Tindakan Israel Halang Misi Gsf Tidak Boleh Diterima Pm Anwar


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Timor-Leste pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
DILI, 24 Sep – Tindakan Israel menghalang misi antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju Gaza tidak boleh diterima, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menyuarakan sokongannya terhadap GSF dengan harapan bantuan berkenaan dapat sampai kepada rakyat di Gaza.
“Saya sangat kesal dengan jenayah berterusan Israel dan kita telah menyokong Flotilla kerana ini usaha murni bantuan kemanusiaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Timor-Leste pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Wajarkah penghantaran ubat-ubatan dan makanan bayi kepada mereka yang kelaparan dan menderita dihalang?.
“Jelas Israel bertindak mengenakan halangan ini dan kita mengecam sekeras-kerasnya,” katanya dalam sidang media bersama media Malaysia di sini selepas lawatan rasmi dua hari beliau ke Timor Leste.
Terdahulu hari ini, GSF memaklumkan mereka mendengar bunyi letupan dan melihat objek tidak dikenali yang dijatuhkan berhampiran kapal mereka semasa menuju ke kawasan konflik di Gaza.
Menurut GSF, letupan itu berlaku kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Timor-Leste pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimInisiatif kemanusiaan yang bertujuan untuk menembusi sekatan Gaza itu turut menyatakan komunikasi mereka diganggu.
Dalam kemas kini sebelum ini, GSF memaklumkan lebih 15 dron berada di udara pada ketinggian rendah di atas kapal mereka, Alma selama beberapa jam dengan muncul setiap 10 minit sekali.
Sementara itu, Pengarah Media Muslim Care Malaysia, Tuan Asri Tuan Hussein yang memaklumkan kepada Buletin Utama, berkata dron itu berhenti mengikuti mereka sekitar jam 3.30 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Timor-Leste pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Kami tidak tidur. Semua berada dalam keadaan bersedia dan bergilir-gilir. Kadang-kadang pada selang setengah jam atau 15 minit, kami terdengar bunyi lain atau melihat cahaya seakan kilat di situ,” katanya kepada TV3.
Katanya, daripada sembilan kapal yang diserang, tiga daripadanya membabitkan sukarelawan Nusantara.
Serangan itu berlaku sebelum konvoi memasuki zon kuning dalam perjalanan menuju pantai Gaza.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman, berkata pihaknya tidak bersetuju untuk menghantar bantuan melalui Pelabuhan Ashdod.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) bergambar bersama Presiden Timor-Leste, Dr. José Manuel Ramos-Horta (dua, kiri) dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão (kanan) selepas menerima Anugerah Tertinggi ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’ di Dewan ASEAN Timor-Leste di Istana Presiden pada 24 September 2025. Foto Bernama“Dalam misi lain sebelum ini, mereka menawarkan perkara yang sama tetapi kami tidak pernah menerimanya, kerana kami tidak melanggar sebarang undang-undang antarabangsa dengan memasuki perairan Gaza,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/tindakan-israel-halang-misi-gsf-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Kerah Komando Elit Shayetet 13 Serang Tawan Sukarelawan Gsf

Israel Kerah Komando Elit Shayetet 13 Serang Tawan Sukarelawan Gsf

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 553 hits
KOSMO Kedudukan semasa kapal kapal dalam armada flotilla mengikut laman rasmi penjejak flotilla dalam misi menuju ke GazaPETALING JAYA Media rasmi Israel dilaporkan mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan serangan terhadap kapal kapal mi...
Islamic Nations Need To Stay United Against Israel Says Anwar

Islamic Nations Need To Stay United Against Israel Says Anwar

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2131 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim reaffirms Malaysia s unwavering position of not recognising Israel and rejecting any form of diplomatic or trade relations with it Prime Minister Anwar Ibrahim attended a function in Bukit Mertajam this morning ...
Anwar Leaves For Islamic Summit On Israel S Doha Attack

Anwar Leaves For Islamic Summit On Israel S Doha Attack

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1593 hits
The prime minister is attending the summit at the invitation of the Emir of Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani Prime Minister Anwar Ibrahim leaving for Doha from the RMAF base in Subang SUBANG Prime Minister Anwar Ibrahim left for Doha t...
Kapal Misi Gsf Berjaya Masuki Zon Merah R3 Sncc

Kapal Misi Gsf Berjaya Masuki Zon Merah R3 Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 148 hits
Kapal Misi GSF Berjaya Masuki Zon Merah R3 SNCC SEPANG 1 Okt Kapal misi Global Sumud Flotilla yang membawa bekalan kemanusiaan dan aktivis antarabangsa untuk membantu penduduk Gaza berjaya memasuki Zon Merah R3 menandakan jarak mereka ke pe...
Mursyidul Am Pas Setakat Macam Anwar Pas Boleh Cari Tiga Empat Lori Calon Pm

Mursyidul Am Pas Setakat Macam Anwar Pas Boleh Cari Tiga Empat Lori Calon Pm

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 3741 hits
Hariz Mohd amp Firdaus HanafiahMursyidul Am PAS Hashim Jasin hari ini menjawab kritikan sesetengah pihak yang mendakwa parti Islam itu tidak mempunyai calon yang layak menjadi perdana menteri Berucap pada Muktamar Ulama PAS di Kedah Hashim ...
Usaha Berterusan Pm Anwar Menyedarkan Rakyat Bahawa Pas Tidak Boleh Diharapkan

Usaha Berterusan Pm Anwar Menyedarkan Rakyat Bahawa Pas Tidak Boleh Diharapkan

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1376 hits
SHAH ALAM 20 Sep Visi Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan berjaya apabila parti politik seperti Pas kini mengubah pendekatan memberi tumpuan kepada semua kaum ini berikutan pendekatan MADANI y...
Anwar Trump Set To Witness Trade Pact Signing At Next Month S Asean Summit

Anwar Trump Set To Witness Trade Pact Signing At Next Month S Asean Summit

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 169 hits
Investment trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz says both countries have agreed on the core elements and are finalising the agreement Prime Minister Anwar Ibrahim and US president Donald Trump are expected to meet when Malaysia ho...
Federal Sabah Ties Must Stay Strong Says Anwar

Federal Sabah Ties Must Stay Strong Says Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1056 hits
The prime minister says this is essential to accelerate development in critical areas such as roads schools and healthcare facilities in the state Prime Minister Anwar Ibrahim said there must be continued and strengthened cooperation betwee...
Sistem Pelayan Inisiatif Budi95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit Pm Anwar

Sistem Pelayan Inisiatif Budi95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit Pm Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 597 hits
Sistem Pelayan Inisiatif BUDI95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit PM Anwar PUTRAJAYA 26 Sept Sistem server atau pelayan bagi pelaksanaan inisiatif subsidi petrol di bawah BUDI MADANI RON95 mampu memproses 30 000 transaksi seminit kata P...
Mission Impossible For Pas To Grab More Seats In Sabah Election Battle

A Stray Dog A Cashier And A Country S Cultural Divide

Kids Videoed Vandalising Deepavali S Kolam In Mall Parents Slammed For Turning Blind Eye

Could Mic Be Making An Announcement About Exiting Bn Soon

Start Your Own Pas Airlines Dap Mp Scoffs At Call To Ban Alcohol On Mas

Dinda Sons Port Dickson Best Cafe For Authentic Malaysian Food Local S Pick

The Palm Oil Journey You Didn T Know

Tempat Makan Best Putrajaya Serai Ioi City Mall


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tip Penting Naik Motor Waktu Hujan Panduan Selamat Sampai Destinasi

Klinik Estetik Kuala Lumpur Untuk Masalah Rambut Gugur

Bila Usia Semakin Meningkat

Servis Printing Lengkap Untuk Usahawan Baru Branding Lebih Mudah Menarik

Mix Match Make Waves Unlocking Your Signature Sharky S Look

Menyesal Tak Kerja Tak Sama Dengan Bidang Belajar