Tiga Sen 1000 Gelen 9161
17 February 2019Sultan Johor murka menteri ceramah dalam masjid
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, murka dengan tindakan seorang menteri yang dikatakan memberi ceramah dalam sebuah masjid di Johor Bahru, semalam
Dalam kenyataan yang disiarkan laman Facebook rasmi baginda hari ini, Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa menjadi peraturan bagi semua masjid di Johor iaitu tidak sesiapa dibenarkan berceramah terutama dalam masjid atau kawasan sekitarnya, kecuali yang mendapat tauliah dan kebenaran yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
“Semua masjid di negeri Johor adalah kawasan larangan untuk sebarang unsur politik sejak dulu lagi. Ini adalah tradisi negeri Johor
“Ia adalah tempat beribadah dan menyatukan ummah. Sebarang unsur politik yang dibawa hanya akan memecah belahkan jemaah, menjejaskan kesucian masjid serta keharmonian masyarakat,” titah baginda
Terdahulu, baginda berkenan menerima mengadap Penasihat MAINJ, Datuk Noh Gadot dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad
Semalam, viral di media sosial sebuah rakaman video menunjukkan seorang menteri Kabinet berceramah di dalam sebuah masjid di Johor Bahru
Baginda turut menitahkan semua pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid supaya sentiasa mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan bertanggungjawab untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi
“Ini adalah amaran terakhir, jangan sampai pisang berbuah dua kali. Saya harap pemimpin berkenaan sedar akan kesilapan yang dibuat dan segera minta maaf
“Masjid sebagai rumah Allah dan tempat untuk beribadah hendaklah dipelihara kesuciannya oleh semua umat Islam,” titah baginda
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, ketika dihubungi menafikan beliau memberikan ceramah politik dalam masjid berkenaan semalam
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), berkata beliau melawat beberapa kawasan Parlimennya semalam di Pulai sebelum singgah di Masjid Kolam Air untuk menunaikan solat Jumaat
“Saya tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari dan 20 minit sebelum azan, imam masjid memanggil saya untuk memberikan tazkirah kepada jemaah
“Saya bercakap kira-kira 10 minit berkisar amalan berbuat baik di kalangan masyarakat
“Saya tidak langsung berceramah mengenai politik apatah lagi memberhentikan khutbah Jumaat seperti didakwa di dalam media sosial
“Saya sudah berkecimpung 35 tahun dalam dunia politik dan tidak sebegitu bodoh untuk memberikan ceramah politik di dalam masjid. Video 45 saat yang disebarkan itu tidak menggambarkan tazkirah penuh yang saya sampaikan,” katanya. - Berita Harian| PADUKA PULAI | : Sultan Johor murka menteri ceramah dalam masjid
Orang UMNO ni apa cte, Syed Saddiq tu penting sangat ke?February 17, 2019 5:03 pm
“Jangan pulak Melayu-Islam UMNO ni kembali angkuh seperti dulu. “Tak ada makna korang persenda Saddiq, kononnya, “ini laluan kita, yang tu laluan dia”… “Ini bumi Allah, bukan tanah bapak sesiapa…
“Syed Saddiq tu memang tak syak lagi “drama queen,” korang biar je, toksah buruk sangka… “Fokus je kat perjuangan korang tu, toksah nak sibuk-sibuk burukkan dia tu…tak penting…” RJ Rithaudeen
#Semenyih #Semenyih2019Orang UMNO ni apa cte, Syed Saddiq tu penting sangat ke? – The Third Force
Selamba Tun M melacur maruah Hadi Awang sambil mengugut beliauFebruary 17, 2019 4:43 pm
Perjumpaan Mahathir dengan Hadi di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur. Sumber (gambar): Malaysiakini
THE THIRD FORCEPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pertemuan mereka Jumaat lalu meminta supaya wakil daripada partinya diberikan jawatan dalam berbagai agensi kerajaan negeri (lihat video di bawah).TTF: Bagaimanapun, semalam, Tun melacur maruah Hadi dengan mendakwa kononnya presiden PAS itu berjanji secara bertulis untuk tidak menyokong UMNO di Semenyih biarpun tidak ada sebarang perjanjian sedemikian rupa dibuat.Terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menyalurkan royalti minyak sekurang-kurangnya 5% terus kepada kerajaan negera Terengganu dan bukan menerusi mana-mana agensi atau badan milik kerajaan pusat.Perkara itu dipersetujui dalam satu mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri di Kementerian Kewangan pada 7hb Jun 2018.Tetapi sehingga kini, Tun berdolak dalih berkenaan perkara itu biar sudah tujuh bulan pengumuman dibuat.Kami di TTF dimaklumkan bahawa Tun sedang menggunakan isu royalti minyak dan yang terbaru, permintaan Hadi supaya wakil dari PAS diberikan jawatan dalam agensi kerajaan negeri, sebagai tradeoff untuk ‘membeli’ sokongan MP-MP PAS terhadap satu gabungan politik baru yang bakal ditubuhkan Tun sendiri.Sumber:
Selamba Tun M melacur maruah Hadi Awang sambil mengugut beliau – The Third Force
Krisis dalaman PH rugikan rakyat: PenganalisisNaratif politik semasa bukti ada konspirasi peringkat tertinggi dalam PH adminweb 17/02/2019
FacebookTwitterGoogle+Kongsi melalui emelCetak
Oleh Fahmi bin FaizBANGI, 12 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Senario politik semasa menzahirkan keretakan hubungan antara komponen dalam Pakatan Harapan (PH), dan itu satu senario yang tidak sihat untuk pembangunan negara malah merugikan rakyat
Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, beberapa naratif yang mutakhir ini mengambil tempat dalam politik tanah air boleh dijadikan petunjuk, bahawa kem Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata sedang menggerakkan strategi halus menghadapi kem Datuk Seri Anwar Ibrahim
“Misalnya, mutakhir ini heboh cerita Ahli Parlimen UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Itu tindakan yang tidak mengejutkan dan dapat diduga, walaupun kumpulan 6 ini pada awalnya menegaskan akan pilih status Ahli Parlimen Bebas. Bagi UMNO, tindakan itu berkonotasi negatif kerana mereka hilang kerusi Parlimen
“Namun, bagi Bersatu pula, penambahan kerusi yang dimiliki adalah penting untuk percaturan dalaman PH kerana ketika ini parti dominan seperti DAP dan PKR yang menentukan hala tuju PH. Tetapi berlaku juga tanggapan negatif terhadap Bersatu susulan sekutu mereka kurang senang dengan strategi menerima bekas ahli UMNO,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini
Azmi berkata, contoh lain membuktikan hubungan yang renggang antara komponen dalam PH ialah mengenai isu perisytiharaan dibuat Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu untuk melebarkan sayap parti itu ke Sabah, sedangkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), semua gabungan PH bersetuju negeri itu diserah kepada Parti Warisan Sabah (Warisan), PKR dan DAP
“Terbaharu, isu di Sabah pula, Bersatu isytihar nak lebarkan sayap, bagaimana perasaan komponen lain, terutama PKR dan Warisan? Paling terkesan ialah Warisan kerana ketika ini parti itu tidak punya saingan walaupun daripada UMNO Sabah
“Timbul pertanyaan, sama ada Warisan akan menjadi sekutu PH di peringkat nasional kerana kewujudan Bersatu di Sabah akan menghakis dominasi Warisan
“Realitinya, Bersatu di peringkat nasional tidak punya banyak pilihan kerana penyokong mereka di Sabah terumbang-ambing tanpa parti dan desakan daripada kumpulan ini memaksa Bersatu masuk ke Sabah, atau parti itu akan kehilangan penyokong di negeri itu,” katanya
Pada masa sama, Azmi berkata, kenyataan Anwar yang dikutip media antarabangsa juga, dilihat kaedah perang saraf bertujuan mendesak Perdana Menteri menunaikan janji menyerahkan tampuk pemerintahan kepadanya
Katanya, pemerhati politik ramai berpandangan bahawa ini satu bentuk konspirasi tertinggi membabitkan pemain politik peringkat atasan PH, yang mana secara zahirnya menyaksikan perseteruan antara Dr Mahathir dengan Anwar tidak pernah tamat
“Jika dilihat berita yang berpunca daripada Anwar sendiri melalui temubual Bloomberg, beliau menegaskan bahawa Dr Mahathir akan memimpin Malaysia sebagai PM selama dua tahun
“Ramai pemerhati berpandangan, kenyataan sedemikian adalah strategi gerak saraf bagi memaksa Dr Mahathir menunaikan janji sebelum ini. Senario sebegini tidak syak lagi adalah konspirasi dalaman PH, untuk pastikan Anwar tidak dilantik PM,” katanya
Justeru, Azmi berkata, pembangkang harus menggunakan peluang ini untuk memperkasa gerak kerja, di samping mencakna masyarakat, terutama pengundi atas pagar bahawa parti gabungan PH sedang bergolak, dan itu satu senario yang tidak sihat untuk kepentingan negara
“Parti pembangkang, khususnya UMNO dan PAS boleh guna kemelut dalaman PH ini untuk kucar-kacirkan parti itu. Ini langkah taktikal yang efektif, dan bukan salah pembangkang pun sebenarnya. Masalah ini dimulakan akibat perbalahan dalaman PH itu sendiri, dan mereka yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kemelut ini
“Pembangkang kena jelaskan kepada rakyat bahawa pergolakan ini tak sihat untuk kemandirian negara. Kita sedang hadapi banyak masalah sosioekonomi dan geopolitik, dan pergolakan dalaman PH ini hanya akan rugikan rakyat, mereka bercakaran dan rakyat yang jadi mangsa,” katanya
Krisis dalaman PH rugikan rakyat: Penganalisis - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Lebih 100,000 pengguna kenderaan daftar TNG RFIDTerdapat 167 lorong TNG RFID beroperasi di 23 lebuh raya ainulillia 17/02/2019
FacebookTwitterGoogle+Kongsi melalui emelCetak
Sumber foto: Paultan.org
KUALA LUMPUR, 12 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Lebih 100,000 kenderaan telah mendaftar untuk projek rintis penggunaan Touch and Go (TNG) Radio Frequency Identification (RFID) di lebuh raya Malaysia setakat 31 Januari lalu.Ketua Biro Perhubungan Kerajaan bagi Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Wan Salwani Wan Yusoff berkata, pihaknya menjangka jumlah tersebut akan meningkat selepas beberapa penambahbaikan secara berterusan dilakukan sejak sistem itu dilancarkan pada September 2018. “Setakat ini, pihak konsesi ada menerima beberapa maklum balas berkenaan sistem RFID seperti palang tidak dibuka, slow detection dan terlebih caj.“Bagaimanapun, pihak kontraktor telah meneliti semua maklum balas tersebut dengan melakukan beberapa penambahbaikan bagi memastikan sistem RFID ini berfungsi baik, dan sehingga kini maklum balas yang diterima telah berkurangan kerana pengguna lebuh raya telah faham dengan cara penggunaan sistem TNG RFID ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.Secara keseluruhan, terdapat 167 lorong TNG RFID yang beroperasi di 23 lebuh raya, yang melibatkan 58 plaza tol dan antaranya ialah Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK), Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Plaza Tol Loke Yew (BESRAYA Expressway) dan Damansara – Puchong Expressway (LDP). Jelas Wan Salwani yang juga Ketua Pegawai Operasi Bahagian Tol IJM Corporation Berhad, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 38 lorong diwujudkan bagi RFID sahaja, 36 lorong bagi Smart Tag dan RFID dan 93 lorong bagi TNG dan RFID.“Ini adalah bagi membiasakan pengguna dengan sistem tersebut dan dalam masa yang sama, membolehkan pihak kami mendapatkan lebih banyak maklumat untuk tujuan penambahbaikan,” katanya. Di samping itu, terdapat 32 TNG RFID ‘Fitment Centres’ iaitu di Kuala Lumpur (10 pusat), Selangor (15 pusat), dua di utara dan lima di selatan. “Sepanjang program percubaan TNG RFID, bayaran fi tag TNG RFID dikecualikan. Namun, pengguna perlu menambah nilai Touch ‘n Go eWallet mereka untuk membuat pembayaran tol seperti biasa,” katanya — BernamaLebih 100,000 pengguna kenderaan daftar TNG RFID - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
‘PAS tak sokong UMNO sebab PH tak letak calon DAP’PM akui pertemuan dengan 3 pemimpin PAS bincang urusan kerja adminweb 17/02/2019
PUCHONG, 12 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pimpinan PAS memaklumkan, mereka tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kerana Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan wakil DAP sebagai calon
Dr Mahathir berkata, pertemuan pada Jumaat lalu dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dua lagi pemimpin PAS iaitu Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan serta Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, namun mereka tidak menyatakan akan menyokong Bersatu atau PH pada PRK 2 Mac ini
“Saya cuma terpaksa kata yang mereka (Abdul Hadi, Takiyuddin dan Ahmad Samsuri) mengakui mereka tidak akan menyokong (UMNO) kali ini kerana lawan kali ini bukan DAP. Mereka menyatakan mereka tak akan sokong UMNO tapi mereka tidak akan isytiharkan perkara itu
“(Tetapi) Bila saya dengar penafian, terpaksa saya sebut apa yang berlaku…pengakuan mereka, kali ini mereka tidak akan sokong UMNO tetapi mereka tak cakap akan sokong Bersatu atau PH dan mereka (PAS) tak akan hadir (semasa penamaan calon) tapi kita lihat hadir juga,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara (DKN) di sini hari ini
Dr Mahathir berkata, pimpinan PAS berkenaan menyerahkan sepucuk surat contoh yang ditandatangani oleh Takiyuddin sebagai pengakuan itu
Beliau berkata, dalam pertemuan itu juga pimpinan PAS itu menyatakan mereka menyokong pimpinan beliau sebagai Perdana Menteri
“Tetapi sebagaimana kita tahu mereka tidak selalunya menyokong saya,” katanya
Katanya, pertemuan itu lebih berkisar kepada penyelarasan tugas antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri
“Mereka meminta untuk ada wakil daripada parti itu dalam badan-badan kerajaan tertentu, dan kita juga meminta wakil PH diberi tempat dalam kerajaan negeri yang kita tak ada wakil,” katanya. – Bernama'PAS tak sokong UMNO sebab PH tak letak calon DAP' - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Menteri Luar ketuai kumpulan semakan semula harga air: Dr Mahathir‘Nilai wang 1 sen zaman sekarang tak boleh beli apa-apa‘ ainulillia 17/02/201
PUCHONG, 12 Jamadilakhir 1440H, Ahad — Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai kumpulan pegawai Malaysia dalam semakan semula harga air mentah yang dijual kepada negara jiran, Singapura, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Tanpa mendedahkan butiran terperinci bila rundingan berkenaan itu akan dilakukan, Perdana Menteri berkata kumpulan pegawai yang berunding itu ‘sedang mengusahakannya’ dan ia turut dianggotai pegawai-pegawai berkaitan dari Johor.“Kita berpendapat bahawa harga 3 sen untuk 1,000 gelen air itu ditentukan pada tahun 1926. Pada masa itu, nilai wang 1 sen boleh beli banyak barang, tetapi waktu sekarang wang 1 sen tak boleh beli apa-apa, 3 sen pun tak boleh beli apa-apa.“Sepatutnya harga sesuatu barang itu hendaklah ikut keadaan semasa. Hari ini kita bukan cakap pasal millionaire, tetapi pasal billionaire kerana pendapatan meningkat terlalu tinggi. Jadi kalau nak kira harga yang ditentukan pada 1926 itu masih kekal sehingga tahun 3000? Another millenial? Adakah munasabah, saya rasa tidak munasabah. Sampai bila?,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara di sini, hari ini.Isu berkaitan perjanjian itu muncul kembali pada pertengahan tahun lepas apabila Dr Mahathir mengkritik harga air mentah yang dijual kepada Singapura sebagai ‘tidak masuk akal’ dan berkata beliau bercadang untuk merundingkan semula terma perjanjian itu.Perjanjian air itu, yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mendapatkan sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor.Singapura membayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah, dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Johor memperoleh bekalan harian air terawat sehingga 2.0 peratus atau 5.0 mgd air yang dibekalkan kepada republik itu. – BernamaMenteri Luar ketuai kumpulan semakan semula harga air: Dr Mahathir - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
69 sekolah agama, tahfiz di Johor belum berdaftarPihak bomba minta pengendali premis beri kerjasama ainulillia 17/02/2019
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU, 12 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Kira-kira 69 sekolah agama, tahfiz dan pondok di negeri ini dikenal pasti belum berdaftar, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Yahaya Madis.Beliau berkata, jumlah itu adalah berdasarkan kepada 154 fasiliti sekolah agama yang telah dikenal pasti aktif dan sehingga kini, hanya 85 pusat tahfiz didapati berdaftar.“Susulan berlakunya beberapa kejadian tidak diingini kebelakangan ini, kami telah menerima arahan daripada kerajaan untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan kepada pusat-pusat ini.“Kami juga menyahut saranan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor yang mahukan pusat tahfiz ini sentiasa mendapat pemantauan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api dan Penyampaian Sijil Skuad Bomba Zon 1, di Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, di sini, hari ini.Memetik laporan Sinar Harian, Yahaya berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan notis penutupan terhadap pusat tahfiz yang belum berdaftar, tetapi mahu pihak berkenaan memberikan kerjasama.“Mereka ini perlu datang bertemu kami. Sebab utama perkara ini perlu dilakukan kerana fasiliti ini selalunya kurang lengkap, kita mahu ada tahap siap siaga untuk sebarang kecemasan,” katanya.Pada masa sama, Yahaya berkata, pendaftaran tahfiz juga membolehkan setiap fasiliti tersebut mempunyai skuad bomba sendiri yang mana berfungsi sebagai agen kecemasan sekiranya berlaku kebakaran.“Seramai 10 wakil dari setiap tahfiz akan dilatih dan bagi memastikan mereka mengetahui cara memadam api serta langkah menyelamatkan diri.“Sijil dan peralatan memadam api saja tidak memadai tetapi mereka seharusnya memiliki pengetahuan bertindak ketika berlaku kecemasan,” katanya.69 sekolah agama, tahfiz di Johor belum berdaftar - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Benarkah larangan hiburan galakkan jenayah? ainulillia 17/02/2019
FacebookTwitterGoogle+Kongsi melalui emelCetak
1. MENURUT Ketua Pemuda Amanah Kelantan, kes rogol, zina, dan dadah antara masalah sosial dikalangan anak muda di Kelantan. Kata beliau lagi, antara faktor permasalahan ini adalah disebabkan banyak hiburan telah diharamkan oleh Pas Kelantan. Sehingga anak-anak muda di Kelantan terpaksa mencari hiburan sendiri.2. Beliau menjadikan contoh larangan pembukaan pawagam di Kelantan sebagai salah satu faktor yang membawa kepada berlakunya masalah sosial di Kelantan.3. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh PDRM, sehingga tahun 2017, negeri Selangor dan Johor adalah negeri yang mencatatkan jumlah kes rogol tertinggi di Malaysia. Kes rogol di Johor merekodkan jumlah yang paling tinggi di negara kita dengan 15.73 peratus jumlah kes seluruh negara. (data 2010 hingga 2017).Manakala Selangor menjadi negeri tertinggi bagi kes luar tabii dan cabul, masing-masing 235 kes atau 20.39 peratus dan 1,052 kes atau 17.4 peratus. (data 2017)4. Dakwaan yang menyatakan bahawa ketiadaan hiburan dan pawagam menjadi punca wujudnya masalah sosial dikalangan anak muda adalah tidak benar. Ini kerana, Selangor adalah antara negeri yang memiliki pawagam terbanyak (36 buah) berbanding dengan negeri lain. Namun kewujudan pawagam ini tidak juga menjadikan Selangor negeri yang kurang masalah sosial bahkan data di atas menunjukkan Selangor adalah antara negeri yang mencatatkan kes jenayah seksual yang tertinggi.5. Begitu juga dengan Johor, dengan memiliki sebanyak 23 pawagam berdaftar, ia tidak semestinya mengurangkan kadar jenayah rogol dinegeri tersebut bahkan Johor adalah antara negeri yang tertinggi mencatatkan kes jenayah rogol.6. Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, jenayah rogol boleh dicegah dengan beberapa faktor iaitu:(a) memberikan kesedaran kepada wanita, kanak-kanak dan masyarakat tentang jenayah rogol.(b) membanteras penyalahgunaan dadah atau bahan yang mempengaruhi tindakan luar biasa(c) mencegah masyarakat dari melayari laman web lucah-Tidak ada cadangan dari Kementerian Pembangunan Wanita supaya pawagam dan hiburan dibangunkan disesebuah tempat bagi mengatasi masalah sosial anak muda ini.7. Mengawal hiburan berlebihan juga adalah sesuatu yang telah digariskan oleh Syarak. Ia bertepatan dengan saranan al-Quran yang meminta manusia menjauhkan diri dari hiburan yang melalaikan. Firman Allah:وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan.”Moga Allah membimbing kita semua.Dr Ahmad Sanusi AzmiPenafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.Benarkah larangan hiburan galakkan jenayah? - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2019/02/tiga-sen-1000-gelen-9161.html