Tiga Tahap Cuci Duit



Kuala Lumpur: Terdapat pelbagai cara dilakukan sindiket untuk mencuci duit haram bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Namun, proses mencuci duit itu dilakukan melalui tiga tahap iaitu penempatan, pelapisan dan integrasi.
Penganalisis Jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, pengubahan wang haram adalah satu proses menukar wang tunai atau harta yang didapati daripada aktiviti jenayah untuk memberikan penampilan yang sah atau untuk menghalalkan dana haram.
Menurutnya, ia adalah satu proses membersih dan menghalalkan wang haram untuk mengelak daripada diketahui punca asal daripada kegiatan jenayah.
“Ada tiga tahap pengubahan wang haram dilakukan penjenayah untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Tahap pertama dikenali sebagai penempatan. Memandangkan pengubahan wang haram membabitkan perniagaan (wang diperoleh hasil aktiviti haram) yang besar, wang ini akan dilaburkan menerusi sistem kewangan yang sah. Ini adalah pergerakan tunai daripada sumbernya.
“Penjenayah akan masuk wang tunai ke dalam jumlah yang kecil untuk didepositkan ke dalam akaun bank atau ditukar dalam bentuk cek kembara atau wang pos, menyeludup mata wang dan sebagainya ke beberapa bank serta lokasi berlainan,” katanya.
Akhbar berkata, pengubahan wang haram sering menggunakan rangkaian yang luas dengan beberapa nama dan akaun berbeza untuk melaksanakan urus niaga supaya ia tidak dapat dikesan pihak penguat kuasa atau audit trail.
Guna artis cuci duit haram, 2 pegawai kanan polis ditahan (Macau Scam)

“Peringkat kedua dikenali sebagai pelapisan. Pelapisan adalah konsep menerusi proses pusingan pelbagai tingkat yang kompleks termasuk menjadikan wang haram dengan memisahkan wang diperoleh melalui cara haram dengan mewujudkan lapisan yang kompleks dalam urus niaga kewangan.
“Tujuan utama pelapisan dilakukan ialah untuk menjauhkan wang berkenaan daripada sumber asalnya.
“Pada peringkat ini penjenayah akan mengeluarkan wang simpanan mereka secara berulang kali melalui pelbagai bank yang berbeza termasuk off shore bank di negara berbeza menggunakan syarikat palsu tanpa aset atau operasi,” katanya.
Katanya, syarikat ini hanya membuat transaksi palsu seolah-olah perniagaan biasa untuk membenarkan aliran masuk tunai dan dana yang diterima boleh dikitar menerusi beberapa syarikat sebagai wang halal.
“Peringkat akhir dikenali sebagai integrasi. Wang haram diserap ke dalam sistem kewangan dan ekonomi yang sah. Ia juga menjadikan wang haram seolah-olah diperoleh secara sah. Pada peringkat ini adalah sukar untuk membezakan antara hasil kekayaan sah dan haram.
“Wang dianggap bersih dan boleh digunakan untuk apa juga tujuan. Penjenayah akan membuat pembelian aset bernilai tinggi harganya seperti berlian, rumah dan hotel mewah di luar negara,” katanya.
Katanya, satu lagi cara penjenayah menghalalkan dana haram adalah dengan menubuhkan pelbagai perniagaan dan syarikat untuk mencampurkan wang yang haram dengan pendapatan sah termasuk melaburkan wang itu kepada golongan artis.
Kit Siang rayu pendakwaan ke atas menantunya digugurkan

Sementara itu, seorang lagi penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, selain tiga tahap terbabit penjenayah ini juga ada yang menggunakan sistem Hawala bagi mencuci wang haram itu.
“Hawala adalah sistem penghantaran wang melalui kaedah ‘bawah tanah’ iaitu tanpa melalui lingkungan sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi.
“Status transaksi pemindahan wang yang tidak meninggalkan sebarang rekod atau dokumentasi, dibimbangi digunakan untuk tujuan jenayah seperti penghantaran wang haram, pembiayaan keganasan, pembayaran kegiatan jenayah dan aktiviti pemutihan wang haram,” katanya.
Kamal Affandi berkata, hubungan sindiket di antara kedua-dua negara adalah berlandaskan kepada kewajipan melunaskan pembayaran yang dihantar dari negara tempat pembekal beroperasi kepada penerima di negara lain.
“Jadi, wang untuk pembayaran terbabit tidak pernah keluar dari negara masing-masing, hanya berpindah tangan dalam negara terbabit,” katanya.
 
The post Tiga tahap cuci duit appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/15/tiga-tahap-cuci-duit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taktik Tokey Judi Cuci Duit Join Venture Dengan Peniaga Kecil

Taktik Tokey Judi Cuci Duit Join Venture Dengan Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 537 hits
Beberapa hari ini heboh negara dengan kes kes artis terperangkap bekerjasama dengan pihak ketiga untuk menjalankan bisnes cuci duit haram Modus operandi mereka mudah walaupun tiada customer mereka boleh buat fake customer setiap hari untuk ...
Cuci Duit Adalah Financial Dan Economics Industry Bawah Tanah

Cuci Duit Adalah Financial Dan Economics Industry Bawah Tanah

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 415 hits
Masa aku kanak kanak aku hairan melihat ada kedai kedai yang orang tak masuk tapi survive dan pemiliknya hidup mewah Survive sampai hari ini Ada kedai aku lihat hari hari penuh orang dan owner dia pun nampak struggle tapi tak mewah Bila aku...
Cuci Duit Wang Jin Harusnya Dimakan Oleh Syaitan

Cuci Duit Wang Jin Harusnya Dimakan Oleh Syaitan

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 1215 hits
Masa aku kanak kanak aku hairan melihat ada kedai kedai yang orang tak masuk tapi survive dan pemiliknya hidup mewah Survive sampai hari ini Ada kedai aku
13 Pegawai Kanan Polis Dipanggil Beri Keterangan Dalam Kes Cuci Duit

13 Pegawai Kanan Polis Dipanggil Beri Keterangan Dalam Kes Cuci Duit

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 437 hits
KUALA LUMPUR 10 Okt Seramai 13 pegawai kanan polis dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram Sumber SPRM berkata dua daripada mereka adalah ke...
Kpn Arah Siasat Anggota Pdrm Terbabit Cuci Duit

Kpn Arah Siasat Anggota Pdrm Terbabit Cuci Duit

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 378 hits
BERITA HARIAN Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram ...
Azam Baki Sindiket Cuci Duit Sprm Miliki Senarai Selebriti Ahli Perniagaan

Azam Baki Sindiket Cuci Duit Sprm Miliki Senarai Selebriti Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 456 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memiliki senarai nama beberapa selebriti tanah air dan ahli perniagaan yang disyaki terlibat dalam sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki...
Guna Artis Cuci Duit Haram 2 Pegawai Kanan Polis Ditahan

Guna Artis Cuci Duit Haram 2 Pegawai Kanan Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 554 hits
Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun pihaknya masih belum mendapat lapo...
Kes Cuci Duit Haram Babyanamoi Update Status Buat Bawang Rangers Takut Usik Jugakkkk Muhahahahaha

Kes Cuci Duit Haram Babyanamoi Update Status Buat Bawang Rangers Takut Usik Jugakkkk Muhahahahaha

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 570 hits
MALAYSIA Sudah beberapa hari berlalu berkaitan dengan kes SPRM membab1tkan selebriti tanah air Shuib dengan beberapa individu lain termasuk yang berpangkat dato dan datuk seri Untuk pengetahuan semua kes tersebut masih lagi di bawah s1asata...
Susulan K3s Guna Artis Cuci Duit Hram 2 Pegawai P0iis Dit4han Dan Rupanya Pangkat Mereka Bukan Biasa2

Susulan K3s Guna Artis Cuci Duit Hram 2 Pegawai P0iis Dit4han Dan Rupanya Pangkat Mereka Bukan Biasa2

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 479 hits
Beberapa hari lalu terb0ngkar t4ktik perdaya dan guna populariti artis untuk menjalankan kegiatan mencuci duit hram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Investor Partnering Benefits Risks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Hisense Leads 2025 In Miniled And Laser Tvs

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Let Law Run Its Course Says Ean Yong After Teoh S Sister Calls Him Out

Trash Trouble In Sabah Waste Pests And Health Risks Plague Tourist Hotspots