Tips Beli Mesin Basuh Terbaik



Alkisahnya mesin basuh di rumah saya semakin uzur namun masih belum rosak. Kami andaikan uzur kerana setiap kali spin, bunyi yang dihasilkan tu rasanya boleh sampai ke rumah jiran. Selain bunyi, daya getaran yang dihasilkan juga rasanya boleh menggegarkan bumi..haha. Hyperbola sangat perumpamaan tu kan :P


Mesin basuh berjenama Sharp ini kami beli sebaik sahaja selepas kahwin. Tidak pernah rosak namun awal tahun ini sensor pada pintu mula bermasalah. Berbekalkan ilmu youtube, suami pun buka dan buang sensor tersebut kerana telah rosak. Jadinya, ciri keselamatan pada mesin basuh kami sudah berkurangan kerana jika pintu dibuka, mesin takkan berhenti secara automatik lagi


Meskipun tanpa sensor, mesin basuh kami masih berfungsi dengan baik kecuali masalah bunyi dan daya getaran yang agak kuat dihasilkan, itu sahaja. Walaupun tidak mengganggu hidup saya tapi suami pula beria mengajak pergi cari mesin basuh yang baru. Memang excited nak beli yang baru tapi mesin basuh yang lama ini walaupun antik tapi banyak memorinya. Sayang betul nak tukar


Tips Beli Mesin Basuh
Untuk mengelakkan dari terbeli mesin basuh yang bermasalah dan susah nak cari spare part atau dapatkan servis warranty, saya study dulu tips-tips yang perlu dilakukan sebelum membeli mesin basuh yang baru. Jadi bagi yang tengah survey mesin basuh juga, ini adalah ringkasan tips membeli mesin basuh untuk dijadikan rujukan okay. 


1. Pilih control panel yang berada di bahagian atas hujung bukan di bawah hujung.
Semua control panel atau bahasa mudah fahamnya tempat tekan untuk set jenis basuhan terletak di bahagian atas mesin basuh. Tapi perasan tak yang panel ni boleh berada di atas hujung atau bawah hujung. Kalau tak faham, tengok gambar di bawah.

Control panel di bahagian atas hujungControl panel di  bahagian bawah hujung

Dicadangkan untuk pilih control panel yang berada di atas hujung adalah lebih baik. Ini kerana contol panel yang berada di bawah hujung adalah terdedah kepada risiko kerosakan yang lebih tinggi berbanding jika berada di atas hujung mesin basuh


Sebagai contoh, jika kita pindahkan baju yang basah dari baldi ke dalam mesin basuh, mungkin ada titisan air yang menitik terkena pada bahagian control panel. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada panel mesin basuh. Selain tu, ada juga yang letak baldi di atas control panel masa nak keluarkan baju dari mesin basuh. Beban berlebihan juga mungkin boleh merosakkan panel mesin basuh kita



2. Top load atau front load?
Stail macammana yang awak suka? Top load maksudnya pintu di bahagian atas, front load pula pintu di bahagian bawah hadapan. Masing-masing ada pro dan con tersendiri, cumanya harga bagi mesin basuh front load agak mahal di Malaysia berbanding yang jenis top load. Oleh sebab itu mesin basuh jenis top load lebih menjadi pilihan pengguna kerana harganya yang berpatutan.

Mesin basuh front load

Bagi saya sendiri, top load menjadi pilihan sebab senang saya nak masukkan baju ke dalam mesin basuh tanpa perlu duduk bertinggung. Selain itu, wanita Asia kan kebanyakannya ada masalah osteoporosis, makanya top load lebih selamat, haha..alasan semata-mata. Padahal front load lagi cantik cuma mahal tak boleh bincang je harganya. Kalau murah dah lama saya rembat sebiji :P


3. Stainless steel drum lebih baik  daripada plastik drum
Walaupun plastik drum lebih ringan dan kurang bunyi namun stainless steel drum pada mesin basuh adalah lebih baik memandangkan ianya lebih kuat dan mampu menahan putaran laju serta suhu tinggi. Jadi pakaian lebih mudah kering kerana putaran tinggi oleh stainless steel drum lebih efisien berbanding plastik drum. Ia juga lebih jimat tenaga elektrik.



4. Ciri Keselamatan
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, ciri keselamatan pada mesin basuh jangan dipandang enteng. Apa jadi sekiranya anak kecil kita membuka penutup mesin basuh yang tidak mempunyai ciri keselamatan ketika ia sedang beroperasi? Tak boleh terfikir apa akan jadi kan. Jadi, kalau merancang untuk berkahwin atau baru berkahwin sebaiknya cari mesin basuh yang mempunyai ciri keselamatan seperti fungsi kawalan pintar dan child lock.



5. Mesin basuh dengan fungsi air panas lebih banyak guna tenaga elektrik
Kedengaran amat mengujakan mempunyai mesin basuh yang mempunyai fungsi air panas ketika membasuh. Pasti cucian baju akan lebih bersih dan berseri. Walaubagaimanapun penggunaan air panas ini juga akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik. 

Jika ahli keluarga bekerja di bendang atau bengkel dan sering mengotorkan baju dengan kotoran degil, mesin basuh dengan fungsi air panas boleh dipertimbangkan. Namun jika hanya bekerja di pejabat dan tidak terdedah pada kotoran degil, seeloknya beli sahaja mesin basuh yang biasa. Lebih jimat tenaga. 


6. Beli mengikut saiz muatan yang bersesuaian
Setiap mesin basuh mempunyai lebar dan ketinggian yang berbeza, begitu juga dengan muatannya. Mesin basuh Sharp kami yang lama ini boleh memuatkan sehingga 6.5kg muatan sahaja dan lebihan muatan boleh merosakkan komponen dalamannya. Jadi jika mempunyai keluarga yang besar, muatan besar adalah dicadangkan. Namun jika mempunyai bilangan keluarga  yang kecil, usahlah membeli mesin basuh dengan muatan yang terlalu besar


Ini kerana setiap cucian samada penuh atau sedikit tetap akan menggunakan jumlah tenaga elektrik yang sama. Jika pasangan suami isteri yang baru berkahwin membeli mesin basuh bermuatan 10kg ke atas, mereka perlu memenuhkan beberapa baldi baju sebelum dibasuh untuk menjimatkan tenaga elektrik. Jika basuhan sederhana dilakukan, cas tenaga elektrik tetap sama seperti basuhan penuh.


Ia adalah suatu pembaziran. Jadi seeloknya beli hanya mengikut kesesuaian penggunaan dan saiz keluarga untuk mendapatkan penjimatan optimum.



7. Jaminan warranty lebih lama lebih bagus

Setiap benda yang digunakan ada jangka hayat masing-masing. Namun malang jika kita tersilap membeli mesin basuh yang menawarkan jaminan warranty pendek. Jika berlaku kerosakan tidak dijangka, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut.


Sepanjang saya survey mesin basuh yang dijual dalam pasaran beberapa hari ini, masih terdapat mesin basuh yang menawarkan warranty hanya 1 tahun. Apa akan jadi jika mesin basuh tersebut rosak pada tahun kedua? Buang atau baiki? Sudah tentu kos pembaikian tidak semurah yang dibayangkan


Itu sahaja yang dapat saya simpulkan sepanjang saya menggoogle tips untuk membeli mesin basuh. Jadi, adakah saya telah menukar mesin basuh yang baru? Ya, saya telah menukar mesin baharu! Panasonic 10kg jenis top load dengan control panel di atas hujung. Tahniah pada diri sendiri. Terima kasih juga pada suami yang menderma. Sayang kamu ketat-ketat :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/01/tips-beli-mesin-basuh-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesin Basuh Haier Hwm7808 Tak Boleh Rinse Dan Spin

Mesin Basuh Haier Hwm7808 Tak Boleh Rinse Dan Spin

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 811 hits
Ini adalah kejadian kedua melibatkan mesin basuh Haier HWM 7808 fully auto tersebut Pada asalnya ia tak boleh rinse sahaja dan setelah Master test ia juga gagal spin Ini macam masalah sama dalam kiriman Tedi sebelum ini Master segera periks...
Tips Mencari Sunblock Terbaik Untuk Muka Apa Maksud Broad Spectrum

