Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah Di Rumah
Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah Di Rumah | Siapa yang dah pernah minum air kulat mekah. Kalau yang dah biasa minum macam sedap kan. Tapi ada juga yang tak boleh masuk tekak kan. Kali pertama wani tengok kulat mekah ni sebab ada rakan facebook asyik post pasal kulat mekah ni, wani asyik tengok gambar sebab jakun kenapa boleh panggil kulat, padahal terendam dalam air. Dikatakan kulat mekah ini banyak khasiatnya sekirannya diamalkan.
Asal Cendawan Mekah
Kalau kalian pernah dengar nama lain untuk kulat ini adalah seperti Kombucha, Alga Mekah, Mud - Mud dan Ibu Som. Sebab itu orang panggil dengan pelbagai nama. Dulu- dulu tertanya juga kenapa orang panggil cendawan sedangkan tak nampak macam cendawan pun kan. Macam agar - agar pun ada juga.
Tetapi kenapa dipanggil Mekah kat belakang tu. Sebenarnya, asal cendawan ini memang dari Mekah dan kisahnya memang disebut dalam Al-Quran dan hadis. Cuma,dalam bahasa Arab, ia tidak disebut cendawan Mekah tetapi dinamakan sebagai Al-Kammah. Dikatakan berasal dari Al- Mann. Ingat tak umat Nabi Musa diberikan makanan berupa Manna dan Salwa dari langit. Macam tu lah cerita nya asal cendawan Mekah.
Disebabkan cendawan ini hidup dengan menjadikan air gula sebagai makanannya. Hasil dari uraian gula tersebut, terhasillah penawar yang dapat menjadi penawar kepada penyakit.
Khasiat Cendawan Mekah Yang Ramai Orang Tak Tahu
Cendawan Mekah mampu menjadi penawar kepada penyakit. Sebab itu, ramai yang bela kulat ini di rumah. Di antara khasiat cendawan Mekah adalah seperti di bawah :
1. Sakit sendi dan tulang 2. Membantu menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine3. Membantu menurunkan kadar kolesterol 4. Melancarkan pembuangan air besar 5. Membantu untuk masalah penglihatan 6. Meredakan batuk 7. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi 8. Membantu untuk mencegah jerawat 9. Membantu untuk mengurangkan tekanan dan gangguan tidur ( insomnia ) 10. Membantu untuk menyuburkan rambut
InsyaAllah dengan izin Allah, semuanya boleh menjadi penawar ya. Macam tu lah, orang kata nak sembuhkan penyakit, kena ikhtiar.
Pengalaman 'Membela" Cendawan Mekah Di Rumah
Sis pun macam nak tahu macam mana rasa kulat mekah ni, sampailah adik bagi tahu, rasa macam air bergas perisa epal, lagi lah wani garu kepala. boleh ada rasa "gas" pulak. Macam sedap bunyi. Kawan adik ada bela kulat mekah ni
Jadi disebabkan abah nampak berminat nak bela kulat ni, Kawan adik bersetuju nak serah "anak" kat abah untuk dibela. Kemain bersemangat abah nak bela. Orang lain bela dalam bekas kecik jer kan, ni terlebih bersemangat sampai nak bela dalam bekas besar. Kulat mekah ini pertumbuhan saiznya bergantung seluas mana bekas tersebut. Kalau yang bekas sederhana bulat, maka bulatnya pun kecil juga.
Kulat mekah ni dah banyak bulan dah tak ingat bulan berapa bela tapi tahun ni la juga ya. Makin lama makin membesar dan berlapis - lapis. Kalau jual ni agak mahal la juga. Padan lah dengan nak bela tu bukan senang. Sis nak kongsi kat sini apa pengalaman wani lihat perkembangan kulat ni Dah macam eksperimen. Best juga main eksperimen ni sambil tuntut ilmu kaji pasal kulat mekah.
Kulat mekah ini sekali tengok macam nata de coco pun ada,alaa nata tu, orang buat masuk dalam cocktail pun sedap. Pernah makan kan macam kenyal jerr kalau makan, tapi ada orang saja nak test makan, memang kenyal tapi tak boleh telan. Masam pulak tu. Ok, sekarang bukan nak cerita pasal makan kulat ni. Sis nak cerita macam mana kulat mekah melalui proses "fermentation" ataupun proses penapaian.
Gambar atas induk kulat mekah yang telah diambil. Nasib baiklah kawan adik murah hati nak bagi. Sebab yang dia punya pun dah banyak beranak pinak. Nampak besar nya kan bekas. Induk berbentuk bulat sebab bekas dulu yang dibela bentuk bulat. Jadi, anak pun terbentuk bulat juga. Sekarang dah pindah bekas bentuk segiempat. Air kat dalam tu adalah air teh bergula yang telah dimasak dan disejukkan, mula- mula ni nampak macam berwarna gelap air teh.
Dalam tempoh beberapa minggu, tak ingat dah berapa minggu, gambar kat atas tu, nampak tak macam lapisan macam jeli cerah, itulah nak terbentuk dah "anak" dari induk. Yang induk sekeping bulat tu tak berapa nampak dah. Nak boleh penuhkan bekas segiempat yang besar ni makan masa la jugak.
Yang ini dah nampak penuh bekas. Itu baru nak jadi satu lapisan. nak tunggu lapis demi lapis ni bukan senang. Kalau setiap kali buka penutup bekas ni, memang menusuk hidung la bau air ni, maksudnya macam bau bergas.
Terexcited lebih, abah nak bela kulat mekah. Air teh kalau boleh kena buat hitam pekat. pilih lah jenama teh yang hitam pekat. Permulaan ni memang nampak warna gelap, nanti dah lebih sebulan, warna teh tu macam pudar. nak uji air tu dah boleh diminum, kena rasa, rasa nya macam lebih kurang cuka epal, kalau kita ambil air kulat mekah ni, nampak macam buih - buih kecil kat dalam gelas tu, macam kita tuang air soda.
Sis tak tahu sejauh mana keberkesanan minum air kulat mekah ni. Ada orang kata boleh jadi penawar. mula-mula ni memang semangat nak minum, siap letak dalam peti. Lama-lama dah puas Tapi sayang nya dah berlapis -lapis dah dalam bekas ni. Sekarang, nanti lain kali kita cerita balik. Gambar ni semasa permulaan nak bela kulat mekah.
Oh terlupa nak kongsi tips. Tak adalah terperinci sangat. Cuma apa yang sis tahu dan pantang larangnya sahaja. Ada pantang larang ni kulat mekah, bukan senang nak bela. Tapi, disyorkan sangat jika korang yang jenis prihatin dalam "membela" walaupun hanya "bela" kulat, kalau yang jenis malas-malas tak disyorkan sangat. Dah siap bagi amaran ni ya.
Tips Dan Petua Penjagaan Cendawan Mekah
1. Cendawan mekah hidup sebab ada gula dalam air teh. Yang ajaibnya, walaupun air teh bergula tapi rasa airnya masam. Jadi, cendawan mekah tak boleh hidup tanpa gula sebab gula itu makanannya. Senang saja buat air teh bergula.
2. Air teh bergula mesti disejukkan terlebih dahulu sebelum tuang dalam bekas yang ada cendawan mekah.
3. Lapisan cendawan mekah, kalau ia "hidup" ia akan terapung kat atas. Kalau dah "mati" lapisannya jatuh kat dasar, tandanya kulat mekah yang kita bela tak jadi, dan air pun tak rasa masam. itu tandanya kulat dah mati dan kena buang.
( biasanya berlaku semasa kita nak asingkan "anak" dari induk dan letak dalam bekas lain )
4. Tak disyorkan untuk potong, walaupun ada yang cakap boleh potong dengan gunting plastik tapi jangan sesekali potong dengan material besi contoh pisau dan gunting. Cendawan mekah pantang dengan besi. Kalau boleh tarik lapisan "anak" dari induk dengan hati -hati. Kalau potong pun, kemungkinan hidup atau tak hidup.
5. Tempoh matang untuk minum air kulat mekah mungkin ambil masa sebulan lebih, bergantung kepada bekas yang digunakan. Sis guna bekas besar, jadinya lambat. Kalau guna bekas kecil, rasanya dalam 1- 2 minggu pun dah boleh minum.
6. Air kulat mekah mesti rasa masam. Kalau lagi lama dalam bekas tu lagi masam.
7. Lagi satu kalau tengok kat gambar tu kan, tutup dengan penutup plastik kan, sebenarnya dah ada lubang udara tu kat atas kena bagi kulat mekah ni bernafas, benda hidup kan. jangan tutup penuh. Ada orang dia tutup permukaan bekas tu dengan kain nipis.
Tanda Cendawan Mekah Mati
Itu sahaja dulu tips, tapi nak pesan ada dengar cerita orang yang bela kulat tu malas sangat nak buat air teh bergula. gula tu dia pergi tabur dalam bekas yang ada kulat mekah. Esoknya, tengok kulat mekah dah tenggelam kat bawah. dah "mati" dah kulat tu. Yang rajin boleh lah bela kulat. Tanda cendawan Mekah tu dah mati, ia tenggelam di bawah. Kalau yang hidup cendawan Mekah terapung di permukaan atas.
Memanglah kulat mekah ni makanan dia gula, tapi tak adalah kena tabur macam bagi makan ikan pulak. Kena rajin buat air teh bergula ya.
Tengoklah bekas besar sangat, masa ni, ada 2 lapisan. Sekarang dah berlapis - lapis tebal dah.
Begitulah pengalaman bela cendawan Mekah di rumah. Nak kata susah tak adalah susah sangat. Disebabkan cendawan mekah banyak khasiatnya. Jadi, nak tak nak cuba bela sendiri di rumah. Kalian pun boleh juga buat sendiri. Sesiapa nak bela sendiri Cendwan Mekah di rumah, boleh ikut tips ini ya.
Jangan lupa sekiranya entri ini bermanfaat boleh kongsi entri ini. Terima kasih sudi baca dan jangan lupa untuk follow blog ini.
Baca sini : Cara Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato
Baca sini : Cara Mudah Bersihkan Air Fryer Ikut Pengalaman Sendiri
Baca sini : Petua Mudah Untuk Hilangkan Getah Nangka
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2017/11/tip-dan-petua-penjagaan-kulat-mekah.html