Tip Dan Teknik Ar Rahnu
Satu sesi video live Talkshow G100 yang saya ikuti di Fb Page PGG100 Network berkenaan “Tip dan Teknik Ar-Rahnu” telah membongkarkan banyak ilmu berkaitan pajak gadai.
Di sini saya kongsikan untuk anda antara tip dan teknik tersebut. Mudahan banyak manfaat yang diperolehi supaya kita dapat menguruskan pajakan dengan betul dan menguntungkan.
1- Tidak perlu pajak semua emas yang ada. Sebaiknya ditinggalkan sedikit supaya terus bersemangat menyimpan emas.
2- Hubungi cawangan-cawangan ar-rahnu untuk anda mendapat tahu beberapa maklumat pajakan bagi setiap cawangan. Maklumat tersebut adalah cawangan yang memberikan pinjaman yang tinggi, kos upah simpan yang rendah dan masa pajakan yang panjang.
3- Perkara yang perlu diberi perhatian adalah anda hanya ambil pinjaman yang diperlukan sahaja. Walaupun emas yang anda pajak itu boleh mendapatkan pinjaman wang lebih dari yang diperlukan .
4- Boleh menggunakan ar-Rahnu yang bersandarkan pada koperasi bukan pada bank. Ini supaya nama anda tidak berkait dengan CCRIS.
5- Buat banyak surat pajak jika anda mempunyai beberapa item emas (samada gold bar, dinar atau barang kemas). Apabila ada banyak surat pajak akan memudahkan anda menebus emas satu persatu. Jika ada ingin memajak 50 gram sebaiknya gunakan 5 keping gold bar 10 gram sebagai contoh.
6- Tebus emas yang dipajak seberapa cepat. Tidak perlu tunggu tarikh atau tempoh yang ditetapkan oleh syarikat ar-rahnu. Semakin cepat anda tebus lagi berkurang upah simpan yang ditanggung.
7- Jika pajak gold bar atau dinar pastikan dari jenis tidak berbalut atau bukan dalam kad. Biasanya syarikat pajak akan membuka seal untuk uji ketulenan. Apabila dibuka seal, harga jual balik emas tesebut nanti akan semakin rendah.
8- Yang paling penting, sebelum anda memajak pastikan anda sudah ada jalan dan cara untuk menebusnya semula.
Tuan/puan, memajak emas menandakan kita orang berharta. Kita meletakkan harta kita untuk dicagarkan lalu mendapat wang. Bukan seperti pandangan sesetengah orang bahawa orang yang masuk kedai pajak gadai ini kaki hutang. Yang sebenarnya orang berharta.
JOM ! BINA IMPIAN ANDA DENGAN EMAS
Mohd Asri Zolkafli
PG051477
Authorised Public Gold Dealer
http://www.wasap.my/60123243508/emas
>> Saya turut sediakan Channel Telegram khusus untuk update informasi terkini tentang emas, aktiviti Public Gold, dan motivasi kewangan. Untuk join, tuan/puan, saudara/saudari boleh klik link ini Telegram Emas & Kewangan
The post TIP DAN TEKNIK AR-RAHNU appeared first on AsriZolkafli.com || Emas & Kewangan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://asrizolkafli.com/tip-dan-teknik-ar-rahnu/