Tips Buat Duit Lebih Atau Side Income 2019
Tips Buat Duit Lebih Atau Side Income 2019 Tips ini buat duit dengan handphone pun boleh kata orang. Anda kebanyakkan tips ini buat dari rumah pun boleh. Zaman sekarang ini, ramai yang tak boleh duduk dia. Kalau duduk diam, macam mana nak buat duit lebih untuk simpanan. Duit gaji bulanan pun cukup-cukup makan. Jadi disini aku nak share beberapa tips untuk mendapat duit lebih.
1. GRAB. Ya ramai yang sudah tahu dengan GRAB anda boleh jana duit. Macam mana nak daftar grab? Seach je online cara untuk daftar grab. Daripada anda bayar saja saja bulanan kereta anda. Baik anda jadikan kereta anda untuk buat GRAB. Tiada masa? Hujung minggu kan ada. Lagi-lagi yang duduk area bandar tu. Pemintaan GRAB sangat tinggi.
P.s Dalam anda driving GRAB tu, ape kata anda promote barang business korang tu seperti mini pendrive, perfume dan lain-lain. Kalau tak, letak je pamplet kat area seat penumpang belakang. Kalau dia boring-boring ada lah dia baca pamplet mengenai barang business korang tu.
2. Menjadi Seorang Blogger. Menjadi seorang blogger ni kena kental sikit. Jangan menaip sikit je, orang tak baca terus nak sentap. Huhu. Aku mengata diri sendiri. Dunia blog ini sangat luas. Bila kau tak banyak ilmu, tak pandai manage masa, blog kau akan kelaut. Even aku sendiri pun kelaut. Itu maksudnya, aku tak berdisiplin dalam dunia blog ini.
Menjadi seorang blogger ini korang kena creative dan perlu banyak membaca. The more you read the more idea you can share with people. Tak gitu?
Bila blog korang dah banyak pageview ramai pelanggan datang bertandang. Maka datanglah syarikat gergasi seperti lazada, zalora, dan sewaktunya dengan nya berminat untuk beriklan di blog anda. Sudah terjadi di blog aku ini.
3. Buat Business Online. Ini aku selalu terfikir nak buat. Tapi masa tiada. Jadi aku letak juga dalam ini. Nak dapatkan supplier? Dalam lazada berlambak supplier. Korang just tanya dengan seller tu kalau korang nak beli secara pukal dapat diskaun tak. Bila dah dapat diskaun, korang jual lah barang-barang yang korang dapat harga murah tu kepada rakan-rakan sekerja, mahupun rakan-rakan di facebook.
Contoh, mini pendrive dalam lazada RM10. Kalau beli secara pukal dapat RM8 contohnya. Beli 10unit dan postage pun sekali harung RM3 je untuk 10 unit tu. So modal RM8x10=80RM tambah postage RM83 semuanya.
So jual kat member-member atau follower dekat instagram RM15 free postage. Postage pun dalam RM3. RM15-(modal 8rm+rm3 postage) = So untung dapat roughly RM4. RM4x10=RM40.
Tu kalau postage. Kalau kawan-kawan sekerja atau university yang beli. Terus dapat RM4+RM3=RM7. 7x10=RM70 untung bersih.
Itu contoh sahaja untuk yang baru bermula berjinak business ini.
4. Sewa Bilik dalam Rumah. So, korang dah ada rumah. Tapi anda kena stay dekat rumah tu sebab anda perlukan tempat diam. Jika anda masih bujang. Apa kata sewakan bilik yang kosong tu kepada orang. Katakan satu bilik korang sewa RM200 sekepala. Maximun 2 orang dalam satu bilik. Korang ada 3 bilik dalam rumah korang. Bilik masteroom korang duduk. Bilik 2 lagi tu korang sewa. 2 bilik korang dah dapat 800RM jika ada 4 orang penyewa
Banyak lagi cara untuk cari duit lebih atau side income ini. Tapi aku masih belum mencuba. Lain-lain side income yang korang boleh cuba ialah.
1. Tukang review di instagram. 2. Letak iklan di kereta. Sanggup ke? 3. Buat video di youtube. Ni aku tengah usahkan. Just belum ada idea. 4. Ambik upah buat research atau assignment budak U.
Jika anda ada idea lain untuk jana income dari rumah sahaja. Mohon di share di ruangan comment dibawah. :D
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.amerjaya.com/2018/12/tips-buat-duit-lebih-atau-side-income.html