Tip Ibu Ini Buat Anak Dengar Cakap Simple Tak Perlu Dah Hari Hari Menjerit


” 𝘔𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘬𝘢𝘭𝘪, 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘮𝘢𝘪𝘯 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘬𝘢𝘴. 𝘕𝘪 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘮𝘢𝘮𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘪𝘫𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘢𝘯. 𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱, 𝘵𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘭𝘢𝘨𝘪. 𝘉𝘦𝘳𝘢𝘱𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘯𝘢𝘬 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘮𝘢𝘮𝘢 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘣𝘶𝘵 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘩-𝘴𝘦𝘱𝘢𝘩 𝘯𝘪”
What?? Kita duk membebel panjang, sekali nampak mereka buat dek saja dan teruskan main? Tak boleh jadi ni. Hrmmmm. Dengan kuatan sepenuh hati, laungan nama penuh diungkapkan!
” MUHAMMAD LAIS AHZA, MUHAMMAD QAIS AFRAZ DENGAR TAK MAMA CAKAP?????!!!!!!!!!!

Terus sepantas kilat simpan mainan dalam bekas. Fuhhh, terdetik rasa kagum dengan diri sendiri, sekali sergah dah dengar. Tapi kenapa rasa geram tak puas hati nak marah pulak ni!!! Dengan suara jeritan penuh dengan lantunan intonasi yang tinggi khuatiri juga jiran-jiran dengar. Aduhaiii, fikir orang lain, tapi rupanya anak pun terluka sekali! Nampak berkaca mata mereka.
Takkan nak berterusan macam ni, nak bagi anak dengar cakap perlu tinggi suara dan sergah? Anak memendam rasa, berlawan dengan emosi. Anak juga manusia biasa, hatinya mula remuk dan berfikir bukan-bukan kepada kita. Memang mereka buat apa yang kita suruh, tapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya mereka memberontak sebab tak dengar pun apa yang kita sampaikan. Hanya intonasi yang didengar, bukan isi.
Rasa terkilan, menyesal. Memang macam itulah sifat seorang ibu kan. Ingin buat yang terbaik, mula mencari dan ubah diri. Mula bincang dengan suami dan cari solusi.
Alhamdulillah, sekarang anak semakin dengar cakap. Bukan sebab mereka tak dengar sebelum ini, cuma mereka tak tahu pun yang mereka perlu dengar.
Jadi saya kongsikan 10 perkara yang saya praktik kepada anak-anak untuk mereka dengar cakap. Saya tak pasti tips ini berkesan untuk semua atau tidak, tapi hari hari saya usahakan lakukan 10 tips ni atau sebahagianya saya nampak banyak perubahan. Jadi saya kongsikan disini supaya ada manfaatnya juga.
1) Jika anak tak beri perhatian dan sedang sibuk dengan urusan lain. Panggil namanya dengan jelas. Tapi, sebelum itu jauhkan anak dari situasi yang menganggu seperti bunyi alunan muzik, televisyen, suara orang ramai sedang bercakap. Sebaliknya tutup gangguan atau bawa anak ke tempat yang sesuai supaya anak dapat bertenang dan memberikan perhatian terhadap apa yang ingin kita sampaikan.
2) Rendahkan badan sebelum bercakap, jadi anak tak perlu mendongak ketika bercakap. Semasa rendahkan badan, boleh sentuh bahu mereka atau genggam tangan mereka. Boleh juga usap rambut atau pipi mereka. Anak akan berasa kasih dan belaian bila adanya sentuhan fizikal dari kita berbanding gunakan perkataan semata-mata.

3) Mula bercakap mengikut aras paras mata anak dan apabila anak beri perhatian kepada anda sepenuhnya. Pandang mata anak dengan penuh kasih sayang bukan dengan mata menjengil kemarahan. Cara ini membantu anak menerima arahan anda dengan jelas dan sepenuh perhatian tanpa perlu risau dengan ledakan emosi kita yang bila bila saja akan meletus.
4) Guna perkataan mudah difahami dan jelas didengari anak-anak. Tak perlu panjang dan berleter kerana ini akan mengelirukan anak. Membebel dalam masa mereka sedang fokus buat kerja lain, serius bazir masa kita. Trust me, they hear but they don’t listen.
5) Bercakap dengan suara lembut dan sopan tapi dalam masa sama ada unsur ketegasan. Tak perlu meninggi suara. Sebaiknya sebelum kita bercakap dengan anak, kawal emosi kita dahulu untuk mengelakkan kita menggunakan marah dan tengking untuk senyapkan anak.
6) Beri anak pilihan, kemukakan soalan jenis terbuka supaya anak dapat meluah pendapat mereka. Dengar, raikan dan jelaskan pendapat mereka. Jangan memaksa sehingga anak rasa dirinya tiada pilihan.
7) Semasa kita bercakap gunakan bahasa tubuh yang sesuai. Bahasa tubuh yang positif dan boleh memberi impak kepada sesebuah komunikasi. Contohnya anggukan kepala, thumbs up, give me five sign atau tepukan semasa bercakap.
8) Gunakan ayat positif semasa menegur anak. Anak akan rasa ada pesanan yang diselitkan bukan larangan semata. Contohnya, ubah kata-kata ” Abang, adik jangan bergaduh ” kepada ” Abang, adik main sama-sama sayang”.
9) Selepas bercakap, guna teknik bisikan. Anak akan rasa istimewa sebab baginya dia saja yang mendengar apa yang diluah oleh ibu. Semasa bisikan boleh ungkapkan kasih sayang dan sesekali boleh nyatakan reward bila mereka mendengar apa yang kita cakap.
” Nanti habis simpan mainan, kita buat cheesetart sama-sama nak?”
10) Minta anak ulang semula. Ini kerana anak-anak perlukan masa untuk memahami arahan yang diberi. Contohnya “Ahza, tolong mama simpan kertas lukisan Ahza dalam file. Ahza tadi mama minta tolong apa ye sayang?”

Terima kasih suami tegur saya jangan tinggi suara dekat anak. Kalau tak, saya pun tak sedar salah saya. Saya ubah dan baiki supaya jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak awak.
Betul, jika kita ingin anak menjadi mendengar apa yang kita cakap, kita juga perlu ubah diri kita menjadi pendengar yang baik kepada mereka dahulu. Dan kita juga perlu mendengar pandangan orang lain juga. Terus mencuba dan cuba yaaa.
” Children will listen to you after they feel listened to”
– Jane Nelsen
Kredit: Hanis Athirah Rusli

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tip Ibu Ini Buat Anak Dengar Cakap Simple. Tak Perlu Dah Hari-Hari Menjerit! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tip-ibu-ini-buat-anak-dengar-cakap-simple-tak-perlu-dah-hari-hari-menjerit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Hari Nak Dengar Suara Ibu Kena Bebel Pun Anak Tetap Rapat

Hari Hari Nak Dengar Suara Ibu Kena Bebel Pun Anak Tetap Rapat

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 392 hits
Biar segarang manapun seorang ibu anak anak tetap akan manja dengannya Ada satu aura pada ibu yang membuatkan anak anak lebih mudah mendengar kata dan selesa dengan ibu mereka Bukanlah mereka tidak sayangkan si ayah tetapi dengan ibu ni ada...
Biasakan Peluk Anak Lebih 6 Saat Ni Cara Simple Tenangkan Anak Dengar Kata

Biasakan Peluk Anak Lebih 6 Saat Ni Cara Simple Tenangkan Anak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 246 hits
Kalau nak kukuhkan hubungan dengan anak rajin rajinlah peluk Sama juga dengan pasangan Kajian dapati secara purata kebanyakan pelukan hanya sekadar 3 saat 3 saat tidak memadai Nak keluarkan hormon oxytocin mesti lebih dari 6 saat dan ke ata...
Jangan Cepat Tengking Naik Tangan Bila Anak Tak Dengar Cakap Takut Anak Simpan Dalam Hati

Jangan Cepat Tengking Naik Tangan Bila Anak Tak Dengar Cakap Takut Anak Simpan Dalam Hati

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 356 hits
Sama seperti kita orang dewasa anak anak kecil juga seperti kita punya emosi dan perasaannya sendiri Ada waktunya dia marah sedih dan gembira Biarkan anak mencorakkan emosinya sendiri tanpa dipengaruhi elemen negatif Salah satunya adalah ke...
Sudah Hari Keenam Ibu Kami Masih Hilang Anak Rayu Orang Ramai Bantu Mencari Ibunya Che Som Ibrahim

Sudah Hari Keenam Ibu Kami Masih Hilang Anak Rayu Orang Ramai Bantu Mencari Ibunya Che Som Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 389 hits
Seorang wanita warga emas berusia 69 tahun dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas keluar dari rumah di Taman Desa Permai Repah Tampin tanpa pengetahuan keluarganya Che Som Ibrahim dikatakan keluar dari rumah kira kira jam 9 pagi dan ket...
Video Wawa Zainal Sambut Hari Lahir Ibu

Video Wawa Zainal Sambut Hari Lahir Ibu

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 267 hits
Tips murah rezeki bahagiakan orang tuamu Selamat ulang tahun mak walaupun Wawa bukanlah dibesarkan oleh ibu kandung Wawa cuba sedaya upaya untuk adil kepada kedua ibu Mencuba menjadi anak yang sentiasa membahgiakan ketiga tiga orang tua ku ...
Banggalah Jadi Seorang Ibu Kepenatan Berbaloi Bila Anak Letak Kita No 1 Di Hatinya

Banggalah Jadi Seorang Ibu Kepenatan Berbaloi Bila Anak Letak Kita No 1 Di Hatinya

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 302 hits
Adakah Kita Ibu Yang Baik Terlalu banyak tips dan cara yang tak beberapa realistik bagaimana menjadi terbaik untuk anak anak Ibu yang gembira sepanjang masa cool ceria bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab seharian merupakan penanda ara...
Kalau Kita Dengar Cakap Umno Boleh Jadi Giler Sekejap Ke Kiri Sekejap Ke Kanan

Kalau Kita Dengar Cakap Umno Boleh Jadi Giler Sekejap Ke Kiri Sekejap Ke Kanan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 257 hits
Dulu ckp utk bantu rakyat UMNO kena ada jawatan Kalo letak jawatan Xde jawatan camner UMNO nak bantu rakyat Palat tul cara UMNO nak bantu rakyat Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum si...
Cover Buku Pink Rekod Kesihatan Ibu Dan Anak Dengan Design Menarik Dan Murah Dari Sicomelummi Project

Cover Buku Pink Rekod Kesihatan Ibu Dan Anak Dengan Design Menarik Dan Murah Dari Sicomelummi Project

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 1484 hits
hai assalammualaikumCover Buku Rekod Kesihatan Anak Dan Buku Pink Dengan Design Menarik Dan Murah Siapa ada nak kecil yang masih pergi check up mesti ada buku warna pink tu Buku tu la wajib dibawa kehulur hilir pergi klinik Buku menunjukkan...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults