10 Amalan Mudah Yang Anda Boleh Mula Usahakan Untuk Jalani Kehidupan Yang Lebih Baik




Adakah anda pernah berhasrat untuk jalani satu kehidupan yang sihat. Lalu berfikir apa caranya, yang anda boleh lakukan untuk menterjemahkan amalan cara hidup tersebut.
Hidup sihat bukan bermaksud sekadar menjaga kesihatan tubuh badan saja. Tapi selalunya, ia dikaitkan dengan kehidupan yang baik. Dari segi fizikal mahupun mental.
Hidup yang baik pula bukan bermaksud sentiasa senyum bahagia girang bergelak ketawa. Itu hanyalah ekspresi senang dengan keadaan tertentu. Senang atau susah, berjaya atau gagal, naik atau turun adalah sebahagian dari rencah kehidupan yang semua manusia perlu melaluinya.
Hidup baik bermakna dapat sesuaikan diri untuk menerima saat sukar dan tidak lupa daratan ketika diberikan kesenangan. 
Untuk membincangkan amalan hidup yang sihat tak akan habis sebenarnya. Tapi, apa yang saya kongsikan di bawah ini merupakan salah satu usaha permulaan  untuk menuju ke arah hidup sihat.
Anda boleh mengamalkan 10 petua di bawah setiap hari untuk menjadikan diri anda seorang yang lebih baik kehidupannya, insyaallah!.
1. Keluar ambil anginKurangkan terperap dalam bangunan, keluar ambil angin di kedamaian alam sekitar. Jangan kita memandang remeh keupayaan aktiviti menikmati alam sekitar ini kerana kajian membuktikan ia mampu menurunkan kadar stress, menguatkan memori, meningkatkan kreativiti dan juga menjadikan anda seorang yang lebih baik.
(Amalan hidup sihat ini bersumberkan dari “Underestimating Nearby Nature, Affective Forecasting Errors Obscure the Happy Path to Sustainability” : Psychological Science.
2. BersenamJangan asyik duduk tengok tv, pergi bersenam. 
Bila sebut sahaja bersenam, semua orang akan bosan, sebab bersenam memang diakui manfaatnya tapi ramai orang tak ambil peduli untuk amalkan. Sedangkan amalan hidup sihat dengan bersenam terbukti mampu menjadikan anda lebih bijak, membuatkan anda mudah tidur, menjadikan anda rasa selesa dengan tubuh badan anda, dan juga membuatkan sistem ransangan seks anda berfungsi lebih baik.
Malah kajian daripada Harvard menjejaki mereka yang bersenam selama 72 tahun membuktikan ia adalah rahsia amalan hidup sihat.
3. Bersama kawan-kawan / keluargaJangan asyik habiskan masa buat kerja, penuhkan juga masa anda bersama dengan kawan-kawan dan juga keluarga.
Kajian daripada Harvard mendapati aktiviti sosial ini merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada amalan hidup sihat dan kebahagian hidup. 
Ada masyarakat yang hidup lama menjadikan amalan bersosial dengan kawan dan keluarga lebih penting daripada bersenam dan mereka hidup sihat. 
Kawan-kawan amat penting untuk membaiki kehidupan anda, kongsi kegembiraan dengan mereka dan lahirkan rasa bahagia apabila kawan anda gembira. 
Tahukah anda bahawa kesunyian merupakan salah satu daripada punca serangan jantung dan kencing manis!. Elakkan diri dari kesunyian.
4. Hayati rasa syukur dan berterima kasih Ada dua rasa yang berbeza apabila berlaku pencapaian yang baik. 
Satu kita akan rasa bangga dan satu lagi kita rasa bersyukur.
Kebiasannya perasaan bangga terjadi banyak pada mereka yang hipokrit manakala perasaan bersyukur berlaku pada mereka yang jujur. 
(amalan hidup sihat ini bersumberkan dari: “Moral Hypocrisy, Of Proud and Grateful People” from Social Psychological and Personality Science).
Sentiasa luahkan rasa syukur anda dengan kehidupan, masih bernyawa, merasai lazat makanan, meneguk air membasahkan tekak, semua itu jika kita hayati membuatkan kita menjadi berbeza.
5. Kurangkan mengata, lebihkan bertafakurSebagai orang Islam, sia-sia jika anda tidak ambil kesempatan bertafakur dalam solat, dalam zikir dan dalam wirid selesai dari solat 5 waktu. 
Kajian membuktikan amalan hidup sihat dengan bertafakur membuatkan manusia bahagia, hilangkan stress, hilangkan kegelisahan, hilang keletihan, hilang marah, rasa hidup bermakna dan kuatkan daya tumpuan.
6. Rehat secukupnyaJangan paksa diri selalu berjaga. Pastikan anda punyai rehat dan tidur secukupnya.
Tidak ada orang yang boleh menipu dirinya sendiri apabila dia tidak cukup tidur. Anda menjadi manusia yang lansung tidak cekap apabila keletihan. 
Kurang tidur membuatkan anda keletihan. Kurang tidur juga memungkinkan anda berperangai sewel, kurang tidur juga membuatkan anda mudah sakit.
Mereka yang cukup tidur biasanya mudah membuat keputusan yang baik. Oleh itu jangan abaikan amalan hidup sihat ini dan perhatikan masa tidur anda.
7. Cabar sedikit diri andaJangan hanya mahu benda senang sahaja, cabar sedikit diri anda dengan melakukan perkara yang berbeza dari biasa. 
Belajar bahasa baru salah satu daripada cara mencabar diri anda. Berbahas isu penting dan berhujah juga salah satu daripada aktiviti mencabar.
Amalan hidup sihat dengan melaksanakan azam yang kecil setiap hari juga mampu meningkatkan tahap kesabaran dan nekad anda dan ia sebenarnya lebih penting untuk kejayaan hidup melebihi daripada ketinggian IQ.
8. Senyum dan ketawaJangan hanya serius sepanjang masa, ketawalah sikit, dan senyumlah selalu. Amalan hidup sihat dengan tersenyum atau ketawa membuatkan sistem ketahanan penyakit anda meningkat.
Kketawa membuatkan risiko serangan jantung dan strok anda berkurang dan ketawa juga dapat menguatkan dan mengeratkan perhubungan. 
Mereka yang suka ketawa lebih tahan rawatan pergigian. Dan paling menarik adalah, mereka biasanya hidup lebih panjang.
9. Sentuh belai orang yang anda sayangKalau anda tidak ada anak, segeralah usahakannya. Jika tak ada isteri / suami carilah seorang. 
Bila anda ada anak-anak, ada isteri / suami, jangan lupa sentuh, belai mereka setiap hari. Amalan hidup sihat dengan sentuhan membuatkan anda hilang stress dan eratkan perhubungan.
Mendakap seseorang yang anda cinta membuatkan rasa bahagia. Melakukan seks dengan pasangan dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan risiko kanser. Seks juga menguatkan sistem ketahanan badan. Seks juga membuatkan anda panjang umur.
10. Jadilah orang optimisJangan putus harap. Tanam keyakinan penuh pada segala yang positif. Mereka yang optimis lebih bahagia hidupnya. Mereka juga sihat dan kuat jiwa dan mereka yang kuat keyakinan biasanya lebih tinggi prestasinya. Jangan lupakan amalan hidup sihat ini.
Jika kita lihat kesemua senarai di atas, kesemuanya adalah perkara yang terlalu ringkas dan mudah untuk kita laksanakan. 
Jadi, buatlah!
Segeralah laksanakan semua amalan hidup sihat di atas.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/03/10-amalan-hidup-sihat-agar-hidup-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudah Teliti Sukses Bawa 7 Anak Perempuan Pergi Travel Ibu Ni Kongsikan Tip Boleh Ikut

Mudah Teliti Sukses Bawa 7 Anak Perempuan Pergi Travel Ibu Ni Kongsikan Tip Boleh Ikut

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 532 hits
Bila cuti sekolah ni sebenarnya umpama reward untuk anak anak Dah penat belajar dan mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah tambah pula kena bangun awal dan sebagainya bila tak perlu ke sekolah ni anak anak rasa seronok Apatah lagi bila ibu ...
Malaysia Akan Lebih Baik Jika Pn Kerajaan Dan Muhyidfin Pm

Malaysia Akan Lebih Baik Jika Pn Kerajaan Dan Muhyidfin Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 166 hits
Kewibawaan Muhyidfin ketika sebagai pm masih dirindui dan kepimpinannya sebagai mantan PM berani melawan tuduhan korup ke atas nya masih mengatasi Anwar Persepsi rakyat semasa Dia masih dilihat tahap tidak berbohong tidak mengelak tidak uba...
Cuba 11 Tips Ni Di Dapur Pasti Kerja Memasak Korang Jadi Lebih Mudah

Cuba 11 Tips Ni Di Dapur Pasti Kerja Memasak Korang Jadi Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 209 hits
Mak mak pasti mencari petua atau cara yang boleh bantu kerja dorang terutama di dapur Betul tak Jom baca perkongsian ni sampai habis no 11 memang cikla selalu tengok orang dalam video masak masak buat Cuba 11 tips ni di dapur pasti kerja me...
Lebih Rm400 Juta Kini Diperlukan Untuk Selenggara Baik Pulih Jalan Di Pahang

Lebih Rm400 Juta Kini Diperlukan Untuk Selenggara Baik Pulih Jalan Di Pahang

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Kerajaan negeri memerlukan peruntukan lebih RM400 juta bagi melakukan kerja kerja menyelenggara dan membaikpulih kira kira 3 000 kilometer jalan Persekutuan di negeri ini tahun ini Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan ...
Ajak Masyarakat Lebih Semangat Jalani Hari Youvit Hadirkan Energy Gummy Pertama Di Indonesia

Ajak Masyarakat Lebih Semangat Jalani Hari Youvit Hadirkan Energy Gummy Pertama Di Indonesia

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 293 hits
Energy gummy akan membantumu melawan ngantuk dengan lebih aman daripada kafein pada kopi dan tanpa efek samping
Menu Pak Choy Masak Tiram Paling Simple Mudah Disediakan Dalam Pantang Suami Pun Boleh Buatkan

Menu Pak Choy Masak Tiram Paling Simple Mudah Disediakan Dalam Pantang Suami Pun Boleh Buatkan

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 361 hits
Resepi Pak Choy masak tiram antara menu yang paling mudah disediakan ketika berpantang Para suami pun boleh buat tau Jom ikuti resepi yang dikongsi oleh ibu ini Selamat mencuba Menu pak choy masak tiram biasanya Akak suka ratah macamtu jer ...
Masak Sendiri Tauhu Isi Guna Resipi Ni Sedap Mudah Lebih Jimat

Masak Sendiri Tauhu Isi Guna Resipi Ni Sedap Mudah Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 245 hits
Tercari cari menu mudah untuk dinikmati bersama keluarga Jom buat Tauhu Isi guna resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar Nampak sangat sedap dan membuka selera Tauhu Isi ini enak dimakan bersama sos thai ataupun sambal kicap Wow Sangat me...
5 Tanda Tepat Kapan Harus Berhenti Ngejar Doi Kamu Layak Mendapatkan Yang Lebih Baik

5 Tanda Tepat Kapan Harus Berhenti Ngejar Doi Kamu Layak Mendapatkan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 159 hits
Cinta tidak selalu datang dengan sendirinya Ada cinta yang harus dikejar ada juga cinta yang harus diperjuangkan Lantas bagaimana jika usahamu mengejar cinta tidak membuahkan hasil Sebaiknya mundur dan berhenti saja
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization