Epenawaran Hlp Kpm 2022 Permohonan Biasiswa Syarat Semakan


HLP KPM 2022: Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) boleh disemak mulai 14 Jun 2022.
Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai 14 Jun 2022 (Selasa), jam 3:00 petang.
Hadiah Latihan persekutuan adalah merupakan kemudahan cuti sambung belajar yang meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 
Pemohon yang membuat permohonan boleh membuat semakan melalui pautan: https://epenawaran.moe.gov.my pada tarikh yang akan ditetapkan tersebut.
Apakah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM 2022)? Tahukah anda apakah itu Hadiah Latihan Persekutuan atau HLP KPM ini?
Secara ringkasnya, ia adalah biasiswa sambung belajar bagi peringkat Sarjana dan PhD untuk gred 41 dan ke atas.
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.
Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM
Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.
Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.

Baca juga: Tarikh & Jadual Terkini SPM, STAM, UPBA 2021 / 2022 – KPM
Tarikh Permohonan Tarikh permohonan HLP KPM 2022 adalah seperti berikut:
Permohonan Dibuka: 24 Disember 2021Permohonan Ditutup: 21 Januari 2022Urusan Temuduga: April 2022 Kelebihan Cuti Belajar / Program Penajaan KPM Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:
Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; danCuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB). Sila rujuk infografik di bawah untuk info lebih lanjut serta kelebihan setiap program yang ditawarkan.
Cara Permohonan & Semakan Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka).
Baca juga: Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir
Tips Memohon HLP KPM Di sini kami paparkan juga beberapa tips berguna oleh Cikgu Faizal yang telah berkongsikan pengalaman beliau yang berjaya ditawarkan HLP KPM 2021.
ALHAMDULILLAH, SAYA BERJAYA DITAWARKAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA PhD HLP KPM TAHUN 2021
Saya kongsikan 8 tips kepada rakan2 yang berniat sambung PhD supaya rakan2 yang mohon pun berjaya lulus temuduga dengan cara penulisan proposal yg betul dan juga menjimatkan masa.
Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Dr.Othman Talib, Dr.Nurul Fadly, Kak Juliana Janjang pelajar PhD UKM (HLP KPM), Muhammad Adnan pelajar Phd UPM dan Taufek Harun pelajar Master UPSI (HLP KPM) & isteri (Nadz) kerana banyak berkongsi petua yang berguna dan berkesan.
Sesungguhnya Allah memberkati usaha baik kalian dan semoga dimurahkan rezeki.
Tip 1
Selepas memohon dilaman web epenawaran, sila pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) buah pengesahan di laman epenawaran jika tiada username & password boleh hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan BBP KPM. Mereka kena contact sendiri.
* Ini sangat penting, kerana kelulusan merekalah yg menentukan anda berjaya dipanggil temuduga if not sampai pencen pun tak panggil. Selain cukup syarat-syarat minimum untuk mohon.
Tip 2
Persediaan awal Penulisan Proposal dengan SMART, maksud saya smart disini belajar daripada orang yang TEPAT dalam bidang Penyelidikan berkaitan.
Contohnya cara mengguna reference manager seperti Mendeley, Tamplate Zero Draft of Thesis (ZDOT) dari Dr.OT, cara menulis proposal Dr.Nurul Fadly yang mana anda boleh follow channel diorang di youtube banyak perkara yang anda akan tahu.
Tip 3
Persiapan rapi, dibawah post ini saya sertakan LINK untuk rakan2 DOWNLOAD Contoh Proposal yang dan juga Skema Permarkahan Temuduga HLP. Biar sama2 berjaya.
Tip 4
Jika masih tak dapat idea, boleh join bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) kelas setiap hujung minggu yang dikendali oleh Dr.Shuhairy Norhisham.
Ada macam-macam bengkel hands-on di ajar oleh pensyarah2 prolifik cara nak cari tajuk kajian, permasalahan kajian atau GAP, pendedahan kepada cara menulis artikel berimpak tinggi dengan bantuan teknik dan perisian2 terbaru seperti Atlas ti. Versi 9.0, ref and write, perolehan artikel menerusi laman web scihub, status level artikel scimago.
Selepas join bengkel ni, saya terus berubah dan dapat idea framework proposal yg sistematik. Dari bengkel ini saya kenal insan2 hebat dalam dunia scholars yang mindset diorang memang lain sgt jujur dan membantu seperti Dr.Hayrol a.k.a pengawas postgraduate seorang yang santai berkata2 yang penuh jenaka tapi deep pakar dalam SLR dan penulisan jurnal berimpak tinggi. Sila follow FB beliau Hayrol Azril Hayrol. (Kereta Mahal boleh bayar,untuk dapat ILMU & KESIHATAN jangan KEDEKUT)
Tip 5
Berjumpa dengan bakal supervisor sama ada by appointment or call dulu, email dulu, jika DEKAN sediakan dulu proposal boleh serahkan pada PA, jangan malu2 atau takut2 kerana rata2 mereka professional dan akan balas email anda balik, sentiasa tanamkan dalam fikiran semua orang bermula dari kosong tapi cara berfikir yang berbeza (orang positif akan berjaya orang negatif mudah dapat penyakit, orang yang neutral akan bishe2 sahaja).
Minta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan oleh kerana mereka mmg sudah lama dalam bidang kajian dan sentiasa up to date.
Tip 6
Tambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka.
Jangan sesekali keluarkan perkataan negatif dari mulut kerana itulah yang anda akan jadi (The Power of Doa)
Tip 7
Jangan pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal saya ambil pepatah jepun petikan buku Dr.Shuhairy Norhisham”JINSEI IRO IRO HITO SORE ZORE” iaitu “Nana korobi ya oki” jatuh 7 kali bangkit 8 kali.
Tip 8
Sentiasa berdoa selepas solat kerana Allah suka mendengar doa hambanya. Kalau takde rezeki perbaiki kelemahan yg ada kadang2 orang lain Nampak kesalahan yang kita anggap benda tu tak salah tanya pandangan rakan2 yg dah memperoleh HLP yg lain. Pasti ada jalannya. Okeh
Klik pautan di bawah untuk download:
DOWNLOAD – Contoh Proposal PhD DOWNLOAD – Contoh Slaid Pembentangan Proposal Phd DOWNLOAD – Skema Permarkahan Temuduga HLP DOWNLOAD – Nota Persediaan HLP Tips Extra
– Sedia 5 Slides sahaja masa pembentangan 40 minit sharp.
– 40 Minit Present dihadapan 3 Panel( Pensyarah Universiti Awam, Pensyarah IPG, Pegawai Dari Kementerian Sendiri) gunakan gelaran Dr. Pada panel.
– Pada tahun 2021, seramai 530 orang berjaya ditawarkan HLP/HLPS/CBBPTB dari 3538 permohonan, 1893 lulus perakuan Ketua Jabatan, selepas saringan BBP 1505 dipanggil temuduga, – untuk makluman HLP 400 orang HLPS 86 CBBPTB 44. 5 orang pengajian luar negara.
– Interview suluruh Malaysia terdiri warga pendidik pelbagai peringkat organisasi (orang KPM, PPD, IPG, Matrik, KV dan sekolah SM & SK) diberikan HLP master & PhD berjaya Interview sama ada HLP/HLPS/CBBPTB(Rayuan), 
– Setiap pusat temuduga (IPG/Cyberjaya) anggaran 250 org dipanggil dan ada 6 pusat temuduga mengikut zon (Utara IPGSAH, Tengah (Cyberjaya), Selatan, Timur(IPG), Sabah(SPP) ,Sarawak).
– Sesi Interview 6 orang pagi 8.00-1.00 tgh & 4 orang 2.30-4.30 petang selama 5 hari. Isnin – Jumaat. KPM mempunyai hampir 1200 pelajar pascaperkhidmatan dibawah HLP bagi 3 tahun (2019,2020,2021) dari jumlah ini 1 orang sahaja sambung di luar negara.
– Bagi master secara berkumpulan 3 orang manakala Phd 1 orang bentang sharp 40 minit 5 slides termasuk memperkenalkan diri. Ada 5 bilik temuduga.
Sumber: Facebook Faizal Nasir
Semakan PENGUMUMAN
Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai 14 Jun 2022 (Selasa), jam 3:00 petang.
Maklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2022 Maklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP KPM 2022, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau menghubungi:
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
(u.p. : Puan Nur Izzati binti Marzuki / Cik Aina Shaharina binti Ahmad/ Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)
No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /
03-8321 7154 / 03-8321 7151
E-mel : [email protected]
Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :
E-mel: [email protected]
Atau layari https://www.moe.gov.my/
Selamat berjaya!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hlp-kpm-2022/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hlp-kpm-2022

