Tinggalkan Sahaja Pas Hanya Menanggok Di Air Keroh Tidak Punya Kekuatan Sendiri Untuk Mentadbir Negara


 


Nur Jazlan gesa UMNO tinggalkan PAS, parti yang hanya pentingkan kuasa, kedudukan dan wang sahajaJune 5, 2021Seorang pemimpin Umno menggesa partinya menamatkan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disebabkan kecenderungan parti Islam itu terhadap kuasa, kedudukan dan wang.
Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed berkata, Umno tidak lagi boleh mengharapkan PAS bersikap ikhlas dalam mendukung tanggungjawabnya sebagai rakan sekutu dalam MN.
“Umno telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS…akhir-akhir ini, mereka kelihatan lebih berminat untuk memperoleh kuasa dan kedudukan, malah dalam keadaan tertentu, wang (juga menjadi keutamaan).
“Dalam kes melibatkan (tanah) Lembaga Getah Malaysia (LGM), ternyata ada beberapa dakwaan yang cukup serius,” kata beliau kepada FMT.
Nur Jazlan merujuk kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah bernilai tinggi milik LGM yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang juga pengarah strategi PAS.
Bekas pengerusi LGM, Ahmad Nazlan Idris menuduh Khairuddin campur tangan dalam isu itu, namun pemimpin PAS itu menyifatkan serangan terhadapnya sebagai fitnah didalangi pihak yang mesra dengan sebahagian pimpinan Umno.
Khairuddin berkata, beliau tetap komited untuk memperkukuhkan MN yang diasaskan Umno-PAS dalam menghadapi PRU15, khususnya untuk mengelakkan pertembungan sesama mereka dalam menentang Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, Nur Jazlan menolak MN dan menuduh PAS sebagai parti yang gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya dari dahulu hingga sekarang.
“Kegagalan kerajaan negeri di bawah pimpinan Abdul Hadi Awang sebagai menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004 adalah contoh urus tadbir lemah yang saya maksudkan.”
Beliau mendakwa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, lebih memihak kepada PAS berbanding Umno, malah enggan mengambil tindakan terhadap menteri PAS yang cuai.
Beliau berkata, sikap Muhyiddin itu bertujuan memecahbelahkan hubungan PAS-Umno.
PAS dilihat sebagai sekutu utama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN). Umno bukan parti komponen PN, tetapi menyertai kerajaan pimpinan Muhyiddin Februari tahun lalu.
Bagaimanapun, hubungan renggang antara Umno-Bersatu menyebabkan Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin menjelang PRU15 atau lebih awal.
Selama ini, PAS mendakwa komited untuk memperkukuhkan kerjasama dengan Bersatu dalam PN dan Umno menerusi MN.
Bagaimanapun, desakan di dalam Umno semakin lantang supaya parti itu memberi kata dua kepada PAS untuk memilih Umno atau Bersatu sebagai rakan sekutunya pada PRU15.
PAS dilihat tidak membuat ketetapan jelas, namun beberapa pemimpinnya bingkas mengkritik pimpinan Umno dari semasa ke semasa.
Kalangan pemimpin Umno juga mula “mengasak” pucuk pimpinan PAS, sekali gus memberi tekanan kepada hubungan dua parti itu.
Hadi sebelum ini memutuskan PAS tidak akan mengadakan rundingan pengagihan kerusi dengan Umno atas alasan parti itu perlu menyelesaikan masalah kepimpinan dalamannya.
Bagaimanapun, PAS bersetuju mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kelangsungan MN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/tinggalkan-sahaja-pas-hanya-menanggok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isr4el Dibenar Ceroboh Udara Negara Menteri Pas Dan Umno Setuju Ke

Isr4el Dibenar Ceroboh Udara Negara Menteri Pas Dan Umno Setuju Ke

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 389 hits
May 30 2021Kenyataan Media1 Kementerian Pengangkutan telah mengakui bahawa lintasan pesawat Israel di ruang udara Malaysia sememangnya dibenarkan oleh pihak kerajaan Malah dalam kenyataan tersebut seakan akannya kita tidak boleh langsung me...
Idea Lukisan Kreatif Hanya Guna Kaedah Jari Sahaja Ikut Step By Step Ini

Idea Lukisan Kreatif Hanya Guna Kaedah Jari Sahaja Ikut Step By Step Ini

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 642 hits
Pernahkah anda terfikir mengapa seni dan kraf seperti mewarna dan melukis adalah penting untuk perkembangan kanak kanak Malah menurut pakar untuk kanak kanak pada usia 3 hingga 8 tahun aktiviti sebegini adalah penting dalam membantu aspek t...
Hanya Sekadar Berpolitik Sahaja

Hanya Sekadar Berpolitik Sahaja

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 419 hits
Parti Melayu kini tiada agenda hala tuju perkukuh kuasa politik bangsaOrang Melayu sudah semakin sukar untuk bergantung harap kepada kepimpinan parti parti Melayu sedia ada terutama dalam mengukuhkan kuasa dan kestabilan politik bangsa Ini ...
Resipi Simple Roti Bakar Ala Kopitiam Hanya Guna Roti Keping 2 Bahan Sahaja

Resipi Simple Roti Bakar Ala Kopitiam Hanya Guna Roti Keping 2 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 510 hits
Roti bakar antara menu popular yang boleh didapati di kedai kopi Roti bakar juga antara juadah yang sering di pesan bersama kopi pekat Bagi penggemar roti bakar anda boleh cuba sendiri membuat roti bakar menggunakan roti keping sahaja Ikuti...
16 Pesawat China Hanya Menjalani Latihan Rutin Tak Sasar Mana Mana Negara Pun Jurucakap Kedutaan China

16 Pesawat China Hanya Menjalani Latihan Rutin Tak Sasar Mana Mana Negara Pun Jurucakap Kedutaan China

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 392 hits
The Reporter31 Mei 2021 Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengesan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China yang dikatakan memasuki ruang udara ZMM Kota kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional Penerbangan pesawat pesawat P...
Bangsa Agama Dan Negara Hanya Samaran Untuk Perkayakan Kaum Elit Melayu Lain Jadi Haprak

Bangsa Agama Dan Negara Hanya Samaran Untuk Perkayakan Kaum Elit Melayu Lain Jadi Haprak

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 484 hits
Sila baca komen saya pada hujung nya Another lucid eye opener from Dr Rosli Azad Khan After the formation of Barisan Nasional in 1973 prime minister Abdul Razak Hussein appointed Hussein Onn as the new finance minister in 1974 taking over f...
Pemimpin Pas Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

Pemimpin Pas Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 490 hits
freemalaysiatoday com June 10 2021 10 58 AMVellfire hitam yang membawa Tuan Ibrahim Tuan Man memasuki pintu utama Istana Negara sekitar 10 20 pagi ini KUALA LUMPUR Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di Istana Negara bagi mengh...
Pas Hanya Tahu Menumpang Kasih Tumpang Tuiii

Pas Hanya Tahu Menumpang Kasih Tumpang Tuiii

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 235 hits
Begitulah juga kita lihat di Malaysia Apabila Islamis diberi peluang berkuasa kita lihat dalam suasana kemiskinan dan rakyat susah menghadapi pandemik Covid 19 yang diutamakan di Kelantan ialah membeli kereta kereta baharu Mercedes Kita mah...
Hanya 10 Jenis Surat Kebenaran Sahaja Diterima Ketika Sjr

Hanya 10 Jenis Surat Kebenaran Sahaja Diterima Ketika Sjr

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 421 hits
Terkini hanya 10 jenis surat yang diterima pakai Polis ketika melalui sekatan jalan raya Polis telah menyenaraikan 10 surat kebenaran dari agensi dan kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diterima
Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan

Ai Bot Trading Kripto Cara Selamat Jana Income Pasif Dalam Usdt