Tips Berlari 5km 10km Cara Jaga Stamina Dan Elak Cedera




Macam mana nak berlari 5KM? Tips berlari 10KM? Sekarang ni macam dah jadi trend aktiviti larian  funrun banyak diadakan macam cendawan tumbuh lepas hujan dan sambutan sangat menggalakkan. 
Pemanasan badan sebelum aktiviti fun run saya yang pertama tahun 2017. Waktu ni tamak terus ambil 10KM hehe padahal baru nak serius berlari

Alhamdulillah makin banyak kesedaran untuk sihat. Kalau lari secara fun run 2KM ke 3KM tu boleh lah tapi macam mana persediaan nak lari 5KM, 10KM dan Half Marathon 21KM, Full Marathon 42KM? Woww. Boleh guna tips di bawah. Artikel diambil dan diedit dari asiafitness today. 

1. Berat & Bentuk Badan
Kena selalu monitor dan make sure berada dalam keadaan yang paling fit dan terbaik. Kalau nak maintain gemuk memang kena usaha lebih. Kebanyakkan atlit larian yang masuk olympic mana ada yang gemuk. Badan yang gemuk memerlukan tenaga yang lebih untuk maju ke depan. Unless tenaga kita limitless, then it’s ok. Turunkan berat badan untuk lari lebih laju dan elak mengah. 
Baca : CARA SAYA TURUNKAN BERAT TANPA DIET KETAT. Tembam macam ni mana boleh lari, kena turunkan berat dulu. Gambar pertengahan tahun 2016

Pantau berat badan selalu, nak senang guna penimbang digital MACAM INI untuk pantau fitness sebab boleh cek kadar otot, peratusan lemak, visceral fat dll. 
2. Lari naik bukit
Ini latihan kategori larian melebihi hari biasa kalau biasanya lari tempat mendatar. Bagus untuk binaan otot yang kuat dan peningkatan stamina dalam masa yang singkat. Specificnya akan bantu kekuatan kaki dan dada yang mantap sebab nak latih o2 masuk banyak. Tak perlu buat selalu tapi kalau dapat seminggu sekali dah bagus

3. Fahami kegunaan pace
Lari mesti ada pace. Nak tau pace kena ada device misalnya jam atau apps. So identify pace relax kita dan identify pace struggle kita. Melalui kedua ini, kita boleh budget dan agak serta merancang kadar larian kita, monitor peningkatan speed kita dan bagus untuk compare dengan pelari kencang lain so kita tau kita kat mana

4. Maintain average jarak dalam seminggu dan mula tambah sikit-sikit
Pertama kena tahu seminggu kita lari berapa KM. Kemudian, bila makin ok, kita tambah KM sikit-sikit. Tak perlu tambah banyak gila dan ikut kemampuan sendiri. Fokus untuk tambah, tapi bukan tamak

Laju-laju nak ke mana? Rileks
Kalau malas nak lari, selfie hehe

5. Jangan lapse atau rehat sampai 3 hari
Dan jika kita dah disiplin dengan jarak larian tertentu, pastikan kita jangan lapse sampai 3 hari. Paling bagus kalau hebat takde lapse langsung means lari tiap-tiap hari. Kalau tak boleh selang sehari. 
Sebelum berlari streching jangan lupa

Dan bagi yang baru nak mula lari selang 2 hari. Kalau lapse sampai 3 hari, tenaga yang kita dah bina itu akan merosot secara banyak dan mulai hilang pada hari ketiga (72 jam)

6. Diet yang betul

Kalau asyik lari tapi tak tambah minyak untuk lari, macam mana nak lari? So, air kena cukup. Tenaga pun kena cukup. Akhirnya badan bekerja dengan kadar paling mantap. Kena identify keperluan diri sendiri berapa botol air kena minum setiap hari dan berapa banyak kalori kena ambil. 
Makanlah dengan cukup, jangan skip waktu makan. Kenangan makan di Todak Waterfront Sabah Mac 2019

Selain itu, kesan diet yang salah boleh effect pada perut lalu effect pada larian. So persediaan untuk lari 5KM, 10KM, 21KM dll esok hari, malam tu MESTI makan portion lengkap dengan karbo, protein dsb dan jangan gatal nak diet

Baca : Makanan yang naikkan berat tanpa disedari
7. Pemilihan kasut yang betul
Kasut bukan main beli sebab design cantik atau harga mahal. Kena tahu kenapa kita beli kasut tu dan paling penting sesuai tak kasut itu dengan kaki kita. Silap pilih kasut boleh menyebabkan kita injured ataupun memilih kasut yang terlalu berat menyebabkan kita lambat. Beza 2 – 3 saat sangat besar bila dikumpul dalam 10KM

Ok bercakap pasal kasut ni pilihlah yang berjenama bagus macam saya pilih Nike, sekarang saya pakai model Nike Pegasus 35, sebelum ini Nike Pegasus 32. Jenama yang bagus selesa dan ringan depend pada jenis kaki anda. Nike ni ringan dan murah sikit berbanding brand lain. Nak pakai Adidas Ultraboost mahal sangat range harga RM600-RM700 berbanding Nike saya tadi RM200 lebih je.  Jenama yang lain macam Asics, New Balance, Mizuno dan lain2 pun bagus untuk lari jarak jauh. Untuk lari ni invest la sikit untuk kasut, kalau lari ringan-ringan tu pakai kasut jenama Power pun dah cukup huhu

Nike Pegasus 35, kasut of the year tahun 2018, dipercayai antara yang terlaju. Saya beli di sportsdirect dengan harga runtuh RM225 hehehe mana nak cari? Rezeki...kasut memang mempengaruhi larian, pilih kasut yang selesa dengan kaki kemudian baru ikut jenama

8. Penjagaan kasut yang betul
Kalau tak reti jaga kasut boleh menyebabkan kasut cepat rosak. Bila pakai kasut rosak masa lari of course boleh menyebabkan lari tak cukup laju. Sebagai contoh, hentakan kaki pada kusyen kasut yang telah rosak boleh beri kesan kesakitan pada kaki dan ini menyebabkan mudah cedera. Kalau dah cedera macam mana nak lari lahu? Tukar kasut larian anda bila dah cecah 500KM ke 600KM

9. Ikat tali kasut dengan betul
Nampak macam kelakar tapi memang betul. Ikat ikut suka dan boleh menyebabkan tali kasut tercabut lalu kita yang tengah syok berlari terpaksa berhenti dan ikat tali kasut. Ini dah menambah masa dan menyebabkan rhythm larian terganggu. Ia juga menggangu pelari lain sebab dah satu hal nak elak dari langgar kita yang tengah tebrongkok -bongkok atau tertonggeng ikat tali kasut

10. Pemilihan baju dan seluar yang betul
Ini pun sama. Ada ke orang berlari pakai seluar jeans? Ada 3 benda paling penting. Practicality, fashion dan functional. Pakai baju yang ringan. Anda digalakkan pakai seluar compression/tight. 
Seluar compression
Kenapa bila berlari kena pakai compression? Untuk elak kaki cramp, cepat keringkan peluh, dan ringan. Pakai la seluar pendek kat luar jangan seksi sangat togel camtu je hehe. Kalau saya, menggunakan compression 2XU dan Nike Pro Compression, ada banyak jenama di pasaran. Cari je kat Shopee

11. Mula rekod larian anda
Bila dah lari tu kena ada rekod segala data larian. Tak kisahlah tulis dalam buku, buat spreadsheet ke atau collect data dari jam. Smartwatch untuk track data sekarang murah-murah mampu milik macam saya pakai jam Amazfit Bip. Ada macam-macam cara nak track data larian. Data ini penting untuk tengok progress anda macam mana. Daripada situ anda tahu ada tak kemajuan atau masih sama macam dulu. Pakai apps lagi mudah, ada Strava, Mifit, Nike Apps, Runtastic dll. 
Baca CARA SAYA LINK SMARTWATCH KE STRAVA

 Contoh gambar yang sudah direkod aktiviti ke Strava

12. Relax, dan jangan gopoh
Mulanya kita lari untuk kesihatan. Then kita mula lari serius untuk kesihatan. Then kita start lari untuk perlumbaan dan akhirnya kita nak jadi Usain Bolt. Last sekali bila kita gagal, (dan memang kita gagal pun) kita tension dan pressure lalu terus berhenti berlari. Hakikatnya, kita kena tahu kenapa kita lari asalnya, dan enjoy larian kita. 
Atas 2015 vs 2019. Bawah 2015 vs 2018

Jadikan larian satu lifestyle untuk menaik taraf diri kita. Boleh ke bina otot dengan berlari? Tak boleh sebab berlari akan mengecilkan lemak sekali dengan otot, sebab tu saya jarang training sampai lebih  8KM. Nanti cutting badan jadi tak cantik pula

Baca : Progress Fitness Saya
Tak perlu nak rempit atau jadi hebat dalam masa seminggu. Buat sekadar termampu tapi disiplin buat selalu. Yang penting kita lari untuk ketenangan, bukan kesengsaraan

13. Teknik larian yang betul
Lari dengan teknik yang betul, bukan lari asal ada kaki. Ia meliputi seluruh anggota dari kepala hingga ke hujung kaki

14. Teknik pernafasan ketika larian
Bila kita lari, otot dipaksa kerja lebih. So bila kerja lebih, lebih banyak oksigen diperlukan. Kalau bernafas tak betul, supply oksigen ke otot kurang maka otot cepat letih dan tak cukup kuat nak perform. Masa berlari tarik nafas guna hidung dan hembus guna mulut. Perasan tak pelari jarak jauh memang tak pernah tutup mulut waktu berlari

Waktu sampai ke garisan adalah momen yang indah untuk pelari-pelari hehehe akhirnya sampai juga. Jauh tu 10KM. Gambar Larian Benak Sri Aman 2018

15. Fahami dan Master Heart Rate
Ini saya baru jumpa dan baru faham, apakah kaitan Heart Rate dengan seorang runner. Mengetahui kadar degupan jantung dalam masa seminit pada waktu yang berbeza sebenarnya memberi kita idea untuk merancang larian kita. Sebagai contoh, kalau kita tahu maksimum berapa Heart Rate kita, kita boleh decide bila waktu dan jarak nak sprint habis-habisan ke garisan penamat

16. Sentiasa nak beat rekod sendiri
Lari tanpa matlamat dan tujuan ibarat lari ntah nak pergi mana. Salah satu motivasi untuk lari lebih pantas adalah dengan cubaan untuk beat rekod atau catatan masa personal. 
Gambar kenangan event larian saya yang masuk tahun ke 3. Sentiasa nak baiki pace, timing dan rekod sendiri

Kenangan betul larian dalam jerebu teruk bulan September 2019 haritu. Alhamdulillah tak dapat top 10 heheh cuba lagi lain kali


So, sentiasa kena tahu berapa rekod larian kita agar kita boleh nampak improvement dari masa ke masa. 
17. Positif, dan yakin
Kalau tak yakin kita boleh berlari dengan lebih laju, maka ini adalah halangan yang paling besar sebenarnya. So kena confident dan pasti boleh. Orang yang gagal bukan kerana faktor sekitar tapi gagal kerana mentalnya lemah. Orang yang gagal kerana selalu berfikiran nagatif

Antara cara untuk motivasi sendiri, cek progress dengan berselfie ehehe

18. Selalu tengok tips orang berpengalaman
Rajin-rajinkan baca atau tengok video tips orang yang dah berlari. So boleh dapat banyak advice dan agar kita tak ulangi kesilapan yang sama. Kalau malas baca boleh layan youtube sahaja

19. Menyematkan dalam hati dan bertekad, “Aku akan lari lebih laju”
Lari laju takpa, bawa kereta jangan laju sangat..

Walaupun semua hal kita dah cover dan dah buat, tapi kalau hati kita tak cukup kuat untuk betul-betul bertekad mahu lari laju, kita takkan dapat lari laju. Yang paling kuat pada manusia adalah bukan kaki atau otak. Sebaliknya dari hati..

Artikel diambil dan diedit dari asiafitness today.  Terima kasih atas bacaan dan teruskan larian ya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2019/11/tips-berlari-5km-10km-cara-jaga-stamina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Nak Atur Perjalanan Elak Jammed Naik Cameron Highland Yang Anda Perlu Tahu

Cara Nak Atur Perjalanan Elak Jammed Naik Cameron Highland Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 606 hits
Kalau nak rasa seakan akan melancong di lokasi indah dan sejuk bagai di luar negara Cameron Highland salah satu tempatnya Sejuk tenang dan damai Cameron Highland memiliki tempat tempat menarik yang cantik untuk dijadikan destinasi pelancong...
Tips Dan Cara Mengolah Lidah Sapi

Tips Dan Cara Mengolah Lidah Sapi

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 317 hits
Tips dan cara memasak lidah sapi dari proses pembersihan perebusan hingga pengolahan menjadi hidangan
Macammana Cara Nak Elak Copy Paste Artikel Di Blog

Macammana Cara Nak Elak Copy Paste Artikel Di Blog

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 913 hits
Perasan tak artikel yang kita tulis di blog mudah di copy paste oleh orang lain Mudah kerana kita tak letak sekatan Kalau kita dah sekat awal awal maknanya payah la sikit orang nak copy artikel yang kita tulis So jom kita belajar macammana ...
Isteri Terlalu Kuat Berleter Lelaki Ini Bagi Tips Mudah Cara Nak Kurangkan Leteran Isteri

Isteri Terlalu Kuat Berleter Lelaki Ini Bagi Tips Mudah Cara Nak Kurangkan Leteran Isteri

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 325 hits
Ramai lelaki yang sering merungut sebab isteri selalu berleter di rumah Mereka berleter bukan sebab apa pun Mungkin sebab mereka dah penat Baru lepas siap kemas rumah dah bersepah balik sebab anak anak main Dah siap kemas rumah semua kena m...
Ini 4 Cara Elak Hati Pedal Yang Digoreng Meletop

Ini 4 Cara Elak Hati Pedal Yang Digoreng Meletop

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 345 hits
Mesti ramai di kalangan korang yang risau bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal Sebabnya dia benda ini akan meletup letup pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak Disebabkan masalah i...
Capai 14k Tanda Suka Wanita Kahwin 2 Bulan Bagi Tips Jaga Suami Kena Kecam

Capai 14k Tanda Suka Wanita Kahwin 2 Bulan Bagi Tips Jaga Suami Kena Kecam

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 501 hits
Saat baru berkahwin semuanya kelihatan indah dan menyeronokkan Namun ia bukanlah semudah yang disangka kerana alam perkahwinan penuh dengan ombak dan badai yang harus diharungi bersama Perkongsian seorang wanita mengenai tips rumah tangga y...
Doktor Kongsi Tip Jaga Gigi Seawal Usia Bayi 6 Bulan Untuk Elak Karies

Doktor Kongsi Tip Jaga Gigi Seawal Usia Bayi 6 Bulan Untuk Elak Karies

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 443 hits
Kebiasaannya bayi akan mula tumbuh gigi pertama sekitar usia 6 hingga 8 bulan dan ada juga bayi yang mula tumbuh gigi lebih awal atau lebih lewat dari umur tersebut Bagaimanapun ibu bapa jangan bimbang jika anak terlewat sikit tumbuh gigi k...
2 Tips Elak Pepijat Lepas Balik Travel

2 Tips Elak Pepijat Lepas Balik Travel

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 593 hits
Masalah pepijat bermula selepas pulang dari travel Kebanyakan dari anda mula menghadapi masalah berkaitan pepijat selepas pulang dari travel atau melancong Begitu juga dengan pelanggan E Pest Control yang telah mencuba rawatan haba untuk me...
Cara Aktifkan Sokongan Rcs Pada Peranti Android Seakan Imessage Tetapi Untuk Semua Android

Cara Aktifkan Sokongan Rcs Pada Peranti Android Seakan Imessage Tetapi Untuk Semua Android

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 358 hits
Apa itu RCS RCS adalah Rich Communication Services adalah SMS jenis baharu Ia adalah protokol komunikasi antara peranti dan syarikat telekomunikasi yang mana adalah mesej teks yang lebih hebat termasuk sokongan menghantar multimedia tanpa m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success