Tingkatkan Pengambilan Serat Dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand


Adakah anda mengalami kesukaran menyediakan hidangan yang sihat, enak dan segera untuk sarapan, makan tengah hari, snek mahupun makan malam? Dapatkan Kacang Panggang Ayam Brand™ (AyamBrand™ Baked Beans) yang kaya dengan serat dan protein, serta rendah kandungan lemak. Legum seperti kacang adalah sumber pemakanan berserat 1 dan protein berasaskan tumbuhan yang baik. Kacang panggang Ayam Brand™ sedia untuk dimakan terus daripada tin, menjadikannya sumber serat dan protein berasaskan tumbuhan yang mudah dan enak.
Kacang panggang dapat membantu menahan rasa lapar lebih lama dengan mengenyangkan anda dan mengawal kandungan gula dalam darah 2 , memberikan bekalan tenaga yang berterusan sepanjang hari dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk sajian manis yang lain.
Kandungan likopen dalam sos tomato kacang panggang merupakan satu antioksida yang membantu melindungi daripada kanser prostat, paru-paru dan perut 3 . Kacang panggang juga mengandungi mineral seperti magnesium, selenium dan tembaga yang merupakan antioksida kuat yang melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas.
Diet yang telah terbukti secara klinikal untuk memberikan manfaat kesihatan adalah seperti Diet DASH (Pendekatan Diet untuk Menghentikan Hipertensi) dan diet Mediterranean yang menggalakkan penambahan legume seperti kacang panggang dalam amalan pemakanan harian. Anda boleh memilih diet yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan daging dan menggantikannya dengan lebih banyak protein tumbuhan. Cuba untuk tidak memakan daging sekurang-kurangnya selama seminggu dan gantikan ia dengan kacang panggang atau protein berasaskan tumbuhan bagi meningkatkan pengambilan nutrien, pada masa sama mengurangkan penghasilan karbon.

Terdapat tiga varian Kacang Panggang Ayam Brand™ untuk memenuhi cita rasa dan keperluan diet berbeza:Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Asli (Ayam Brand ™ Baked Beans in Tomato Sauce) mempunyai rasa umami penuh kekacang yang diseimbangkan dengan kemanisan tomato - gandingan ideal untuk hidangan yang menyelerakan.
Kacang Panggang Ayam Brand™ Dalam Sos Tomato Bersama Keju (Baked Beans in Tomato Sauce with Cheese) menggunakan keju parmesan sebenar bagi rasa berkrim. Ia sesuai untuk hidangan yang memerlukan rasa lebih kaya. Gunakan pilihan ini untuk resipi-resipi yang perlu digril atau panggang. Kanak-kanak menggemari kenikmatan dan kelazatan keju sos ini bersama hidangan pasta mereka.
Manakala Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Ringan (Ayam Brand™ Baked Beans Light in Tomato Sauce) mempunyai kandungan 48% kurang gula. Ia menjadi pilihan individu yang mahukan protein dan serat pada kacang panggang tetapi kurang kandungan karbohidrat dan gula. Gandingan varian ini bersama salad atau kisar bersama sos salad bagi sajian yang lebih sihat dan ringan.
Varian makanan unggul (superfood) ini mempunyai 3.9g ke 4.51g kandungan serat dan 5g hingga 6g kandungan protein bagi setiap 100g sajian. Ia boleh didapati di seluruh negara pada harga RM2.40 bagi tin 230g dan RM3.50 bagi tin saiz keluarga.
Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ Sepanjang Hari Dalam Pelbagai Cara Enak
Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah sedia dimakan. Cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan hanya membuka tin tersebut dengan menarik pembuka yang tersedia dan terus menjamahnya dengan sudu bersih.
Walaupun kita sering mengaitkan kacang panggang dengan sarapan Inggeris yang lengkap dengan telur, sosej dan roti bakar, hakikatnya ia bersifat versatil dan boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan lain. Ayam Brand™ telah menghasilkan bermacam-macam resipi yang menyerlahkan kesempurnaan kacang panggangnya dengan roti, pasta, ubi dan nasi sebagai sajian sarapan, makan tengah hari, snekdan makan malam.

Sarapan: Kacang Pool dengan Roti Bakar dan MentegaTambahkan pilihan sarapan anda dengan hidangan Kacang Pool, satu sajian enak yang terkenal di Johor. Kaedah penyediaan tradisional hidangan ini mengambil masa yang lama kerana kacang perlu direndam dan direbus terlebih dahulu. 
Gunakan Kacang Panggang Ayam Brand™ dan sajian kacang pool anda boleh tersedia dalam masa 15 minit.Caranya:i. Lenyekkan kacang panggang bersama sos tomato menggunakan bahagian belakang garfu bagi mendapatkan tekstur kasar.ii. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak sapi dan masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu, diikuti daging atau ayam cincang. Kacau sehingga bau naik.iii. Tambahkan potongan cili padi dan serbuk kari sebelum memasukkan kacang panggang yang telah dilenyek. gaul sehingga sekata.iv. Hidangkan bersama telur goreng, hirisan limau dan taburan cili padi sebagai hiasan. Nikmati hidangan menyelerakan ini bersama roti bakar yang disapu mentega.

Makan Tengah Hari : Pasta bersama Sos Kacang PanggangKehabisan sos pasta? Cuba sos pasta kacang panggang yang mudah ini.i. Sediakan asas sos pasta dengan menumis bawang, bawang putih dan daging atau ayam cincang.ii. Tambah tomato yang telah dicincang, satu tin kacang panggang Ayam Brand™ dan sedikit air. Biarkan sos mereneh sehingga menjadi pekat.iii. Masukkan pasta yang telah direbus ke dalam bekas kalis ketuhar. Kemudian tuangkan sos pasta, taburkan parutan keju dan panggang selama 15 minit, sehingga keju cair dan berwarna keemas-emasan.

Snek: Ubi Jacket Bersama Kacang PanggangUbi panggang adalah snek yang enak tetapi gandingkan dengan tuna manis yang sedap serta sos kacang panggang untuk hidangan yang lebih menarik.i. Bersih dan keringkan ubi tanpa membuang kulitnya.ii. Lumurkan minyak pada setiap ubi. Balut dengan pembalut aluminum dan panggang di dalam ketuhar selama 45 hingga 60 minit.iii. Dalam mangkuk berasingan, campurkan kepingan tuna, perahan lemon, mayonis dan sedikit lada hitam.iv. Keluarkan ubi daripada ketuhar. Buat potongan “X” di bahagian tengah ubi sebelum memasukkan sedikit mentega, kacang panggang serta campuran tuna ke dalamnya.v. Hias dengan potongan daun bawang dan avokado.
Ini adalah cara kami menyediakan snek kacang panggang yang bukan sahaja enak dan berkhasiat tetapi juga menarik.

Makan Malam: Kari Sardin Kacang Panggang Bersama NasiMakan malam merupakan sajian utama bagi kebanyakan kita. Oleh itu, marilah kita menyediakan hidangan yang menyelerakan dan seimbang seperti menu kari sardin kacang panggang bersama nasi.i. Goreng terung dan asingkan.ii. Tumiskan cili, bawang putih dan halia sehingga naik bau sebelum memasukkan serbuk kari.iii. Lenyekkan sardin dan masukkan ke dalam campuran kari berkenaan.iv. Masukkan potongan lobak merah dan kacang panggang.v. Tuangkan santan dan gaul sehingga kuah pekat.v. Masukkan terung yang telah digoreng dan gaul dengan perlahan sehingga sebati.vi. Hidangkan kari yang telah dimasak bersama nasi putih. Enak dinikmati ketika panas.
Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai lagi di laman www.ayambrand.com.my .

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kasihjuju.com/2021/08/tingkatkan-pengambilan-serat-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KasihJuju+(Kasih+Juju)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kacang Pool Guna Ayam Brand Kacang Panggang Keju

Resepi Kacang Pool Guna Ayam Brand Kacang Panggang Keju

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 502 hits
Musim sekarang memang susah nak keluar untuk makan kacang pool Jadi CN cuba resepi mudah membuat kacang pool menggunakan Ayam Brand Kacang Panggang Keju Serius sedap sangat dengan rasa lemak lemak dari kacang panggang keju ni Resepi CN ni a...
Up Your Fibre And Protein Intake All Day In So Many Delicious Ways With Ayam Brand Baked Beans

Up Your Fibre And Protein Intake All Day In So Many Delicious Ways With Ayam Brand Baked Beans

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 278 hits
Are you stumped for something healthy tasty and relatively quick and easy to whip up for breakfast lunch snack time or dinner Reach for Ayam Brand Baked Beans that are high in fibre and protein and low in fat too Legumes such as beans are a...
Runsing Rambut Gugur Setiap Hari Ini Cara Untuk Atasinya Faith Fleur Dari Ctymary

Runsing Rambut Gugur Setiap Hari Ini Cara Untuk Atasinya Faith Fleur Dari Ctymary

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 509 hits
Runsing Rambut Gugur Setiap Hari Ini Cara Untuk Atasinya Faith Fleur dari Ctymary Dah boleh tarik nafas lega dah sekarang ni sebabnya aku dah jumpa cara untuk atasi masalah rambut gugur yang aku alami selama ini Siapa je yang boleh bertenan...
Penduduk Gelisah Bandar Damansara Kuantan Kini Di Serang Dan Di Ancam Kera Setiap Hari

Penduduk Gelisah Bandar Damansara Kuantan Kini Di Serang Dan Di Ancam Kera Setiap Hari

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 533 hits
KUANTAN Kehadiran sekumpulan kera berkeliaran setiap hari menimbulkan keresahan penduduk di Bandar Damansara Kuantan di sini Ancaman ataupun serangan haiwan liar itu bukan saja menjejaskan peralatan dan kelengkapan di kawasan perumahan ters...
Setiap Kementerian Harus Bukti Pencapaian Dalam 100 Hari

Setiap Kementerian Harus Bukti Pencapaian Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 184 hits
Setiap kementerian harus bukti pencapaian dalam 100 hari Yasmin Ramlan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meletakkan syarat supaya kabinetnya membuktikan pencapaian kementerian masing masing dalam masa 100 hari pertama menggalas tanggungja...
Gerai Ini Hanya Buka 1 Jam Lambat Habis Kerana Makanan Ini Pelanggan Sanggup Tunggu Setiap Hari

Gerai Ini Hanya Buka 1 Jam Lambat Habis Kerana Makanan Ini Pelanggan Sanggup Tunggu Setiap Hari

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 283 hits
Lokasi Jalan Lebuh Rajawali Kampung Dato Ahmad Said Tambahan ll 30020 Ipoh Perak Waktu Niaga Setiap Hari 4 30 petang sampai habis Untuk Tempahan 011 5158 1309 Contact azfar
Tips Masak Cepat Mudah Setiap Hari

Tips Masak Cepat Mudah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 306 hits
Sudah menjadi impian bagi setiap suri rumah untuk menyediakan hidangan daripada air tangan sendiriyang sihat bersih lagi berkhasiat buat keluarga tersayang Namun adakalanya keterbatasan masa sering menjadi alasan impian ini tidak dapat dila...
Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian