Tindakan Bersatu Keluar Dari Pakatan Harapan Kerana Amalkan Fahaman Berhaluan Kiri


 

PETALING JAYA – Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari 2020 adalah kerana rasa kurang senang dengan fahaman haluan kiri yang diperjuangkan parti pemerintah ketika itu.
Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ia bertentangan dengan agenda Bersatu yang memperjuangkan Melayu, Bumiputera dan Islam sebagai teras kemakmuran negara.
“Agenda mereka ini agak berbeza, boleh dikatakan parti-parti besar dalam PH itu ideologinya adalah sebelah kiri atau ditakrifkan sebagai left centre, sedangkan Malaysia ditubuhkan dengan semangat, bukan aliran berfahaman kiri.
“Itu satu keputusan yang berani demi memastikan prinsip dan matlamat perjuangan kita kekal dapat dipertahankan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Damansara Perdana, hari ini.
Beliau berkata, walaupun Bersatu hilang kuasa sebagai kerajaan ketika itu, namun parti itu berjaya membentuk kerajaan baharu dengan kerjasama Pas, Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Kita ambil risiko, mungkin hilang kedudukan kuasa, tapi demi memastikan prinsip kita dapat dipertahankan.
“Alhamdulillah dengan risiko yang kita ambil kita dapat membentuk sebuah kerajaan baharu iaitu Perikatan Nasional (PN),” katanya.
Menurutnya, pada hari pertama Bersatu dan parti komponen PN membentuk kerajaan, parti itu terus diuji dengan krisis kesihatan dan ekonomi.
Tambah beliau, kerajaan PN berdepan dengan wabak Covid-19 selain cabaran ekonomi yang menyaksikan banyak kekangan terpaksa dihadapi rakyat.
“Bagaimanapun kita membuktikan sekali lagi di waktu seluruh dunia berhadapan dengan masalah, fokus kita untuk menjaga kebajikan rakyat.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita sebegitu banyak bantuan disampaikan kepada rakyat.
“Saya rasa mana-mana kita pergi, kita akan kekal bangga bahawa waktu orang lain bercakap mengenai politik, kita bercakap membantu rakyat, itu tumpuan kita dan kita tak pernah lupa dengan fokus tersebut,” katanya.
Wan Saiful menegaskan apa juga tindakan Bersatu termasuk langkah presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 merupakan satu pergorbanan besar untuk mempertahankan agenda parti itu.
“Kita tunjuk kepada negara dan dunia bahawa yang penting kepada kita adalah agenda perjuangan diteruskan dalam sebuah kerajaan yang kita kekal bersama
“Bukan jawatan, tapi agenda itu lebih penting, pengorbanan yang amat besar yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin.
“Dulu berkorban hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden dari UMNO untuk memperjuangkan prinsip.
“Sekarang ini sanggup melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/tindakan-bersatu-keluar-pakatan-harapan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Made The Same Mistake As Pakatan Harapan

Umno Made The Same Mistake As Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 144 hits
You will be measured by your KPI And the KPI will be based on what you promised Pakatan Harapan found out the hard way they are a victim of their own lies Will Umno suffer the same The clock is ticking People are expecting a land of milk an...
Apa Salah Kerajaan Pakatan Harapan

Apa Salah Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 235 hits
DIMANA JUGA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SEMUANYA BAIK DAN BETUL RAKYAT TIDAK PERLU BIMBANG ISU GAGALNYA MENTERI PAKATAN HARAPAN YANG MEMERINTAH NEGERI SELANGOR UNTUK MEMBATALKAN PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA BUKAN ISU BESAR KER...
Umno Info Chief Putrajaya Pakatan Mou Doesn T Mean Party Accepts Anwar Dap Bersatu

Umno Info Chief Putrajaya Pakatan Mou Doesn T Mean Party Accepts Anwar Dap Bersatu

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 243 hits
Umno information chief Shahril Hamdan today reaffirmed his party s rejection of DAP and Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim saying this was unchanged by the bipartisan deal between the government and the Pakatan Harapan coalition On ...
Pru15 Pakatan Harapan Isu Logo Jangan Jadi Isu Bodo Ini Berpanjangan

Pru15 Pakatan Harapan Isu Logo Jangan Jadi Isu Bodo Ini Berpanjangan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 138 hits
1 PRU15 akan berlangsung kurang dua tahun dari sekarang Isu penggunaan logo bertiup kencang di dalam Pakatan Harapan 2 DAP dan Amanah nampaknya mahu logo rasmi Pakatan Harapan digunakan dalam PRU15 manakala Keadilan mencadangkan Logo Keadil...
Pakatan Harapan Akan Setuju Dengan Kerajaan

Pakatan Harapan Akan Setuju Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 305 hits
Pakatan Harapan Akan Setuju Dengan Kerajaan Majlis Presiden Pakatan Harapan memaklumkan gabungan itu cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Dalam satu kenyataan PH ...
What Will Pakatan Harapan Do If It Wins Ge15

What Will Pakatan Harapan Do If It Wins Ge15

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 170 hits
Now there are many issues that have been a hindrance or obstacle to progress democracy civil liberties human rights justice separation of powers race relations religious harmony good governance accountability transparency and much more Anwa...
Pakatan Harapan Should Focus On Winning Ge15

Pakatan Harapan Should Focus On Winning Ge15

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 217 hits
From Murray HunterIsmail Sabri Yaakob who formed Malaysia s new government without benefit of election as his predecessor did may have a honeymoon period with an exhausted electorate hoping for political peace but how long that will last is...
Anwar Ibrahim Memberi Komentar Berhubung Pemimpin Pakatan Harapan Dijemp

Anwar Ibrahim Memberi Komentar Berhubung Pemimpin Pakatan Harapan Dijemp

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 169 hits
Memberi sedikit komentar berhubung kehadiran Pakatan Harapan di Perdana Putra menyambut jemputan YAB Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri semalam Mohon teman teman ikuti dan beri pandangan insyallah
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian