Tips Bilik Tidur 7 Item Ini Perlu Dibersihkan Secara Berjadual


Tips Bilik Tidur | 7 Item Ini Perlu Dibersihkan Secara Berjadual. Bilik tidur merupakan antara ruangan dalam rumah yang mempunyai kadar pencemaran udara yang tinggi berbanding ruang lain seperti ruang tamu, ruang makan dan ruang rehat keluarga. Ini kerana bilik tidur merupakan tempat yang paling lama kita habiskan waktu seperti waktu tidur 6 hingga 8 jam. Baru kira waktu tidur, belum kira waktu bersiap dan melepak di dalam bilik tidur


Tips Bilik Tidur | 7 Item Ini Perlu Dibersihkan Secara Berjadual


Selain itu di bilik tidur juga mempunyai banyak barang yang memerangkap habuk, bakteria dan kotoran. So, kena bersihkan secara berjadual selain setiap hari bagi lantai dan seminggu sekali bagi perabot. 

Tips Bilik Tidur | 7 Item Ini Perlu Dibersihkan Secara Berjadual

Menurut penulis buku ‘Clean My Space’, beberapa benda di dalam bilik tidur perlu diganti, dibersihkan dan dicuci dalam tempoh waktu tertentu. Berikut adalah 7 item yang korang perlu beri perhatian dan membersihkannya secara berjadual. 

1. Cadar

Seminggu sekali wajib tukar cadar. Kita tidur 6 hingga 8 jam setiap hari, dengan cuaca Malaysia yang panas kadangkala kita berpeluh. Peluh akan melekat pada cadar. Waktu tidur juga antara waktu sel kulit mati kita tertanggal. Semuanya tertinggal atas cadar

Hah, belum kira kalau ada air liur basi lagi. Stink

Penting untuk tidur atas cadar yang bersih bagi memiliki kualiti tidur yang baik


2. Bantal
Sebaiknya tukar setahun 2 kali. Namun untuk memanjangkan tempoh hayat bantal, sarungkan dengan ’pillow protector’. Elakkan tidur dengan rambut basah. Kelembapan pada bantal menjadi tempat terbaik untuk bakteria membiak

Seeloknya jemur bantal di bawah terik matahari setiap 2 minggu


3. Comforter / duvet / selimut
Comforter, selimut dan duvet seharusnya diganti dan dicuci setiap 3 bulan sekali. CH mengguna comforter. Jadi setiap kali tukar cadar, akan tukar comforter sekali sebab selalu beli cadar satu set dengan comforter. Nampak ala-ala hotel gitu. 
Maka kebersihan lebih tinggi kerana CH akan tukar setiap minggu bersama cadar. 

4. Kain pengesat kaki
Dua minggu sekali adalah tempoh yang baik untuk menggantikan kesat kaki yang baru dan membasuh kesat kaki yang lama. Namun sekiranya, anak-anak main air dan mengakibatkan pengesat kaki basah atau lembap yang melampau, CH akan terus ganti kesat kaki yang baru

Selain daripada mengelakkan lantai menjadi basah dan bilik tidur manjadi berbau, apa yang lebih dirisaukan adalah pembiakan bakteria. Dengan cuaca khatulistiwa yang lembap, sangat mempercepatkan pembiakan bakteria pada pengesat kaki yang lembap. Jadi, bila basah atau lembab wajib tukar kepada yang kering. 
Dengan ini bilik tidur akan bersih dan terhindar dari bakteria. 

5. Langsir
Perlu diganti setiap 6 bulan. Namun setiap bulan ketika membersihkan kipas, kita dicadangkan untuk blow langsir dengan hair dryer untuk membuang habuk yang melekat. 

6. Tuala mandi
Seminggu sekali setiap hari Ahad CH akan tukar tuala baru. Namun disarankan tukar tuala baru setiap 3 hari.. tapi kesuntukkan masa untuk mendobi, CH hanya gantikan seminggu sekali. Kalau korang rajin, korang boleh ja buat. 
Tidak digalakkan untuk menyidai tuala yang lembap di dalam bilik air, melainkan ruang bilik air mempunyai kipas. Ini kerana, kelembapan udara sangat tinggi di dalam bilik air. Tuala akan memerangkap kelembapan udara dan akan menjadi tempat pembiakan bakteria yang baik sekiranya menyidai tuala di dalam bilik air


7. Tilam
Setahun sekurang-kurangnya perlu mencuci tilam sebanyak 2 kali. Kaedah yang terbaik untuk mencuci tilam adalah dengan memanggil ‘Pro Cleaner‘ datang ke rumah. Biarkan mereka melakukakan kerja-kerja pembersihan tilam di rumah

Namun sebaiknya, setiap bulan tilam perlu di vacuum untuk membuang segala habuk dan allegern menggunakan vacuum yang sesuai untuk tilam. 

Apabila mengetahui tips bilik tidur ini, nampaknya CH perlu membuat pelaburan untuk membeli vacuum mattress dust mites. Barulah bersih dan segar kerana kualiti udara serta kebesihan di dalam bilik tidur juga antara faktor yang mempengaruhi tahap kualiti tidur seseorang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/11/tips-bilik-tidur-7-item-ini-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menangis Amp Peluk Rakan Minta Bantuan Remaja Maut Disambar Petir Dalam Bilik Semasa Dengar Lagu

Menangis Amp Peluk Rakan Minta Bantuan Remaja Maut Disambar Petir Dalam Bilik Semasa Dengar Lagu

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 296 hits
Sering kali kita mendengar berita kematian disebabkan terkena renjatan elektrik kerana bermain smartphone sambil mengecas semasa cuaca buruk petir sambar menyambar Terbaharu seorang remaja meninggal dunia apabila telefon pintar miliknya dis...
Syoknya Mandi Kolam Dalam Bilik Hotel

Syoknya Mandi Kolam Dalam Bilik Hotel

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 300 hits
Best kan dapat bercuti di hotel yang ada kolam mandi dalam bilik Kat Malaysia ni ada beberapa hotel mahupun chalet yang menyediakan kolam mandi dalam atau berdekatan dengan bilik tidur Tetapi yang paling popular dan diketahui ramai adalah r...
Pilkada Solo Kpu Terima Logistik 2 424 Bilik Suara Dan Ribuan Apd

Pilkada Solo Kpu Terima Logistik 2 424 Bilik Suara Dan Ribuan Apd

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 235 hits
KPU juga masih menyimpan 3 731 bilik suara stok lama Bilik suara berbahan aluminium tersebut dinilainya masih layak pakai Pada pemilihan Wali Kota dan Wakil Wali Kota Solo ini KPU membutuhkan sebanyak 6 155 bilik suara
Ibu 1st Time Nak Bersalin Kena Ambil Tahu Ini Perkara Akan Berlaku Dalam Bilik Bersalin

Ibu 1st Time Nak Bersalin Kena Ambil Tahu Ini Perkara Akan Berlaku Dalam Bilik Bersalin

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 562 hits
Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama Ingat pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain Jadikan pengalaman mereka sebagai ...
Tempat Tidur Di Rs Penuh 2 Hotel Di Karawang Dijadikan Tempat Isolasi Covid 19

Tempat Tidur Di Rs Penuh 2 Hotel Di Karawang Dijadikan Tempat Isolasi Covid 19

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 257 hits
Saat ini jumlah pasien Covid 19 yang dirawat mencapai 570 orang sedangkan ketersediaan tempat tidur di rumah sakit yang disiapkan untuk pasien Covid 19 hanya 320 tempat
Pemda Diy Ajukan Tambahan Tenaga Kesehatan Khusus Pasien Corona Dan Tempat Tidur

Pemda Diy Ajukan Tambahan Tenaga Kesehatan Khusus Pasien Corona Dan Tempat Tidur

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 177 hits
Pemda DIY meminta penambahan jumlah tenaga kesehatan yang menangani pasien Corona Selain mengajukan tambahan nakes Pemda DIY juga akan menambah jumlah tempat tidur bagi pasien positif Corona
Satgas Paparkan Data Tempat Tidur Rs Di Berbagai Daerah Mulai Penuh

Satgas Paparkan Data Tempat Tidur Rs Di Berbagai Daerah Mulai Penuh

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 181 hits
Jubir Satgas Penanganan Covid 19 Wiku Adisasmito mengakui saat ini terjadi peningkatan pasien rawat inap dan rawat jalan Lonjakan tersebut lebih banyak dibandingkan dengan periode sebelum libur panjang
Ada Rakyat Kelantan Tidur Dalam Beca

Ada Rakyat Kelantan Tidur Dalam Beca

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 398 hits
FB Md Zulaimi Kazin Kawan saya Pickiry Hussein bersama team beliau membuat kerja kebajikan mlm semalam sekitar Kota Bharu Allhuakbar apa yg Pickrey jumpa Ada lagi rakyat tidur dalam beca roda 3 di Bandaraya Islam Kota Bharu Islam adalah aga...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos