Tinjauan Awal Pengundi Sebelum Prk Rantau


Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau. Hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil (PRK) Rantau masih berbaki 12 hari, maka masih terlalu awal untuk menelaah kedudukan, apatah lagi keputusan, parti yang akan bertanding pada PRK tersebut

Kecenderungan sokongan pengundi di DUN itu kemungkinan besar tidak sama seperti PRU ke-14, dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) dan Mohamad Hasan yang kini memangku jawatan presiden Umno dijadikan pertimbangan

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau.  Malaysiakini membuat tinjauan awal di kalangan pengundi Melayu di sekitar DUN itu, dan kedudukan Mohamad tampak kukuh di situ.

Bagi mereka, tiada istilah 'teragak-agak' untuk menyokong Mohamad - yang kemungkinan besar kekal sebagai calon - yang disifatkan mereka sebagai pemimpin yang mudah mesra dan sering menghulurkan bantuan ketika menjadi adun dan menteri besar

Antaranya Rashidah Manan, 56, dan Mahnoyah Bador, 58, yang yakin Rantau akan kekal sebagai kubu Umno di Negeri Sembilan

"Jika kita perlu apa-apa bantuan, Tok Mat lebih (banyak membantu). Dia juga tak ada dakwaan rasuah," kata Rashidah

Mahnoyah pula berkata dia tidak akan melupakan bantuan yang diluluskan Mohamad apabila kawasannya dilanda ribut beberapa tahun lalu sehingga merosakkan banyak rumah

"Tambahan pula dia memang baik, kalau kenduri anak kahwin, dia akan datang. Kebanyakan orang di sini (Taman Angsamas) memang orang dia

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau
Bagaimanapun Rashidah berkata saingan dalam PRK nanti tetap sengit memandangkan PH juga memiliki penyokong yang ramai, dengan merujuk rakan sekerjnya sebagai contoh

Begitu juga dengan Fazila Isa, 47, dan Adzhar Ismail, 64, yang menyifatkan diri sebagai "penyokong tegar BN". Adzhar juga membangkitkan sikap mesra Mohamad yang menyebabkan ramai berasa senang dengannya

"Dia memang bagus dari dulu sampai sekarang. Ke mana pun dia pergi pasti bercampur (dengan penduduk). Dua kali anak saya kahwin, saya sediakan tempat macam meja (VVIP) untuk dia, tetapi dia pergi duduk bersama tetamu lain," katanya yang juga bendahari Umno cawangan Taman Kelab Tengku Mambau

Fazila pula berkata dia tetap akan mengundi BN walau sesiapa sahaja yang bertanding kerana baginya undi adalah untuk parti, bukannya calon

“Dulu saya mengundi di DUN Mambau. Di situ (calon) MCA, tak ada calon Melayu, tapi saya tetap undi BN. Sokongan tak akan beralih,” katanya lagi

Hampir semua yang ditemui menyatakan sokongan kepada BN. Perkara itu tidak menghairankan jika mengambil kira kedudukan Rantau yang berada dalam kawasan Parlimen Rembau yang sejak 2008 dipegang pemimpin Umno Khairy Jamaluddin

Bagaimanapun jumlah pengundi bukan Melayu - yang setakat ini kukuh menyokong PH - signifikan di DUN itu. Orang Melayu merangkumi 54 peratus daripada 20,472 pengundi, manakala Cina (19 peratus), India (27 peratus) dan lain kaum (satu peratus)

Pada PRU lalu, Mohamad menang tanpa bertanding apabila calon PH Dr S Streram dihalang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Susulan itu, Streram memfailkan petisyen pilihan raya pada Mei dan pada 16 Nov lalu Mahkamah Pilihan Raya Seremban mengisytiharkan kemenangan Mohamad sebagai tidak sah dan terbatal, dan mengarahkan pilihan raya diadakan semula

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau
'Tok Mat baik tapi...'
Namun tinjauan Malaysiakini tetap menemui penyokong BN yang nampaknya mahu beralih arah pada PRK ini, antaranya Mohd Daud Semek, 53

Dia menimbang untuk mengundi calon PH kerana menurutnya BN "tidak lagi boleh diharap"

Mengakui populariti Mohamad di kalangan pengundi, dia berkata beberapa dakwaan skandal yang dikaitkan dengan Mohamad akan menyebabkan sebahagian penyokong BN mengundi PH

Dia antara lain membangkitkan isu pampasan tanah kepada penduduk Felda Sendayan di DUN itu yang didakwanya terlalu rendah, pada masa sama pemaju menjual hartanah yang dibina atas tanah itu pada harga tinggi

“Saudara-mara pakcik ramai di Sendayan, jadi orang di situ memang sudah tawar hati dengan BN

“Pakcik memang dah lama di sini, memang orang percaya dengan BN dulu, tapi bila sudah terbongkar semua ini, Tok Mat berbaik-baik dengan rakyat tapi sebenarnya ada tak betul juga," katanya

Pada masa sama ada juga penyokong PH yang mengambil pendekatan "tunggu dan lihat", seperti Anuar Ujang, 45

Anuar berkata selepas beberapa bulan memerintah, PH seakan sama sahaja seperti BN


“Dulu dengan sekarang, bagi saya sama sahaja. Saya tak dapat manfaat apa-apa. Misalnya kalau mohon bantuan, sekarang sama seperti dulu memang susah nak dapat

“Saya tak tahu nak undi siapa lagi. Sampai tarikh mengundi, saya cakap, siapa tolong saya, saya undi dia," katanya lagi

SPR menetapkan 30 Mac sebagai hari penamaan calon dan 13 April sebagai hari mengundi

Tinjauan Awal Pengundi Sebelum PRK Rantau.  Setakat ini, Mohamad dan Streram sudah mengesahkan akan bertanding, manakala belum ada ura-ura tentang penyertaan parti lain atau calon bebas. -mk




Iklan












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/03/tinjauan-awal-pengundi-sebelum-prk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Rantau Pada 13 April

Prk Rantau Pada 13 April

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 368 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pilihan raya kecil Rantau akan diadakan 13 April ini Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon bagi kerusi DUN itu ditetapkan 30 Mac ini manakala pengundian awal pada 9 Ap...
Amaran Kepada Pengundi Dun Rantau Anda Berisiko Tinggi Kena Kencing Manis

Amaran Kepada Pengundi Dun Rantau Anda Berisiko Tinggi Kena Kencing Manis

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 384 hits
30 Mac 2019 dah SPR tetapkan sebagai hari penamaan calun bagi PRK N27 DUN Rantau 9 April 2019 pula dah di tetapkan sebagai hari pengundian awal dan 13 April 2019 adalah hari mengundi Sekali lagi semua pemimpin2 utama PH yang sekarang nie be...
Ramai Lembu Akan Undi Bn Dr Streram Perlekeh Pengundi Dun Rantau

Ramai Lembu Akan Undi Bn Dr Streram Perlekeh Pengundi Dun Rantau

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 729 hits
Calon Pakatan Harapan bagi DUN Rantau Dr Streram pernah memuat naik status berbaur penghinaan terhadap pengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu Menerusi status Facebook itu Dr Streram telah melabel pengundi BN sebaga...
Tok Mat Ingatkan Pemimpin Umno Bn Hati Hati Berceramah Di Prk Rantau

Tok Mat Ingatkan Pemimpin Umno Bn Hati Hati Berceramah Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 335 hits
Tok Mat ingatkan pemimpin Umno BN hati hati berceramah di PRK Rantau Dikemas kini 24 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Prk Rantau Jawatankuasa Pilihanraya Ph Akan Bersidang Muhyiddin

Prk Rantau Jawatankuasa Pilihanraya Ph Akan Bersidang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 782 hits
Astro Awani MUHYIDDIN Jawatankuasa pilihanraya kita akan bersidang dan persediaan lain sebenarnya sudah dimulakan di negeri dan kawasan Gambar fail PUTRAJAYA Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan akan bersidang bagi menentukan sebarang k...
Prk Rantau Pkr Berdepan Isu Rusuhan Kuil Kebangkitan Melayu Menolak Cara Tadbir Ph

Prk Rantau Pkr Berdepan Isu Rusuhan Kuil Kebangkitan Melayu Menolak Cara Tadbir Ph

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 335 hits
PRK Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi adalah ujian penting buat PKR dan Anwar Ibrahim selain tentunya kepada PH juga Setelah kalah dalam dua PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih PH sebolehnya tidak boleh kalah bua...
Mukhriz Pakatan Harapan Tak Ambil Mudah Prk Dun Rantau

Mukhriz Pakatan Harapan Tak Ambil Mudah Prk Dun Rantau

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 357 hits
KOTA BHARU Pakatan Harapan tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Beliau berkata PH bakal berdepan saingan daripada UM...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization