Tiong Gesa Jangan Takutkan Pelancong Dari China


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 1, 2023 10:05 PM
Menteri Pelancongan, Tiong King Sing meminta orang ramai berhati-hati terhadap komen mereka berhubung ketibaan pelancong dari China susulan pembukaan semula sempadan negara itu

Ini berikutan kebimbangan kedatangan pelancong dari China akan menyebabkan peningkatan semula kes Covid-19 seperti yang dihadapi negara itu ketika ini.

Dalam catatan di Facebook yang ditulis dalam bahasa Cina hari ini, Tiong berkata pelancong dari China tidak sewajarnya merasa tersisih untuk datang ke negara ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa semua orang supaya berhati-hati dalam kata-kata dan tindakan anda, jangan membuat komen yang tidak mesra sebelum anda mengetahui gambaran penuh.

“Jangan merosakkan persahabatan antara Malaysia dan China, atau wujudkan tanggapan bahawa kita tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong dari China,” katanya.

Dia menambah sebarang persoalan atau keraguan perlu dibangkitkan melalui "saluran yang betul" bagi mencapai situasi menang-menang.

Awal bulan lalu, China menamatkan dasar "sifar-Covid" bagi membendung wabak berkenaan dengan pembukaan semula sempadan negara ini.

Bagaimanapun, penamatan dasar sifar-Covid turut menyaksikan peningkatan kes dan kematian di China akibat wabak yang disebabkan oleh subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya.

Timbul kebimbangan Beijing tidak memaklumkan mengenai penularan sebenar Covid-19 di negara itu ketika ini, di mana bilangan kes baru dipercayai oleh beberapa pakar berjumlah jutaan setiap hari.

Kementerian Kesihatan memaklumkan akan melakukan ujian ke atas semua pelancong dari China - termasuk sampel air kumbahan daripada pesawat yang dinaiki mereka.

Sesetengah pihak seperti PAS menggesa kerajaan menangguhkan kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu, seperti yang dilakukan beberapa negara lain.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan turut menggalakkan orang ramai mendapatkan dos penggalak berikutan jangkaan kemasukan pelancong China ke negara ini.

Namun tidak dapat dipastikan bila vaksin bivalent baru - yang jauh lebih berkesan daripada vaksin sebelum ini bagi menghadapi ancaman Omicron termasuk BA.5 - akan diberikan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin bivalent - yang sepatutnya diterima Malaysia pada November - mungkin hanya dapat diberikan pada penghujung Januari.

Sempadan China dibuka semula pada 8 Jan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/tiong-gesa-jangan-takutkan-pelancong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Buat Komen Yang Tidak Mesra Seperti Tidak Mengalu Alukan Kedatangan Pelancong China Menteri Pelancongan

Jangan Buat Komen Yang Tidak Mesra Seperti Tidak Mengalu Alukan Kedatangan Pelancong China Menteri Pelancongan

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 217 hits
Jangan buat komen yang tidak mesra seperti tidak mengalu alukan kedatangan pelancong China Menteri PelanconganFoto BernamaMenteri Pelancongan Tiong King Sing kelmarin meminta orang ramai terutamanya netizen berhati hati dalam memuat naik ke...
Don T Spook China Tourists Tiong Urges Amid Fears Of Covid Resurgence

Don T Spook China Tourists Tiong Urges Amid Fears Of Covid Resurgence

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 177 hits
Tourism Minister Tiong King Sing has called for caution on comments regarding the impending arrival of tourists from China a major source of income for the industry This was amid concerns that the tourism boom would also lead to a Covid 19 ...
Tanda Tanya Pelancong China Ke Malaysia Terjawab

Tanda Tanya Pelancong China Ke Malaysia Terjawab

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 196 hits
NILAM NUR ATIKAH OSHMANSHAH ALAM Tanda tanya adakah Malaysia akan menghalang kemasukan pelancong China susulan gelombang baharu akhirnya terjawab selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar s...
Buka Perbatasan Saat Tsunami Corona Antrean Pelancong Hong Kong Membeludak Ke China

Buka Perbatasan Saat Tsunami Corona Antrean Pelancong Hong Kong Membeludak Ke China

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 158 hits
Hampir tiga tahun ditutup karena penyebaran Covid 19 ribuan warga dan para pelancong yang akan memasuki China membeludak di pos pemeriksaan Lok Ma Chau Hong Kong Antrean tersebut terjadi setelah China mengeluarkan pengumuman pada Kamis lalu...
Waspada Lonjakan Covid 19 Korea Selatan Perketat Kedatangan Pelancong Asal China

Waspada Lonjakan Covid 19 Korea Selatan Perketat Kedatangan Pelancong Asal China

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 178 hits
Waspada Lonjakan Covid 19 Korea Selatan Perketat Kedatangan Pelancong Asal China Lonjakan Covid 19 yang terjadi di China membuat Korea Selatan mulai waspada dengan mewajibkan para pelancong dari Negeri Tirai Bambu itu untuk menjalani tes PC...
Pelancong China Tidak Perlu Ujian Covid 19 Masuk Ke Thailand

Pelancong China Tidak Perlu Ujian Covid 19 Masuk Ke Thailand

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 187 hits
PELANCONG yang mengunjungi Thailand termasuk dari China tidak perlu melakukan ujian saringan Covid 19 sebelum berlepas dalam usaha negara ini menarik lebih ramai kedatangan pelawat bagi memulihkan industri pelancongan Menteri Kesihatan Awam...
Sop Untuk Pelancong Dari China Masuk Sabah Dimuktamadkan Esok

Sop Untuk Pelancong Dari China Masuk Sabah Dimuktamadkan Esok

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 157 hits
KAMI akan mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri negeri esok untuk membincangkan isu SOP untuk kemasukan pelancong dari China ke Sabah Sebelum itu saya tidak boleh ulas lanjut kata Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor
Hati Hati Dengan Pelancong Dari China

Hati Hati Dengan Pelancong Dari China

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 288 hits
IBRAHIM MAT ISAIni tak lawak Serious aku cakap Siapa yang pernah cucuk satu dua tiga standby je untuk tadah bahu lagi Dulu di awal cerita mereka hunggah Wuhan sampai satu benua tu jadi linglong Baca kan news terbaharu pasal anak cucu cicit ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun

Israel Serang Iran Tehran Dibedil Komander Irgc Terbunuh Apa Seterusnya

Imran Ajmain Feat B Heart Last Khalif Mengaku Kalah Chord