Full Smart Tips How To Travel To Japan With Low Budget And Easy Way
JEPUN DALAM TANGAN ANDAI ANDA MEMAHAMI 10 SOALAN INI
Dikongsi oleh Fb/TravelogKami
Kalau dulu time Sejarah SPM kita belajar Dasar pandang ke Timur kan tapi kalini jom kita ubah sikit ayat Dasar Jelajah Ke Timur. Mana lagi kalau bukan Negara Matahari Terbit 🇯🇵.
Trip Nobita #7otoko hampa boleh usha hashtag ni dekat Instagram gambar-gambar atau panduan trip kalau nak cover Japan dari utara hingga ke selatan Japan. Okay dari team #TravelogKami nak berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang perjalanan kami di Japan 🇯🇵.
1. Berapa lama travel di sana dan pergi mana ?
Alhamdulillah kami berjaya travel 12 hari 11 malam dan telah cover antara bandar-bandar besar atau porpular di Japan. Dari utara hingga ke selatan, 4 hari 3malam di Hokkaido, 3 hari 2 malam Tokyo, 4 hari 3 malam di Kyoto, 3 hari 2 malam di Osaka. Ni antara bandar besar yang berjaya di jelajah dan rasa dah cukup puas untuk berjalan-jalan di Japan 🙂.
2. Kat Japan penginapan macam mana ?
Okay di Japan kami guna 2 jenis penginapan, Guesthouse(backpack style) dan homestay. Untuk sebarang penempahan boleh terus tengok di website hostelworld.com, Airbnb.com, booking.com dll sangat membantu Insyaallah 100% trusted. Terima kasih juga kepada Anis dan Kimi dari Sapporo dan Osaka 🙆♂️.
3. Transportation kat sana macam mana eh ?
For sure nak ke Japan memang kena guna jalan udara kan. So mana-mana dari Malaysia boleh selalu-selalu tengok promo dari Air Asia (Now Everyone Can Fly). InsyaAllah murah dah semua mampu pergi. Atau juga boleh usha promo-promo dari Malaysia airlines atau mungkin Vietnam Airlines. Cuma kami semua dari Korea Selatan, So mana-mana traveller yang nak cover korea Selatan sekali gus Japan, Boleh usha tiket dari Peach Airlines, Eastar Jet dll. Atau senang boleh tengok perbandingan harga DISINI sahaja.
Sepanjang perjalanan di Japan kami telah guna jalan darat sebagai pengankutan utama contohnya Subway Bus atau Teksi. First bandar Hokkaido kami cover subway di sana dengan menggunakan Sapica Card(macam Tmoney di Korea atau touch and go di Malaysia). Boleh beli di Sapporo station sekali topup kat situ. Kami topup 1500 yen untuk travel 3 hari di sana.
Daripada Sapporo Ke Tokyo -> Kyoto -> Osaka by Japan rail Pass (7days Jr pass). So di bandar2 selain Sapporo semua kami guna Jr Pass 7days valid. Cuma ada certain places yang tak cover habis oleh Jr Pass macam Mount Fuji, Odaiba. Tapi jangan risau mostly tempat2 attraction akan di cover oleh Jr Pass. Untuk maklumat lanjut pasal Jr Pass boleh baca sini. Walaupun harganya agak mahal. Tapi dengan JR pass perjalanan kami lebih berbaloi sebab kami memilih perjalanan yang panjang di Japan. Ingat beli sebelum masuk Japan ya. Jr pass ni tak boleh beli on the spot di Japan taw. Kena beli di negara asal untuk bertolak. Just boleh claim pass card ja kat mana-mana Jr kaunter di sana ^^
4. Macam mana nak travel sana kalau tak pandai berbahasa Japan langsung ?
Haha Honestly tak pandai langsung berbahasa Japan, Cuma tahu 2@3 perkataan ja. Tu pon baru belajar sebelum ke sana 😂. Kalau sesat jangan segan-segan bertanya kepada local people. Depa sangat baik hati dan sangat berbesar hati untuk bantu foreigner macam kita semua. Atau lebih senang tanya ja Mr. Google kesayang semua termasuk kami 😀.
5. Makanan disana macam mana ?
Sepanjang kami di japan kami lebih kepada masak sendiri di dapur rumah atau guesthouse. Cara ni lebih jimat dan dijamin halal kan ? 😋 sampai masuk USJ kami bekalkan abg Brahim sebagai alas perut. Hehe. Tapi kami juga tak lepaskan peluang untuk makan makanan yang famous dikalang orang Malaysia kalau travel di Japan contohnya Ramen Halal, Takkoyaki, Osaka Cheesecake, pablo dan sebagainya. Kena rajin search yang mana kedai halal ya. Tapi mostly macam cheesecake pablo dan seangkatan dengannya Halal InsyaAllah 😉.
6. Mesti guna Wifi pocket untuk cari location atau nak search tempat-tempat kan ?
Bagi saya semestinya kena ada wifi pocket terutamanya negara-negara yang local people nya kurang fasih berbahasa inggeris. Untuk matlumat lanjut pasal wifi pocket ni boleh usha DISINI http://www.ivideo.com.tw, atau boleh terus pergi di kaunter sewa wifi pocket di klia2 tingkat dua kalau tak salah saya. Boleh pilih mana-mana negara yang anda nak/akan travel. Atau juga boleh sewa di on the spot di mana-mana airport di Japan. Untuk pengetahuan semua sewa wifi pocket memerlukan deposit ya 😀. Atau dengan cara terakhir boleh ambil peta kertas sebagai panduan sepanjang di sana. For sure akan memakan masa anda kan 🤣.
7. Ada guna apa-apa apps dak untuk tengok subway atau bus atau apa-apa ?
Tak guna apa-apa apps. Hanya berpandukan Mr. google. Untuk subway atau bus atau apa-apa semua google. just type dari mana dan nak kemana sahaja di google map nanti Mr.google akan bagi details sekali dengan harga, line, train company dan masa. Termasuk juga JR line. On time ya. Inikan 🇯🇵.
8. Boleh share itinerary tak ?
Boleh sangat. Okay ni hampa semua boleh tengok iti yang team kami dah buat DISINI. Maaf agak serabut tapi InsyaAllah dapat membantu serba sedikit.
9. Total jumlah perjalanan berapa ?
Total semua dalam RM 4000 untuk 12 hari 11 malam. Lain orang lain cara pengunaan duit ya kawan- kawan. Hehe. So RM 4000 adalah total lebih kurang untuk seorang kami semua sepanjang di Jepun termasuk tiket flight.
10. Tips lain atau group ada dak ?
Okay boleh request untuk masuk group facebook Road To Japan(RTJ). InsyaAllah ramai otai2 yang lagi superb power disitu dan sangat baik hati, jangan segan-segan bertanya. Banyak juga itinerary dan tips yang berguna untuk anda travel di Jepun.
Dan semestinya jangan lupa like dan share page TravelogKami untuk mengetahui lebih banyak perkara untuk travel 😉.
Mungkin sudah terlalu ramai pelancong dari Malaysia yang sudah sampai ke Negara Matahari Terbit ni. Tapi ini Serba sedikit panduan atau perkongsian dari team #TravelogKami sepanjang jelejah di sana untuk anda yang baru atau yang plan untuk ke sana. Semoga bermanfaat. Maaf jikalau ada salah dan silap. Harap membantu anda semua.
Anda juga boleh berkongsi tips, itinerary atau apa-apa sepanjang percutian anda di Jepun di ruang komen 📝. Sangat mengalu-alukan.
Boleh tengok serba sedikit gambar sepanjang perjalanan 12 hari 11 malam di Japan di bawah.
Jangan lupa like & share page TravelogKami
Banyak lagi perkongsian travel around the world 🌎 akan dikongsikan bersama anda semua.
Travel to inspire People
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wakduit.blogspot.com/2017/03/full-smart-tips-how-to-travel-to-japan.html