapa minggu kebelakangan i ni en. suami rajin bawa balik ikan talapia. Katanya dapat dari kolam di tempat kerja. Kawan sekerjannya memancing pakai umpan roti sebab ikan dah jinak sangat. Macam-macam resepi aku pelbagaikan. Kali ini aiku nak buat ikan talapia bakar pes tomyan, bakar menggunakan air fryer memudahkan kerja. Senang sangat, tak berasap bagai dah!


Resepi ikan bakar pes tomyam ni sudah tentulah di adaptasi dari gulai tomyam yang terkenal itu cuma buat dengan cara bakar. Sangat mudah,sangat ringkas apatah lagi bakar hanya menggunakan air fryer. Siap lumur dengan bahan-bahan campak dalam air fryer. Tunggu ting-ting bunyi sekali keluar dan terbalikkan. Bakar sekejap lagi dan ting-ting sekali lagi, dah siap. 


Resepi Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam, Bakar Guna Air Fryer Memudahkan Kerja... Bahan-bahan ikan talapia bakar pes tomyam: 1 ekor ikan talapia sebesar tapak tangan dewasa 1 paket pes tomyam atau 2 sudu besar pes jika menggunakan pes di botol 2 ulas bawang putih1 batang serai2 helai daun limau purut 1 sudu teh jus limau kasturi atau 1/2 sudu teh pes asam jawa 2 biji cili api - jika nak rasa  pedas Garam dan gula secukup rasa Daun pisang atau aluminium foil secukupnya
Cara-cara  memasak ikan talapia bakar pes tomyan: Ikan talapia di bersihkan. Boleh di potong dua bahagian atau bakar terus seekor tu jika muat dalam air fryer.
Bawang putih di cincang halus. Serai di hiris halus dan daun limau purut juga di hiris sehalus yang boleh. Jangan lupa cili api juga di hiris untuk yang nak kepedasan yang lebih.
Masukkan pes asam jawa dalam sebuah bekas. Campurkan bawang putih. serai, daun limau purut, cili api dan jus limau kasturi. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Rasa tau di lidah sikit untuk  pastikan secukup rasa.
Rupa Ikan Talapia Bakar Pes Tomyam Sebelum Di Bakar
Lumur campuran pes ikan bakar tomyam yang telah di buat ini pada keseluruhan ikan talapia. Seterusnya semasa membakar lapik ikan dengan samaada daun pisang atau aluminium fol. Letak ikan dalam air fryer untuk  di bakar.
Bakar dengan suhu 180c dan set masa selama 20 minit. Selepas itu tambah masa membakar selama 10 minit lagi selepas menterbalikkan ikan di bahagian yang sebelah lagi, 
Apabila siap di bakar, bolehlah di makan bersama nasi panas-panas. Nak lebih sedap, boleh cicah dengan sambal kicap cili potong. Tapi makan begitu saja dengan nasi pun sedap juga.
Anak-anak tak habis memuju sedap sangst ikan ni. Tertanya-tanya dorang ikan apa yang aku buat bakar kali ini. Ikan segar memanglah sedap. Terasa kemanisannya lagi sebab baru tangkap dari kolam  terus di bakar. Apapun ikan talaia memang sedap di masak menggunakan resepi  ikan talapia bakar pes tomyan, bakar menggunakan air fryer., tak gitu.. hehe!
Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Ikan sungai memang sedap di buat bakar-bakar ni, hilang rasa hanyir ikan terus... !

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2021/06/resepi-ikan-talapia-bakar-pes-tomyam-bakar-guna-air-fryer-memudahkan-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Resepi Pes Ikan Bakar

Rahsia Resepi Pes Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 289 hits
Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14 000 di laman sosial 5 tahun lepas Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia Lepas say...
Cara Buat Pes Ikan Bakar Air Asam Yang Padu

Cara Buat Pes Ikan Bakar Air Asam Yang Padu

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 386 hits
Siapa tak suka dengan ikan bakar ni makan pula dengan nasi panas panas Memanglah layan Kalau tekak nak merasa resepi ikan bakar sedap ini min kongsikan Nak guna untuk segala jenis ikan pun takpe janji ikan Siakap pari ke selar ke semua bole...
Resepi Basque Burnt Cheesecake Air Fryer Confirm Jadi

Resepi Basque Burnt Cheesecake Air Fryer Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 522 hits
RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE AIR FRYER CONFIRM JADI Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Harini Cikza nak share RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE AIR FRYER CONFIRM JADI memang jadi Sehinggakan kalau boleh hari hari nak baking Basque Burnt Ch...
Resepi Ayam Berlada Mudah Dengan Air Fryer

Resepi Ayam Berlada Mudah Dengan Air Fryer

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 315 hits
Sedap resepi Khairul Aming ni Ana cuba time buka puasa dahulu Perapan ayam yang mudah dan sedap di makan dengan sambal ala sambal gesek tu yang boleh korang adjust pedas masing masing Makan panas panas dengan nasi kosong pun dah cukup dah A...
Resipi Simple Roti Bakar Ala Kopitiam Hanya Guna Roti Keping 2 Bahan Sahaja

Resipi Simple Roti Bakar Ala Kopitiam Hanya Guna Roti Keping 2 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 373 hits
Roti bakar antara menu popular yang boleh didapati di kedai kopi Roti bakar juga antara juadah yang sering di pesan bersama kopi pekat Bagi penggemar roti bakar anda boleh cuba sendiri membuat roti bakar menggunakan roti keping sahaja Ikuti...
Senarai Resepi Biskut Raya Sedap Dan Mudah Tak Perlu Guna Yis

Senarai Resepi Biskut Raya Sedap Dan Mudah Tak Perlu Guna Yis

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 912 hits
Assalamualaikum Hi Semua Musim perayaan masih berlangsung meskipun tidak semeriah dahulu Namun kemenangan ini setelah berpuasa sebulan di bulan ramadhan tetap harus diraikan Mungkin berbeza tidak seindah dahulu namun insya Allah semoga semu...
Air Fryer Undang Kesan Sampingan Kepada Kesihatan

Air Fryer Undang Kesan Sampingan Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 440 hits
Di kala pandemik ini ramai yang memilih air fryer untuk penyediaan makanan sihat terutama yang jenis bergoreng Lagipun lagi senang menggunakan air fryer untuk memanggang dan memanaskan makanan Tiba tiba tular pula yang mengatakan bahawa air...
Cara Memilih Air Fryer Yang Bersesuaian

Cara Memilih Air Fryer Yang Bersesuaian

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 550 hits
Ada 3 jenis air fryer iaitu yang tarik bakul yang buka dari atas dan yang mcm oven Yang bakul senang hendak guna hanya tarik sahaja isi makanan dan tolak balik bakul tu Yang buka dari atas dan mcm oven tu ada aksesori lain boleh golek ayam ...
Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard K480 Memudahkan Kerja Menaip Di Telefon Bimbit

Logitech Bluetooth Multi Device Keyboard K480 Memudahkan Kerja Menaip Di Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 400 hits
Review Keyboard Logitech Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Sebelum semasa dan selepas hari raya baru baru ini banyak kerja yang perlu disiapkan Suami nampak Sha asyik pegang telefon bimbit sahaja dan kadang kadang dengar Sha membebe...
Startups Vs Established Industries

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan