Tingkatan 6 Syarat Kelayakan Senarai Kolej Subjek Permohonan


SEMAKAN TAWARAN, SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6
Pelajar lepasan Tingkatan 5 yang menepati syarat-syarat umum dan khusus kemasukan layak ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam(6) yang beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan yang terpilih. Pengajian selama 3 penggal ini menawarkan 2 aliran iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.
Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan Enam(6) telah menerapkan 3 kemahiran utama seperti kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah (soft skills).
Pengenalan Tingkatan 6 Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama tiga semester.
Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu jurusan Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan jurusan Sains.
Objektif Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.Memastikan   murid lulusan  Sijil Tinggi Persekolahan   Malaysia   (STPM) mempunyai   nilai kebolehpasaran yang tinggi.Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional. Matlamat Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal.
Mereka ini akhirnya membawa keseJahteraan kepada negara di samping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.
Penjenamaan Semula Penjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dengan hasrat untuk:
Memperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid- murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.Mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan Enam.Membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan Enam. Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti yang berikut:
Imej dan Anjakan Minda.Info dan Infrastruktur.Pengurusan dan Pentadbiran.Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).Kurikulum. Senarai Mata Pelajaran STPM Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM.
Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid.
Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
BilKodMata Pelajaran1.900Pengajian Am2.910Bahasa Melayu3.911Bahasa Cina4.912Bahasa Tamil5.913Bahasa Arab6.920Literature in English7.922Kesusasteraan Melayu Komunikatif8.930Syariah9.931Usuluddin10940Sejarah11.942Geografi12.944Ekonomi13.946Pengajian Perniagaan14.948Perakaunan15.950Mathematics (M)16.954Mathematics (T)17.958Information and Communications Technology (ICT)18.960Physics19.962Chemistry20.964Biology21.966Sains Sukan22970Seni Visual23932Tahfiz AL-Quran Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills).
3 Kategori Kolej Tingkatan 6 Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada 3 kategori:
Kolej Tingkatan Enam (Mod 1)  – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.
Kolej Tingkatan Enam (Mod 2) – sekolah yang mempr nyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Kolej Tingkatan Enam (Mod 3) – sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.
Senarai Kolej / Sekolah / Pusat Tingkatan 6 Untuk semak senarai pusat Tingkatan 6, sila klik pautan senarai dibawah mengikut negeri :
SENARAI PENUH PUSAT TINGKATAN 6 : https://sst6.moe.gov.my/…/SenaraiSekolah%20Pusat%20T6.pdf
Senarai-Sekolah-Pusat-Tingkatan-6Download SENARAI MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN : https://sst6.moe.gov.my/…/PAKEJ%20MATA%20PELAJARAN%20T6…
PAKEJ-MATA-PELAJARAN-T6-2021Download Tempoh Pengajian Tingkatan 6 Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 ½ tahun:
1.    Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)Peperiksaan Semester 1 (S1)  2.    Semester 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)Peperiksaan Semester 2 (S2) 3.    Semester 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2) Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga Semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.
Syarat Kemasukan a. Syarat am
Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021. b. Syarat Khas
Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit. Tarikh Pendaftaran Pendaftaran kemasukan murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2022 dibuka pada 5 hingga 15 Julai 2021.
Semakan Tawaran & Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Semakan dan permohonan kemasukan ke Tingkatan boleh dibuat di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui APLIKASI DALAM TALIAN TINGKATAN ENAM di laman web berikut: https://sst6.moe.gov.my/
PAUTAN PERMOHONAN : https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm
Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid membuat pendaftaran mengikut kaedah yang bersesuaian.
Rayuan Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan pengajian ke Tingkatan Enam dan semakan tawaran boleh dilakukan di portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
Manakala pelajar yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh membuat rayuan secara dalam talian di portal yang sama.
Murid lepasan SPM yang tidak menerima tawaran kemasukan secara terus daripada KPM, boleh mengemukakan rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran berdasarkan surat siaran dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kategori permohonan rayuan adalah seperti berikut:
BilKategoriJenis Borang Catatan1.Rayuan calon sekolah untuk memasuki Tingkatan Enam berdasarkan kelonggaran atas Penglibatan KokurikulumBorang T6BKKPermohonan Rayuan Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun semasa secara dalam talian2.Calon persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama NegeriBorang T6BCPPermohonan Rayuan Calon Persendirian / Swasta / SMAN ke Tingkatan Enam Semester 1.3. Lain-lain kategoriBorang T6BRUPermohonan Rayuan ke Tingkatan Enam Semester 1 Maklumat lanjut sita layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan.
Sumber maklumat : Portal MyGOV (malaysia.gov.my)
Baca juga: Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP – KISAS & SMAP LABU
Pentaksiran & Yuran Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% – 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% – 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat S1, S2 dan S3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.
Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap Semester. Mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan S1 dan S2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga Semester. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga Semester seperti yang berikut:
Terbaik [(S1 atau U1) + (S2 atau U2) + S3 +  Kerja Kursus]
YURAN Yuran peperiksaan bagi empat atau / dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.
Maklumat Lanjut Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengajian Tingkatan 6, sila rujuk Soalan Lazim berikut:
https://sst6.moe.gov.my/upload_file/S2_SOALAN%20LAZIM.pdf
Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan? Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke Tingkatan Enam.
Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam? a. Syarat am
• Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
• Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.
b. Syarat Khas
• Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
• Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.
Bagaimanakah cara bagi membuat semakan keputusan dan pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2022? Murid lepasan SPM 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2022 di portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam (https://sst6.moe.gov.my).
Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran serta menyampaikan surat tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2022.
Sekiranya saya tidak memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan 6, adakah saya boleh membuat permohonan rayuan? Boleh. Murid boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan ke Tingkatan Enam tahun 2022 bagi calon sekolah kerajaan berdasarkan pencapaian kokurikulum (T6BKK).

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan rayuan sekiranya seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam atas sebab tertentu,
seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di Kolej/Pusat Tingkatan Enam tersebut dan sebagainya? Permohonan rayuan pertukaran Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam perlu dikemukakan secara emel ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkaitan dengan menggunakan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan untuk
Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara].

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid membuat permohonan rayuan mengikut kaedah yang bersesuaian
Bolehkah saya menukar bidang (Sains atau Sains Sosial) pengajian yang ditawarkan dan bilakah tarikh permohonan tersebut? Boleh. Murid boleh mengemukakan permohonan menukar bidang (Sains atau Sains Sosial) secara emel kepada Kolej/Pusat Tingkatan Enam yang ditempatkan.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah asal akan membantu permohonan tukar bidang mengikut tarikh yang telah ditetapkan
Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/ IPTA /IPTS / setara, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam? Boleh. Calon yang menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara perlu membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan umum kemasukan ke
Tingkatan Enam (T6BRU).

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi membuat permohonan rayuan.

Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat.
Apakah pakaian murid Tingkatan Enam? Pakaian murid adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam.

Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking.

Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/jenis jubah/maksi, two-piece/three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap.

Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jean, cargo pants, seluar pendek, atau legging tidak dibenarkan.

Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan.

Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas.

Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata.

Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan
pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terpulang pada murid)
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM   Muat Turun

   pdfJurnal Pendidikan Tingkatan 6 2017 (16.02 MB)
   pdfJurnal Pendidikan Tingkatan 6 2018 Jilid 2 (18.54 MB)
   pdfJurnal Pendidikan Tingkatan 6 2019 Jilid 3 (22.38 MB)
   pdfJurnal Pendidikan Tingkatan 6 2020 Jilid 4 (4.36 MB)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-tingkatan-6/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-tingkatan-6

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semak Syarat Uitm Semakan Kelayakan Kemasukan Uitm 2022

Semak Syarat Uitm Semakan Kelayakan Kemasukan Uitm 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 312 hits
SEMAK SYARAT UITM SEMAKAN KELAYAKAN KEMASUKAN KE UITM Kenali program program bersesuaian yang ditawarkan oleh UiTM dan dapatkan peluang untuk mengenalpasti program yang sepadan dengan minat anda Hanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapa...
Permohonan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz Sabk Ambilan 2022

Permohonan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz Sabk Ambilan 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 253 hits
PERMOHONAN KE TINGKATAN 6 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN AMBILAN TAHUN 2022 Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz SABK Semua lepasan SPM 2021 sekolah KPM dan Sekolah Swasta yang berkelayakan dipelawa untuk memo...
Syarat Kemasukan Tingkatan 6

Syarat Kemasukan Tingkatan 6

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 214 hits
Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Tingkatan 6 merupakan salah satu laluan bagi pelajar lepasan SPM untuk menerus pendidikan mereka ke peringkat seterusnya Selain daripada Institut Pendidikan Tinggi Awam pelajar juga boleh memilih untuk menyambun...
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Sbp Kisas Smap Labu

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Sbp Kisas Smap Labu

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 236 hits
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2022 Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu kini dibuka untuk lepasan SPM 2021 Berikut dikongsikan syarat syarat dan cara membuat permoho...
Epenawaran Hlp Kpm 2022 Permohonan Biasiswa Syarat Semakan

Epenawaran Hlp Kpm 2022 Permohonan Biasiswa Syarat Semakan

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 283 hits
HLP KPM 2022 Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan boleh disemak mulai 14 Jun 2022 Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa Sambilan Bagi Pegawai ...
Pgde Uum Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2022

Pgde Uum Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2022

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 259 hits
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA AMBILAN SEPTEMBER 2022 Permohonan program Postgraduate Diploma in Education Diploma Pascasiswazah Pendidikan UUM kini dibu...
Permohonan Baiks 2022

Permohonan Baiks 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 175 hits
PERMOHONAN BAIKS 2022 Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan ada menyediakan Bantuan kepada Perniagaan Kecil dan Sederhana yang dikenali BAIKS Disini kami akan kongsikan ...
Jkm Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Sebulan

Jkm Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Sebulan

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 110 hits
Berita baik bagi semua rakyat Malaysia Dato Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabat...
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 257 hits
Berita baik buat anak jati negeri Sabah kerana permohonan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka Biasiswa ini dibuka bagi calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjan Muda di Institusi Pengajian T...
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat

Lori Tanah Jatuh Gaung Wanita Maut Suami Patah Tangan

Nga Asks Saifuddin To Halt Probe On Teoh Beng Hock S Family