Video Murtad Rani Kulup Selar Jakim Lemah Menteri Agama Senyap


M Fakhrull Halim
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menyifatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) sebagai lemah sehingga membiarkan kejadian murtad berlaku tanpa sebarang tindakan.
Abdul Rani juga mempersoalkan sikap berdiam diri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad berhubung video memaparkan pengakuan seorang lelaki memurtadkan seorang wanita Islam.
Dia berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengenai isu video berkenaan yang kini tular di media sosial.
"Jakim itu lemahlah. Itu sebab orang berani usik agama.
"Kenapa menteri agama tak keluarkan kenyataan? Sepatutnya dah tular beberapa hari, kenapa diam? Kenapa majlis agama Islam negeri diam?
"Jakim itu sendiri lemah, itu sebab orang boleh mempermainkan agama. Jakim (harus) ambil tindakan tegas. Naikkan kepada kementerian, baru betul," katanya kepada pemberita di luar IPD Sentul.
Turut hadir membuat laporan polis ialah wakil Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).
Video yang dimaksudkan itu dimuat naik di sebuah saluran Youtube, memaparkan seorang lelaki bukan Islam mengaku memurtadkan seorang wanita Islam sebelum mengahwininya.
Lelaki itu turut memberitahu, cara untuk lelaki bukan Islam mengahwini wanita Islam adalah dengan menukarkan agama mereka di negara lain seperti Indonesia, Singapura atau India terlebih dahulu.
Di media sosial, video dalam bahasa Tamil itu tersebar dan disertakan dengan sari kata bahasa Melayu.
Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di saluran Youtube itu mendapati isteri lelaki berkenaan ada memuat naik satu video permohonan maaf.
Lelaki itu turut memuat naik video permohonan maaf di saluran yang sama.
Dalam video tersebut, wanita berkenaan mengaku dia sebenarnya bukanlah warganegara Malaysia, tetapi warganegara Indonesia.
Dia juga berkata video yang dibuat suaminya sebelum itu bukanlah ditujukan untuk warganegara Malaysia beragama Islam.
'Jangan jadi hero nak kutip dia'
Berdasarkan laporan polis, Abdul Rani berkata video itu memberikan gambaran seolah-olah mudah untuk murtad, selain beberapa kenyataan yang dianggap menghina agama Islam.
Kata Abdul Rani, tujuan dia membuat laporan polis adalah bagi menggesa Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jakim dan majlis agama islam negeri untuk menyiasat perkara berkenaan sehingga ke akar umbi.
Bagaimanapun, Abdul Rani menegah keras masyarakat Islam daripada mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.
"Kepada rakyat Malaysia, jangan kamu mengambil tindakan sendiri nak apa-apakan dia, nak cari dia. Tak payah. Itu kerja polis. Biarlah polis yang mengambil tindakan.
"Jangan sesekali kita nak jadi hero, nak pergi rumah dia ke, nak kutip dia ke, itu salah! Itu tak betul. Dah jadi kes lain," tegasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/video-murtad-rani-kulup-selar-jakim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Murtad Biar Polis Jalankan Siasatan Kata Jakim

Video Murtad Biar Polis Jalankan Siasatan Kata Jakim

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 248 hits
PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia meminta orang ramai menyerahkan siasatan isu video seorang lelaki bukan Islam yang dikatakan memurtadkan seorang wanita Islam kepada pihak polis Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata piha...
Mana Menteri Agama Diam Membisu

Mana Menteri Agama Diam Membisu

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 274 hits
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Abdul Rani Kulup Abdullah menyifatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam sebagai lemah sehingga membiarkan kejadian murtad berlaku tanpa sebarang tindakan Abdul Rani juga mempersoalkan sikap berdiam d...
Kes Video Murtad Dalam Siasatan Polis Dr Zulkifli

Kes Video Murtad Dalam Siasatan Polis Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 312 hits
26 total views 26 views today Orang ramai diminta memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya berhubung isu video memaparkan pengakuan seorang lelaki bukan Muslim memurtadkan seorang wanita Muslimah bukan ...
Menteri Agama Jangan Kalut Pasal Liverpool Tumpulah Pada Urusan Perkasa Institusi Agama

Menteri Agama Jangan Kalut Pasal Liverpool Tumpulah Pada Urusan Perkasa Institusi Agama

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 278 hits
February 22 2021 Menteri Agama tak payah dok kalut sangat bab bola bab kelab Liverpool yang dia minat Aku pun minat bola juga walaupun tak berapa pandai main Tapi taklah nak kalut sangat Aku tak kisah pun kelab mana menang atau kalah sebab ...
Apabila Menteri Agama Kalut Sangat Pasal Bola

Apabila Menteri Agama Kalut Sangat Pasal Bola

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 368 hits
USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDINMenteri Agama tidak payah dok kalut sangat bab bola bab kelab Liverpool yang dia minat Aku pun minat bola juga walaupun tak berapa pandai main Tapi taklah nak kalut sangat Aku tak kisah pun kelab mana menang atau kal...
Murtad Penyebaran Dakyah Agama Lain Perlu Dikekang

Murtad Penyebaran Dakyah Agama Lain Perlu Dikekang

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 188 hits
unable to retrieve full text content 160 BANGI Isu murtad dan penyebaran dakyah agama lain selain Islam kepada muslim di negara ini wajar dipandang serius dan usaha mengekangnya perlu dimainkan semua pihak Ini kerana Islam diiktiraf oleh Pe...
Video Belum Cer4i Tapi Ada Hati Nak Kahwin Senyap Senyap Sekali Isteri Serbv Majlis Haa Padan

Video Belum Cer4i Tapi Ada Hati Nak Kahwin Senyap Senyap Sekali Isteri Serbv Majlis Haa Padan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 296 hits
Isteri mana yang tak sedih apabila melihat insan yang bergelar suami tergamak berselingkuh dengan wanita lain sehingga merancang untuk mendirikan rumah tangga
Tahniah Detektif Lim Gerak Khas Selamat Bernikah Menteri Agama Peminat Gerak Khas

Tahniah Detektif Lim Gerak Khas Selamat Bernikah Menteri Agama Peminat Gerak Khas

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 383 hits
Bagi penggemar drama bersiri kepolisian Gerak Khas pastinya mengenali watak Detiktif Lim yang kini sudah naik pangkat dengan memegang jawatan sebagai Sub Inspektor Lim
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan