Ini Cara Terbaik Cuci Steril Botol Susu Supaya Anak Tak Sakit Bukan Bilas Saja


Tahukah anda, ibu bapa perlu mencuci dan mensteril botol susu anak dengan betul sehinggalah mereka berusia 12 bulan? Tetapi, ramai yang terlupa, bukan botol susu sahaja yang perlu dibersihkan. Jangan lupa gunakan berus cuci botol susu! Malah, berus botol susu, penutup dan puting juga perlulah disterilkan sekali setiap 2-3 minggu!
Tetapi, apakah kepentingan mencuci dan mensteril botol susu anak? Pada botol susu si manja, terdapat banyak kawasan atau rekahan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan bakteria.
Untuk memastikan botol susu anak sentiasa bersih, ibu bapa haruslah mencucinya selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan anak terkena sebarang jangkitan yang boleh menyebabkan si manja muntah atau cirit-birit.

Mengapa perlu steril, basuh dan berus cuci botol susu anak?
* Sistem imun bayi masih lagi lemah dan belum berkembang dengan baik. Sebab itulah, ibu bapa perlu memastikan barang yang digunakan oleh si manja, terutamanya botol susu mereka berada dalam keadaan yang bersih dan bebas kuman.
* Susu juga merupakan medium yang sangat digemari bakteria. Jika tidak dibersihkan dengan betul, bakteria boleh membiak di sekitar rekahan, puting.
* Botol susu perlulah dibasuh selepas setiap penggunaan. Jika anak tidak menghabiskan susu formula dalam masa 2 jam, buang susu yang tinggal di dalam botol.

Untuk mencuci botol anak menggunakan tangan, ikuti langkah di bawah:
* Basuh botol susu dengan sabun botol susu dan air selama 20-30 saat.
* Asingkan botol susu dan aksesori lain. Kemudian, bilas semua bahagian ini di bawah air yang mengalir. Kalau boleh, jangan biarkan botol susu anak di dalam singki. Letakkan di dalam baldi atau besen kecil.
* Letakkan semua bahagian botol di dalam besen. Kemudian, tuangkan air panas. Jangan gunakan sabun botol susu yang keras. Cukup sekadar sabun basuh pinggan.
* Biarkan ia tenggelam selama 5 minit. Proses ini akan melonggarkan sebarang saki-baki susu yang melekat di dalam botol.
* Sental botol dengan berus botol susu. Akhir sekali, picit air melalui puting botol untuk memastikan ia benar-benar bersih.

 
Cara sterilkan botol susu dan berus
1. Steril menggunakan air mendidih
Langkah paling mudah dan selamat untuk mensterilkan botol anak. Lakukan proses pensterilan dengan langkah-langkah berikut:
* Pisahkan bahagian botol dan masukkannya ke dalam bekas yang besar.
* Letakkan perkakas untuk membersihkan botol seperti berus botol susu ke dalam bekas yang sama.
* Tuang air sehingga botol tersebut tenggelam. Pastikan tiada buih udara terperangkap di dalam botol.
* Didihkan air dan pastikan ia terus mendidih selama 5 minit.
* Biarkan air sejuk dan alihkan bahagian botol ke kawasan yang kering.
2. Steril menggunakan ketuhar gelombang mikro
Jika anda mempunyai ketuhar yang boleh menjalankan proses pensterilan, baca dahulu arahan supaya anda dapat menggunakan alat tersebut dengan betul. Pastikan ketuhar anda bersih dan periksa sama ada botol, berus botol susu dan puting selamat untuk diletakkan di dalam ketuhar (microwave safe).

Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-cara-terbaik-cuci-steril-botol-susu-supaya-anak-tak-sakit-bukan-bilas-saja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 375 hits
Mulai 31 Ogos 2025 kerajaan Malaysia memperkenalkan satu lagi inisiatif mesra rakyat iaitu Sumbangan SARA Untuk Semua di mana setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one off yang dikreditkan terus ke dalam MyK...
Air Mineral Untuk Susu Anak Boleh Ke Dr Malar Dedah Risikonya

Air Mineral Untuk Susu Anak Boleh Ke Dr Malar Dedah Risikonya

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 242 hits
Air mineral sering dianggap bersih mudah didapati dan kelihatan premium Tapi menurut Dr Malar Santhi dan Dr Kenneth Looi air mineral sebenarnya tidak sesuai untuk membancuh susu formula bayi Kenapa Menerusi media sosialnya Dr Malar yang sar...
Bila Waktu Terbaik Tegur Anak Mak Ayah Kena Ambil Tahu

Bila Waktu Terbaik Tegur Anak Mak Ayah Kena Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 202 hits
Menegur anak zaman ini perlukan cara dan masa yang lebih sesuai Anak anak perlu ditegur dengan baik agar hati mereka tidak terusik paling penting terkesan dengan teguran yang diberikan mak ayah Apa dan bagaimana caranya Menurut Kaunselor Be...
Moga Baik Baik Saja Untukmu Anak Tajul Kongsi Pengalaman Tahnik Anak Sendiri Ramai Puji

Moga Baik Baik Saja Untukmu Anak Tajul Kongsi Pengalaman Tahnik Anak Sendiri Ramai Puji

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 227 hits
Penyanyi Tajul Ariff yang selamat menimang anak ketiga pada 5 Mei lalu mencuri perhatian peminat dan warganet apabila berkongsi momen menyentuh hati mentahnik sendiri anak lelaki bongsunya Menerusi perkongsian video di TikTok milik isteriny...
Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di Giatmara

Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di Giatmara

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 354 hits
Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di GiatMARA Kisah menyayat hati seorang peniaga air balang yang sanggup menggendong isterinya yang lumpuh setiap minggu ke tapak niaga terus meraih perhatian masyarak...
Nampak Kuat Sekarang Tapi Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang Cara Lama Lepas Bersalin Anak Ketiga

Nampak Kuat Sekarang Tapi Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang Cara Lama Lepas Bersalin Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 382 hits
Tempoh berpantang lepas bersalin bukan sekadar untuk berehat Sebenarnya waktu berpantang adalah masa paling penting untuk ibu pulihkan tubuh secara mental dan fizikal untuk kembali sihat dan bertenaga seperti biasa Dalam budaya Melayu cara ...
Anak Asyik Minta Snek Ini Cara Nak Bagi Tanpa Rasa Bersalah

Anak Asyik Minta Snek Ini Cara Nak Bagi Tanpa Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 226 hits
Snek sering menjadi penyelamat ketika anak anak lapar sebelum waktu makan utama atau sebagai ganjaran yang menggembirakan Namun pemberian snek jika tidak dikawal boleh membawa kepada tabiat makan yang tidak sihat Ramai ibu bapa ingin member...
Telefon Pertama Anak Erra Fazira Ajar Ibu Ayah Cara Didik Dengan Psikologi Perjanjian

Telefon Pertama Anak Erra Fazira Ajar Ibu Ayah Cara Didik Dengan Psikologi Perjanjian

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 304 hits
Telefon pertama anak Erra Fazira ajar ibu ayah cara didik dengan psikologi perjanjian supaya anak bijak guna teknologi tanpa terdedah pada risiko negatif Pendekatan primadona filem melayu ini sesuai dijadikan inspirasi buat ibu bapa moden B...
Jangan Biar Anak Membesar Dengan Suara Jeritan Kita Itulah Cara Yang Dia Ikut Bila Dah Besar

Jangan Biar Anak Membesar Dengan Suara Jeritan Kita Itulah Cara Yang Dia Ikut Bila Dah Besar

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 167 hits
Anak buat perangai Tantrum tiba tiba Tak dengar kata walaupun dah ulang banyak kali Lagi kita marah lagi dia buat Sounds familiar Jangan risau ini bukan bermaksud anak tu nakal sangat ini normal Ya betul wahai parents Anda tak keseorangan d...
Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

Wanita Maut Rempuh Kerbau Di Kuala Terengganu

Tak Sangka Dari Muda Sampai Ke Tua Tak Ada Idea Bijak Dan Bernas

Pretty Nina Minta Nuan Ngenang Baru Chord

Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Dragon Char Koay Teow Sedap Boleh Tahan

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iaman Kumpulan Saputra Dan Naqiu Juara The Chosen One Xtra Bawa Pulang Rm40 000

Bersatu Ada Penyakit Kronik Dakwa Mantan Setiausaha Presiden

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak

Emie Sukmasari Kelate Mendonia Chord

Greenstyle A Sustainable Residential Complex By Castello Lagravinese Studio

Find Cure For Bersatu S Chronic Illness Muhyiddin S Ex Aide Says