Tips Mencari Sunblock Terbaik Untuk Muka Apa Maksud Broad Spectrum

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 838 hits
Ada macam macam jenis dan jenama sunblock di pasaran betul Tapi yang mana satu sunblock terbaik untuk kulit kita ya mungkin ada yang tertanya tanya begini kan Kali ini satu sahaja features yang ingin saya kongsikan Melihat gambar di atas ad...
Mesin Basuh Toto Berapa Kilogram

Mesin Basuh Toto Berapa Kilogram

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 722 hits
Assalamu alaikum Bismillahirrahmanirrahim Allahumma solli ala saiyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wassalam Sekarang Tedi sedang menunggu basuhan toto di kedai dobi layan diri Laundrybar di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di S...
Hiburan Beli Huawei Matebook D 15 Pada Hari Pelancaran Sabtu Ini Bawa Pulang Hadiah Percuma Bernilai Rm1 287

Hiburan Beli Huawei Matebook D 15 Pada Hari Pelancaran Sabtu Ini Bawa Pulang Hadiah Percuma Bernilai Rm1 287

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 337 hits
Ingat lagi tak Abang Nara pernah cerita tentang komputer riba paling mesra bajet iaitu Ha Sabtu ini HUAWEI MateBook D 15 yang penuh dengan pelbagai fungsi awesome ini bakal dijual secara rasmi di Malaysia Demi untuk memudahkan anda merasai ...
Paksa Pertamina Beli Minyak Dalam Negeri Pemerintah Pangkas Alokasi Impor

Paksa Pertamina Beli Minyak Dalam Negeri Pemerintah Pangkas Alokasi Impor

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 291 hits
Agar Pertamina menyerap sisa minyak mentah produksi dalam negeri tersebut Djoko memutuskan mengurangi alokasi impor minyak Pertamina sebanyak 8 ribu barel per hari
Pernah Saya Beli Berlian Untuk Isteri Tun Mahathir Soal Kembali Apabila Dituduh Rasuah

Pernah Saya Beli Berlian Untuk Isteri Tun Mahathir Soal Kembali Apabila Dituduh Rasuah

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 316 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari dengan tegas menyatakan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk membasmi rasuah Dr Mahathir berkata tiada sesiapa yang boleh melanggar undang undang sesuka hati terutama dalam jenayah berkaitan r...
Beli Laptop Dapat Free Gift Sampai Rm1k Ini Komputer Riba Spec Bangsawan Dengan Harga Murah

Beli Laptop Dapat Free Gift Sampai Rm1k Ini Komputer Riba Spec Bangsawan Dengan Harga Murah

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 467 hits
Anda sedang mencari laptop harga bajet dengan spesifikasi bangsawan Bagaikan sudah jadi satu trend sekarang ini apabila anda ingin mencari laptop pasti mencari laptop yang nipis dan ringan Banyak pengeluar berlumba lumba mengeluarkan laptop...
Kesan Beli Rumah Yang Telah Siap Di Bina Daripada Pemaju

Kesan Beli Rumah Yang Telah Siap Di Bina Daripada Pemaju

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 437 hits
KESAN BELI RUMAH YANG TELAH SIAP DIBINA DARIPADA PEMAJUJika anda beli rumah baru yang telah siap dibina oleh pemaju dan CCC pun telah dikeluarkan maka jual beli tersebut tidak lagi akan terikat dengan peruntukan peruntukan jual beli di bawa...
Lelaki Ini Sempat Beli Rokok Dari Kereta Sebelah Ketika Kesesakan Lalu Lintas

Lelaki Ini Sempat Beli Rokok Dari Kereta Sebelah Ketika Kesesakan Lalu Lintas

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 275 hits
Ohmedia paling tak suka bila kena hadap kesesakan lalu lintas terutamanya time balik kerja pada waktu petang dekat Kuala Lumpur Pergh Berjam jam weh duduk dalam kereta sakit pinggang Tetiba je semua manusia keluar dari sarang time tu Haha M...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah