Pengurusan Tertinggi Tiktok Dipanggil Ke Bukit Aman Esok Fahmi


Pengurusan Tertinggi TikTok Dipanggil Ke Bukit Aman Esok – Fahmi 
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) –– Pihak pengurusan tertinggi platform media sosial TikTok dipanggil ke Bukit Aman esok berikutan kelewatan syarikat itu memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu penyebaran berita palsu di platform terbabit.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata isu berkenaan termasuk yang tular baru-baru ini melibatkan hantaran individu yang mendakwa dirinya sebagai pakar bedah dalam kes Zara Qairina Mahathir.
“Pihak TikTok sangat lambat memberikan maklumat kepada PDRM sehingga saya terpaksa menelefon CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) TikTok sendiri Shou Zi Chew untuk maklumkan, perkara ini adalah jenayah yang telah dilakukan dan organisasi anda sangat lambat.
“Sikap itu tidak boleh kami biarkan dan insya-Allah esok akan ada satu mesyuarat di Bukit Aman disertai Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki,” katanya kepada pemberita selepas persidangan AI Grand Prix 2025 di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini, hari ini.
Program anjuran Kluster Industri Kreatif IPPTAR itu turut dihadiri Ketua Pengarah IPPTAR Roslan Ariffin dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman.
Selain TikTok, Fahmi berkata syarikat induk Facebook, iaitu Meta Platforms Inc (Meta) juga akan dipanggil bagi memberikan penjelasan mengenai penyebaran kandungan tidak bermoral di platform mereka.
Katanya, antara isu dikenal pasti termasuklah penyebaran kandungan berkaitan pedofilia yang dikesan dalam Op Pedo melibatkan kumpulan dalam talian “Geng Budak Sekolah” sebagaimana tular menerusi WhatsApp dan Facebook.
“Kita lihat pihak platform-platform ini mereka tidak mengambil sikap yang serius, jadi proses dialog itu akan diteruskan dan kita akan beri penegasan undang-undang Malaysia yang terpakai kepada mereka dan mereka wajib akur, kami akan panggil setiap platform,” katanya.
BACA: Diplomat Indonesia Maut Ditembak Di Peru Sementara itu, ketika menjadi panel sesi dialog khas “Let’s Talk AI Revolution” dalam persidangan AI Grand Prix 2025 berkenaan, Fahmi berkata kerajaan sedang meneliti keperluan mewajibkan pengesahan identiti bagi sebarang transaksi jualan melalui platform media sosial.
Beliau berkata langkah itu bertujuan membendung penyalahgunaan akaun palsu yang sering dikaitkan dengan jenayah penipuan, iklan judi dalam talian dan kandungan “deepfake”.
“Banyak jenayah yang berlaku dalam media sosial, dilakukan oleh pelaku-pelaku yang berselindung di sebalik akaun palsu. Banyak daripada akaun ‘deepfake’, iklan judi, scam dan pedofilia, semuanya ialah akaun palsu.
“Saya nampak mungkin ada keperluan untuk kerajaan mengambil satu sikap, iaitu kalau hendak jual barang dalam talian, dalam platform-platform mesti ada verifikasi identiti, kalau hendak buat iklan dalam Facebook, mesti ada butiran sebenar, ini yang Facebook enggan lakukan,” katanya dan menambah langkah itu juga telah dilaksanakan Singapura.
Dalam pada itu, Fahmi berkata Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk ASEAN akan diterima pakai secara rasmi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.
Sesi dialog berkenaan yang dikendalikan Penolong Naib Presiden Kanan dan Editor Eksekutif Astro AWANI Hafidah Samat turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad Tan Sri Tony Fernandes.
Persidangan AI Grand Prix 2025 anjuran IPPTAR berlangsung selama dua hari bermula hari ini menghimpunkan tokoh akademik, pakar industri, penggiat kreatif dan penggubal dasar bagi membincangkan secara mendalam peranan Kecerdasan Buatan (AI) dalam membentuk landskap komunikasi, media dan kepimpinan digital negara.
Bertemakan ‘Memacu Kecerdasan, Kepimpinan Masa Depan’, persidangan ini ialah ruang perkongsian ilmu dan berfungsi sebagai jambatan kerjasama antara sektor kerajaan, swasta dan masyarakat awam bagi memperkukuh daya saing negara dalam era transformasi digital.
Sumber: BERNAMA
The post Pengurusan Tertinggi TikTok Dipanggil Ke Bukit Aman Esok – Fahmi  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/02/pengurusan-tertinggi-tiktok-dipanggil-ke-bukit-aman-esok-fahmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiktok Top Guns Called To Bukit Aman On Sept 4 Meta Next Fahmi

Tiktok Top Guns Called To Bukit Aman On Sept 4 Meta Next Fahmi

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2198 hits
Communications Minister Fahmi Fadzil said the top management of TikTok had been summoned to Bukit Aman on Sept 4 to discuss its alleged slow response to misinformation on the platform He said the meeting will involve the inspector general o...
Tiktok Must Set Effective Mechanism To Block Users Below 13 Fahmi

Tiktok Must Set Effective Mechanism To Block Users Below 13 Fahmi

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 188 hits
TikTok has been urged to establish effective mechanisms to curb underage users as existing measures have failed to prevent children under 13 from accessing the platform Communications Minister Fahmi Fadzil said the social media platform has...
Bukit Aman Takes Over Probe Into Utm Cadet S Death

Bukit Aman Takes Over Probe Into Utm Cadet S Death

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1145 hits
Federal criminal investigation department director M Kumar says the probe will be conducted by the classified crimes unit effective immediately Bukit Aman criminal investigation department director M Kumar pledged that the investigation wou...
Tiktok Boleh Dikenakan Tindakan Undang Undang Jika Gagal Bendung Jenayah Dalam Talian Fahmi

Tiktok Boleh Dikenakan Tindakan Undang Undang Jika Gagal Bendung Jenayah Dalam Talian Fahmi

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 2494 hits
TikTok Boleh Dikenakan Tindakan Undang Undang Jika Gagal Bendung Jenayah Dalam Talian Fahmi KUALA LUMPUR 4 Sept Platform media sosial TikTok boleh dikenakan tindakan undang undang jika gagal melaksanakan tindakan sewajarnya untuk menangani ...
Bukit Aman No Verified Evidence Of Jho Low In Shanghai Manhunt Ongoing With Foreign Authorities

Bukit Aman No Verified Evidence Of Jho Low In Shanghai Manhunt Ongoing With Foreign Authorities

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 131 hits
Bukit Aman s Commercial Crime Investigation Department stated that efforts are being carried out through the Home Ministry which remains committed to cooperating with international authorities to hunt down Jho Low Bernama file picKUALA LUMP...
Lelaki Diserang Di Bukit Bintang Polis Sahkan Video Tular

Lelaki Diserang Di Bukit Bintang Polis Sahkan Video Tular

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1367 hits
FMT ReportersLaporan polis mengenai kejadian dibuat pada 5 29 pagi Selasa menurut polis Dang Wangi Video tular papar seorang lelaki cedera parah dibantu orang awam PETALING JAYA Polis mengesahkan satu video tular yang menunjukkan seorang le...
Cops Confirm Attack On Man In Bukit Bintang

Cops Confirm Attack On Man In Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 497 hits
This follows a recent viral video of a man with serious injuries Dang Wangi deputy police chief Nuzulan Din said a police report on the incident was lodged on Tuesday at 5 29am PETALING JAYA Police have confirmed the veracity of a video cur...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique

Syi Ir Tawassul Al Rifa Ie Doa Santri Dan Cahaya Ilmu