Haramkan Pemberian Wang Kepada Pengemis Makassar Kini Bebas Peminta Sedekah


Oleh Ahmad Farhan Berdasarkan laporan CNN Indonesia 31 Oktober lalu, MUI Sulawesi Selatan memutuskan perbuatan mengeksploitasi orang untuk mengemis dan memberi sesuatu kepada pengemis di jalan sebagai haram. SEBANYAK 10 daripada 15 mukim di Kota Makassar kini sifar pengemis, hanya lima hari selepas Majelis Ulama Indonesia (MUI) Sulawesi Selatan mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian wang kepada pengemis.
Susulan fatwa yang dikeluarkan itu, anggota Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) Makassar mengadakan operasi sifar untuk membanteras populasi pengemis dan kanak-kanak jalanan.
Ketua Satpol PP Makassar, Iqbal Asnan berkata, operasi sifar hanya dijalankan di 10 mukim dari 15 mukim di Kota Makassar.
Menurutnya, beliau pada awalnya menganggarkan tempoh kira-kira sebulan diperlukan untuk membersihkan kanak-kanak jalanan dan pengemis di 10 mukim di kota berkenaan.
Bagaimanapun, keputusan dengan operasi sifar hanya mengambil masa lima hari sahaja.
“Jadi lima hari ini sudah sifar (pengemis dan kanak-kanak jalanan) termasuk hari Jumaat hingga berlaku peralihan ke mukim lain.
“Operasi sifar ini disasarkan berlangsung dari pagi hingga petang,” katanya sebagaimana lapor CNN Indonesia.
Dengan operasi sifar ini, kata Iqbal, pengemis dan kanak-kanak jalanan terpaksa memikirkan inisiatif lain untuk mengemis di Makassar.
Mereka akhirnya memilih untuk beroperasi di Kabupaten Gowa dan Maros.
“Aktiviti itu kini aktif di daerah Gowa dan Maros, kerana di Makassar mustahil untuk beroperasi.
“Kerana operasi sifar, kami tidak mahu sesiapa di jalanan,” katanya.
Berdasarkan laporan CNN Indonesia 31 Oktober lalu, MUI Sulawesi Selatan memutuskan perbuatan mengeksploitasi orang untuk mengemis dan memberi sesuatu kepada pengemis di jalan sebagai haram.
Keputusan itu termaktub dalam fatwa Nomor 1 Tahun 2021.
“Pertama, dilarang mengeksploitasi orang untuk mengemis. Kedua, bagi pemberi, haram memberi wang kepada pengemis di jalanan dan di tempat awam kerana menyokong mereka yang mengeksploitasi pengemis dan tidak mendidik budi pekerti yang baik,” kata Setiausaha Umum MUI Sulawesi Selatan, KH Muammar Bakri.
Selain itu, kata Muammar, pihaknya turut memutuskan peminta sedekah yang mempunyai fizikal sempurna dan sihat serta malas bekerja adalah haram manakala makruh jika orang berkenaan mengemis di jalanan atau di tempat awam yang boleh membahayakannya.
MUI Sulsel juga mewajibkan kerajaan menyantuni, memelihara dan menyokong pengemis dengan sebaik mungkin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/haramkan-pemberian-wang-kepada-pengemis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyamar Peminta Sedekah Sebelum Samun Kuil

Menyamar Peminta Sedekah Sebelum Samun Kuil

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai peminta sedekah sebelum melakukan samun sebuah kuil di Jalan Segambut pada Sabtu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata...
Mui Keluar Fatwa Haram Beri Wang Kepada Pengemis

Mui Keluar Fatwa Haram Beri Wang Kepada Pengemis

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 353 hits
Oleh KOSMO Gambar hiasan menunjukkan seseorang menerima wang kertas Indonesia RepublikaJAKARTA Sebuah pertubuhan ulama Indonesia baru baru ini mengeluarkan fatwa yang mengatakan hukum memberi wang kepada pengemis di jalanan adalah haram lap...
Majlis Ulama Indonesia Haramkan Mata Wang Kripto

Majlis Ulama Indonesia Haramkan Mata Wang Kripto

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 374 hits
JAKARTA Sebuah organisasi Islam di wilayah Jawa Timur Nahdlatul Ulama mengeluarkan fatwa melarang penggunaan mata wang kripto di Indonesia dengan mengisytiharkannya sebagai haram menurut hukum syarak lapor laman berita Wionews kelmarin Pert...
6007 Mahkamah Benarkan Semakan Kehakiman Kes Bekas Sarjan Enggan Vaksin Malaysia Kini 28 10 2021

6007 Mahkamah Benarkan Semakan Kehakiman Kes Bekas Sarjan Enggan Vaksin Malaysia Kini 28 10 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 558 hits
Seorang bekas sarjan hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan cabaran undang undang terhadap pemecatannya kerana menolak vaksinasi Covid 19 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memberi kebenaran kepada Wan Ramli Wan Seman untu...
Rentasan 997 Gempar Kini Pas Dicabar Tinggalkan Pn Perkukuh Mn

Rentasan 997 Gempar Kini Pas Dicabar Tinggalkan Pn Perkukuh Mn

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 256 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9971 APA MAKNA KELUARGA MALAYSIA 2 BERSATU HANYA SETERU POLITIK UMNO 3 PRN MELAKA SOP ATAU TIPU MUSLIHAT 4 UMNO SALAHKAN DAP DAN PH KERAJAAN MELAKA TUMBANG
Sah Perusahaan Facebook Kini Berganti Nama Jadi Meta Apa Alasan Di Baliknya

Sah Perusahaan Facebook Kini Berganti Nama Jadi Meta Apa Alasan Di Baliknya

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 561 hits
Lantas apakah platform media sosial mereka seperti Facebook Instagram dan Whatsapp juga akan berganti nama Cek selengkapnya
Wadahi Anak Muda Belajar Sejumlah Isu Masa Kini Tanoto Foundation Gelar Teladan Youth Summit 2021

Wadahi Anak Muda Belajar Sejumlah Isu Masa Kini Tanoto Foundation Gelar Teladan Youth Summit 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 369 hits
Lewat gelaran TELADAN Youth Summit 2021 yang akan diselenggarakan tanggal 30 Oktober secara daring Tanoto Foundation ajak anak muda pelajari isu isu penting masa kini Yuk ikutan
7 Bekas Atlet Yang Kini Menjadi Pelakon Popular

7 Bekas Atlet Yang Kini Menjadi Pelakon Popular

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 451 hits
Setelah memerhatikan setiap pergerakan mereka di atas padang ia hampir nampak natural bagi sesetengah atlet untuk mempamerkan persembahan yang meyakinkan malah memenangi anugerah apabila mereka menceburkan diri ke dalam The post appeared fi...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page