Tip Cara Jaga Laptop Supaya Tahan Lama
Tip: Cara Jaga Laptop Supaya Tahan Lama
Tidak dinafikan, komputer riba kini merupakan satu keperluan penting bagi kebanyakan orang. Sama seperti telefon pintar, ia sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian kita.
Mana tidaknya, pelbagai urusan harian seperti kerja, pembelajaran, hiburan, malah perniagaan kecil sekalipun banyak bergantung padanya.
Tapi, nak beli komputer riba bukannya murah. Kalau rosak, kos baiki pun boleh buat kita mengeluh, apatah lagi kalau terpaksa beli baharu
Sebab tu, penting untuk kita jaga komputer riba sebaik mungkin supaya ia tahan lama dan terus berfungsi dengan baik. Lagi lama tahan, lagi berbaloi pelaburan kita.
10 tip jaga komputer riba yang anda ‘wajib’ tahu
1. Jauhkan laptop daripada makanan dan minuman
Makanan dan minuman boleh merosakkan laptop, terutama bila tertumpah atas papan kekunci. Tip mudah:
Jangan makan atau minum dekat sangat dengan laptop.
Kalau nak minum sambil bekerja, letak minuman sekurang-kurangnya 20 hingga 30 cm dari laptop.
Guna penyangga laptop supaya laptop lebih tinggi dan selamat daripada tumpahan air atau makanan.
2. Bersihkan laptop secara berkala
Laptop mudah jadi kotor, terutama pada papan kekunci, skrin dan lubang angin. Cara bersih dengan betul:
Guna kain mikrofiber lembut untuk skrin.
Lap dengan alkohol 75 peratus untuk bunuh kuman.
Gunakan penyembur udara (air blower), berus kecil atau putik kapas untuk buang habuk.
Elak guna tisu dapur, sabun pencuci atau kain kasar sebab boleh calarkan laptop.
3. Jaga bateri supaya tahan lama
Bateri laptop lama-lama akan jadi lemah, tapi anda boleh lambatkan proses itu. Tip jimat bateri:
Kalau guna di meja, biar laptop sentiasa dicas.
Tak perlu risau bateri ‘overcharge’, laptop moden automatik hentikan pengecasan bila penuh.
Guna tetapan seperti “Battery Health Charging” untuk hadkan cas kepada 80 peratus.
Jangan biar bateri habis 0 peratus baru cas semula – ini boleh rosakkan bateri.
4. Pastikan pengudaraan baik
Laptop perlukan ruang udara untuk buang haba supaya tak cepat panas. Tip elakkan panas:
Letak laptop atas meja atau permukaan rata.
Jangan letak atas bantal, tilam atau kain.
Kalau nak guna atas katil, beli meja khas laptop.
Tutup laptop sepenuhnya bila simpan dalam beg, jangan biar ia hidup dalam beg.
5. Guna sarung atau beg pelindung
Kalau bawa laptop ke mana-mana, pastikan ia dilindungi. Pilihan pelindung:
Sarung laptop (sleeve) boleh masuk dalam beg biasa.
Beg laptop khas ada ruang untuk pengecas dan aksesori.
Beg galas dengan ruang laptop lebih selamat.
Pastikan ada span pelindung yang tebal untuk elak hentakan.
6. Simpan laptop dengan betul
Tempat simpanan juga penting untuk jaga laptop. Tip simpanan:
Jangan tinggalkan laptop di tempat panas seperti tepi tingkap atau dalam kereta.
Kalau tinggal di tempat lembap, guna alat nyah-lembap (dehumidifier).
Jangan letak barang berat di atas laptop, boleh tekan dan pecahkan skrin.
Guna penutup papan kekunci silikon dan filem pelindung skrin untuk elak calar dan habuk.
7. Sentiasa kemas kini perisian
Sistem dan aplikasi yang tidak dikemas kini boleh buat laptop jadi lembap dan mudah diserang virus. Langkah mudah:
Aktifkan kemas kini automatik dalam tetapan Windows.
Kemas kini aplikasi melalui Microsoft Store.
Kemas kini ini penting untuk keselamatan dan prestasi laptop.
8. Padam aplikasi & fail yang tidak diperlukan
Semakin banyak aplikasi dan fail, semakin perlahan laptop anda. Cara atasi:
Buang aplikasi yang jarang digunakan.
Semak aplikasi yang buka secara automatik bila hidupkan laptop, tutup yang tak penting.
Padam gambar, video atau dokumen yang tak diperlukan.
Guna storan awan atau cakera keras luaran jika perlu simpan banyak fail.
9. Elakkan virus komputer
Virus boleh buat laptop lembap dan curi maklumat anda. Langkah lindungi laptop:
Pasang perisian antivirus yang dipercayai seperti McAfee.
Jangan buka e-mel atau lampiran dari orang tak dikenali.
Muat turun aplikasi hanya dari laman web rasmi atau Microsoft Store.
Elak klik iklan atau pautan mencurigakan.
10. Pilih laptop yang lebih ‘berkuasa’ (Jika mampu)
Kalau anda mampu, beli laptop dengan spesifikasi lebih tinggi daripada keperluan semasa. Contohnya:
Gantikan Intel i5 dengan Intel i7.
Naikkan RAM 8GB kepada 16GB.
Laptop yang lebih berkuasa boleh tahan lebih lama dan sesuai untuk kegunaan masa depan seperti kerja berat atau permainan video.
Jaga Laptop, Jimat Duit
Kalau dijaga dengan baik, laptop boleh tahan lebih lama, kadangkala lebih 5 tahun. Ini boleh jimatkan wang kerana anda tak perlu kerap tukar laptop baharu.
Anggap laptop seperti aset penting. Jaga dengan betul, ia akan berkhidmat dengan baik untuk anda.
BACA: Aplikasi Web Yang ‘Makan’ Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar
Sumber: ASUS
The post Tip: Cara Jaga Laptop Supaya Tahan Lama appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/07/28/tip-cara-jaga-laptop-supaya-tahan-lama/