Tindakan Tegas Pihak Hasut Murtad Jakim


Oleh AMREE AHMAD ABDUL AZIZ JUSOHPUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang cuba menghasut orang Islam untuk murtad.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, pihak terlibat boleh didakwa di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di beberapa negeri.
“Ini termasuk orang bukan Islam yang menghasut, memujuk, mempengaruhi atau memaksa orang Islam agar meninggalkan agama Islam atau tidak suka kepada ajaran Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan akhbar hari ini sebagai mengulas isu video tular yang memaparkan pengakuan biadab seorang lelaki India angkuh memurtadkan wanita Islam.
Bagaimanapun, polis bertindak pantas menyerbu rumah suspek berusia 29 tahun itu di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru semalam selepas penduduk mengepung kediamannya.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam kenyataan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
Menjelaskan lebih lanjut, Abdul Aziz berkata, Jakim difahamkan isu itu dalam tindakan polis dan menyeru orang ramai menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Mana-mana orang Islam cuba keluar agama ini boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang sedang berkuat kuasa di beberapa negeri,” tegas beliau.
Johor juga sudah mewartakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM10,000 atau penjara empat tahun.
Setakat ini, hanya Wilayah-wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak belum lagi memuktamadkan enakmen itu selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa umat Islam supaya mempertingkat kefahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pegangan akidah, syariah dan akhlak terpuji.
Semua pihak ujar, Abdul Aziz, diingatkan agar tidak saling menyalahi dalam isu itu tetapi memperkukukuh institusi keluarga dan bersikap cakna ambil peduli ahli masyarakat.
“Jakim bersama pihak berkuasa agama di peringkat negeri seperti Jabatan Mufti sentiasa berusaha bagi memastikan akidah, syariah dan akhlak umat Islam terpelihara,” tambah beliau.
Langkah itu katanya, turut selaras dengan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama yang diberi penekanan oleh pihak kerajaan pada masa kini ke atas umat Islam di seluruh negara.
Agensi itu turut mengucapkan tahniah atas keprihatinan semua pihak dalam sebarang isu membabitkan umat Islam dan dalam masa sama menyokong tindakan mereka dengan seadilnya.- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/tindakan-tegas-pihak-hasut-murtad-jakim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Tindakan Tegas Jika Hasut Sebar Maklumat Palsu Polis

Vaksin Covid 19 Tindakan Tegas Jika Hasut Sebar Maklumat Palsu Polis

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 230 hits
BernamaSurina berkata polis sentiasa melakukan pemantauan di media sosial bagi tujuan itu Bernama ARAU Polis tidak teragak agak mengambil tindakan tegas terhadap mana mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID...
Vaksin Polis Nasihat Mana Mana Pihak Jangan Hasut

Vaksin Polis Nasihat Mana Mana Pihak Jangan Hasut

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 213 hits
ARAU 14 Rejab 1442H Jumaat Polis tidak teragak agak mengambil tindakan tegas terhadap mana mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID 19 dengan menyebar maklumat palsu bagi memburukkan penggunaannya Ketua Poli...
Video Murtad Biar Polis Jalankan Siasatan Kata Jakim

Video Murtad Biar Polis Jalankan Siasatan Kata Jakim

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 226 hits
PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia meminta orang ramai menyerahkan siasatan isu video seorang lelaki bukan Islam yang dikatakan memurtadkan seorang wanita Islam kepada pihak polis Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata piha...
Cerca Pm Satu Tindakan Biadab Pihak Berkuasa Perlu Bertindak

Cerca Pm Satu Tindakan Biadab Pihak Berkuasa Perlu Bertindak

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 342 hits
malaysiagazette com Tindakan pihak pihak yang dipercayai cybertrooper yang mencerca Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook Presiden Indonesia Jokowi Widodo adalah satu perbuatan yang keterlaluan dan tidak patut dimaafkan...
Hasut Murtad Ummah N9 Lapor Polis

Hasut Murtad Ummah N9 Lapor Polis

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 222 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah Negeri Sembilan menyifatkan tindakan seorang pemuda India memurtadkan seorang wanita Islam dan menghasut masyarakat hindu untuk memurtadkan gadis islam di Malaysia adalah menyalahi undang und...
Rasuah Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Pembantu Xavier

Rasuah Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Pembantu Xavier

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 182 hits
KUALA LUMPUR PAS menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas Pegawai Tugas tugas Khas kepada bekas Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar iaitu MA Tinagaran Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad berkata i...
Video Murtad Rani Kulup Selar Jakim Lemah Menteri Agama Senyap

Video Murtad Rani Kulup Selar Jakim Lemah Menteri Agama Senyap

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 201 hits
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Abdul Rani Kulup Abdullah menyifatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam sebagai lemah sehingga membiarkan kejadian murtad berlaku tanpa sebarang tindakan Abdul Rani juga mempersoalkan sikap berdiam d...
Annuar Musa Perlu Minta Maaf Dikenakan Tindakan Tegas Lip Eng

Annuar Musa Perlu Minta Maaf Dikenakan Tindakan Tegas Lip Eng

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 212 hits
Pada 15 Februari 2021oleh PENTADBIRoleh Ghafar NSTan Sri Annuar Musa wajar dikenakan tindakan undang undang tegas sama seperti orang lain tegas Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng Katanya perbuatan Menteri Wilayah Persekutuan itu melanggar Pro...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi