Tip Penyediaan Salad Cef Selebriti Nik Michael Imran


Tip penyediaan salad khas Cef Nik untuk pedoman semua ada di sini!
Salad ialah perkara pertama yang anda timbul di kotak fikiran anda apabila terdengar perkataan ‘diet’ dan ‘kesihatan’, diikuti oleh bayangan dedaun hijau yang layu, lembik dan tidak menyelerakan. Sesiapa sahaja pun akan mengerutkan hidung anda. Hilang selera dibuatnya! Namun begitu, kita tetap juga memesan salad di luar ataupun menyediakannya sendiri di rumah, dan menikmatinya setiap hari kerana kita tahu salad adalah antara sajian yang rendah kalori dan antara pilihan terbaik untuk membantu kita menurunkan berat badan secara sihat. Kita tidak boleh menafikan hal ini, betul tak?
Walau bagaimanapun, satu persoalan tetap muncul dalam kotak fikiran kita. Perlukah salad menjadi satu sajian yang menyeksakan diri dan deria rasa semata-mata kita nak menguruskan badan? Bagi cef selebriti Malaysia dan Pengarah Kulinari Butterkicap, Nik Michael Imran, tidak semestinya begitu. Tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain, Cef Nik sangat menyukai salad dan tidak pernah menolak untuk makan sayur-sayuran sepanjang beliau membesar. Rahsia cef mudah sahaja; kepelbagaian atau variasi. Kombinasi sayur-sayuran yang berwarna-warni dan kuah ‘dressing’ salad yang penuh berperisa sudah cukup untuk buat individu paling anti-sayur pun akan berasa tergoda untuk menikmatinya.
Salad Dressing 101 Tiada siapa pun mahu menikmati salad yang basah, lembap dan lembik, termasuklah Cef Nik. Menulis tentangnya pun dah cukup untuk buat tekak kami terasa kembang. Oleh itu, Cef Nik sangat menekankan kepentingan untuk menguasai kemahiran asas dalam penyediaan salad. Menyediakan salad memang sangat mudah. Kita tak perlu ikut resipi tertentu atau ukuran tertentu. Perkara paling penting yang menjadi tip penyediaan salad utama Cef Nik ialah tekstur dan perisa salad itu sendiri. Jadi, bagaimana kita nak menyediakan salad yang paling sedap?
Pengalaman beliau bertahun-tahun lamanya, baik menikmati salad mahupun menyediakan salad telah membuat Cef Nik sedar bahwa ada dua prinsip utama yang perlu diikuti semasa menyediakan salad.
Tip Penyediaan Salad Cef Nik 1 – Ikut Nisbah 25:75 Terdapat pelbagai resipi kuah salad atau vinaigret ‘terbaik’ yang boleh dijumpai di Internet. Walau bagaimanapun, resipi terbaik, pada pandangan Cef Nik ialah resipi yang mengikuti nisbah 25:75.
Kenapa begitu penting untuk kita mengikuti nisbah ini? Nisbah 25:75 ini merujuk pada ukuran cuka dan minyak yang digunakan. Cuka dan minyak adalah dua bahan utama dalam kuah ‘dressing’ atau vinaigret. Minyak memainkan peranan sebagai pengalir sementara cuka pula memberi perisa masam cuka yang kuat kuah salad yang tipikal. Tanpa tip penyediaan salad ini, anda tidak akan dapat menyediakan resipi kuah salad yang berkualiti. Cef Nik juga menegaskan bahawa mempunyai ukuran nisbah minyak dan cuka sahaja tidak mencukupi untuk menyediakan kuah salad yang betul-betul memukau.
2 – Jangan Lupakan Pengemulsi Satu lagi komponen penting dalam menyediakan kuah salad ialah pengemulsi. Pengemulsi membantu untuk menyebatikan minyak dan cuka yang mana kita semua tahu mempunyai ketumpatan berbeza dan tidak dapat disebatikan dengan sendirinya.
Kita boleh menggunakan sos biji sawi atau telur kuning sebagai pengemulsi. Perkara yang paling penting apabila memilih pengemulsi ialah keupayaannya untuk memekatkan kuah dan menyebatikan minyak serta cuka. Dengan pengemulsi, minyak dan cuka takkan meleleh daripada daun salad dan bertakung di dasar salad lalu membuatkan daun salad menjadi layu dan lembap. Kuah salad yang terbaik adalah yang menyelaputi daun-daun salad secara sekata untuk menjadi setiap gigitan penuh berperisa.
