Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih 8 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan Jakim



Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ibadah yang paling dinantikan selain daripada berpuasa ialah solat sunat tarawih
Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala.
Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19

Usah risau kerana kita masih boleh menunaikan solat tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah bersama keluarga di rumah


Untuk makluman, solat tarawih boleh dikerjakan sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu atau harus selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Malah, pukul 12 tengah malam pun masih boleh bertarawih, asalkan ditunaikan sebelum masuk waktu Subuh


Berikut adalah cara-cara menunaikan solat sunat terawih bersendirian ataupun secara berjemaah di rumah buat yang masih tidak tahu:
Niat
Niat solat tarawih secara sendirian


“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Niat solat terawih secara berjemaah (Niat menjadi Imam atau Makmun)


“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.” 
Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat
Solat sunat tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam

Ianya  ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat (2 rakaat x 4 salam)

Bacaan surah solat tarawih 8 rakaat

Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang

Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, boleh sahaja membaca surah-surah lazim ini dalam solat tarawih 8 rakaat

Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah al-Fatihah


Surah al-Takatsur (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)


Surah al-Asr (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)


Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)


Surah al-Fiil (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)


Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadhan, digalakkan membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama.

Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan Surah al-Takathur hingga Surah al-Fil seperti malam pertama sehingga malam ke-15.
Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat
Solat sunat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam

Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 rakaat (2 rakaat X 10 salam)


Bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambarajah di atas.
Cara menunaikan solat sunat witir
Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian

Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua

Lafaz niat solat sunat witir bagi 2 rakaat pertama:

“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala“
Lafaz niat solat sunat witir bagi 1 rakaat berikutnya:

“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”
Bacaan surah-surah dalam solat witir
Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:
Rakaat pertama - (Surah al-A’la)

Rakaat Kedua - Surah al-Kafirun

Rakaat ketiga/terakhir (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekaligus dalam 1 rakaat terakhir




Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir

Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat Subuh


Sumber: JAKIM via https://says.com

from Sehinggit Media https://ift.tt/2xQ4R1C
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/panduan-lengkap-solat-sunat-tarawih-8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramadhan Panduan Solat Sunat Tarawih 8 Rakaat

Ramadhan Panduan Solat Sunat Tarawih 8 Rakaat

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 2292 hits
RAMADHAN PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH 8 RAKAAT KAT SINI IS UPKAN POSTING PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH 8 RAKAAT BERGAMBAR YA RAMAI KAWAN II KITA XSKA BACA PANJANG2 HURUF TEXT KAN SUKA TENGOK GAMBAR KAN TAPI TETAP GAK LA KENA BACA HEHEHEE DIHAR...
Panduan Lengkap Solat Terawih Di Rumah Bagi Tahun 2020

Panduan Lengkap Solat Terawih Di Rumah Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 474 hits
PANDUAN SOLAT TERAWIKH DI RUMAH Para suami boleh belajar cara2nya tak lama lagi dah nak ramadhan nak terawih dekat masjid tak boleh kan PKP Covid19 Kalau artikel ni ada yang salah boleh tegur sama2 kita belajar Waktu Solat TarawikhWaktu sol...
Peluang Suami Untuk Jadi Imam Ini Panduan Amp Cara Mengerjakan Solat Tarawih Di Rumah

Peluang Suami Untuk Jadi Imam Ini Panduan Amp Cara Mengerjakan Solat Tarawih Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 575 hits
Hanya beberapa hari saja lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba dan inilah saat yang dinantikan oleh seluruh umat Islam kerana rasa tidak sabar untuk melakukan solat sunat tarawih bertadarus Al Quran berpuasa di siang hari dan banyak lagi ...
Tiada Aktiviti Masjid Hingga 31 Mei Di Selangor Solat Sunat Aidilfitri Mungkin Di Rumah Sahaja

Tiada Aktiviti Masjid Hingga 31 Mei Di Selangor Solat Sunat Aidilfitri Mungkin Di Rumah Sahaja

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 446 hits
Tahun ini suasama Ramadan dan Syawal kita mungkin berbeza berbanding tahun yang terdahulu selepas wabak Covid 19 menyerang dunia Dalam satu kenyataan media Sultan Selangor titah supaya penangguhan solat Jumaat solat berjemaah dan aktiviti c...
Ramadhan Panduan Tarawih 8 Rakaat 16 Akhir Ramadhan

Ramadhan Panduan Tarawih 8 Rakaat 16 Akhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1523 hits
RAMADHAN PANDUAN TARAWIH 8 RAKAAT 16 AKHIR RAMADHAN PANDUAN INI ADALAH UNTUK SOLAT SUNAT TARAWIH 8 RAKAAT PADA 16 AKHIR RAMADHAN
Tak Sangka Solat Tarawih Di Rumah Mudah Cukup Dengan Hanya Tahu Baca Al Fatihah

Tak Sangka Solat Tarawih Di Rumah Mudah Cukup Dengan Hanya Tahu Baca Al Fatihah

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 285 hits
Macam mana dengan malam kedua solat sunat tarawih bersama keluarga tercinta di rumah malam ni Buat mereka yang sudah selesai melakukannya ucap syukur kepadaNya dan buat mereka yang masih belum memulakannya Masih belum terlambat kerana agak ...
Pkp Biasakan Ramadan Solat Tarawih Di Rumah Tahun Ini

Pkp Biasakan Ramadan Solat Tarawih Di Rumah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 335 hits
Normal Baharu Umat Islam disaran biasakan Ramadan tanpa solat Tarawih di masjid PUTRAJAYA Umat Islam di negara ini diingatkan supaya menyesuaikan diri pada bulan Ramadan tahun ini dengan normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pe...
Cara Solat Tarawih Di Rumah

Cara Solat Tarawih Di Rumah

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 613 hits
ByCARA SOLAT TARAWIH DI RUMAHUntuk SekeluargaSilakan Share untuk rujukan anda dan keluarga Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang ringan dan kelapangan hati selepas siap solat fardhu Isya dalam bulan ramadhan Mudahnya nak beribadah ...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Cara Memasarkan Homestay Anda

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur