Tip Cikgu Baru Posting Jarang Buat Bila Bergaul Dengan Senior Di Sekolah


Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Tips Cikgu Baru Posting Jarang Buat Bila Bergaul Dengan Senior Di Sekolah-Ewah.Baca tajuk camlah dia bagus sangat nak bagi tips kat cikgu junior kan.haha.Sebenarnya akhkak baru je terbaca dalam "Threads" ada seorang ni tanya pendapat komen macam mana nak blend in dengan cikgu senior kat sekolah dia.Tambah lagi bila dia sebut senior tu dengan umur-umur sekali.Tak pasal kita rasa kita dah pangkat cikgu senior tau.ahakss

Kenangan masa bekerja di sekolah pertama (private school ) sebagai Guru Ganti, pada usia 23 tahun. Masa ni kita ikut program Team Building depa.Masa tu dengan adik clerk pun kita berkawan jugak.Takdak masalah pun.Malah lebih banyak mudah urusan kita di sekolah. Alhamdulillah

Ini pula kenangan semasa posting di sekolah pertama ( government ). Ada program High tea tak silap masa ni.Sekolah pertama paling banyak mencipta kenangan manis sebab kita ambik jalan selamat, bergaul dan berkawan dengan semua orang. Itulah tips paling mudah dalam ruang bekerja.No klik

Dia sebenarnya kalau cikgu tu jenis extrovert, automatik dia pandai je bawak diri join the club.Tapi tulah.Kita pun kadang jadi cikgu introvert bila ikut situasi.Oklah, rasanya perkongsian kali ini bukan sebab nak share tips sangat, tapi lebih kepada kongsi pengalaman sendiri.Walaupun saya baru sahaja berkhidmat di dua buah sekolah ( government ) tapi ada pengalaman bergaul dengan cikgu senior time bertugas di sekolah private sekitar tahun 2000 hingga 2009.Yelah masa tu kita muda remaja.Orang tengok kita sume tanya dah ada boyfriend ka..kalau belum nak rekmen someone.adehh.seram jugak zaman-zaman kegemilangan itu.kihkih

Kenangan di sekolah pertama ( government ). Masa ni ada majlis berbuka puasa di sekolah. Kadang-kadang environment sekolah juga sangat membantu cara kita menyesuaikan diri. Orang baik sentiasa ada di mana-mana. Kadang tu, orang jadi jahat sebab "labelling" yang diberi.Kalau kita tidak terlibat dengan masalah yang dia buat, kenapa kita pun nak judge dia jahat sedangkan dia tak buat jahat pun kat kita.Ha, macam tulah pesanan penaja

Dengan siapa pun kita bergaul dan berkawan, teruslah berbuat baik

Tips Cikgu Baru Posting Jarang Buat Bila Bergaul Dengan Senior Di SekolahSaya mula bekerja sekitar umur 23 tahun.Belum pun sambut konvokesyen, masa tu jadi guru ganti cikgu bersalin. Jadi, pengalaman dan berkenalan dengan pelbagai lapisan umur, sedikit sebanyak kita belajar untuk menyesuaikan diri dengan siapa pun manusia yang kita temui. Daripada kenal Guru Besar yang asyik hilang dari sekolah, sampailah Guru Besar yang dah nak pencen tapi sambung perkhidmatan cukup 60 tahun. Kalau dulu kita tak pernah tahu pun toksik tu camna, sebab kita hanya tahu kalau guna toksik bila belajar bab pencemaran dan cikgu kita sebut racun toksik atau bahan-bahan toksik.Tak pernah lagi cikgu ajar ada "orang toksik".heh

Tip Simple Tapi Sangat Berkesan untuk Cikgu Baru Bergaul Dengan Senior
1. Mulakan Dengan Senyum dan SalamTak payah overfriendly. Konsisten je: senyum, angkat kening sikit, “Assalamualaikum cikgu / Selamat pagi cikgu.” Itu saja dah cukup buat orang selesa.2.Jangan tunjuk pandai, tapi tunjuk sudi belajarSenior paling senang dekat dengan cikgu baru yang tak malu tanya:“Cikgu, biasanya sekolah buat macam mana ya untuk…?”Ini bukan merendah diri sangat, tapi hormat budaya tempat kerja.3.Elakkan sibuk menilai, sibuk memahami dulu
Baru masuk, belum faham “dinamik bilik guru”. Jangan cepat komen pasal sistem sekolah, disiplin pelajar, atau cara senior buat kerja.Observe dulu — ini langkah ramai cikgu baru terlepas.4.Join aktiviti kecil je dulu


Contoh: Makan pagi sekali di kantin, tolong pindah meja/kerusi, ikut mesyuarat kecil atau program ringkas.Kalau depa rajin potluck, ko join je walaupun bawak kek pisang beli kat kedai tu.Effort tu kadang depa impress tau.Momentum kecil macam ni cepat buat senior rasa kita sebahagian dari team.
5.Hormat ruang senior

Ada senior yang mesra, ada yang tak banyak bercakap. Jangan paksa sembang.Ada senior memang tak banyak cakap, tapi mereka bukan pendiam.Cuba kalau ko pandai tackle topik, silap tarikh ko yang tak larat dengar sembang dia.haha.
6.Jangan terlibat gosip awal-awal masuk sekolah baru

Ini perangkap nombor satu untuk cikgu baru. Dengar boleh, respon neutral: “Oh, saya tak pasti lagi… saya baru masuk.” fullstop.Sebenarnya kalau kita bukan kaki gossip, benda-benda macam ni memang kita dah tau nak avoid.Kadang-kadang ada je manusia ni, dengan kita dia ajak gossip, sekali tu dengan orang lain dia gossip pasal kita.Masaklah kalau camni.adehhh.7.Utamakan profesionalisme-Jangan terlalu rapat dengan sesiapa walaupun dengan rakan sebaya.Part ni penting sebab kadang hubungan terlalu baik akan menyukarkan kita dalam buat sesuatu keputusan atau tindakan. Yang penting bergaul dengan semua orang.Selagi mana ia berkaitan ruang lingkup kerja, tiada masalah.Elakkan kalau cikgu berlainan jantina memanggil dengan gelaran tidak rasmi contoh panggilan Abang kepada cikgu lelaki senior, atau adik kepada cikgu perempuan junior.Panggilan selamat di sekolah hanyalah panggilan Cikgu Man, Cikgu Maria dan lain-lain.Jika sesama jantina, tiada masalah.Hal ini bagi menjaga ikhtilat sesama rakan guru di sekolah.Alamak.dah banyak sangat pulak tips ni.Asalnya nak bagi 3 tips sahaja.Nampak nau awok memang kategori akhkak senior. kihkih

Kenangan bersama dalam Majlis Persaraan sekolah. Ini sekolah terkini saya bekerja.Memang happening dan sungguh kuat semangat berpasukan. Dia ada je klik kat mana-mana tempat kerja, tapi bila kita pilih join semua club ( haha) kita pun relaks-relaks je. No drama

Yang ini terpaksa ikut kelab.sebab kita AJK kelab Kebajikan Guru dan Staff.kihkih.Apapun, pandai-pandailah menyesuaikan diri dengan persekitaran bekerja.Kalau kita rasa dah tak boleh get along, senyap-senyap dan diam-diam kita jauhkan diri.Tak payah paksa diri untuk gembirakan orang kalau kita tak gembira.kann

Kalau cikgu baru posting yang terbaca  post ini, bolehlah cuba tip yang akhkak kongsi ni.Sebenarnya ia terpakai jugak kalau kita cikgu yang baru berpindah ke sekolah baharu.Saya dah amalkan, dan tahu kesannya untuk jangka panjang.Ia menyebabkan kita akan temui ketenangan dan kebahagiaan dalam pekerjaan kita.Ayuhh kita cuba..:)
Cik Matahariku,Selagi mana kita menghormati antara satu sama lain, menghormati pekerjaan dan tanggungjawab kita, kat mana-mana pun InshaAllah kita selamat, harmoni dan aman damai.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/11/tip-cikgu-baru-posting-jarang-buat-bila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Blame Anyone But Yourself For Your Downfall Pmx S Senior Polsec Who Quit His Job Told

Don T Blame Anyone But Yourself For Your Downfall Pmx S Senior Polsec Who Quit His Job Told

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 158 hits
DATUK Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin who resigned yesterday as the senior political secretary to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has been reminded not to accuse anyone of tarnishing his image and that of the Madani government which...
Menarik Ini 22 Spesies Kura Kura Penyu Malaysia Yang Jarang Diketahui

Menarik Ini 22 Spesies Kura Kura Penyu Malaysia Yang Jarang Diketahui

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 192 hits
Menarik Ini 22 Spesies Kura Kura Penyu Malaysia Yang Jarang Diketahui Turtle merupakan istilah umum yang merangkumi penyu laut kura kura air tawar serta kura kura darat Difahamkan semua spesies ini tergolong dalam kumpulan reptilia dan bers...
Rumah Baru Beli Banyak Rosak Ini 10 Benda Anda Wajib Buat

Rumah Baru Beli Banyak Rosak Ini 10 Benda Anda Wajib Buat

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 231 hits
Rumah Baru Beli Banyak Rosak Ini 10 Benda Anda Wajib Buat Memiliki rumah merupakan impian setiap orang terutama sekali buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga Ia merupakan perkara asas bagi memastikan kita mempunyai tempat berteduh ...
Cigars And Suits Albert Implicates Pm S Senior Aide In Mining Scandal

Cigars And Suits Albert Implicates Pm S Senior Aide In Mining Scandal

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 150 hits
EXCLUSIVE Businessperson Albert Tei who has an axe to grind with Gabungan Rakyat Sabah over the cancellation of his mineral exploration licences has dropped a fresh bombshell just days before the state election He has now implicated Prime M...
Communications Ministry Senior Officer Put On Leave Over Alleged Misconduct

Communications Ministry Senior Officer Put On Leave Over Alleged Misconduct

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 176 hits
A senior officer at the Communications Ministry has been put on leave after allegations of misconduct surfaced yesterday Without naming the ministry or the official Chief Secretary to the Government Shamsul Azri Abu Bakar said that the offi...
Asrama Sekolah Pondok Di Aceh Ranap Akibat Banjir Dan Tanah Runtuh

Asrama Sekolah Pondok Di Aceh Ranap Akibat Banjir Dan Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 154 hits
Asrama Sekolah Pondok Di Aceh Ranap Akibat Banjir Dan Tanah Runtuh Indonesia Bangunan asrama sekolah pondok Najmul Hidayah Al Aziziyah di Daerah Bireuen Aceh runtuh akibat banjir yang menyebabkan berlaku hakisan tebing dan tanah runtuh Meme...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 309 hits
NORLIA RAMLILokasi mayat lelaki berusia 34 tahun ditemui di Kampung Lubuk Kabu Kuala Pegang di Baling pagi tadi BALING Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan tergantung pada pokok semambu berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Kabu Kual...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Rumah Menanti Cahaya

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Resepi Cucur Bilis Rangup

Sambung Belajar

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65