Tip Pilih Hospital Bersalin




Assalamualaikum wbt..
Tarikh untuk bersalin semakin hari semakin dekat.. Masa inilah kita mula menempah bilik untuk menyambut orang baru.. Yealah, setiap hari ada saja kelahiran bayi berlaku.. Lambat tempah bilik, susah pula untuk mencari bilik yang kosong, dan kalau boleh kita nak bersalin di hospital yang berdekatan dengan kediaman kita..

Sesetengah orang berpendapat, hospital bersalin nie kelihatan sama tapi sebenarnya tak semuanya sama dan memenuhi keperluan kita.. Jadi kali nie saya nak berkongsi dengan awak, tip untuk memilih hospital bersalin agar semuanya berjalan dengan sempurna..

Jom..

Sejarah kesihatan - Pemilihan hospital bersalin selalunya berkait rapat dengan faktor kesihatan kita dan kandungan kita. Jadi, pastikan awak mempunyai latar belakang kesihatan yang baik, iaitu tidak mempunyai sejarah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kecing manis mahupun komplikasi kelahiran terdahulu yang memerlukan penjagaan rapi. Jika kita tergolong sebagai ibu hamil berisiko, kita perlu memilih hospital yang berpengalaman, mempunyai kemudahan dan peralatan perubatan lengkap agar tidak timbul masalah sepanjang proses kelahiran

Kemudahan - Kemudahan yang disediakan oleh pihak hospital pilihan yang perlu diberi perhatian ialah wad bersalin, bilik bayi, unit rawatan rapi untuk ibu dan bayi serta peralatan perubatan bagi menghadapi saat kecemasan. Pastikan kesemua kemudahan ini lengkap dan mencukupi untuk rawatan ibu dan anak. Sehubungan dengan itu, kita perlu tahu sama ada terdapat kemudahan rawatan dan alat sokongan  yang lengkap jika bayi dilahirkan pra-matang atau lemas sewaktu bersalin. sama juga halnya dengan bank darah. Doktor pakar bius pun perlu bersedia sepanjang masa. Aspek ini penting untuk mengatasi apa juga komplikasi yang mungkin berlaku. Bagi kehamilan berisiko, kita harus mengambil kira tentang kemudahan bagi mengatasi komplikasi untuk diri sendiri dan bayi. Sebab itulah, kita perlu bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan mencukupi. Pilihan yang terbaik adalah hospital kerajaan kerana ia memiliki  kemudahan dan kepakaran lengkap dan mencukupi bagi menghadapi kehamilan berisiko tinggi

Bajet - Tak semua di dalam kalangan kita mengambil insurans atau mempunyai majikan yang boleh menanggung kos rawatan bersalin. Kita perlu memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan bersalin. Biarpun kita berhasrat untuk melahirkan bayi secara normal, kita juga perlu menyediakan kos yang mencukupi untuk kelahiran caesarean juga. Bajet bersaling bergantung sepenuhnya kepada pilihan kita. Jika kita mempunyai peruntukan wang yang lebih, takde salahnya kita memilih untuk mendapatkan perkhidmatan hospital swasta. Namun ada baiknya, awak dapatkan maklumat lengkap mengenai pakej bersalin di hospital pilihan. Bimbang ada kos tersembunyi di sebalik pakej bersalin yang ditawarkan. Apatah lagi jika berlaku komplikasi, pasti akan ada caj tambahan

Lokasi - Dengan adanya kemudahan pengangkutan masa kini, ia pasti memudahkan kita untuk menuju ke hospital bersalin pilihan dengan segera. Apa-apa pun lokasi hospital terbaik seharusnya berdekatan dengan kediaman kita. Jadi apabila berlaku komplikasi seperti pendarahan, kita boleh segera sampai ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut dapat diberikan. Pastikan juga lokasi hospital bersalin pilihan tidak terletak di kawasan yang terkenal dengan kesesakan trafik. Dinasihatkan juga agar kita tidak memilih lokasi yang jauh hanya disebabkan pakej menarik yang ditawarkan. Apa yang penting adalah kita kena fikirkan keselamatan diri dan bayi kita terlebih dulu

Kepakaran doktor - Kita perlu tahu doktor yang bertugas di hospital bersalin pilihan mempunyai kepakaran yang diiktiraf atau sebaliknya.  Aspek ini penting untuk dititikberatkan agar doktor itu mampu mengendalikan proses kelahiran dengan segera jika bayi yang dikandungi berhadapan dengan komplikasi. Dalam pada itu, doktor yang baik, ada kepakaran dan beretika mudah mendapat tempat di hati pesakit. Pesakit yang berpuas hati akan menjadi ejen publisiti yang sangat berguna dan berpengaruh kerana golongan ini biasanya berkongsi pengalaman dengan ramai orang, khususnya kawan dan keluarga

Kakitangan terlatih - Terdapat sesetengah hospital swasta mempunyai jururawat yang dikenali sebagai nursing aid di mana mereka dilatih semasa kerja tetapi tidak mempunyai sijil kejururawatan yang sah. Jadi pastikan jururawat atau pembantu doktor di hospital pilihan adalah terlatih dan mempunyai sijil kerana mereka dapat berbuat sesuatu jika berlaku kecemasan ketiadaan doktor

Keselesaan - Kita perlu berasa selesa dengan apa saja yang ditawarkan oleh hospital pilihan. Salah satunya adalah mendapatkan khidmat doktor pakar yang dapat memberikan keselesaan ketika kita berkomunikasi dengannya sepanjang menjalani rutin pemeriksaan antenatal. Sekiranya selesa dengan doktor berkenaan, pasti kita mahu doktor yang sama menyambut kelahiran bayi apabila tiba masanya nanti. Sementara itu, salah satu aspek keselesaan yang perlu dipertimbangkan adalah adakah kita selesa jika doktor lelaki yang bakal menyambut kelahiran anak kelak. Jika jawapannya tidak, mohonlah budi bicara pihak berkenaan untuk mendapatkan khidmat doktor perempuan

Prosedur - Perlu diketahui juga sama ada hospital atau klinik bersalin pilihan membenarkan suami atau ibu menemani semasa di bilik bersalin. Ini kerana ada sesetengahnya tidak membenarkan orang lain berada di dalam bilik berkenaan. Memandangkan amat penting untuk suami atau ibu di samping kita ketika menjalani proses bersalin, jadi pilihlah hospital atau klinik bersalin yang dapat memberi keizinan keberadaan salah seorang daripada mereka di sana

Kelas antenatal - Kita digalakkan untuk menghadiri kelas antenatal sebagai persediaan sebelum bersalin. Ia bertujuan mendedahkan kita dan suami dengan maklumat berguna sebelum menimbang cahayamata. Banyak topik yang bakal diperoleh seperti pemakanan ketika hamil, penggunaan ubat tahan sakit, penjagaan ibu dan bayi, penyusuan susu ibu dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk mengikuti kelas antenatal di hospital pilihan kerana kita akan nampak hala tuju yang bakal dilalui sepanjang proses bersalin

Hospital rakan bayi - Sebaik-baiknya pilihlah Hospital Rakan Bayi (HRB). HRB adalah hospital yang menyokong dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penyusuan susu ibu

Semoga dengan adanya tip ini kita dapat memilih hospital yang selesa untuk kita dan bayi kita..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/06/tip-pilih-hospital-bersalin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Macam Sama Tapi Rupanya Rasa Lain Lain Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap Pekat

Nampak Macam Sama Tapi Rupanya Rasa Lain Lain Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap Pekat

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 756 hits
Kita mungkin sudah sering melihat pes tom yam yang di jual di kedai namun hati hati kerana bukan semua pes tom yam Thai yang dijual sama rasa dan enaknya Anda harus kenal pasti pes tom yam yang mana satu paling sedap dan kuahnya pekat tanpa...
Wanita Kongsi Pengalaman Bersalin Di Andorra Women Children Hospital Layanan Superb

Wanita Kongsi Pengalaman Bersalin Di Andorra Women Children Hospital Layanan Superb

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 590 hits
Hospital ini juga adalah milik orang Islam small Cover image via YayaSuhaimi Facebook span span small Buat para ibu yang baru pertama kali mengandung mungkin banyak perkara perlu dititikberatkan termasuklah tempat bersalin a href https imag...
Tak Ambil Langsung Minyak Kelapa Dara Ibu Ini Kongsi Tip Bersalin Tanpa Koyakan

Tak Ambil Langsung Minyak Kelapa Dara Ibu Ini Kongsi Tip Bersalin Tanpa Koyakan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 292 hits
Perkara yang paling menakutkan ibu ibu ketika bersalin adalah koyakan Ngeri betul bila dengar nak melahirkan anak sehingga terkoyak Setiap kelahiran kebanyakan akan melibatkan pada perineum akibat regangan kulit episiotomi dan penggunaan al...
Kebenaran Teman Isteri Bersalin Ketika Pkpp Bergantung Kepada Hospital Ruang

Kebenaran Teman Isteri Bersalin Ketika Pkpp Bergantung Kepada Hospital Ruang

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 352 hits
Pemberian kebenaran untuk suami menemani isteri di dalam dewan bersalin adalah bergantung pada dasar dan ruang terbabit di sesebuah hospital itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam mempertimbangkan perkara i...
Menteri Kesihatan Malaysia Yang Top 3 Terbaik Di Dunia Mai Hospital Seberang Jaya

Menteri Kesihatan Malaysia Yang Top 3 Terbaik Di Dunia Mai Hospital Seberang Jaya

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 1385 hits
Menteri Kesihatan YB Dato Sri Dr Adham Baba mengadakan lawatan sehari ke Pulau Pinang Dr Adham telah meninjau tapak dan melihat sendiri kemajuan pembinaan Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang YB...
Larikan Mayat Mangsa Covid 19 Dari Hospital

Larikan Mayat Mangsa Covid 19 Dari Hospital

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 319 hits
Jakarta Hospital di Indonesia meningkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat selepas ramai sanak saudara melarikan mayat mangsa Covid 19 kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama mereka Jurucakap polis tempatan Ibr...
Video Wanita Dirasuk Dalam Hospital Mengaku Iblis

Video Wanita Dirasuk Dalam Hospital Mengaku Iblis

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 419 hits
Tular di media sosial video seorang wanita dipercayai dirasuk ketika berada di sebuah hospital tular di media sosial Tidak dipastikan lokasi dan waktu kejadian wanita yang berada di sisi katil seorang pesakit mengaku sebagai iblis sambil me...
Rujuk Senarai Hospital Klinik Elak Penipuan Saringan Covid 19

Rujuk Senarai Hospital Klinik Elak Penipuan Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 267 hits
PUTRAJAYA 13 JUN Masyarakat diminta merujuk senarai semua hospital dan klinik saringan Covid 19 swasta yang diluluskan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan kekeliruan serta penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab Ketua Pengarah Kesihat...
Tahniah Ardell Aryana Selamat Bersalin Anak Sulung

Tahniah Ardell Aryana Selamat Bersalin Anak Sulung

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 492 hits
Selepas dikhabarkan terpaksa menahan sakit lebih 16 jam pelakon Ardell Aryana telah selamat melahirkan anak sulungnya awal pagi tadi Menurut suaminya Nadzmi Adhwa isterinya melahirkan anak mereka secara normal pada jam 2 22pagi var curren
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities