Belajar Kegagalan Apu Semangat 46 Mn Lahir Ketika Kita Tidak Punya Apa Apa Zahid Hamidi


Zahid: PAS fikir jelas-jelas, belajar kegagalan APU, Semangat 46 Umno serius memperkukuhkan kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN), tegas Presidennya Ahmad Zahid Hamidi mengulas status gabungan itu selepas PAU 2020.
“Justeru, saya berharap rakan politik Umno dalam Muafakat Nasional berfikirlah sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan Muafakat Nasional yang asli.
“Belajarlah daripada kisah Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu yang semuanya gagal kerana gabungan politik dibentuk tidak jujur dan genuine (ikhlas),” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.
Ahmad Zahid pada hantaran sama juga menyertakan pautan laporan berita bertarikh 5 April 2019 yang memetik Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kemungkinan muafakat PAS dan Umno boleh memenangi 132 kerusi parlimen.
Untuk rekod, pakatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) disertai PAS, parti serpihan Umno Semangat 46, Berjasa, Hamim dan Kongres Muslim India Malaysia (Kimma) sebelum PRU tahun 1990.
Kimma meninggalkan gabungan itu sebelum pilihan raya umum pada 1995. Secara rasmi APU bubar selepas PRU10.
Sementara itu, Zahid hari ini berkata sejak Piagam Muafakat Nasional dimeterai pada 14 September 2019 pelbagai kejayaan dilakar bersama PAS dan Umno.
“Kemenangan banyak pilihan raya kecil (PRK) dan bersama memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya.
Pun begitu, Zahid membangkitkan mengenai “Muafakat Nasional yang sebenar” yang telah meraih keyakinan rakyat tetapi kini sudah berubah hati.
“Mereka (rakyat) percaya kepada Muafakat Nasional yang itu, bukan yang ini.
“Kerana sinergi yang terbentuk antara Umno dan rakan partinya dalam sebuah gabungan penuh tulus ikhlas,” katanya lagi.
Ahli parlimen Bagan Datuk itu dipercayai merujuk perkembangan politik PAS di persada tanah air susulan Langkah Sheraton yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
Ini berikutan PAS kemudiannya menyertai gabungan politik PN dan dalam masa yang sama masih mengekalkan hubungannya dengan MN.
Umno pada PAU 2020 mempertegas pendiriannya untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sebaik PRU15 bermula.
Semalam, Bersatu dan PAS dalam satu kenyataan bersama menegaskan akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS dan Bersatu, Takiyuddin Hassan dan Hamzah Zainudin.
Untuk rekod, sebelum ini, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain dilaporkan berkata kerjasama APU tidak dapat bertahan lama kerana sikap saling mempercayai hilang antara dua parti tunjang Semangat 46 dan PAS.
Menurut felo penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) itu, Semangat 46 mendakwa kerjasama politik APU berat sebelah apabila PAS mendominasi dan mementingkan diri sendiri.
PAS pula, katanya mendakwa Semangat 46 tidak jujur dalam kerjasama politik dan masih gagal memahami perjuangan parti itu menegakkan Islam.


The post Belajar kegagalan APU, Semangat 46, MN lahir ketika kita tidak punya apa-apa – Zahid Hamidi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/01/belajar-kegagalan-apu-semangat-46-mn-lahir-ketika-kita-tidak-punya-apa-apa-zahid-hamidi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Sekolahkan Pas Belajarlah Dari Kegagalan Apu Dan Semangat 46 Dahulu

Zahid Sekolahkan Pas Belajarlah Dari Kegagalan Apu Dan Semangat 46 Dahulu

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 186 hits
April 2 2021 Saya tahu pelbagai persoalan ditimbulkan ramai pihak berhubung status Muafakat Nasional seusai Perhimpunan Agung UMNO 2020 Memandangkan Muafakat Nasional melibatkan rakan politik lain maka tidak wajar saya menulis lebih daripad...
Ketika Pau Baru Bermula Annuar Musa Terus Menyerang Zahid Hamidi

Ketika Pau Baru Bermula Annuar Musa Terus Menyerang Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 400 hits
1 Insyaallah PAU2020 perhimpunan paling tersusun dan paling pendek Perwakilan dengar saja di bhg masing masing Hanya Top6 hadhir di pwtc sebagai penonton jurucakap yg di pilih semua sudah di batalkan Sudah digantikan Hanya orang yg di lanti...
Zahid Sindir Pas Ungkit Nasib Apu Dan Semangat 46

Zahid Sindir Pas Ungkit Nasib Apu Dan Semangat 46

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 283 hits
ARIF ATANDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini membangkitkan kembali nasib Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 ketika mengingatkan rakan politiknya Tanpa menyebutkan nama Pas Presiden Umno itu berkata pembentukan gagasan Muafakat ...
Ugutan Buat Ahmad Zahid Hamidi

Ugutan Buat Ahmad Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 216 hits
BOB KELANANG Selaku Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dilihat sedang diuji dengan pelbagai ujian bukan sahaja ujian dari segi kesnya di Mahkamah tapi ujian sebenarnya adalah mengenai kepimpinannya menerajui UMNO itu sendiri Shahidan Kassim b...
Zahid Hamidi Seru Jangan Bimbang Mereka Yang Mahu Gadai Umno Hanya Kumpulan Kecil

Zahid Hamidi Seru Jangan Bimbang Mereka Yang Mahu Gadai Umno Hanya Kumpulan Kecil

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 312 hits
Saya minta kita ahli ahli UMNO pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang broker rancangkan Muslihat serta tipu daya mereka segala hipokrasi dan helah dalam pe...
Ganas Betul Zahid Hamidi 6 Tahun Terus Kena Hahaha

Ganas Betul Zahid Hamidi 6 Tahun Terus Kena Hahaha

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 308 hits
Timbalan Ketua Umno Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz telah digantung keahliannya dalam Umno selama enam tahun Keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi parti yang bermesyuarat pada Sabtu malam Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad M...
Pau Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Mengugut Dan Mengarah Para Perwakilan Supaya Membuat Sesuatu Keputusan Besar

Pau Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Mengugut Dan Mengarah Para Perwakilan Supaya Membuat Sesuatu Keputusan Besar

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 246 hits
Saya telah menyemak sebiji sebiji versi teks bertulis dan versi lisan sebenar Ucapan Dasar Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Dewan Merdeka PWTC pada pagi tadi Adalah didapati bahawa versi ...
Cabar Mencabar Kata Mengata Antara Zahid Hamidi Dan Annuar Musa

Cabar Mencabar Kata Mengata Antara Zahid Hamidi Dan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 452 hits
Kalau anak jantan letak jawatan menteri kata ZahidPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencabar seorang menteri daripada parti itu agar meletakkan jawatan dalam kabinet Selain melabelkan pemimpin tersebut sebagai makkhluk perosak Zahid...
Reset Umno Vs Surat Sokongan Zahid Hamidi

Reset Umno Vs Surat Sokongan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 333 hits
Kerana kluster mahkamah umno pemimpin umno yang tidak bersalah dan ikhlas untuk berkhidmat untuk rakyat membanteras membasmi covid19 dijadikan kambing hitam untuk menurut perintah Apakah mereka lupa kerana kluster mahkamah inilah rakyat men...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin