Cara Aktifkan Sokongan Rcs Pada Peranti Android Seakan Imessage Tetapi Untuk Semua Android


Apa itu RCS? RCS adalah Rich Communication Services adalah SMS jenis baharu. Ia adalah protokol komunikasi antara peranti dan syarikat telekomunikasi, yang mana adalah mesej teks yang lebih hebat – termasuk sokongan menghantar multimedia tanpa menggunakan kredit. Untuk mudah anda faham, RCS adalah seakan iMessage tetapi untuk semua peranti Android. Cuma masalah dengan RCS ini adalah, ia bergantung kepada syarikat telekomunikasi sama ada mereka ingin mengaktifkannya ataupun tidak. Tidak seperti iMessage yang hanya bergantung kepada peranti Apple, akaun iCloud dan Internet sahaja.

Di Malaysia, hanya Celcom sahaja yang menyokong RCS secara rasmi dan buat masa ini hanya aplikasi Google Messages sahaja yang boleh menghantar RCS. Kelak, pengguna Samsung juga boleh menggunakan RCS antara pengguna Google Messages dan Samsung Messages. Dalam artikel ini, akan saya kongsikan bagaimana cara untuk aktifkan RCS tanpa perlu menunggu syarikat telekomunikasi anda aktifkannya.
Langkah 1
Pastikan anda menggunakan aplikasi Google Messages versi beta yang terkini. Semasa artikel ini ditulis, versi beta terkini yang saya terima dari Play Store adalah v5.2.051. Jika anda tidak terima versi yang terkini, muat turun dan pasang melalui laman APK Mirror di sini.
Langkah 2
Pasang aplikasi Activity Launcher dari Google Play Store. Aplikasi ini adalah aplikasi yang boleh melancarkan aktiviti-aktiviti tersembunyi dalam peranti Android. Selain itu, ia juga boleh mengaktifkan fungsi/ciri tersembunyi yang pembangun sorokkan.
Langkah 3Pastikan WiFi anda dimatikan, kerana WiFi mungkin akan mengganggu proses pengaktifan RCS ini. Ini kerana, RCS perlu disambungkan pada pelayan Google dan automatik akan berhubung ke pelayan syarikat telekomunikasi.
Langkah 4
Buka Activity Launcher, cari Messages, tekan dan pilih Set RCS Flags. Pada bahagian ACS url pilih https://ift.tt/2qI9irq dan kemudian pada bahagian OTP Pattern pilih Your/sMessenger\sverification\scode\sis\sG-(\d{6}). Akhir sekali, tekan Apply.
Langkah 5
Pergi ke tetapan, cari tetapan aplikasi dan paksa henti aplikasi Google Messages. Buka aplikasi Google Messages dan akan ada notifkasi pop-naik dari bawah mengatakan anda boleh naik taraf kepada fungsi yang lebih baik. Ada juga situasi yang akan ada amaran pada sebelah perkataan ‘Message’ yang apabila ditekan proses pengaktifan akan bermula.

Proses ini akan mengambil masa beberapa minit bergantung kepada pelan telekomunikasi apa yang digunakan. Proses ini adalah untuk mengesahkan nombor telefon dan menerima nombor OTP.
Langkah 6
Selesai. Aplikasi Google Messages anda kini menyokong RCS dan anda boleh hantarkan kepada mana-mana pengguna Google Messages lain yang sudah aktifkan RCS ini. Untuk ketahui sama ada ia berjaya atau tidak, cuba hantar gambar atau GIF – jika berjaya dihantar ia akan paparkan sent. Jika RCS tidak diaktifkan, ia akan dihantar sebagai MMS dan akan menggunakan kredit anda.
Perlu diingatkan tidak semua peranti atau pengguna akan berjaya. Pengguna Yoodo dan Celcom tidak perlu risau kerana ia memang disokong secara rasmi. Seperti saya, saya menggunakan Digi dan tiada langsung masalah. Jika anda masih mengalami masalah, Clear Storage dan Clear Cache terlebih dahulu pada Carrier Services dan Google Messages, kemudian ulang semula langkah-langkah mudah tadi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/11/tutorial-cara-aktifkan-sokongan-rcs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsung Menambah Sokongan Seakan Slofie Pada Samsung Galaxy S10

Samsung Menambah Sokongan Seakan Slofie Pada Samsung Galaxy S10

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 291 hits
Slofie adalah terma untuk slow dan selfie iaitu rakaman gerak perlahan melalui kamera swafoto Fungsi dan terma ini digunakan oleh Apple pada iPhone 11 dan nama slofie turut difailkan untuk tanda dagang agar jenama lain tidak boleh menggunak...
Cara Menghemat Penggunaan Paket Data Internet Untuk Android

Cara Menghemat Penggunaan Paket Data Internet Untuk Android

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 338 hits
Penggunaan data internet memang merupakan hal yang sudah tidak bisa dilepaskan dari kehidupan sehari hari Puluhan atau ratusan aplikasi di smartphone Android kamu bisa mengurangi penggunaan paket data secara drastis tanpa kamu sadari Nah se...
Langkah 1 Cara Aktifkan Daftarkan Mykad Untuk Mssp

Langkah 1 Cara Aktifkan Daftarkan Mykad Untuk Mssp

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 389 hits
The post appeared first on Aktifkan fungsi MyKad anda secara PERCUMA dengan program Mykad Smart Shopper melalui agen Affiliate Agensi yang SAH atau pengaktifan MyKad juga boleh dibuat secara online dengan dua cara 1 Melalui website dan klik...
Asus Menghentikan Sokongan Mengemaskini Android Pie Pada Zenfone 4

Asus Menghentikan Sokongan Mengemaskini Android Pie Pada Zenfone 4

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 227 hits
Asus Zenfone 4 adalah peranti Asus pada tahun 2017 Ia dijana dengan cip Snapdragon 630 memori 4 6 GB RAM dan storan dalaman 64GB Skrin adalah LCD FHD 5 5 dwi kamera 12MP 8MP kamera swafoto 8MP dan bateri sebesar 3300mAh Selepas dua tahun us...
Coloros 7 Untuk Peranti Realmi Akan Mirip Android Asli

Coloros 7 Untuk Peranti Realmi Akan Mirip Android Asli

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 278 hits
Realme adalah sub jenama Oppo Jika anda perasan mana mana peranti Realme akan menjalankan sistem operasi ColorOS yang berasaskan Android sama sahaja dengan mana mana peranti Oppo Jika anda ikuti perkembangan Realme sebenarnya Realme ingin h...
Aplikasi Permainan Efootball Pes 2020 Kini Ditawarkan Untuk Peranti Ios Dan Android

Aplikasi Permainan Efootball Pes 2020 Kini Ditawarkan Untuk Peranti Ios Dan Android

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 281 hits
Reading Time 1 minutePengguna peranti pintar boleh memuat turun PES 2020 secara percuma Jika anda adalah peminat permainan bola sepak dari KONAMI iaitu PES 2020 anda kini turut boleh memainkan permainan tersebut di peranti pintar anda Sebel...
Opera 54 Untuk Android Hadir Dengan Pilihan Tema Baru Sokongan Bitcoin

Opera 54 Untuk Android Hadir Dengan Pilihan Tema Baru Sokongan Bitcoin

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 239 hits
Opera hari ini telah melancarkan kemaskini untuk pelayar web mudah alih Android mereka sekaligus menyertakan sejumlah ciri ciri baru bersama dengannya Menjadi fokus utama untuk pengenalan pelayar web mudah alih baru ini adalah pengenalan pi...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri