Tips Dan Strategi Mudah Menjual Sandwich Dengan Untung Berganda
Assalamualaikum semua !Salam Sejahtera
Tips Dan Strategi Mudah Menjual Sandwich Dengan Untung Berganda-Haih,Untung jadi peniaga zaman sekarang.Tinggal nak dengan taknak je.Semuanya dihujung jari.Pendek kata, siapa usaha lebih dia dapat lebih.Gitu kan.
Pada masa ini, ramai kalangan pekerja tempatan memilih sarapan pagi yang ringkas tetapi enak dan mengenyangkan.Sandwich salah satu pilihan yang popular di kalangan mereka
Kali ini saya nak kongsikan maklumat mengenai Tips dan Strategi yang sangat mudah dan boleh tiru untuk menjual sandwich.Tak kisah nak jual kat siapa atau dimana, yang penting kita buat dan usahakan dulu.Mari kita mulakan satu demi satu strategi menjual sandwich paling laris di abad ini.haha
Sebelum tu, kalau tuan puan nak dapatkan panduan dari aspek resepi penyediaan roti premium atau panduan pembungkusan roti sandwich, boleh download sebuah e-Book Jualan Sandwich Yang Menguntungkan pada link ini : Saya nak baca e-Book Jualan Sandwich Yang Menguntungkan-
Kadang-kadang peniaga homemade sandwich ni bukan ambik untung banyak sangat, tapi bila dia buat sedap, confirm order akan berulang dan lebih banyak lagi.Nak sediakan sandwich pun senang kan
Idea Berniaga SandwichPilih Sandwich apa yang hendak di keluarkan.Ini kira sandwich basic dulu ya.Karang bila dah balik modal, untung pun dah masyuk, kita buat sandwich hipster sikit.
- Sandwich Telur
- Sandwich Sardin
- Sanwich Jem
Kaji Harga Bahan Mentah Pengeluaran Sandwich
- Roti Sandwich : RM2.20 (boleh hasilkan 8 set) - Harga kilang
- Telur 1 biji = RM0.40 (Guna 10 Biji)
- Sardin 1 Tin = RM5.00
- Jem 1 bekas = RM3.00
- Pembungkus Sandwish 1pcs = RM0.20
Pengiraan Kos Pengeluaran Sandwich
- Sandwish Sardin - RM1.00
- Sandwich Telur - RM0.85
- Sandwich Jem - RM0.70
(*Harga Kos Diatas +/- adalah harga anggaran kasar sahaja )
Tetapkan Harga Jualan
- Harga Sandwich Sardin - RM2.50
- Harga Sandwich Telur - RM2.00
- Harga Sandwich Jem - RM1.50
Tetapkan Strategi Pasaran
Bulan Pertama : Hantar ke Gerai Jualan Makanan / Kantin Pejabat
(Biasa Strategi Pasaran Kita akan meningkat pada setiap bulan sehingga 6 bulan)
Bulan Pertama : 10 Gerai sahaja dipilih untuk dihantar sandwich dengan pengeluaran hanya 100 set sahaja (Sardin-40set , Telur-40set , Jem-20set)
Kira Pendapatan bagi buat anggaran pengeluaran 12 bulan.
*Hasil Jualan 1 hari : Sandwich Sardin : 40 x RM2.50 = RM100
Sandwich Telur : 40 x RM2.00 = RM80
Sandwich Jem : 20 x RM1.50 = RM30
JUMLAH HASIL JUALAN = RM210/day
*Modal 1 hari : Sandwich Sardin : 40 x RM1.00 = RM40
Sandwich Telur : 40 x RM0.85 = RM34
Sandwich Jem : 20 x RM0.70 = RM14
JUMLAH MODAL = RM88/day
*Komisen Kedai 1 set = RM0.20 x 100 = RM20
*UNTUNG BERSIH SEHARI JUALAN = RM210 - (RM88+RM20) =RM102/day
PENDAPATAN SEBULAN = 30 Hari x RM102 = RM3060
Tiada yang mustahil pun kalau boleh jana pendapatan sampingan ribuan ringgit dengan hanya menjual sandwich.Dah ada pun orang yang dapat.Tinggal kita nak cuba buat ke tidak.hehe
Dengan untung bersih harian sehingga 3 angka, cuba tuan puan jangkakan berapa agak-agaknya pendapatan sebulan seorang usahawan Sandwich? Jangan kata saya tak payung.Bila untung semakin berganda, kita boleh perbesarkan lagi jenis jualan sandwich atau brandingkan jenama sandwich kita.Takde yang mustahil jika kita bersungguh-sungguh dan bertindak sekarang
Jika masih ragu-ragu dengan pendapatan lumayan peniaga Sandwich, boleh rujuk banyak testimoni dan pengakuan jujur dalam e-Book ini: Menjana Pendapatan lumayan dengan Menjual Sandwich Di Rumah.
Orait, saya ingin ucapkan Tahniah dan syabas kepada yang sudah bertindak. Semoga Tips dan Strategi yang saya kongsikan memberi banyak manfaat kepada kalangan surirumah, siswa dan siswi atau sesiapa sahaja yang berhasrat membuat pekerjaan sampingan dari rumah
Sumber tips dan strategi : Dikongsikan DARI SINI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2023/03/tips-dan-strategi-mudah-menjual.html