Tips Beli Jam Tangan Jenama G Shock Original Untuk Orang Yang Baru Pertama Kali


Sebut sahaja jenama G-Shock, pasti ramai orang yang kenal jenama ini.
 
Kalau kita lihat laman web rasmi G-Shock, ataupun laman web online marketplace seperti Lazada ataupun Shopee, kita boleh lihat ada beratus-ratus jenis dan model yang telah dikeluarkan oleh G-Shock.
 
Bagi mereka yang sukakan jenama ini, mungkin mereka tak ada masalah untuk buat keputusan membeli jam tangan jenama ini. Sebaliknya, bagi mereka yang baru kali pertama nak cuba-cuba jadi pengguna G-Shock, mungkin agak keliru dan tak pasti model yang mana satu yang patut dijadikan pilihan.
 
Kali ini saya akan berikan serba sedikit idea dan input bagi membantu anda buat keputusan yang betul sebelum terus beli jam tangan jenama G-Shock ini.

Dekat pasaran, ada jam G-Shock yang Original, dan ada juga yang dilabel sebagai copy ori 1:1, gred A, gred AA dan juga gred AAA. Terus terang saya kata, saya tak suka barang yang tak original.
 
Saya lebih rela pakai jam tangan yang murah tapi original daripada pakai jam yang berjenama tapi hakikatnya tak original. Memanglah orang lain tak tahu, yang kita pakai barangan tiruan, tapikan kita pakai ini untuk kepuasan diri kita sendiri. Biarpun orang lain tak tahu, tapi kita tahu. Bagi saya, ia macam menipu diri sendiri. Faham ke maksud saya?

 
Apapun, itu cuma pandangan saya sahaja. Kalau anda jenis tak kisah, ori tak ori, terpulang pada andalah ya. (Saya cukup benci bila ada seller yang tipu pelanggan. Jual barang tiruan tapi kata barang tu ori.)
 
Macam yang saya sebutkan sebelum tadi, Casio G-Shock ini ada terlalu banyak model. Justeru, perkara pertama yang anda perlu buat ialah, kenalpasti apakah model jam tangan yang berkenan dihati anda.
 
Setiap model yang dikeluarkan oleh G-Shock sebenarnya ada golongan sasaran yang sesuai untuknya. Tapi sebelum itu, untuk sekadar untuk pengetahuan anda, bagi model G-Shock yang basic, ia mempunyai ciri-ciri yang mampu untuk
Menunjukkan waktu (of course la kan… dah nama pun jam) Tarikh Stopwatch Countdown timer Lampu Ciri kalis air sama ada 50m, 100m atau 200m  
Itu kalau model yang asas (basic).
 
Kemudian selain ciri-ciri yang asas ini, ada juga ciri-ciri tambahan yang direka khas bagi menepati selera golongan sasaran.
 
Katakanlah anda merupakan seorang yang suka melakukan aktiviti lasak dan suka masuk hutan. Model G-Shock yang mungkin anda berkenan adalah GW9400 Rangeman.

Bagi model ini, ia didatangkan dengan fungsi barometer, altimeter dan juga kompas. Kesemua fungsi-fungsi ini adalah sangat berguna untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung. Selain itu, model ini juga didatangkan bersamanya fungsi termometer, bagi memudahkan pemakainya mengetahui berapa suhu pada waktu-waktu tertentu.
 
Kalau tolak tepi dari segi fungsi, saya boleh katakan dari segi design, model G-Shock GW9400 ini juga sangat garang dan menarik. Ya, ini juga merupakan salah satu model yang ada dalam wishlist saya.
 
Bila kita dah tahu, mana satu model yang kita berkenan, langkah seterusnya adalah kita buat sedikit carian maklumat untuk mengetahui, berapa harga untuk model yang kita inginkan.
 
Saya gunakan model GW9400 ini sebagai contoh.
 
Kalau kita rujuk pada laman web gshock.com, kita akan dapati harga untuk model ini ialah sebanyak USD300.

Kalau kita convert kepada matawang kita jadilah RM1,248 lebih kurang.
 
Saya pernah tulis satu artikel berkenaan dengan penjual yang menjual jam tangan jenama G-Shock sebelum ini.
Baca disini: Senarai penjual jam tangan jenama G-Shock Original yang boleh dipercayai dengan harga terbaik!
 
Dengan merujuk kepada senarai seller yang ada disitu, saya dapati untuk model jam yang sama, kita boleh dapat dengan harga yang paling murah ialah serendah RM840. Harga ini ditawarkan oleh seller bernama C&H Movement.
 
Bila kita dah ada maklumat ini, kita boleh letakkan anggaran harga yang munasabah untuk model yang kita mahukan. Dalam contoh ini, kita boleh katakan untuk model G-Shock Rangeman GW9400 ini harga yang kita boleh dapat adalah dalam range harga RM839 – RM1,300.
 
Kalau anda jumpa harga yang lebih murah, yang mana saya percaya anda pasti akan jumpa, saya cuma boleh katakan, berhati-hatilah. Ia mungkin produk tiruan.
 
Sekarang ni anda dah tahu model yang anda nak beli, dan anda dah tahu range harga dia berapa. Jangan beli dulu, sebaliknya tengok dulu review dari pengguna sebelum ini.
 
Dekat Youtube, ada banyak video-video yang dihasilkan oleh para peminat jenama G-Shock. Dari situ anda boleh faham, apa kemampuan sebenar model jam yang anda pilih.

Cuma tengok dari jauh, tengok gambar dan sekadar menonton video, memang tak akan sama dengan anda sendiri melihat dari jarak dekat dan memegang jam tangan tersebut. Cuba cari masa untuk pergi ke kedai jam berhampiran anda, dan lihat dari jarak dekat model jam yang anda berkenan.
 
Boleh jadi kita lihat gambar produk tu cantik, tapi bila kita pakai, dia tak berapa sesuai. Tak sesuai tu sebab saiznya yang agak besar. Kalau tangan jenis kecil, memang nampak tak berapa cantik kalau pakai jam tangan G-Shock yang agak besar.
 
Tujuan kita ke kedai jam, adalah untuk dapatkan gambaran sebenar dari segi saiz dan rupa bentuknya secara dekat. Andai kata tak sesuai dengan saiz tangan anda, at least tak menyesal selepas dah beli.
 
Pada tahap ini, terpulanglah pada anda, sama ada nak terus beli atau beli je secara online. Kebiasaannya, harga di kedai memang lebih mahal kalau nak bandingkan dengan harga di internet. Bila saya kata harga di internet, saya sebenarnya rekemen anda beli di Shopee ataupun di Lazada.
 
Tujuan saya rekemen beli secara online ni ialah kita boleh dapat harga yang menarik. Lebih murah berbanding beli dari kedai. Tapi kalau anda tak berani nak beli online, dan lebih selesa beli di kedai, itu juga terpulang pada anda. Saya tak ada apa-apa isu ataupun halangan.
 
Khusus untuk mereka yang nak beli secara online ya, ingat balik apa maklumat yang telah kita perolehi sebelum ini.
(1) Kita dah tahu apa model yang kita mahukan
(2) Kita dah tahu range harga yang munasabah
(3) Kita dah tahu kemampuan dan fungsi-fungsi yang terdapat pada jam G-Shock yang kita nak beli
(4) Kita juga dah tahu saiz, warna, dan rekabentuk jam yang kita nak bila kita pergi ke kedai jam
 
Gunakan maklumat-maklumat yang kita dah tahu ini untuk pilih online seller yang kita boleh percayai. Carilah seller yang dah jual banyak jam sebelum ini dan ada banyak review dari pembeli terdahulu.
 
Contohnya macam kat bawah ni.

Macam dekat Lazada, pembeli sebelum ini ada yang rajin upload gambar-gambar produk yang diterima. Cuba bandingkan gambar produk sebenar yang diterima dengan maklumat yang kita dah ada.
 
Kalau semua setuju yang produk yang mereka terima adalah original, ada kotak besi, ada tag, waranti dan sebagainya, jadi apa lagi yang buat anda rasa kurang yakin untuk beli sahaja secara online?
 
Ya, saya tahu cara ini mungkin tak cukup sempurna untuk anda. Anda boleh hubungi seller untuk dapatkan info lebih lanjut seperti dekat mana mereka berada. Ada seller di Lazada yang turut mempunyai kedai fizikal. Jadi anda boleh terus ke kedai mereka dan boleh beli disana. Saya difahamkan harganya sama sahaja, sama ada beli online mahupun beli di kedai mereka.
 
Saya tertarik untuk jadi pengguna jam jenama G-Shock ini sebabnya mereka mengeluarkan model jam tangan mengikut keperluan sesuatu golongan.
 
Contohnya untuk mereka yang buat aktiviti lasak, selalu bekerja dalam keadaan yang kotor dan berlumpur, model jenis Mudmaster sesuai untuk golongan seperti ini.

 
Untuk juruterbang atau individu yang bekerja di kedudukan altitud yang tinggi, model jenis Gravity Master direka khas untuk orang seperti mereka.
 
Bagi mereka yang kerap keluar masuk hutan, sukakan cabaran dan aktiviti survival, Rangeman adalah pilihan yang tepat.
 
Para pelayar, kelasi dan mereka yang menghabiskan masa di lautan, ada satu model khas yang diberi nama Gulf Master yang sesuai dengan anda.
 
Para penyelam, atau individu yang kerap bekerja di dasar lautan, model Frogman direka khas untuk memastikan jam anda berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.
 
Jam tangan jenama G-Shock juga kebanyakkannya didatangkan dengan rekabentuk yang sangat menarik. Kalau yang memang minat dengan jenama ini, mereka tak ada masalah untuk beli apa edition sekalipun, asalkan ianya G-Shock dan ia original.
 
Lagi banyak fungsi, lagi mahal harga yang anda perlu bayar. Jika bajet menjadi halangan, maka cubalah perhatikan dulu, sama ada jam yang anda nak beli tu anda perlu atau tidak fungsi-fungsinya.
 
Kalau tak perlu, mungkin boleh mula dengan model yang basic dulu.
 
Baiklah, mudah-mudahan sedikit perkongsian saya disini bermanfaat untuk anda. Jika anda ingin dapatkan jam tangan G-Shock Original dengan harga yang lebih rendah dari harga kedai, boleh semak tawaran oleh seller berikut ya.
(1) All In One Hub
(2) C&H Movement
(3) Stussy Gallery
(4) The Wola
(5) Casio Official Lazada Mall Flagship Store
 
 
 
 
The post Tips beli jam tangan jenama G-Shock Original untuk orang yang baru pertama kali appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/tips-beli-jam-tangan-jenama-g-shock-original/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nota Panduan Dan Tips Beli Smartphone Baru Yang Lebih Berbaloi

Nota Panduan Dan Tips Beli Smartphone Baru Yang Lebih Berbaloi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 326 hits
Dah dekat sebulan telefon hilang dekat taman permainan sekitar rumah nih bukan tak cari tapi masa patah balik ke sana pun tak jumpa maybe terjatuh di kawasan yang saya tak nampak Apa maksud Telefon Flagship sesuatu brand Nak tak nak pakai s...
Ini Cara Untuk Anda Kenali Jam Tangan Mewah Original Atau Palsu

Ini Cara Untuk Anda Kenali Jam Tangan Mewah Original Atau Palsu

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 958 hits
Perniagaan jam tiruan menjadi satu perusahaan replika aksesori mewah yang menguntungkan kerana permintaannya sangat tinggi sejak sekian lama Sama ada analog atau digital boleh dikatakan lambakan jam mewah yang dijual dalam talian belum tent...
Casio Raikan Ulang Tahun Kelahiran Bruce Lee Dengan Jam Tangan G Shock Edisi Khas

Casio Raikan Ulang Tahun Kelahiran Bruce Lee Dengan Jam Tangan G Shock Edisi Khas

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1030 hits
Jam tangan mewah dan mampu milik G Shock telah mendedahkan reka bentuk yang diilhamkan dari bintang seni mempertahankan diri terkenal Bruce Lee bagi merayakan ulang tahun ke 80 beliau tahun ini Hadir dengan model MRG G2000BL 9A reka bentuk ...
Tips Masuk Rumah Baru

Tips Masuk Rumah Baru

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 717 hits
Tips Masuk Rumah Baru Periksa dahulu bahagian bahagian wajib selepas terima kunci Setiap daripada kita pasti teruja apabila memiliki rumah sendiri Apatah lagi jika ianya rumah yang kita idam idamkan selama ini Tapi tahukah kita bukan semua ...
Jam Tangan Ternipis Di Dunia

Jam Tangan Ternipis Di Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 238 hits
PERCAYAKAH anda jam paling nipis di dunia hanya berukuran 0 8 milimeter Menurut laporan MailOnline Jam CST 01 rekaan pencinta aksesori masa Dave Vondle di bawah firma Central Standard Timing di Chicago menggunakan sekeping keluli tahan kara...
Banyakkan Aktiviti Guna Otot Tangan Baru Tak Kekok Anak Pegang Pensel

Banyakkan Aktiviti Guna Otot Tangan Baru Tak Kekok Anak Pegang Pensel

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 385 hits
Bagaimana nak buat jika anak murid ramai yang tidak pandai pegang pensel lagi Tangan pun lembik dan lemah sahaja Kat sekolah kena banyak pegang pensel Kadang kadang saya tolong anak murid saya pegang pensel dan menulis tapi mata dia tak pan...
Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta

Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 289 hits
Isteri Pertama Carikan Isteri Baru Buat Suami Tercinta Tidak semua wanita sanggup bermadu namun seorang wanita di sini rela untuk berkongsi kasih malah turut mencarikan isteri baharu buat suaminya Wanita itu yang dikenali Juspiwati dilapor ...
Realme Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Tersendiri

Realme Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Tersendiri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 297 hits
Realme hari ini telah pun mengesahkan yang mana mereka bakal hadir dengan gelang tangan pintar tersendiri pada awal Mac 2020 kelak Bersama sama dengannya pihak Realme turut berkongsi memperlihatkan mereka akan melancarkan jam tangan pintar ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut