Time Baik Berpeluk Sakan Waktu Gaduh Harimau Pun Cabut Lari Pening Ibu


Kebanyakan anak lebih rapat dengan ibunya, sebab itulah lebih sesuai jika si ibu yang menasihatkan mereka. Perkataan yang keluar dari mulut ibu biasanya lebih lembut tetapi ‘berbisa’ yang mampu memberi kesedaran kepada mereka. Pun begitu, tidak bererti ayah boleh buat tidak tahu. Ambil berat dan cuba usulkan pada isteri apa perangai anak yang perlu ditegur.

Sebagai ibu dan ayah yang baik, seeloknya didiklah anak untuk saling menyayangi antara adik-beradik. Pupuk nilai-nilai murni dan mengutamakan keluarga dalam diri mereka sedari kecil. Bergaduh kecil sesekali itu lumrah, namun sekiranya anda sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.
Artikel Menarik: [Anak Suka Tiru Perkara Negatif Dari Orang Sekeliling. Atasi Sebelum Terlambat!]

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
2. Jaga antara satu sama lain
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.

Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
Artikel Menarik: [Ayah Manjakan Anak Perempuan Sebab Sensitif. ‘Menurun’ Perangai Ibu Agaknya!]
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.

Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama.
Artikel Menarik: [Bagi Je Makan Sendiri. Jangan Marah Bersepah, Sampai Masa Anak Pandailah]

Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/time-baik-berpeluk-sakan-waktu-gaduh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
We Time Ibu Yang Bf Anak Ni Bila Dapat Pam Susu Ramai Ramai Dengan Kawan

We Time Ibu Yang Bf Anak Ni Bila Dapat Pam Susu Ramai Ramai Dengan Kawan

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 366 hits
Susu ibu dihasilkan mengikut konsep Demand and Supply selagi penyusuan kerap dari anak mahupun rangsangan kerap akan dapat menggalakkan penghasilan susu Bukan sahaja perlu cukup rehat ibu yang menyusukan anak harus mengikut jadual pemakanan...
Lebih Baik Mak Mati Je Daripada Menyusahkan Anak Anak Jual Ibu Rm3 Di Facebook Kerana Berpenyakit Bebankan Dia

Lebih Baik Mak Mati Je Daripada Menyusahkan Anak Anak Jual Ibu Rm3 Di Facebook Kerana Berpenyakit Bebankan Dia

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 855 hits
Lebih baik mak mati je daripada menyusahkan anak Anak jual ibu RM3 di Facebook kerana berpenyakit bebankan diaViral posting Facebook seorang wanita yang mahu menjual ibunya dengan harga RM2 97 kerana berpenyakit selain membenci dan merasaka...
Pilu Viral Gambar Anak Penyapu Jalanan Menangis Ibu Maut Didakwa Jadi Mangsa Langgar Lari

Pilu Viral Gambar Anak Penyapu Jalanan Menangis Ibu Maut Didakwa Jadi Mangsa Langgar Lari

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 1226 hits
Pilu hati seorang anak kecil apabila ibunya yang menjadi tempat bergantung maut didakwa akibat langgar lari di Makassar Indonesia Ibunya yang bekerja sebagai tukang sapu di Tanjung Bunga Metro sering ditemani anak kecil tersebut ketika menj...
Ibu Bangunlah Ibu Anak Menangis Tanpa Henti Ibunya Mati Dilanggar Lari Ketika Menyapu Jalan

Ibu Bangunlah Ibu Anak Menangis Tanpa Henti Ibunya Mati Dilanggar Lari Ketika Menyapu Jalan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 1352 hits
The ReporterSeorang wanita yang bekerja sebagai petugas pembersihan maut selepas dilanggar lari di Jalan Metro Tanjung Bunga Kecamatan Mariso Kota Makassar Indonesia Kejadian yang menimpa mangsa Lina 37 berlaku pada 9 Ogos lalu dan gambar a...
Bas Berhenti Rehat Sampai 4 Jam Penumpang Geram Dakwa Pemandu Dah Cabut Lari

Bas Berhenti Rehat Sampai 4 Jam Penumpang Geram Dakwa Pemandu Dah Cabut Lari

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 390 hits
Pada musim cuti perayaan ini ramai yang berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman Ada yang menggunakan kenderaan sendiri ada juga yang setia menggunakan perhidmatan pengangkutan awam seperti bas Mengikut perkongsian salah seorang penump...
6 Filem Time Loop Yang Mampu Buatkan Anda Pening Kepala

6 Filem Time Loop Yang Mampu Buatkan Anda Pening Kepala

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 347 hits
Filem bertemakan time loop merupakan salah satu cabang dalam genre sains fiksyen Time loop bermakna sesuatu peristiwa yang akan sentiasa berulang Jadi jika anda menonton filem bertemakan time loop anda akan sentiasa menyaksikan babak atau c...
Tahniahh Buat Member Baik Time Aku Gagal Dulu

Tahniahh Buat Member Baik Time Aku Gagal Dulu

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 459 hits
Tahniah Buat Hanim dan Aizat Sama cantik sama padan I am so happy and macam tak percaya member baik aku masa kat Universiti dulu dah selamat melangsungkan perkahwinan Speechless SEMOGA BAHAGIA DAN BERJAYA MEMBINA SEBUAH KELUARGA YANG DIBERK...
Seorang Merengek Nak Dukung 2 Lagi Berebut Nak Masuk Troli Stress Ibu Ibu Perlukan Me Time Sebelum Bertukar Jadi Hulk

Seorang Merengek Nak Dukung 2 Lagi Berebut Nak Masuk Troli Stress Ibu Ibu Perlukan Me Time Sebelum Bertukar Jadi Hulk

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 675 hits
Seorang merengek nak dukung 2 lagi berebut nak masuk troli STRESS Ibu ibu perlukan me time sebelum bertukar jadi hulkSaat bergelar sebagai seorang isteri dan juga ibu segala aktiviti lain ditinggalkan dan tanggungjawab hanya buat suami dan ...
Ibu Pukul Anak Sampai Mati Kerana Kotorkan Lampin

Ibu Pukul Anak Sampai Mati Kerana Kotorkan Lampin

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 297 hits
Seorang ibu didakwa membunuh anak lelakinya sendiri selepas dipukul hanya kerana mengotorkan lampinnya Trinity Pittman 23 pada Sabtu lalu selepas membawa anaknya Conner Perry ke hospital pada Jumaat lalu dan mendakwa mangsa terjatuh dari tr...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding