Tips And Smart Trick How To Pack Light Luggage
13 TRAVEL HACK UNTUK LIGHT PACKING TERUTAMA BAGI WANITA
Share oleh Fb/TravelogKami Kebelakangan ini kecoh pasal isu cabin baggage 7 kg. kadang-kadang kita usung beg 10 kg, tapi nak check in kat kaunter macam tak berbaloi. Iya lah, kalau bayar mesti untuk 20 kg, mesti rasa membazir (terutamanya untuk solo traveler).
Walaupun rule ini berkuatkuasa 15 Mac (padahal sejak 10 tahun lepas airasia kenakan rules ini) bagi sesiapa yang nak fly dalam masa terdekat dan tetap degil taknak check in baggage, anda semua patut bersedia dan latih diri untuk packing barang yang perlu saja dengan lebih bijak.
Kadang-kadang bukan taknak check in baggage, tapi kalau flight yang kena transit 1 -2 jam, memang tak sempat lah nak tunggu dan ambil beg kau kan. Kalau flight kargo delay lepas tu nak kejar next flight lagi, boleh menangis pikir masalah ini.
Jadi di sini, team #travelogKami nak share tips & tricks macam mana nak selesaikan dilemma ini dengan cara ‘How to pack light’.
1. Rules of three
Tiga pasang stoking, tiga pasang pakaian dalam, tiga helai baju + 2 helai seluar. Pakai satu, basuh satu, dan simpan satu untuk emergency.
Untuk lelaki mungkin takda masalah untuk apply rules ini, untuk perempuan cuba amalkan. Percayalah, 3 helai pun cukup sebenarnya kalau kita tahu ‘trick’nya! Cuba baca sampai habis.
2. Bawa pencuci pakaian sendiri dan pack dalam bekas travel size contohnya, jimat duit dari pergi basuh di dobi. (cucian dalam bentuk serbuk digalakkan)
3. Ini tips untuk perempuan, lelaki boleh skip yang ini. Untuk jimatkan pemakaian underwear, boleh sediakan panty liner dan ganti bila dah kotor. Sangat berguna!
4. Laburkan duit beli tuala microfiber. Tak mahal sebenarnya. Daiso pun dah ada jual tuala ini. Tapi kalau boleh beli yang berkualiti.
Sangat berguna terutamanya kalau ada plan untuk hiking atau camping. Kalau anda tidur di hostel/hotel, boleh skip yang ini. Selalunya hotel/hostel sudah sediakan tuala bukan?
5. Bawa pakaian yang multipurpose. Pakaian yang boleh digunakan dalam semua keadaan.
Contohnya kain batik/pelekat. Boleh dijadikan selimut, penghadang, tuala atau sarung saja kain batik jalan tengah bandar Auckland. Baru hipster!
6. Gulung pakaian anda!
Jangan lipat pakaian, tetapi gulung pakaian anda! Nak lagi jimat ruang, ikat pakaian anda dengan getah. Memang jimat habis ruang dan lebih tersusun.
7. Untuk toiletries, repacking semua liquid dalam small bottles. Bottles ini anda boleh dapatkan di Daiso atau banyak tempat ada jual.
Kalau mahu lebih jimat space, boleh cuba DIY sendiri 'paper soaps'. Boleh tengok video di page FB Nifty Outdoors : Paper Soap!
8. Pakai sportshoes yang boleh digunakan dalam semua keadaan. Takkan lah nak travel pun pakai heels kan? Selipar boleh pack dalam beg, sebab lebih ringan dan tak makan ruang.
9. Pack pakaian ringan, pakaian berat pakai siap-siap ke airport. Contohnya jacket tebal, sweater dan jeans. Pakai lah berlapis pun, biar panas kejap untuk 7 kg punya pasal. Bawah ni ada lagi tricks dia. Teruskan membaca!
10. Untuk barang berat contohnya powerbank, camera dan barangan electronic, simpan dalam poket jaket/jeans masing-masing. Jangan simpan dalam beg. Yang kena timbangnya berat beg, bukan berat badan anda!
11. Bawa sling beg/beg plastic yang nipis, ringan dan pack beg tersebut dalam backpack anda.
Bila dah lepas sesi timbang backpack dan dah rasa agak ‘selamat’, boleh tanggal jaket dan simpan semula dalam sling beg/beg plastic tu. Jadi dah tak perlu rasa panas dan boleh berlari ke departure hall.
12. Kalau pergi secara berkumpulan, anda boleh beli dan share check in baggage untuk lebih jimat. Tak perlu setiap sorang check-in baggage. Jangan lupa kongsi duit untuk yang ini, takkan nak biar kawan bayar seorang.
13. Oh dan jangan lupa check in awal! Selalunya bila check in awal, staff airport masih dalam ‘good mood’. Kalau bernasib baik, mungkin anda tak perlu timbang beg pun, dia lepaskan saja.
Tips & tricks di atas mungkin dah biasa dengar atau buat di kalangan traveler, tapi team #travelogKami harap berguna bagi yang baru berjinak dalam dunia travel ini.
Semoga tips kami boleh jadi panduan supaya tidak overpacking yang selalu menjadi kesilapan dalam kalangan travelers
Kongiskan travel hack anda di ruangan comment!
Jangan lupa like & share post TravelogKami
Banyak lagi perkongsian travel around the world akan dikongsikan
Travel to inspire people
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wakduit.blogspot.com/2017/03/tips-and-smart-trick-how-to-pack-light.html