Time Fibre Home Broadband Paling Laju
Home Broadband TIME Paling Laju. Hai korang! Tengah buat apa tu? Tengah online ke? Tapi apasal muka monyok je? Ooo internet sangkut-sangkut rupanya. Itulah situasi sebenar apabila internet yang kita langgan sangat slow dan tak seperti jangkaan kita. Bukan itu saja, bayaran bulanan yang kita bayar juga lebih tinggi apabila di bandingkan dengan provider yang lain. Tarik nafas, hembus nafas. Ulang lagi sampai rasa tenang dan baca entry ini sehingga habis
TIME Fibre Home Broadband Paling Laju
Dalam entry ini, mommy nak perkenalkan Home Broadband yang paling laju iaitu 1Gbps. Home Broadband yang paling laju ini ditawarkan oleh TIME. Mommy pun first time baru dengar kelajuan sehingga 1Gbps. hehe.
TIME Fibre Home Broadband dilancarkan pada 7 Oktober 2018 yang lalu. Harga yang ditawarkan untuk kelajuan 1Gbps adalah RM199 saja. Wow! Dah la laju, harga pula mampu milik. Berbaloikan jika kita adalah seorang pengguna internet yang tegar dan kerjaya serta pendapatan kita bergantung kepada internet. Sangat-sangat sesuai untuk anda
Bagi Pakej 1Gbps ini, pengguna akan memperolehi kelajuan 1Gbps untuk download dan 500Mbps untuk upload. Lajunya! Tak sempat nak pejam mata dah boleh tonton video tanpa masalah. Router yang digunakan pula adalah D-Link DIR 882. Untuk panggilan pula hanya ditawarkan TIME Voice Home Max di mana pelanggan hanya perlu membayar RM 10 sebulan dan memperolehi PERCUMA 300 minit panggilan dan PERCUMA Deck Phone yang bernilai RM 149. Perghhhh... Boleh akses internet tanpa masalah dan boleh gayut lama-lama sampai telefon panas. hahaha untungggggg!
Pada pelancaran TIME Fibre Home Broadband 1Gbps ini, TIME juga memperkenalkan tawaran terbaik yang mereka boleh tawarkan kepada pasaran bagi Fibre Home Broadband 100Mbps. Harga yang ditawarkan untuk pilihan kelajuan 100Mbps adalah RM99 saja. Fuhhh terlajak murahhhhh!
Bagi Fibre Home Broadband 100Mbps, kelajuan download dan upload adalah 100mbps. Okayy kelajuan adalah sama. So, tak perlu risau takut lambat atau sangkut bila download atau upload. Router yang digunakan pula adalah TP-Link Archer C1200. Untuk panggilan telefon pula, TIME tawarkan TIME Voice Home Basic iaitu hanya bayar apa yang digunakan. Best sebab yang bukan kaki gayut atau jenis guna handphone saja boleh ambil pakej ni..
Amacam? Menarik tak tawaran dari TIME kali ini? Kalau rasa tertarik dan nak langgan, korang kena cepat-cepat sebab TAWARAN ADALAH DALAM TEMPOH TERHAD. Memang rugi kalau korang tak rebut ketika harga masih murah ni..
Kalau tak sempat untuk sign up secara walk in, korang boleh saja sign up melalui online. Klik saja link ini TIME 1Gbps & 100Mbps dan isi maklumat yang di perlukan. Don't worry sebab online form ini semudah abc. Ikut saja arahan yang diberikan.
Bagaimana hendak tahu kediaman saya ada coverage atau tidak?
Untuk check sama ada kediaman kita ada coverage atau tidak, korang boleh check di SINI. Masukkan bangunan atau nama daerah korang seperti di bawah.
Jika kediaman anda ada coverage time dan telah isi borang langganan online serta telah pilih tarikh untuk installation, dah tak perlu buat apa-apa. Duduk dan relaks sehingga installer buat panggilan untuk sahkan tarikh pemasangan. Lepas sudah confirm, Installer akan datang ke kediaman untuk pemasangan dan uji alatan. Di peringkat ini, pelanggan perlu jawab soalan yang dikemukakan. Ok selesai. Semudah 1,2,3 kan
BERITA BAIK untuk korang sebab TIME beri RM 100 off first bill bagi setiap pendaftaran secara online. Wow bestnya sebab bulan pertama dah tak perlu bayar ataupun hanya bayar baki saja. Siapa nak bagi kan?
Disebabkan tawaran TIME sangat best dan dalam tempoh terhad, korang kena langgan cepat-cepat tau. Nak langgan dan maklumat lanjut , klik saja link di bawah...
TIME 1Gbps & 100Mbps
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yatizul.com/2018/11/time-fibre-home-broadband-paling-laju.html