Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Bas Awam


 

Mutu perkhidmatan sistem pengangkutan bas awam di seluruh Malaysia harus dipertingkatkan oleh kerajaan agar orang awam akan menggunakannya sebagai pengangkutan utama.

Rakyat Malaysia lebih suka menggunakan kereta sendiri sebagai pengangkutan utama berbanding bas awam disebabkan kualiti perkhidmatannya yang kurang memuaskan.

Hal ini mengakibatkan terlalu banyak kereta di atas jalan raya.

Ia mewujudkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas yang teruk (terutamanya di kawasan bandar), risiko kemalangan jalan raya yang lebih tinggi, pencemaran udara serta pemanasan global disebabkan pelepasan gas-gas rumah hijau daripada kereta dan tekanan pemandu kerana kesesakan lalu lintas.

Jika perkhidmatan sistem pengangkutan bas awam diperluas serta dijadikan lebih cekap dan efisien, maka orang awam akan digalakkan untuk menggunakannya sebagai kaedah pengangkutan utama mereka berbanding kereta sendiri.

Antara langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem bas awam adalah:

- Membina dan menyediakan lebih banyak bas awam serta memperluas perkhidmatan bas awam di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas supaya penumpang tidak perlu menunggu lama di perhentian atau stesen bas.

- Memastikan pengendali serta pemandu bas sentiasa mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan serta tidak sesekali lewat apabila memulakan perjalanan mereka.

- Menaik taraf serta membersihkan bas-bas dan stesen serta terminal bas khususnya yang lama dan kotor di seluruh Malaysia supaya orang awam akan lebih selesa dan selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas awam.

- Menggunakan bas-bas yang memanfaatkan tenaga elektrik atau gas hidrogen sebagai bahan api agar perkhidmatan bas awam lebih mesra alam. 

- Mengenakan yuran bas yang lebih murah pada permulaan inisiatif ini. Setelah ada peningkatan dalam kekerapan serta jumlah penggunaan bas awam oleh orang ramai, yuran untuk parkir kereta dalam bandar boleh mula dinaikkan. Selain itu, cukai import atas pembelian kereta-kereta asing boleh dikenakan terhadap orang awam yang membelinya. Langkah-langkah sebegini akan menggalakkan orang awam untuk lebih menggunakan bas awam berbanding kereta mereka sendiri.

- Memberi keutamaan kepada perkhidmatan bas awam sebagai pengangkutan awam utama di Malaysia, dan bukannya sistem LRT atau MRT. Pada masa ini, sistem pengangkutan bas awam adalah cukup bersesuaian untuk keperluan bandar-bandar kita yang sedia ada berbanding dengan perkhidmatan sistem LRT/MRT yang tidak diperlukan dan jauh lebih mahal untuk dibina dan diimplementasikan.

Jumlah penduduk Malaysia yang semakin bertambah ini sudah tentunya turut meningkatkan jumlah kereta atas jalan raya, seterusnya memburukkan lagi masalah-masalah yang disenaraikan di atas.

Oleh itu, pihak kerajaan harus mempertimbangkan dan melaksanakan langkah-langkah yang proaktif untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sistem pengangkutan bas awam di seluruh Malaysia agar orang awam akan lebih menggunakannya sebagai kaedah pengangkutan utama.




www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2023/01/tingkatkan-mutu-perkhidmatan-bas-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tampal Jalan Asal Cukup Syarat Majlis Perbandaran Kajang Undang Amarah Orang Awam

Tampal Jalan Asal Cukup Syarat Majlis Perbandaran Kajang Undang Amarah Orang Awam

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 174 hits
KIM SYAZIEPerkongsian kerja kerja menampal jalan tar yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang di Facebook baru baru ini mendapat perhatian orang awam gara gara kerja yang dilakukan pihak berkuasa tempatan itu dianggap asal boleh ...
Mencari Seafood Di Pasar Awam Sungai Besar

Mencari Seafood Di Pasar Awam Sungai Besar

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 359 hits
AssalamualaikumMencari Seafood Di Pasar Awam Sungai Besar Hari Ke 2 kami yang ladies ni ke Pasar Awam Sungai Besar selepas sarapan Target kami mencari seafood untuk berBBQ Selain itu juga mencari ketam untuk dibuat sup ekoran emak yang keja...
Jadual Gaji Penjawat Awam 2023

Jadual Gaji Penjawat Awam 2023

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 401 hits
Original Content Gaji adalah perkara yang ditunggu tunggu oleh pekerja sektor kerajaan atau kakitangan awam Secara asasnya hari gaji ditetapkan pada 25hb setiap bulan Namun atas beberapa faktor seperti cuti hujung minggu cuti umum cuti pera...
Bas Sekolah Percuma Dbkl 2023 2024

Bas Sekolah Percuma Dbkl 2023 2024

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 535 hits
BAS SEKOLAH PERCUMA DBKL 2023 2024 Keapda para pelajar yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melancarkan program bas sekolah percuma bagi sesi persekolahan tahun 2023 2024 Disini kami...
Isu Wang Pada Pengundi Zahid Putar Belit Kenyataan Kelirukan Orang Awam

Isu Wang Pada Pengundi Zahid Putar Belit Kenyataan Kelirukan Orang Awam

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 268 hits
ismaweb netPemimpin PH BN usah jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betulBANGI 3 Rejab 1444H Rabu Ketua Dewan Ulamak PAS membidas pandangan sinis Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang...
Sumbangan Wang Orang Awam Kepada Pengundi Tiada Kaitan Calon Atau Pas

Sumbangan Wang Orang Awam Kepada Pengundi Tiada Kaitan Calon Atau Pas

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin berkata sumbangan orang awam kepada pengundi semasa pilihan raya tiada kaitan dengan calon PAS atau parti itu Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan presiden UMNO Datuk Seri Ahm...
Penjawat Awam Lebih Amanah Berbanding Pas Tahun 2021

Penjawat Awam Lebih Amanah Berbanding Pas Tahun 2021

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 345 hits
PENJAWAT AWAM LEBIH AMANAH BERBANDING PASTAHUN 2021 2022 Kerajaan Persekutuan salur bantuan banjir melalui agensi agensi Kerajaan Persekutuan Tidak timbul isu Kelantan dianaktirikanTAHUN 2023 Kerajaan Persekutuan ulangi sistem yang sama sal...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan