Respek Cara Gadis Ini Urus Gaji Rm2 3k Sebulan Baki Hanya Tinggal Rm248 Untuk Keperluan Sendiri Rileks Media


Celah Mana Nak Simpan RM1000?
Assalamualaikum.
Terima kasih admin, benarkan post ini berlalu di wall anda. Straight to the point. Tengok tajuk korang dah tau aku nak cerita apa. Baru-baru ni aku terbaca pasal budak ni gaji 1.6k tapi dapat simpan 1k every month. Aku terpanggil nak expose financial arrangement of my salary every month. Aku nak responds korang on my arrangement duit ni, in terms of aku membazir kat mana2, any tips nak prevent pembaziran yg aku buat (jika ada), or ada suggestion nak bagi ada lebihan duit daripada kebiasaan.
Seperti budak yg dapat simpan 1k tu, aku juga bujang, tinggal dengan family, anak bongsu, satu-satunya yang belum berkahwin dan tinggal dengan mak ayah aku. Tapi, Alhamdulillah aku bergaji 2.7k. (Baru tukar kerja mac lepas). Tapi……..walaupun aku bujang, aku juga ada komitment yang perlu aku bayar every month.
Menjadi prinsip aku, benda hutang, aku bayar dulu. Pada aku, biar baki duit aku dalam akaun hanya 100, asalkan, segala bil2, dan keperluan rumah aku dah langsai.
Here aku buat details apa aku buat dengan duit gaji bersih aku yang sebanyak 2.3k:
1) RM550
a) RM300 aku bagi mak aku. Aku tahu duit ni mak aku mesti akan buat belanja dapur. Aku tak pernah tengok mak aku habiskan duit pi beli barang kemas or berjoli sakan. Sepanjang aku kerja, sekali je aku tengok mak aku beli beg tangan baru dan aku tahu tu duit dividen asb dia.
b) RM250 aku bagi ayah aku. Oh lupa nak cakap yang mak ayah aku dah tak kerja. mak aku suri rumah sejak dahulu kala. Ayah aku pencen swasta. So, memang 100% bawah tanggungan kami 3 beradik. Duit aku bagi ni, biasanya bapak aku buat isi minyak kereta, maintenance, beli sarapan tiap hari, beli ubat.
Baki: RM2300 – RM550 = RM1750
2) RM610
Bayar kereta RM360. Kereta kecil je. Minyak kereta aku bajet every month RM250. Tempat kerja aku 25km jauhnya dari rumah. Semua orang pertikai kenapa aku mintak kerja jauh. Jawapan aku simple je. Itu rezeki untuk aku. Bukan aku tak minta kerja area dekat rumah aku, tapi tak dapat. Amount ni include jugak bajet kalau aku balik kampung tengok nenek aku. Paling busuk, sebulan mesti sekali balik. Oh ya. Masa kecik, aku tinggal dengan nenek aku. So, amatlah tak mengenang budi, kalau sebagai cucu yang pernah tinggal dengan nenek, tak pi jenguk dia setiap bulan. Kalau aku balik kampung, akan menjadi kewajipan aku, hulur sikit duit kat nenek aku buat jajan dia. Bajet ni, kita masuk akhir-akhir nanti. Aku nak cerita yang main part dulu.
Baki: RM1750 – RM610 = RM1140
3) RM692
RM100 untuk MARA. Almaklum, bila dah berhutang, kena bayar, ye dak? Jumlah ni akan meningkat kepada RM150 pada feb’19. RM100 untuk astro. mesti nanti akan ada orang yang kata ni suatu bentuk pembaziaran kan? Tapi aku rasa ini satu bentuk entertainment untuk kami sekeluarga. Sejak dari zaman bapak aku masih kerja, dia boleh je afford bayar astro, takkan bila dia dah berhenti, aku nak kata kita kena stop kan? So, aku sambung je bayar. RM40 untuk bil air. Ni aku aku round off je. tapi tak pernah sampai 40 pun. Bil elektrik, kakak aku tolong bayar. Kami adik beradik akan ada part masing-masing bayarkan bil-bil rumah. RM70 untuk bil telefon mak aku. Bil telefon bapak aku, kakak aku bayarkan. RM80 untuk bil telefon aku. RM70 bil internet kat rumah. Yang ni jangan kata membazir. sebab aku kena buat kerja dari rumah. Internet is a must. RM202 untuk insurans. Ni insurans peribadi aku. RM30 untuk aku derma. Kenapa jumlah ni wajib masuk? sbb aku ada join macam kutu derma bagi satu badan kebajikan. Baki: RM1140 – RM692 = RM448
4) RM200
Ha ni la part saving aku. Aku hanya mampu simpan RM200 setiap bulan. Sebab tu tajuk post aku ni, ‘Celah Mana Simpan 1k?’
Baki: RM448 – RM200 = RM248
5) RM248
Ha dengan duit ni aku belanja setiap bulan untuk keperluan diri aku, belanja mak ayah aku makan, belanja anak-anak sedara aku or anything la. Aku bukan kaki make up. Pencuci muka pun aku beli 2-3 bulan sekali. Aku bukan kaki shopping mahupun kaki travel. Sarapan pagi kat rumah, balik kerja pkul6 baru makan kat rumah. Seminggu sekali je aku makan kat office sebab kang kata aku tak nak bergaul dengan yang lain pulak. Diorang selalu ajak aku makan, tapi selalunya aku tipu kata aku kenyang lagi. Padahal, Tuhan je la tahu. Sebab nak ikat perut sikit. Nak survive sampai cukup bulan.
Seperti aku cakap kat atas tadi, kalau aku balik kg, bukan balik dengan tangan kosong ya. Dengan duit ni jugak aku guna. Nampak macam banyak kan baki? Tapi, cuba ko pergi kedai beli barang masak, sekali ko pergi, note RM50 ko tu macam RM10 je. Part yang aku paling terkilan ialah, kadang bila aku tengok mak ayah aku nk pi beli ubat tapi tak cukup duit. Alahai, sedihnya wei. rasa tak bergunanya aku sebagai anak tak boleh nak cukupkan keperluan mak ayah aku. Sejak ada kereta ni, kadang ada bulan yang langsung aku tak dapat belanja mak ayah aku makan luar, sebab nk pi servis kereta. Hujung tahun ni, nak renew roadtax and insurance. Korang tahu-tahu jelah insurance kereta baru berapa kan.
Aku bukan nak mengeluh duit tak cukup ke apa. Berbalik pada tajuk aku tadi, aku tak boleh nak brain macam mana mamat tu boleh simpan 1k setiap bulan dengan gaji yang lebih rendah dari aku. Sebab pada aku, aku dah utilize habis dah segala keperluan aku. Ni pun, aku tak tanggung sepenuhnya mak ayah aku. Ada pertolongan dari kakak aku jugak. Aku tak pernah rasa mak ayah aku suatu beban untuk aku. Cuma lebih kepada rasa terkilan sebab tak dapat cukupkan keperluan mak ayah aku. Bukan aku tak pernah cuba nak buat side income. Tapi tak berjaya. Aku realize yang aku ni jenis kena fokus pada satu pekerjaan sahaja.
Mungkin ada yang bergaji sama dengan aku and dapat simpan lebih dari 1k every month. Boleh la share tips macam mana korang simpan. Tapi, seriously aku rasa dah tak boleh minimize kan lagi kos-kos dalam hidup aku sekarang ni. Macam dah fixed. For your information, masa aku bergaji 1.6k 10 bulan yang lepas, komitmen aku juga tetap sama (kecuali part kereta and bil telefon mak aku. Dulu mak aku pakai prepaid. Kadang tu aku tengok dia tak dapat telefon nenek aku kat kampung sebab habis topup. So, bila dah naik gaji sikit ni, aku sara la duit telefon dia)
Tu je la aku nak share. Apa kata anda? 🙂
Sumber : Ano Ny Mous via IIUM
7 Cara Mudah Nak Rasa Duit Gaji Sentiasa Cukup Walaupun Gaji Kecil
Apa khabar gaji korang? Sihat? Dompet makin menipis ke? Ataupun tebal dengan resit je? Ke, bila buka dompet rasa serupa tumbuk bawang? Kahkah.
Bagi yang bekerja makan gaji, duit gaji kadangkala rasa cukup, kadangkala rasa tak cukup dan adakalanya kena berhutang dengan kawan. Pastu, buat-buat lupa. Buat-buat hilang ingatan.
Haaa sapa pernah buat, pergi bayar lekas. Menda hutang jangan buat main wooo.
Semuanya berkait rapat dengan ilmu pengurusan kewangan korang. Antara yang korang boleh buat:
#1: Simpan Dulu Baru Belanja Amalkan tabiat menyimpan terlebih dahulu. Biasanya, bila dapat gaji terus simpan 10% daripada gaji. Jangan kacau duit tu dan jangan keluarkan. Kalau boleh, simpan di tempat yang susah korang nak keluarkan seperti Tabung Haji, ASB, unit amanah.
#2: Sediakan Bajet Bulanan Bajet ataupun perancangan bulanan amat penting bagi mengelakkan duit gaji korang hilang entah ke mana dan untuk memastikan korang dapat membayar komitmen bulanan dengan tepat.
Pastikan setiap kali merangka bajet bulanan, ada peruntukan untuk takaful.
Contohnya, korang bergaji RM2500
Makan minum: RM400 Sewa bilik: RM200 Duit minyak motor: RM50 Hiburan: RM50 Ibu bapa: RM200 Bil utiliti: RM100 Bil air letrik: RM100 Takaful medikal kad: RM200 Simpanan: RM200 Baki: RM1000
#3: Hidup Di Bawah Kemampuan Hidup di bawah kemampuan ni bukan bererti korang kena hidup miskin sepanjang masa. Tak gitu. Ia bererti korang kena meminimumkan perbelanjaan.
Macam korang mampu beli Honda Civic Type R tapi korang beli Saga je. Fungsinya sama kan. Sampai juga ke destinasi yang hendak dituju. Kau mampu beli baju mahal, tapi beli je yang murah dan berkualiti. Yang murah tu belum tentu tiada berkualiti.
Dengan adanya bajet bulanan, korang dapat tahu setakat mana kemampuan korang. Misalnya, selepas membuat bajet, gaji korang tinggal RM100 je. Agak-agak lepastu, korang nak beli ke kereta mewah? Tak kan. Jadi, bolehlah sedar diri tu daripada terus hanyut.
#4: Keperluan VS Kehendak Belanja ikut keperluan. Bukan ikut nafsu dan bukan semata-mata mahu nampak hebat dan mewah di mata orang. Biarlah tak nampak hebat di mata orang pun, janji poket sentiasa penuh.
Terlalu nak up to date. Bila IPhone 5S keluar, beli IPhone 5S, bila IPhone 6 keluar, tukar lagi. Kononnya tak nak ketinggalan dengan arus pemodenan. Padahal nak online pun harapkan WiFi ataupun share hotspot kawan.
Jangan jadi hamba kepada barang kemewahan. Tak fikir panjang terus beli walaupun berhutang. Kalau kau mampu, tak kisahlah.
#5: Mencari Sumber Pendapatan Sampingan Jika tiap bulan aliran tunai korang sentiasa negatif, itu bererti duit gaji kau masih belum mampu untuk menampung kos hidup kau orang. Korang kena cari pendapatan sampingan. Dapat cover belanja makan, susu, pampers anak pun dah okay.
Contohnya boleh ambil komisen jual buku-buku, jadi introducer kepada ejen hartanah, jual serunding, kek lapis, keropok lekor, ejen dropship, jual apa bahan yang femes dekat negeri korang.
#6: Kawal Perbelanjaan Jika kau tidak mampu menjana pendapatan sampingan, cubalah kawal perbelanjaan tersebut. Berjimat-cermat.
Ini tidak. Dah la tak tau nak menjana pendapatan sampingan, gaji yang dapat tu digunakan untuk berjoli sakan. Tengah bulan, mulah lah macam cacing kepanasan. Cari kawan sana sini nak berhutang. Please, think before act.
Masa mahu beli barang keperluan, buat perbandingan. Ada kedai yang menjual barang yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah. Buatlah rekod perbelanjaan yang membolehkan kau monitor perbelanjaan tersebut dengan jelas.
#7: Mendermalah Jangan takut miskin jika kita menderma. Mendermalah pada mereka yang memerlukan. Sekali-sekala, belanjalah kawan makan atau bagi hadiah hari jadi.
Duit pada mak ayah jangan lupa. Bagi ikut kemampuan diri-sendiri. Belanja la adik-beradik makan bila dah dapat gaji tu. Membahagiakan keluarga sendiri dan orang tersayang itu lebih utama. Lagi murah rezeki kita.
Rezeki ni bukan duit jer. Ia wujud dalam pelbagai cara seperti cepat naik pangkat ataupun tiap bulan dapat makan percuma. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.
Jangan tunggu kaya dulu baru nak derma. Kita pun tak tau bila nak kaya. Takutnya, ajal dulu sebelum kaya. Tak sempat nak derma. Rugi kan. Ingat, dalam gaji kita ada rezeki orang lain.
Proses pembelajaran mengawal kewangan sendiri ni bukan boleh mahir dalam sehari dua. Ia perlukan masa, pembelajaran berterusan dan disiplin yang tinggi.
Banyakkan membaca dan menambah ilmu. Selalu berkongsi ilmu dengan orang lain juga akan menjadikan kau orang lagi mahir. Jangan kedekut nak sebar ilmu tersebut.
Bila dah ada ilmu, bertindaklah. Gunakan sebaiknya. Tahu saja tak guna kan. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.
Muhasabahlah diri sekejap. Kenapa gaji orang lain kecil daripada kita tapi cukup je. Kita gaji beribu-ribu tapi belum sampai hujung bulan, dah habis duit gaji, malah perlu berhutang pula.
Mungkin ada silap kita. Semak balik diri. Mana tau kita ada culas time kerja ataupun buat kerja dengan niat yang tak betul.
Tiap tahun gaji naik, tapi masih tak dapat menyimpan. Kerja bertahun-tahun nak ada simpanan RM5000 pun susah.
Berbelanja lah mengikut kewangan sendiri, jangan mengikut nafsu dan kewangan orang lain.
Mulalah merancang daripada sekarang. When you fail to plan, you plan to fail. Ayuh, belum terlambat untuk bertindak. Omputeh kata, better late than never. Gitttuhhh.
Korang dah tahu gaji ciput, tapi Astro wajib ada, kad kredit dua tiga. Kereta pula nak yang import je. Tudung nak yang bawal ekslusif, tudung Fareeda je.
Padahal duit dalam bank tinggal tiga angka je lepas seminggu gaji. Tu pun mujur tiga angka. Kalau dua angka? Fikir-fikirlah sendiri. Pesen tak sedar diri. Kah!
Artikel ini telah dikongsikan oleh Tuan Amir SyahirSuka dengan bacaan itu tadi ? Bantu kami untuk share ya ! 
Sumber : beritadinding
Source link
The post Respek Cara Gadis Ini Urus Gaji RM2.3K Sebulan. Baki Hanya Tinggal RM248 Untuk Keperluan Sendiri. – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/respek-cara-gadis-ini-urus-gaji-rm2-3k-sebulan-baki-hanya-tinggal-rm248-untuk-keperluan-sendiri-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Kesihatan Keluarga Dengan Jus Peria Nak Rasa Sedap Buat Cara Ni Rileks Media

Jaga Kesihatan Keluarga Dengan Jus Peria Nak Rasa Sedap Buat Cara Ni Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 667 hits
Peria umum mengetahui bagus diamalkan untuk penjagaan kesihatan Namun rasanya yang pahit membuatkan ada yang tidak sanggup mengamalkannya Pun begitu melalui dua perkongsian ini dengan menjadikan jus yang dicampur dengan beberapa bahan terte...
Cara Wanita Mencabar N4fsu Lelaki Rileks Media

Cara Wanita Mencabar N4fsu Lelaki Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 548 hits
Zaman sekarang ni macam macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku Bukan sekali tapi berkali kali Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergo da dengan cucu sendiri Bapa boleh ter kam anak yang lahir dari rahim...
5 Kesan Pada Diri Sendiri Jika Gemar Jemur Baju Dalam Rumah Yang Ramai Tak Tahu Rileks Media

5 Kesan Pada Diri Sendiri Jika Gemar Jemur Baju Dalam Rumah Yang Ramai Tak Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 1027 hits
Mudarat Menjemur Baju DalamRumah Ramai antara tayang memilih untuk menjemur pakaian di dalam rumah Tapi tahukah anda bahawa tindakan itu boleh membawa kemudaratan Antara bahaya dan mudarat menjemur pakaian didalam rumah adalah Boleh Jadi Ka...
Gaji Hanya Rm800 Sebulan Tapi Mampu Kumpul Rm12k Dalam 3 Bulan Biar Betul

Gaji Hanya Rm800 Sebulan Tapi Mampu Kumpul Rm12k Dalam 3 Bulan Biar Betul

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 506 hits
Wah cantiknya kasut kat kedai tu Bila tengok harga alamak mahalnya Ramai antara kita yang mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk berbelanja sekarang ini Simpan RM12 000 3 bulan Dengan keadaan ekonomi yang memb...
Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya Guna 5 Bahan Ini Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai

Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya Guna 5 Bahan Ini Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1258 hits
Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya Guna 5 Bahan Ini Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai Post Edited Entri ini tahun 2016 Tajuk entri dah macam kalau nak minum hot chocolate tak payah pergi kedai hii Buat sendiri lagi...
Sinki Tersumbat Jadi Masalah Untuk Ibu Memasak Inilah 2 Cara Mudah Untuk Cuba Rileks Media

Sinki Tersumbat Jadi Masalah Untuk Ibu Memasak Inilah 2 Cara Mudah Untuk Cuba Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 346 hits
Sinki tersumbat memang jadi masalah kalau nak masak Apalagi kalau sinki bocor Silap silap terus mood nak masak untuk keluarga hilang Selain tersumbat sinki juga menajdi tempat pembiakan bakteria Malah jika tidak dicuci akan menyebabkan ia n...
Ketahui Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki Jangan Biarkan Kuku Anda Rosak Rileks Media

Ketahui Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki Jangan Biarkan Kuku Anda Rosak Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 631 hits
Kuku Cengkam atau Cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping...
Jangan Abaikan Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat Rileks Media

Jangan Abaikan Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 442 hits
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat Dalam islam seluas luas pintu adalah pintu taubat Allah S W T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S W T adalah satu satunya Tuhan Yang M...
13 Cara Mudah Bangun Qiamullail Rileks Media

13 Cara Mudah Bangun Qiamullail Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 467 hits
Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail Menurut Syeikh Muhammad Solih al Munajjid terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seper...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching