Tips Dan Panduan Mendapatkan Pelanggan Melalui Teknik Perjumpaan



Entri kali ini saya ingin berkongsi tips dan panduan mendapatkan pelanggan melalui perjumpaan secara terus langsung (face to face) dalam temujanji yang telah ditetapkan.

Langkah 1: Sebelum Perjumpaan

Pekara pertama yang perlu dilakukan sebelum berjumpa dengan prospek ialah dengan melakukan persiapan yang rapi. Tujuan utama adalah untuk memberi tanggapan pertama yang baik dimata prospek, secara langsung dapat meyakinkan prospek untuk berurusniaga dengan kita.

1# Sediakan Peralatan Peniagaan (Tools)
Berikut adalah peralatan yang wajib disediakan sebelum memulakan perjumpaan.

1. Kad Nama
Pastikan kad nama anda mempunyai maklumat penting (asas) seperti:

Maklumat Peribadi
Nama Penuh, PG Kod, Nombor Telefon, E-mel dan Media Sosial

Maklumat Syarikat
Logo Syarikat, Lambang Kualiti, Produk atau Rupa Sendiri dan Logo Perniagaan Lain Public Gold (PG Mall, Aurora Italia dan Public Gold).

Maklumat Produk
Kebaikan Simpan Emas (Nota Ringkas)

Bahagian Hadapan Kad NamaBahagian Belakang Kad Nama2. PampletTujuan pamplet direka adalah untuk berkongsi maklumat tentang Emas dan produk Public Gold secara ringkas bagi memberi kefahaman asas kepada prospek tentang Emas.

Ini akan membantu mewujudkan keinginan prospek untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang emas Public Gold. Prospek akan menghubungi kita berdasarkan maklumat yang tertera dalam pamplet.

Bahagian Hadapan PampletPamplet Rasmi Dari Public Gold3. Produk (Emas, Perak atau Barang Kemas)
Salah satu cara meyakinkan prospek adalah dengan cara menunjukkan produk Public Gold. Secara psikologi, ia akan dapat mempengaruhi prospek untuk membeli emas apabila dapat memegang emas ditangan. Lain macam perasaannya apabila dapat memegang emas ditangan terutama dalam gram yang besar.

Produk Public Gold Sebagai Sampel Untuk Ditunjukkan Kepada ProspekAuranya Mengancam4. Borang Kebenaran
Borang kebenaran mewakili pelanggan mengambil stok di cawangan Public Gold perlulah ada ditangan sepanjang masa supaya kita boleh menggunakannya bila perlu. Borang tersebut boleh diambil di cawangan Public Gold yang terdekat.

Salah satu teknik yang memerlukan penggunaan Borang Kebenaran adalah dengan teknik jual dan ganti balik koleksi peribadi. Ada prospek lebih suka membeli emas secara terus dari kita. Untuk menggantikan koleksi yang sudah dijual, kita boleh meminta kebenaran prospek untuk mendaftar menggunakan nama dia untuk membeli balik produk yang sudah terjual.

Borang Kebenaran Mewakilkan Dealer Untuk Ambil Stok Yang Telah Dibeli Oleh Pelanggan5. Nota Ringkas
Sediakan nota ringkas tentang kelebihan memiliki emas. Nota boleh disediakan dalam bentuk peta minda yang dicetak di atas kertas bersaiz A4 atau dalam bentuk eBook.

Nota ringkas tentang emas adalah amat penting sebagai cara kita berkongsikan ilmu tentang emas kepada prospek sama ada secara atas talian (Online) atau secara bersemuka (Offline).

Dengan menyediakan nota ringkas, ia dapat menjimatkan masa serta boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita semasa memberi taklimat pada prospek.

Nota Ringkas Dalam Kertas A4
6. Buku Tentang Ilmu Emas
Beli beberapa buah buku berkaitan emas untuk dijual kepada prospek yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang emas. Buku juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menarik minat prospek untuk membeli emas.

Buku ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada pelanggan kita sebagai tanda penghargaan.

Wang Emas, Bertahan Ketika Gawat
2# Persiapan Dari Segi Penampilan
Berikut adalah tips dan panduan persediaan dari segi penampilan sebelum berjumpa dengan prospek.

1. Berpakaian Kemas
Digalakkan berpakaian formal (supaya nampak kemas) atau berbaju kolar (terbaik pakai baju Polo Public Gold)

2. Menepati Masa
Datang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

3. Memilih Lokasi Perjumpaan Yang Sesuai
Pilih lokasi yang bersesuai semasa berjumpa dengan prospek. Antara pekara penting yang perlu dipertimbangkan adalah dari segi keselesaan, keselamatan, lokasi yang berdekatan dengan prospek dan berkemampuan untuk menghadiri lokasi tersebut.

Berikut adalah lokasi yang sesuai untuk berjumpa dengan prospek
1. Restauran/ Kedai Makan
2. Pejabat
3. Rumah

4. Pilih Tarikh Dan Masa Yang Sesuai
Tarikh dan masa kebiasaannya bergantung kepada masa lapang prospek. Sebaik-baik waktu perjumpaan adalah pada waktu pagi dan dihujung minggu (sekiranya prospek bercuti hujung minggu).

Seboleh-bolehnya elak berjumpa pada waktu malam atas sebab keselamatan. Perjumpaan diwaktu malam juga lebih singkat berbanding pada waktu pagi.


Langkah 2# Semasa Perjumpaan

Berikut adalah tips dan panduan yang boleh diamalkan semasa berjumpa dengan prospek.

1. Sebut nama prospek sebagai tanda kemesraan.
2. Panggil dengan gelaran (tuan, puan, encik, cik, dan sebagainya) sebagai tanda penghormatan.
3. Jadi pendengar yang setia.
4. Ketahui apakah yang prospek inginkan.
5. Jelaskan segala persoalan yang berbangkit dengan ayat yang mudah untuk difahami.
6. Tunjukkan maklumat yang penting dengan cara yang ringkas.
7. Hadkan masa berjumpaan, sekitar 30 minit sudah memadai.

Semoga bermanfaat. Selamat beramal.

Entri Berkaitan:
(PG1S) 8 Golden Rules

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mdfaiez84.com/2020/05/tips-dan-panduan-mendapatkan-pelanggan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Amalan Di Bulan Ramadan

Panduan Amalan Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 881 hits
Isi Kandungan Rukun PuasaAdab adab PuasaPerkara Sunat ketika berpuasaPerkara Harus ketika berpuasaPerkara Makruh ketika berpuasaRakaat Solat TarawihKelebihan 10 malam terakhir RamadhanLalilatul QadarQiamullailFidyahPuasa EnamQadha PuasaZaka...
Panduan Lengkap Solat Terawih Di Rumah Bagi Tahun 2020

Panduan Lengkap Solat Terawih Di Rumah Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 519 hits
PANDUAN SOLAT TERAWIKH DI RUMAH Para suami boleh belajar cara2nya tak lama lagi dah nak ramadhan nak terawih dekat masjid tak boleh kan PKP Covid19 Kalau artikel ni ada yang salah boleh tegur sama2 kita belajar Waktu Solat TarawikhWaktu sol...
Panduan Keluarkan Duit Asb Secara Online

Panduan Keluarkan Duit Asb Secara Online

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 445 hits
Panduan Keluarkan Duit ASB Secara Online Apa Panduan Melabur Tukar Pindahan dan Pengeluaran Duit ASB Secara Online Panduan Keluarkan Duit ASB Secara Online ni sebenarnya senang je Pada zaman
52 Tempat Menarik Di Melaka Panduan Lengkap Negeri Bersejarah

52 Tempat Menarik Di Melaka Panduan Lengkap Negeri Bersejarah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 587 hits
52 Tempat Menarik Di Melaka Panduan Lengkap Negeri BersejarahJika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini kami telah menyusun senarai 52 tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa meranca...
Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih 8 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan Jakim

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih 8 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan Jakim

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 815 hits
Setiap kali tibanya bulan Ramadan ibadah yang paling dinantikan selain daripada berpuasa ialah solat sunat tarawihMungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya ...
Pihak Berkuasa Thai Umum Garis Panduan Operasi Syarikat Penerbangan

Pihak Berkuasa Thai Umum Garis Panduan Operasi Syarikat Penerbangan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 374 hits
Pihak berkuasa Thai umum garis panduan operasi syarikat penerbangan Dikemas kini 3 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Apr 20
Buku Gratis Panduan Zakat Minimal 2 5

Buku Gratis Panduan Zakat Minimal 2 5

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 436 hits
Buku ini berisi pembahasan hukum zakat dari pemahaman dasar dimulai dari hukum dan syarat zakat harta yang terkena zakat hingga perhitungan praktis serta panduan zakat fitrah dan siapakah yang berhak menerima zakat Buku ini sendiri dinamaka...
Ramadhan Panduan Solat Sunat Tarawih 8 Rakaat

Ramadhan Panduan Solat Sunat Tarawih 8 Rakaat

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 2372 hits
RAMADHAN PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH 8 RAKAAT KAT SINI IS UPKAN POSTING PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH 8 RAKAAT BERGAMBAR YA RAMAI KAWAN II KITA XSKA BACA PANJANG2 HURUF TEXT KAN SUKA TENGOK GAMBAR KAN TAPI TETAP GAK LA KENA BACA HEHEHEE DIHAR...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Curang Itu Pilihan Tapiiii


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Amira Syahira Ragam Melayu Chord

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Kisah Seram Hostel