Tips Buat Kek Batik Confirm Jadi
Resepi Kek Batik Confirm Jadi & Tak Guna TelurAku sebenarnya tak sengaja buat kek batik ni, kisahnya Mek Ayuni call aku mengadu dia buat kek batik kurang jadi. Aku faham stress buat kek tak jadi ni, rasa nak baling je periuk kuali semua. Teringat aku dulu buat kek batik pertama kali pun kurang menjadi.
Kalau ikut resepi dan tengok orang buat kemain senang, bila turn diri sendiri buat terus tak jadi. First time aku buat dulu masih boleh makan, coklat dia tak hangit pun tapi masalah dia ialah coklat tu tak cair. Tekstur dia jadi pelik. Berketul-ketul. Aku pakai Milo elok kot, lepas tu aku buat rumusan serbuk koko aku bermasalah.
Suami dan anak-anak la jadi mangsa kena makan. Rasa dia masih kek batik, cuma itulah tak macam kek batik orang jual. Lol. Bila semakin berusia dan semakin teringin maka semakin gigih diri nak belajar buat sampai pandai.
Tips Kek Batik Mudah Dan Confirm Jadi
Bila aku compare resepi dulu aku pernah cuba dengan resepi yang aku baru cuba ni, banyak beza okeh. Dulu aku guna telur, serbuk koko dan bermacam bahan lagi. Apa yang merasuk aku masa tu eh? Hahahha boleh tengok resepi aku cuba dulu dekat sini ~ Cubaan Pertama Buat Kek Batik - Menjadi Ok
Kira resepi aku kali ni aku dah dapat ringkaskan dan tak guna banyak bahan. Bebas telur weh. Kalau lidah kau teringin nak makan kek batik yang biasa-biasa, resepi aku guna kali ni memang cukup dah. Aku kongsikan juga tip supaya bila korang buat kek batik ni hasilnya akan jadi In Sha Allah.
1 Jangan buat terburu-buru. Kena bertenang dan enjoy baking.
2 Guna api perlahan supaya bahan tidak hangit dan sentiasa kacau adunan di atas dapur supaya adunan tidak berketul-ketul. Ini penting ya!
3 Kena kurangkan susu kalau tak mahu terlajak manis. Milo dan biskut Marie tu memang dah manis ya. Aku letak sedikit sahaja. Elok je kejadian kek batik tu.
4 Aku letak plastic wrap supaya senang aku nak keluarkan kek batik.
5 Letak dalam fridge kalau nak makan Kek Batik yang keras bahagian luar, lembut bahagian dalam. Aku tak masuk dalam fridge sebab lebih enjoy makan lembut melekit gituh.
Resepi Kek Batik Mudah Dan Confirm Jadi
400gram Biskut Merry (aku guna Jenama Roma)250gram Butter (Anchor butter)1 cawan milo½ Cawan Tin Susu Pekat
Cara-Cara membuat kek Batik:Cairkan butter dalam kuali guna api perlahan. Masukan susu pekat dan kacau sehingga sebati. kemudian masukan milo sedikit demi sedikit dan jangan berhenti kacau.Kacau sehingga milo betul-betul sebati dan adunan dah jadi cecair warna coklat. Tutup api.Dengan pantas patahkan biskut Merrydan masukan ke dalam adunan coklat tadi.Gaul sebati dan ratakan ke dalam Loyang / Tupperware dan lenyekkan supaya mampat.Biarkan dua ke tiga jam dah boleh makan. terpulang nak letak dalam fridge atau tidak ok.
Dah siap.
Kenapa Suka Kek Batik?
Kesimpulan, akhirnya aku temui jawapan yang buat kek batik ni memang lah teramat mudah. Nak buat pun kurang dari 20 minit weh dah siap. Ni yang tak ada layer tau, basic aje. Tapi ok la yang basic ni pun suami dan anak-anak impress aku boleh buat so sedap. Lol.
Nah Resepi Cheese Cake Mudah ~ Unbaked Strawberry Cheese Cake
Next time kalau ada high tea, jamuan office, jamuan sekolah anak dah boleh buat. Bahan-bahan pun tidak la mahal sangat. Selamat mencuba untuk yang tak pernah buat, tapi aku yakin la mesti ramai pandai buat. aku je baru nak mahir. Jumpa lagi di lain resepi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/04/tips-buat-kek-batik-confirm-jadi.html