Bonus: Resipi Salad Kegemaran Cef Nik Michael Salad Kegemaran Cef Nik: Salad Pegaga & Daun Gajus dengan Sos Biji Sawi Bermadu Menyediakan salad memerlukan minda yang kreatif. Kita perlu berfikir di luar mangkuk salad. Untuk itu, kita perlu berfikir, ‘Apakah yang menjadikan sajian salad, salad?’ Jawapan Cef Nik mungkin bertepatan dengan jawapan yang muncul di kotak fikiran anda. Menurut beliau, salad boleh menjadi gabungan pelbagai ulam-ulaman, daun herba mahupun sayur-sayuran berbeza yang digaul rata dengan kuah salad pilihan anda, baik sekadar menuangkan minyak zaitun di atas salah atau kuah salad yang merumitkan dengan perisa luar biasa seperti tahini-kunyit.
Salad ialah lambang keindividualan anda. Apapun kombinasi perisa yang kena dengan citarasa anda, itulah yang dianggap sebagai salad terbaik untuk diri anda. Lagipun, siapa lagi yang akan makan salad yang anda sediakan kalau bukan anda sendiri? Jadi, tidak perlulah fikir sangat tentang apa yang orang lain suka dan letak saja bahan-bahan yang anda suka!
Siap dalam 10 Minit! Membesar dalam keluarga yang besar, Cef Nik menganggap waktu makan di rumah beliau seperti satu jamuan besar. Seperti kebanyakan keluarga di Malaysia, waktu makan dianggap sebagai masa untuk seisi keluarga meluangkan masa berkualiti dan bertanya tentang hari masing-masing. Oleh itu, kebanyakan kenangan, baik yang manis mahupun pahit dicipta di meja makan. Salah satu kenangan terindah daripada zaman kanak-kanak beliau adalah bereksperimen dengan pelbagai resipi salad dan kuah salad berbeza bersama-sama keluarga dan tradisi ini masih diamalkan oleh beliau hingga kini. Resipi kuah salad kegemaran beliau ialah kuah salad sos biji sawi bermadu atau honey mustard.
Sempena beliau mengimbau kembali kenangan manis membesar di rumah keluarga beliau, Cef Nik ingin berkongsi resipi salad kegemaran beliau yang wajib disediakan dalam setiap jamuan keluarga di rumah beliau iaitu resipi salad pegaga dan daun gajus yang diperisakan dengan sos biji sawi bermadu yang menyelerakan. Perisa pegaga yang pahit-pahit manis dengan bau sitrus yang halus dan bauan seakan lemon dan gajus membawa elemen segar yang boleh membuatkan anda asyik menambah berkali-kali. Resipi ini tidak mempunyai ukuran khusus jadi biar deria rasa anda menjadi panduan anda!
Bahan-Bahan:
a) Salad
Daun PegagaDaun GajusHirisan timun, ditabur secubit garamHirisan tomato ceri, ditabur secubit garamDaun selada karang (Coral lettuce)Daun selada romain (Romaine lettuce) b) Kuah ‘dressing’
Madu1 telur kuningsudu besar sos biji sawi wholegrainGaram laut (sea salt)Minyak zaitun ekstra virginCuka Cara-Cara:
a) Menyediakan kuah ‘dressing’
Dalam mangkuk kecil atau botol kecil, masukkan telur kuning, sos biji sawi, madu, cuka, garam dan minyak zaitun.Tutup botol dan gocang hingga sebati ataupun ambil sudu kecil untuk campurkan semua bahan sehingga sebati jika anda menggunakan mangkuk kecil. b) Menyediakan salad
Masukkan semua sayur dan ulam dalam besen yang besar. Pastikan anda tidak masukkan terlalu banyak sayur untuk mengelakkan sayur daripada cepat layu, lembik dan memastikan semua sayur dan ulam disalut oleh kuah ‘dressing’ dengan sekata.Tuang kuah ‘dressing’ dan gaul dengan sekata. Jika anda tidak dapat mengagak, masukkan sedikit demi sedikit.
Tip: Kuah ‘dressing’ yang mencukupi adalah apabila setiap helaian daun salad diliputi lapisan kuah yang nipis. Daun salad akan kelihatan berkilat.Gunakan penyepit untuk meletakkan salad anda di dalam pinggan. Hal ini akan memastikan salad anda masih segar dan rangup kerana tidak terendam lama di dalam lebihan kuah ‘dressing’ dalam besen tadi. Salad sudah sedia dimakan! Bukan Sekadar Tip Penyediaan Salad… Mengamalkan pemakanan sihat hanyalah satu aspek kecil dalam usaha anda untuk hidup sihat dan gembira. Pada penghujung harinya, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Misalnya, dalam menyediakan salad, kenapa kita perlu mengikut citarasa orang lain sedangkan kita pun ada citarasa yang tersendiri juga. Sepertimana Cef Nik menyedari bahawa rahsia penyediaan salad ialah kreativiti, begitu juga, anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk memastikan anda hidup lebih sejahtera dan gembira. Apapun letakkan diri anda dahulu kerana diri anda penting juga.
Makan sihat, hidup bahagia!

The post Tip Penyediaan Salad Cef Selebriti Nik Michael Imran appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.butterkicap.com/food-journeys/selera-kita/tip-penyediaan-salad-cef-selebriti-nik-michael-imran

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wagyu Gaya Cef Nik Michael Imran Tip Penyediaan Stik

Wagyu Gaya Cef Nik Michael Imran Tip Penyediaan Stik

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 184 hits
diminati ramai kerana tekstur dagingnya yang empuk dengan lapisan lemak dan daging seakan akan batu marmar Bagi para peminat stik daging wagyu bukan sekadar potongan daging biasa ya Sebaliknya daging wagyu dilihat sebagai suatu yang jauh le...
Bukan Ahli Pas Saja Perlu Tahu Sebab Khairuddin Digugur Kata Nik Abduh

Bukan Ahli Pas Saja Perlu Tahu Sebab Khairuddin Digugur Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 182 hits
FAZLI RADZIAhli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pagi ini tampil bersuara mengenai sahabat rapatnya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang digugurkan sebagai ahli jawatankuasa parti Ahli Parlimen Bachok berkenaan m...
Luv Ing Wagyu Chef Nik S Way Tips Tricks Hacks

Luv Ing Wagyu Chef Nik S Way Tips Tricks Hacks

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 195 hits
is known for its tender juicy texture and beautiful marbling of fat and meat Steak connoisseurs look at it as a piece of art that should be prepared only with the best ingredients No wonder even the lowest grade of Wagyu beef can cost hundr...
Nik Aziz Dan Hadi Pernah Perang Dingin Kerana Kerajaan Perpaduan Kata Tantawi

Nik Aziz Dan Hadi Pernah Perang Dingin Kerana Kerajaan Perpaduan Kata Tantawi

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 204 hits
MALAYSIA DATELINEBuat pertama kalinya secara rasmi seorang pemimpin kanan Pas mengesahkan bekas Mursyidul Am Pas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentang kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Aw...
Public Must Know Why Khairuddin Was Axed Says Nik Abduh

Public Must Know Why Khairuddin Was Axed Says Nik Abduh

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 146 hits
Nik Abduh Nik Aziz says the PAS leadership needs to give a public explanation on the removal of Khairuddin Aman Razali from the central committee to avoid any negative perception of the party PETALING JAYA PAS must make public the reasons f...
Bayi Lahir Dengan 4 Tangan Kaki Jadi Selebriti Berduyun Duyun Penduduk Nak Ambil Gambar

Bayi Lahir Dengan 4 Tangan Kaki Jadi Selebriti Berduyun Duyun Penduduk Nak Ambil Gambar

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 145 hits
Seorang bayi yang lahir dengan empat tangan dan kaki telah menarik perhatian penduduk tempatan yang percaya bahawa bayi itu adalah jelmaan tuhan Ibu bayi berkenaan berterusan dikunjungi pelawat di Hospital Sadar timur India sejak dia bersal...
Dilapor Sedang Bercinta Dengan Lelaki Bukan Selebriti Agensi Park Narae Beri Respon

Dilapor Sedang Bercinta Dengan Lelaki Bukan Selebriti Agensi Park Narae Beri Respon

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 146 hits
Diam tak diam tiba tiba pelawak Park Na rae terpalit dengan khabar angin mengatakan bahawa dia sedang bercinta kini Menurut laporan awal wanita itu dikatakan sudah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bukan selebriti selama 6 bulan ki...
Mn Adalah Tanda Kesyukuran Kepada Allah Nik Abduh

Mn Adalah Tanda Kesyukuran Kepada Allah Nik Abduh

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 126 hits
MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah Nik Abduh PAS menegaskan bahawa rundingan kerusi bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara Umno dan Perikatan Nasional pada pilihan raya umum ke 15 perlu dilaksanakan Anggota Jawatankuasa PAS Pus...
Michael Bay Membuat Semula Filem Aksi Ini

Michael Bay Membuat Semula Filem Aksi Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 170 hits
Buat yang dah lama mengikuti penulisan abam pasti mengetahui bahawa abam amat meminati filem aksi dari Indonesia ini iaitu The Raid Redemption dan The Raid 2 Berandal Keduanya adalah filem yang dijadikan sebagai penanda aras untuk setiap fi...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Satu Kesulitan Tidak Mungkin Menang Melawan Dua Kemudahan Tetap Optimis

Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja