Tiktok Boleh Dikenakan Tindakan Undang Undang Jika Gagal Bendung Jenayah Dalam Talian Fahmi


TikTok Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang Jika Gagal Bendung Jenayah Dalam Talian – Fahmi
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Platform media sosial TikTok boleh dikenakan tindakan undang-undang jika gagal melaksanakan tindakan sewajarnya untuk menangani jenayah dalam talian, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata setakat ini, platform tersebut antara lain masih gagal menyediakan moderator mencukupi untuk mengawasi dan menilai kandungan yang boleh memudaratkan pengguna.
“Saya secara umumnya sangat tidak berpuas hati dengan sikap TikTok yang tidak serius dalam mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah-masalah tertentu yang telah kami bangkitkan sebelum ini.
“Satu contoh ialah apabila berlaku kes buli siber terhadap mendiang Rajeswary, atau lebih dikenali sebagai Esh, pihak TikTok menjanjikan bahawa jumlah moderator yang akan mereka letakkan untuk mengawasi kandungan termasuk TikTok Live itu akan bertambah.
“Bagaimanapun, semasa pertemuan dengan pihak TikTok hari ini, mereka masih gagal untuk menyatakan jumlah moderator yang telah ditambah untuk mengawasi dan menilai kandungan termasuk siaran langsung TikTok dalam Bahasa Tamil,” katanya.
BACA JUGA: Pengurusan Tertinggi TikTok Dipanggil Ke Bukit Aman Esok – Fahmi  Fahmi berkata demikian dalam sidang media selepas sesi perjumpaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan pihak TikTok di ibu pejabat PDRM di sini hari ini.
Beliau berkata kementeriannya telah berkali-kali meminta pihak terbabit memberikan angka (jumlah moderator) tetapi mereka gagal berbuat demikian.
“Ini adalah satu perkara yang sangat serius kerana saya sendiri, Timbalan Menteri (Teo Nie Ching), dan MCMC terus menerima aduan daripada komuniti India mengenai masalah buli siber yang berlaku di platform TikTok.
“Keingkaran untuk mengatasi masalah ini boleh mengakibatkan pihak TikTok dikenakan tindakan perundangan dan saya serahkan kepada MCMC untuk meneliti apakah tindakan yang boleh diambil,” katanya.
Fahmi juga berkata berdasarkan pertemuan hari ini, pihak TikTok didapati sangat culas dan sangat lewat untuk memberikan maklumat apabila sesuatu jenayah penipuan berlaku berdasarkan laporan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).
Beliau berkata tanggungjawab itu diserahkan kepada JSJ, JSJK serta MCMC untuk menetapkan perkara yang perlu diutamakan oleh TikTok bagi menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera.
Dalam pada itu, Fahmi berkata berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak MCMC, sebanyak 76,002 kandungan telah diturunkan di platform TikTok manakala 10,730 lagi yang diminta diturunkan tidak diturunkan dari 1 Jan hingga 31 Ogos lepas.
“Penting saya tegaskan bahawa tindakan menurunkan (kandungan) dilakukan oleh platform sendiri berdasarkan garis panduan (komuniti) yang telah mereka terbitkan.
“Jadi, walaupun MCMC ada meminta platform untuk menurunkan sesebuah kandungan tapi sekiranya platform berpendapat (kandungan berkenaan tidak melanggar garis panduan komuniti) maka kandungan tersebut tidak diturunkan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post TikTok Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang Jika Gagal Bendung Jenayah Dalam Talian – Fahmi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/04/tiktok-boleh-dikenakan-tindakan-undang-undang-jika-gagal-bendung-jenayah-dalam-talian-fahmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fahmi Jawab Dakwaan Berunsur Perkauman Konon Sara Boleh Ditebus Di Premis Tertentu

Fahmi Jawab Dakwaan Berunsur Perkauman Konon Sara Boleh Ditebus Di Premis Tertentu

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2331 hits
HarapandailySeptember 3 2025Kerajaan menolak dakwaan kononnya bantuan Sumbangan Asas Rahmah melalui MyKad hanya boleh ditebus di premis tertentu atau bersifat diskriminasi kaum Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Keraj...
Pengurusan Tertinggi Tiktok Dipanggil Ke Bukit Aman Esok Fahmi

Pengurusan Tertinggi Tiktok Dipanggil Ke Bukit Aman Esok Fahmi

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1281 hits
Pengurusan Tertinggi TikTok Dipanggil Ke Bukit Aman Esok Fahmi KUALA LUMPUR 2 Sept Pihak pengurusan tertinggi platform media sosial TikTok dipanggil ke Bukit Aman esok berikutan kelewatan syarikat itu memberikan kerjasama kepada Polis Diraj...
Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 4668 hits
Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim Marissa Dania Hakim telah mengambil tindakan undang undang terhadap seorang individu yang didakwa mencemarkan maruahnya melalui kenyataan negatif yang disebarkan di media sosial Dalam perkongs...
Fara Tempelak Shuk Sahar Isu Fitnah Tindakan Undang Undang

Fara Tempelak Shuk Sahar Isu Fitnah Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1694 hits
Fara Tempelak Shuk Sahar Isu Fitnah Tindakan Undang Undang Pelawak dan pengacara Shuk Sahar akhirnya tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangganya yang makin hangat diperkatakan Shuk Pilih Berdiam Diri Sebelum Ini via Berita Harian Menur...
Tiktok Top Guns Called To Bukit Aman On Sept 4 Meta Next Fahmi

Tiktok Top Guns Called To Bukit Aman On Sept 4 Meta Next Fahmi

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2198 hits
Communications Minister Fahmi Fadzil said the top management of TikTok had been summoned to Bukit Aman on Sept 4 to discuss its alleged slow response to misinformation on the platform He said the meeting will involve the inspector general o...
Ucapan Penuh Bersemangat Boleh Undang Bahaya

Ucapan Penuh Bersemangat Boleh Undang Bahaya

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 928 hits
Dr MazaUcapan YAB PMX semalam tentang G4Z4 memang bersemangat dan berani Keupayaan pidato yang sangat baik Namun sebagai ketua negara ucapan seperti itu akan mempunyai risiko yang besar kepada pengucapnya dan juga negara Agenda mereka sanga...
Tiktok Must Set Effective Mechanism To Block Users Below 13 Fahmi

Tiktok Must Set Effective Mechanism To Block Users Below 13 Fahmi

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 188 hits
TikTok has been urged to establish effective mechanisms to curb underage users as existing measures have failed to prevent children under 13 from accessing the platform Communications Minister Fahmi Fadzil said the social media platform has...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique

Syi Ir Tawassul Al Rifa Ie Doa Santri Dan Cahaya Ilmu