Tips Dapatkan Cpuv Be Dari Nuffnang
Entry kali ni adda nak kongsikan tips untuk dapatkan CPUV / BE dari Nuffnang..mula2 buat blog dulu pun hanya suka2 dan tolong ajar kawan..lepas dah lama rasa seronok ja kongsi macam2 dalam blog..ramai yang kata dengan blog boleh dapat duit kan..dan adda memilih Nuffnang..jom checkidaoutttt..
Kekal atau Tingkatkan Trafik Blog
~ yang ni mesti dan wajib kalau korang nak dapatkan BE dari Nuffnang..memang susah nak kekal atau tingkatkan trafik blog tapi korang kena la rajin..rajinkan diri update blog dan semestinya entry tu atas penulisan diri sendiri..jangan la copy paste je dari entry orang..rajinkan diri blogwalking dan kenal kawan2 baru..yang paling penting jangan sombong..korang kena maintainkan trafik ni melebihi 100uv setiap hari..hihihik
Kekalkan Status Glitterati
~Kalau korang dapat status ni, kiranya korang ni lebih diberi keutamaan oleh pihak Nuffnang..macam mana nak kekalkan status Glitterati ni..yang pertama korang tak boleh curang dengan pasang iklan yang Nuffnang mencikkk..korang kena rajin update blog..Sekurangnya seminggu tu korang update entry..tak kisah korang nak update pasal apa..janji update dan blog tak bersawang..
Rajinkan Diri Update Survey
~Dulu adda tak tahu yang benda ni penting..tak pernah pun update..hikhik..lepas dah tahu tahap kepentingannya terus ja lelaju update..kalau tak penting takkan Nuffnang sediakan ruang ni yerr takkk..dengan updatenya survey ni pihak Nuffnang dan penaja akan tahu tahap dan kesesuaian untuk letakkan iklan di blog korang..
Hantar Ticket pertanyaan atau cadangan
~Rajinkan diri hantar ticket kepada Nuffnang..korang boleh tanya dalam bahasa melayu atau english..pihak nuffnang tak kisah sebab diaorang faham tapi nanti jawapan dari pihak nuffnang adalah dalam english..antara soalan yang korang boleh tanya kenapa blog saya tak dapat CPUV lagi..macammana saya nak dapatkan status glitterati..apa saja pertanyaan korang boleh tanya supaya pihak Nuffnang sedar akan kewujudan blog korang dan betapa korang sebenarnya wujud dia alam maya ini..tediaaa ayat..mihmihmih..tanyalah apa-apa saja dan pastikan ianya berkaitan dengan Nuffnang dan iklan di blog..
Jangan Curang Dengan Nuffnang
~Jangan ingat bercinta dengan orang ja ada curang..dengan nuffnang pun kita kena bercinta jugak..hikhikhik..Apakah yang dimaksudkan dengan CURANG dengan nuffnang..Macam ni,bila korang dah letak iklan Nuffnang dekat blog..korang jangan pulak gataiiii tangan nak letak iklan dari pihak pengiklanan yang lain..korang kena setia dengan Nuffnang je..tapi kalau macam churpchurp tu takpe lah sebab churpchurp masih di bawah Nuffnang..kalau korang nak letak jugak korang boleh hantar ticket kat pihak nuffnang tanya dan pastikan iklan dari pihak lain tu nuffnang tak mencikkkk...
Jangan Klik Iklan Sendiri
~Jangan sekali-kali untuk klik iklan pada blog sendiri..jangan sangka pihak Nuffnang tak tahu perbuatan buruk anda..Nuffnang boleh tahu daripada IP address atau kekerapan klik yang dibuat dan pattern klik yang dilakukan, pihak Nuffnang boleh banned akaun anda..dulu waktu tak tahu ada jugak adda klik sendiri..kononnya nak tambah UV tapi memang pihak Nuffnang tahu..jadi pada anda2 di luar sana nun jgan buat begini ya..buruk padahnya..hohohoho
ini antara tips2 yang adda gunakan untuk dapatkan CPUV / BE dari Nuffnang..In shaa Allah apa pun yang kita lakukan dengan ikhlas..mesti ada balasan yang baik..lambat atau cepat tu bergantung pada cara dan usaha kita..alhamdulillah..moga tips ni berguna untuk semua..:))))
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit". (HR Tirmizi)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://addasyuhadadisini.blogspot.com/2013/11/tips-dapatkan-cpuv-be-dari-nuffnang.html