Rasuah Ambil Tindakan Tegas Ke Atas Pembantu Xavier




KUALA LUMPUR: PAS menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas Pegawai Tugas-tugas Khas kepada bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar iaitu MA Tinagaran.

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata, ia berikutan kes rasuah melibatkan jutaan ringgit yang dibongkarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.
“Kita minta supaya kes yang melibatkan orang kanan kepada Xavier ini dibawa ke muka pengadilan dan buat penyiasatan terperinci terutama berkenaan sumber yang diperolehinya.
“Sebelum jadi orang kanan, berapa wang yang ada dan selepas jadi orang kanan, berapa pula wang yang ada,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, Idris mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sering melaungkan kerajaan yang ditadbir mereka sebelum ini bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
“Kita tidak mahu menuduhlah kes ini sama ada salah atau tidak tapi pada saya ialah umumnya dalam kalangan puak-puak Pakatan Harapan ini boleh digelar ‘bom asap’.
“Cakap berdegar-degar berkenaan dengan soal rasuah, ketelusan, macam kononnya nak jadi hero rasuah tetapi ternyata dalam tempoh 22 bulan lalu yang mereka berkuasa membuktikan belang mereka yang sebenar,” katanya.
MA Tinagaran yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Rakyat (PKR) Perak, sebelum ini telah ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ipoh pada Selasa berhubung kes rasuah bernilai jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran PH.
SPRM turut merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat.
Sementara itu, bank akaun milik dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta dibekukan.
Difahamkan, kereta mewah yang dirampas digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.
Dilaporkan, rasuah itu melibatkan penyerahan projek pasir yang berada di bawah bidang kuasa Xavier.
Xavier yang juga Naib Presiden PKR dan Tinagaran merupakan antara yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ daripada Istana Kelantan pada 2019. – HARAKAHDAILY 18/2/2021




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/02/rasuah-ambil-tindakan-tegas-ke-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Kegiatan Lombong Emas Itu Hak Kerajaan Pahang Mb Pahang Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Ada Penduduk Yang Ingkar

Henti Kegiatan Lombong Emas Itu Hak Kerajaan Pahang Mb Pahang Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Ada Penduduk Yang Ingkar

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 289 hits
Henti kegiatan lombong emas itu hak Kerajaan Pahang MB Pahang akan ambil tindakan tegas jika ada penduduk yang ingkarMedia semalam melaporkan ada aktiviti perlombongan emas yang dilakukan oleh penduduk kampung di Daerah Kechau Pahang sehing...
Vaksin Covid 19 Tindakan Tegas Jika Hasut Sebar Maklumat Palsu Polis

Vaksin Covid 19 Tindakan Tegas Jika Hasut Sebar Maklumat Palsu Polis

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 191 hits
BernamaSurina berkata polis sentiasa melakukan pemantauan di media sosial bagi tujuan itu Bernama ARAU Polis tidak teragak agak mengambil tindakan tegas terhadap mana mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID...
Tindakan Tegas Pihak Hasut Murtad Jakim

Tindakan Tegas Pihak Hasut Murtad Jakim

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 145 hits
Oleh AMREE AHMAD ABDUL AZIZ JUSOHPUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menegaskan tindakan undang undang boleh diambil terhadap individu yang cuba menghasut orang Islam untuk murtad Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata pihak...
Annuar Musa Perlu Minta Maaf Dikenakan Tindakan Tegas Lip Eng

Annuar Musa Perlu Minta Maaf Dikenakan Tindakan Tegas Lip Eng

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 159 hits
Pada 15 Februari 2021oleh PENTADBIRoleh Ghafar NSTan Sri Annuar Musa wajar dikenakan tindakan undang undang tegas sama seperti orang lain tegas Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng Katanya perbuatan Menteri Wilayah Persekutuan itu melanggar Pro...
Sugarbook Tindakan Tegas Akan Diambil

Sugarbook Tindakan Tegas Akan Diambil

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 194 hits
HARAKAH DAILYAhmad Marzuk Shaary KUALA LUMPUR Kerajaan memandang serius berhubung isu yang timbul membabitkan pelajar Institut Pengajian Tinggi yang dikaitkan dengan kegiatan sugar daddy Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri D...
Dr Xavier Tolak Persepsi Media Kaitkan Beliau Dengan Rasuah

Dr Xavier Tolak Persepsi Media Kaitkan Beliau Dengan Rasuah

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 127 hits
Dr Xavier tolak persepsi media kaitkan beliau dengan rasuahOleh February 18 2021Propaganda media arus perdana membayangkan M A Tinagaran pemimpin KEADILAN Perak yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kononnya merupakan pembant...
Ambil Tindakan Tegas Terhadap Kegiatan Sugar Daddy

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Kegiatan Sugar Daddy

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 401 hits
Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dengan kegiatan sugar daddy termasuk aplikasi sugar book sekiranya dakwaan yang dilaporkan itu benar Timbalan menteri di jabatan Perdana menteri hal ehwal agama dato Ahma...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid