Tip Bebas Hutang


Bebas hutang adalah impian semua orang. Ianya juga pasti akan membuatkan hati lebih tenang dan kita lebih fokus kepada kehidupan. Ada orang direzekikan bebas hutang di usia muda dan ada juga yang bebas hutang setelah bersara dari pekerjaan. Tip bebas hutang ini mungkin berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. 

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk bebas hutang seperti berikut:
1. Bebas Hutang - Potong Kad KreditTerdapat kebaikan dan keburukan menggunakan kad kredit. Kebaikannya adalah memudahkan anda membayar tanpa membawa wang tunai. Namun keburukannya mungkin anda akan berbelanja boros tanpa kawalan. Jika anda kategori berbelanja boros, sebaiknya potong kad kredit. Bayar hanya menggunakan wang tunai atau kad debit. 
2. Bebas Hutang - Beli Ikut KeperluanKenalpasti barang untuk kehendak dan barang untuk keperluan. Rancang perbelanjaan dengan menyenaraikan barangan yang akan dibeli. Kenalpasti sama ada barang berkenaan adalah kehendak atau keperluan. Jangan membeli mengikut trend, viral dan jenama. Yang penting barang yang dibeli berkualiti, cantik dan anda tak perlu berhutang untuk memilikinya. Hadkan juga pembelian barangan kehendak yang sepatutnya tidak perlu di dalam aplikasi atas talian seperti di shopee atau lazada. 
3. Bebas Hutang - MenabungDisiplinkan diri anda untuk menyimpan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah gaji atau pendapatan bulanan di dalam tabung (bank, ASB, Tabung Haji). Selebihnya (70%) bolehlah digunakan untuk komitmen lain seperti perbelanjaan harian, membayar ansuran kereta/ rumah, membayar bil-bil, memberi duit belanja kepada ibu bapa dan sebagainya. 
4. Bebas Hutang - Hidup SederhanaJangan terpengaruh dengan cara hidup orang lain. Hanya anda yang tahu setakat mana kemampuan kewangan anda. Berbelanjalah ikut kemampuan, jangan terikut-ikut dengan orang lain. Ukur baju di badan sendiri. Misalnya beli kereta keluaran tempatan berbanding kereta import. Ini kerana fungsi kereta tetap sama, yang membezakannya adalah harga.
5. Bebas Hutang - Kurang Makan Makanan LuarPeruntukkan masa untuk membeli bahan mentah untuk dimasak di rumah. Masak resipi yang mudah dan ringkas, yang penting anda kenyang dan makanan berkenaan berkhasiat. Pasti banyak perbelanjaan yang dapat dijimatkan. Jika anda tak pandai memasak, boleh belajar memasak melalui resipi di google, facebook, instagram, youtube dan lain-lain. 
6. Bebas Hutang - Elak Membuat Hutang BaruSebaiknya fokus untuk langsaikan hutang sedia ada. Elakkan membuat hutang baru jika tidak perlu atau tidak penting. Hutang hanya akan membuatkan perbelanjaan anda bocor pada setiap bulan. 
7. Bebas Hutang - Pelbagaikan PelaburanJika sesekali anda mendapat duit lebih seperti bonus atau durian runtuh, simpan dalam bentuk pelaburan lain seperti membeli aset, unit trust atau membeli emas Public Gold. 
8. Bebas Hutang - Jana Pendapatan TambahanTambah pendapatan anda melalui berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual makanan ringan, susu kambing, dropship pakaian atau part time agen Takaful. 
9. Bebas Hutang - Berzakat dan BersedekahTunaikan kewajipan anda untuk menunaikan zakat (jika anda seorang muslim). Berzakat dapat mensucikan harta. Rajinkan juga bersedekah untuk keberkatan dan ketenangan hati. 
10. Bebas Hutang - Jangan Suka BertangguhBayar bil dan ansuran hutang rumah/ kenderaan/ peribadi mengikut masa yang ditetapkan. Elakkan bertangguh-tangguh kerana bimbang anda akan berhutang apabila telah kehabisan duit. Anda juga mungkin akan dikenakan penalti jika lewat bayar. Mungkin anda boleh amalkan sistem sampul iaitu meletakkan duit di dalam beberapa sampul yang berbeza seperti sampul bil air, bil elektrik, bil telefon, bil astro, ansuran rumah, ansuran kereta dan lain-lain lagi.  
11. Bebas Hutang - Ambil Perlindungan DiriPerlindungan diri seperti Takaful dapat memberikan manfaat sekiranya berlaku musibah terhadap kesihatan atau nyawa. Ini kerana kita tidak dapat menduga kemalangan atau musibah yang akan menimpa. Sekiranya musibah berkenaan meragut nyawa, ahli keluarga pasti tidak terbeban untuk membayar hutang anda jika dapat wang pampasan.  
Oleh itu, tip bebas hutang yang dibincangkan ini hanyalah sebagai panduan. Anda boleh praktikkan kesemua tip atau pilih tip yang bersesuaian dengan keadaan hidup anda. Ini kerana setiap orang pasti ada pendekatan dan cara hidup berbeza di dalam usaha bebas dari hutang.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tips--petua.blogspot.com/2021/07/tip-bebas-hutang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Berhutang Dan Doa Untuk Bebas Bebanan Hutang

Hukum Berhutang Dan Doa Untuk Bebas Bebanan Hutang

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 338 hits
Hukum Berhutang dan Doa Untuk Bebas Bebanan Hutang l Assalamualaikum Siapa tak nak hidup bebas dari hutang kan Tapi tu lah nak tak nak kena juga berhutang Baik hutang untuk pinjaman rumah baik beli siap atau bina rumah sendiri hutang pinjam...
4 Surah Selepas Solat Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang

4 Surah Selepas Solat Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 310 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Pembaca Semua Jom kita amalkan bacaan empat bacaan surah selepas solat 4 Surah Selepas Solat Rezeki Melimpah Ruah Dan Bebas Hutang 1 Selepas Solat This is a content summary only Visit my website for ful...
Bekas Exco Jaguh Tembak Babi Umum Bertanding Bebas

Bekas Exco Jaguh Tembak Babi Umum Bertanding Bebas

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 283 hits
AGENDA DAILY Bekas ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee Selepas namanya tercicir dalam senarai calon Pakatan Harapan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee mengumumkan hari ini akan bertandi...
Prn Melaka Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti

Prn Melaka Norhizam Nafi Akan Tanding Tiket Pejuang Kekal Bebas Tanpa Menjadi Ahli Parti

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 293 hits
MELAKA Bekas ADUN Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee menafikan laporan bahawa dia akan bertanding di bawah tiket parti Pejuang Tanah Air pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang bakal berlangsung 20 Nov ini Norhizam berkata dia kekal bebas t...
Haramkan Pemberian Wang Kepada Pengemis Makassar Kini Bebas Peminta Sedekah

Haramkan Pemberian Wang Kepada Pengemis Makassar Kini Bebas Peminta Sedekah

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 295 hits
Oleh Berdasarkan laporan CNN Indonesia 31 Oktober lalu MUI Sulawesi Selatan memutuskan perbuatan mengeksploitasi orang untuk mengemis dan memberi sesuatu kepada pengemis di jalan sebagai haram SEBANYAK 10 daripada 15 mukim di Kota Makassar ...
Bebas Kenderaan Di Kl Akan Diaktif Semula

Bebas Kenderaan Di Kl Akan Diaktif Semula

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 206 hits
DBKL menjangkakan KLCFM akan dapat dilaksanakan secara penuh pada Januari depan dengan pelbagai acara sampingan lain dan penyertaan daripada lebih ramai penaja KUALA LUMPUR Program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur yang tertangguh akibat pa...
5 Menu Snek Ringan Gerenti Bebas Dari Pengawet

5 Menu Snek Ringan Gerenti Bebas Dari Pengawet

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 224 hits
Kadang kadang mulut mesti rasa nak mengunyah walaupun sudah lepas makan makanan berat Buat makanan ringan sendiri yang gerenti bebas dari pengawet dan bersih Boleh ubah mengikut selera kita jika suka lebih pedas atau kurang pedas POTATO FRI...
Sempat Divonis Bebas Pengusaha Kasus Pasar Manggisan Dieksekusi Usai Putusan Ma

Sempat Divonis Bebas Pengusaha Kasus Pasar Manggisan Dieksekusi Usai Putusan Ma

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 172 hits
Dodik sebelumnya menjadi satu satunya terdakwa yang diputus bebas oleh Pengadilan Negeri Tipikor Surabaya pada September 2020 lalu Sedangkan tiga terdakwa lain divonis bersalah
Prn Melaka Norhizam Bertanding Calon Bebas

Prn Melaka Norhizam Bertanding Calon Bebas

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 339 hits
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee akhirnya mengumumkan bertanding tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri Melaka Menurutnya keputusan itu dibuat adalah membuktikan walaupun sebagai calon Bebas beliau ...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Especial Construcci N En Madera

Don T Let Voters Feel Sidelined Announce Projects Early Says Tapah Mp

Set Aside Agenda Outgoing Kl Tower Operator Told

Saravanan Calls On Hindus Not To Listen To Firdaus Wong Who Continues Attacks On Illegal Temples

Gambar Random Hari Raya