7 Tip Bijak Ambil Loan Kereta Supaya Tak Terbeban


7 Tip Bijak Ambil “Loan” Kereta Supaya Tak Terbeban
Memiliki kereta sendiri sudah menjadi impian hampir setiap orang apatah lagi bila hidup di Malaysia di mana kenderaan persendirian sering menjadi keperluan asas untuk bergerak ke tempat kerja, balik kampung atau menguruskan keluarga. Namun di sebalik keghairahan memilih kereta baru, ramai yang terlupa bahawa pinjaman kereta bukan sekadar soal dapat kunci dan terus memandu.
Jika silap langkah, beban hutang inilah yang boleh memerangkap anda selama bertahun-tahun malah ada yang terpaksa ikat perut setiap bulan semata-mata untuk membayar ansuran. Justeru, sebelum terpengaruh dengan sebarang promosi atau terpedaya dengan tawaran ‘bayaran bulanan paling rendah di pasaran’, ambil sedikit masa untuk duduk dan merancang pinjaman dengan lebih bijak.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 7 langkah bijak untuk mengambil loan kereta yang bukan sahaja akan bantu anda mendapatkan pinjaman yang sesuai dengan poket. Langkah-langkah ini juga dapat mengelakkan anda daripada terbeban dengan komitmen bulanan yang memeningkan. 7 Perkara Wajib Tahu Sebelum Sign Loan Kereta 1. Buat kiraan kemampuan terlebih dahulu
Perkara pertama yang paling penting sebelum membuat keputusan membeli kereta ialah buat kiraan kemampuan diri dengan teliti. Ramai yang terleka kerana hanya nampak harga kereta atau bayaran bulanan yang ditawarkan. Padahal cara yang paling selamat ialah pastikan jumlah ansuran bulanan tidak melebihi 15 hingga 20 peratus daripada gaji bersih setiap bulan.
Sebagai contoh jika gaji bersih anda RM3,000 sebulan, had maksimum ansuran bulanan kereta yang disarankan hanyalah sekitar RM450 hingga RM600 sahaja. Ini belum termasuk kos sampingan lain seperti insurans tahunan, cukai jalan, tol, petrol, kos servis berkala dan penyelenggaraan yang kadang-kadang boleh menelan belanja bulanan anda tanpa sedar.
2. Pilih pinjaman dengan tempoh yang sesuai
Selepas tahu bajet bulanan yang sesuai, langkah seterusnya ialah pilih tempoh pinjaman yang betul. Ramai orang rasa seronok bila dapat pinjaman tempoh panjang. Sembilan tahun misalnya kerana nampak bayaran bulanan lebih rendah. Tapi hakikatnya, semakin panjang tempoh pinjaman, semakin tinggi jumlah faedah keseluruhan yang perlu dibayar.
Jadi, kalau anda mampu, cuba hadkan tempoh pinjaman kepada lima hingga tujuh tahun sahaja. Memang bayaran bulanan sedikit tinggi, tetapi anda jimat beribu ringgit faedah berbanding pinjaman jangka panjang.
3. Bandingkan bank dan panel kredit Kesilapan besar ramai orang ialah terlalu bergantung pada tawaran pinjaman yang diuruskan terus oleh pengedar kereta. Padahal, anda sebenarnya ada kuasa untuk memilih. Dapatkan sebut harga daripada sekurang-kurangnya dua atau tiga bank. Bandingkan kadar faedah tahunan, yuran pemprosesan dan terma lain seperti syarat penalti jika mahu selesaikan pinjaman lebih awal. Bank bersaing sesama sendiri. Jadi gunakan peluang ini untuk dapatkan kadar pinjaman paling rendah supaya komitmen bulanan lebih ringan. Lebih banyak pilihan yang anda bandingkan, lebih besar peluang untuk anda berjimat dalam jangka masa panjang.
4. Semak rekod kredit (CCRIS/CTOS)
Satu lagi langkah penting tetapi sering dipandang ringan ialah semak rekod kredit sendiri. Ramai orang tak sedar bahawa pinjaman kereta boleh tergendala hanya kerana rekod pembayaran lama yang mempunyai masalah. Bank akan periksa dengan teliti sama ada anda ada tunggakan pinjaman PTPTN, kad kredit atau hutang lain yang tak dibayar.
Kalau ada rekod tak cantik, bank boleh tolak permohonan atau kenakan kadar faedah lebih tinggi. Zaman sekarang, semak CCRIS atau CTOS sangat mudah. Semuanya boleh dibuat secara online. Jadi, pastikan anda bersihkan rekod kredit dulu sebelum mohon pinjaman kereta.
5. Elak pinjaman Zero Downpayment kalau boleh
Promosi zero downpayment memang nampak menarik lebih-lebih lagi untuk pembeli kereta pertama yang nak cepat dapat kunci. Tapi ramai tak sedar risiko di sebaliknya. Tanpa bayaran muka, jumlah pinjaman akan jadi lebih besar dan faedah yang anda bayar pun lebih tinggi. Kalau mampu, cuba kumpul deposit sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus daripada harga kereta.
Contohnya, kalau kereta berharga RM50,000, cuba sediakan RM5,000 hingga RM10,000 sebagai bayaran pendahuluan. Dengan cara ini, jumlah pinjaman lebih rendah dan bayaran bulanan pun lebih terkawal.
BACA : ‘Brisk Walk’: Bila Teknik Betul, Badan Pun Cepat Susut
6. Faham kos tersembunyi
Ramai yang menandatangani perjanjian pinjaman kereta tanpa membaca butiran kecil dalam kontrak. Hasilnya, ramai terkejut dengan yuran pemprosesan yang tidak dinyatakan awal-awal seperti insurans tambahan yang wajib diambil dan caj stamp duty yang menambah kos keseluruhan pinjaman.
Selain itu, semak juga syarat penalti kalau anda bercadang nak selesaikan hutang lebih awal daripada tempoh asal. Jangan malas membaca dan bertanya. Pastikan anda faham setiap sen yang akan dibayar supaya tak menyesal di kemudian hari.
7. Pastikan perlindungan insurans lengkap
Akhir sekali, jangan kedekut atau ambil ringan soal perlindungan insurans. Ramai yang hanya ambil polisi asas kerana nak jimat premium tahunan tapi bila musibah datang seperti banjir, kemalangan teruk atau kecurian barulah menyesal. Jika mampu, ambil insurans komprehensif yang meliputi perlindungan tambahan seperti cermin kereta, perlindungan banjir atau bencana, dan total loss.
Dengan perlindungan lengkap, anda tak perlu risau kalau kereta hilang atau rosak teruk kerana insurans boleh menanggung baki hutang pinjaman yang masih berjalan. Lagipun, sedikit bayaran tambahan untuk perlindungan menyeluruh hari ini boleh menyelamatkan anda daripada kerugian besar di masa depan.
Kesimpulannya, membeli dan mengambil loan kereta bukan soal suka-suka. Ia tanggungjawab jangka panjang yang perlu diurus dengan penuh disiplin. Ukur baju di badan sendiri, kira betul-betul, bandingkan pilihan yang ada dan jangan terburu-buru. Dengan perancangan kewangan yang bijak, kereta yang anda beli bukan sahaja membawa anda ke destinasi dengan selesa malah tidak meninggalkan beban hutang yang merunsingkan setiap bulan. Sumber : axisbank, imoney BACA : Ramai Tak Sedar 5 Tabiat Kecil Ini Boleh Buat Gearbox Cepat Rosak
The post 7 Tip Bijak Ambil “Loan” Kereta Supaya Tak Terbeban appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/31/7-tip-bijak-ambil-loan-kereta-supaya-tak-terbeban/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Cara Jaga Laptop Supaya Tahan Lama

Tip Cara Jaga Laptop Supaya Tahan Lama

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 203 hits
Tip Cara Jaga Laptop Supaya Tahan Lama Tidak dinafikan komputer riba kini merupakan satu keperluan penting bagi kebanyakan orang Sama seperti telefon pintar ia sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian kita Mana tidaknya pelbagai urusa...
Rupanya Ini Fungsi Butang Pada Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu

Rupanya Ini Fungsi Butang Pada Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 264 hits
Rupanya Ini Fungsi Butang Pada Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu Kereta bukan sekadar mesin yang mampu membawa kita dari satu tempat ke tempat lain Ia ibarat satu pasukan di mana setiap komponen ada tugas pentingnya tersend...
Kereta Mewah Pegawai Kanan Polis Terbakar Ketika Pulang Ke Rumah

Kereta Mewah Pegawai Kanan Polis Terbakar Ketika Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 301 hits
KOSMO SEBUAH kereta Mercedes Benz milik pegawai kanan polis terbakar Foto The Pattaya NewsBANGKOK Seorang pegawai kanan polis nyaris maut selepas kereta Mercedes Benz miliknya terbakar di jalan utama ketika dia memandu pulang ke rumah dalam...
Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 303 hits
Tindakan seorang wanita mencuci keretanya menggunakan alat pencuci cermin di sebuah stesen minyak mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna lain Rakaman Tular Menerusi satu klip dashcam dimuat naik pengguna Facebook Sminipoh wa...
Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 358 hits
Tak semua tayar sama Ada keras ada lembut Tayar lembut selalunya dipilih untuk keselesaan Memandangkan jalanraya kita banyak pothole dan juga penuh dengan bumper serta bonggol bonggol kecil penghalang kelajuan kadangkala bergegar jugak kere...
Penumpang Tak Pakai Seluar Tinggalkan Najis Dalam Kereta

Penumpang Tak Pakai Seluar Tinggalkan Najis Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 193 hits
FARISYA AKHTARPETALING JAYA Seorang pemandu e hailing berdepan detik cemas apabila seorang penumpang lelaki dipercayai warga asing telah menaiki keretanya tanpa memakai seluar selain meninggalkan kesan bau najis yang kurang menyenangkan Men...
Ibu Dan Bayi Maut Empat Ahli Keluarga Cedera Kereta Terbabas

Ibu Dan Bayi Maut Empat Ahli Keluarga Cedera Kereta Terbabas

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 272 hits
Ibu dan bayi maut empat ahli keluarga cedera kereta terbabas Keadaan kereta yang dinaiki enam sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa berhampiran jalan Kilang Sawit Felda Gugusan Rasau Kerteh di Dungun Terengganu Foto In...
Lubang Benam 3 Meter Di Jalan Tanjong Katong Telan Kereta

Lubang Benam 3 Meter Di Jalan Tanjong Katong Telan Kereta

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 228 hits
KOSMOKeadaan kereta yang ditelan lubang benam di Jalan Tanjong Katong Asia OneSINGAPURA Seorang pemandu cedera apabila kereta dinaikinya ditelan lubang benam sedalam 3 meter yang muncul secara tiba tiba di Jalan Tanjong Katong Singapura sem...
Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 368 hits
Bila beli kereta second hand salah satu benda yang paling cepat kantoi ialah tayar Tayar yang tak jaga elok bukan je buat poket kita bocor tapi boleh jadi risiko keselamatan Dalam artikel ni kita sembang pasal macam mana nak kenal tanda tay...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Healthy Ground Beef Recipes Bodybuilding

Makam Pahlawan Mat Kilau

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Cuba Pilih Mana Daun Sirih