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Keputusan Temu Duga Hlp Hlps Ppp Ambilan 2022

Semakan Keputusan Temu Duga Hlp Hlps Ppp Ambilan 2022

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 332 hits
Semakan Keputusan Temu Duga HLP HLPS PPP Ambilan 2022 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah menjalani sesi temu duga bagi Program Hadiah Lantikan Persekutuan dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa Sambilan ambilan 2022 kini boleh ...
Semak Syarat Uitm Semakan Kelayakan Kemasukan Uitm 2022

Semak Syarat Uitm Semakan Kelayakan Kemasukan Uitm 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 377 hits
SEMAK SYARAT UITM SEMAKAN KELAYAKAN KEMASUKAN KE UITM Kenali program program bersesuaian yang ditawarkan oleh UiTM dan dapatkan peluang untuk mengenalpasti program yang sepadan dengan minat anda Hanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapa...
Permohonan Kemasukan Fasa 2 Ke Kolej Matrikulasi Kpm Dan Ipg 2022 2023

Permohonan Kemasukan Fasa 2 Ke Kolej Matrikulasi Kpm Dan Ipg 2022 2023

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 224 hits
Permohonan Kemasukan ke Insititut Pendidikan Guru dan Kolej Matriuklasi untuk Fasa Kedua bagi ambilan 2022 2023 terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Permohonan boleh dilakukan secara atas talian bermula pada 1 Jun se...
Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2022

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2022

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 266 hits
PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG KE UNIVERSITI UNIVERSITI TEMPATAN BAGI TAHUN 2022 Tawaran biasiswa yang ditunggu tunggu oleh anak anak Pahang Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dengan ini menawarkan BKMB biasiswa ya...
Senarai Biasiswa Untuk Lepasan Spm 2021 2022 Bantuan Ipt Negeri

Senarai Biasiswa Untuk Lepasan Spm 2021 2022 Bantuan Ipt Negeri

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 238 hits
SENARAI BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM TAHUN 2021 2022 BANTUAN IPT Keputusan SPM baru sahaja diumumkan pada 16 Jun yang lalu dan kini tentu ramai pelajar lepasan SPM sedang giat membuat persediaan untuk memasuki IPT Tentunya kos pengajian menja...
Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 Online

Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 Online

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 243 hits
PERMOHONAN BANTUAN SIHAT SELANGOR 2022 ONLINE Kepada rakyat Selangor yang berkelayakan ingin membuat permohonan bantuan rawatan kesihatan anda boleh membuat permohonan melaui Bantuan Sihat Selangor Disini kami akan kongsikan cara permohonan...
Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 251 hits
Ahsan Hendra Sapa Penggemar di Ajang Indonesia Open 2022 Perhelatan Indonesia Open 2022 yang berlangsung mulai Selasa hingga Minggu diwarnai acara jumpa penggemar dengan idola atlet bulu tangkis
Permohonan Biasiswa Petronas

Permohonan Biasiswa Petronas

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 279 hits
Berita baik untuk semua calon lepasan SPM tahun 2021 permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme akan dibuka mulai 16 Jun 2022 Jangan lepaskan peluang ini untuk memohon Jom kami kongs...
Permohonan Rumah Pprt Ppr 2022

Permohonan Rumah Pprt Ppr 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 358 hits
PERMOHONAN RUMAH PPRT PPR 2022 Kepada rakyat malaysia golongan berpendapatan rendah khususnya golongan B40 yang ingin memiliki rumah sendiri anda kini boleh membuat permohonan rumah PPRT atau PPR Disini kami akan kongsikan cara permohonan d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner