Tiga Rumusan Utama Ketetapan Mt Umno


by1Media.my-October 28, 2020


KUALA LUMPUR, 27 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata terdapat tiga rumusan utama yang telah ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi parti yang bermesyuarat malam tadi.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, antaranya adalah menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Yang di-Pertuan Agong, mendukung Kerajaan Persekutuan yang ada hari ini dan perlu ada penambahbaikan hubungan antara parti.

Begitu juga tambahnya, menolak sebarang kerjasama bersama Parti Dap dan PKR terutama mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri.


Berikut rumusan utama tersebut:

1. Menjunjung titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong untuk mengendurkan ketegangan politik. Atas semangat itu, kekal mendukung kerajaan hari ini.

2. Perlu penambahbaikan dalam hubungan antara parti-parti dalam kerajaan berpaksikan keikhlasan, penghormatan dan pengiktirafan sewajarnya.

3. Tidak mendukung parti Dap dan DSAI jauh sekali mahu mengangkat mereka menjadi Perdana Menteri atau Kerajaan.

Malam tadi, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO memaklumkan bahawa ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memutuskan beberapa perkara.

Antaranya adalah menjunjung kasih di atas keputusan KDYMM Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri bagi maksud pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga mendokong sepenuhnya titah dan saranan KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.

Selain itu, UMNO juga menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan juga parti-parti pembangkang.

Berikutnya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik COVID-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah.

Seterusnya, mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan Dap. Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional. UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan ‘political consensus’.

Terakhir, Ahmad Zahid dalam kenyataan juga berkata parti akan memastikan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO untuk memperkasakan Muafakat Nasional dapat terus direalisasikan

 – UMNO ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/tiga-rumusan-utama-ketetapan-mt-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dan 2 Pimpinan Utama Umno Berunding Malam Tadi

Muhyiddin Dan 2 Pimpinan Utama Umno Berunding Malam Tadi

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 293 hits
Pertemuan tertutup antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua orang pimpinan UMNO telah diadakan malam tadi Ia melibatkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Bendahari BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor m...
Former Johor Mb Urges Muhyiddin Not To Kowtow To Umno

Former Johor Mb Urges Muhyiddin Not To Kowtow To Umno

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 371 hits
Former Johor menteri besar Datuk Osman Sapian has urged Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin not to give in to pressure from Umno whose actions seem to threaten the Perikatan Nasional administration Utusan Malaysia has reported Osman who...
Wanita Umno Setuju No Dap Tiada Kerjasama Dengan Parti Yang Ada Hubungan Dengan Dap Noraini

Wanita Umno Setuju No Dap Tiada Kerjasama Dengan Parti Yang Ada Hubungan Dengan Dap Noraini

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 308 hits
Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad menegaskan Wanita UMNO menyokong penuh keputusan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersetuju agar partinya tidak menjalinkan sebarang usaha dengan sesiapa yang mempunyai hubung...
Pemuda Umno Gesa Perdamaian Nasional Parti Politik

Pemuda Umno Gesa Perdamaian Nasional Parti Politik

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 343 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata setiap pemimpin politik perlu memiliki iltizam dan komitmen serta kejujuran politik yang jitu untuk menjayakan agenda itu secara bersama PETALING JAYA Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menca...
Mt Umno Esok Wajib Buat Keutusan Jangka Panjang Tidak Semata Mata Soal Jawaan

Mt Umno Esok Wajib Buat Keutusan Jangka Panjang Tidak Semata Mata Soal Jawaan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 252 hits
Esok Selasa MT UMNO akan mengadakan mesyuaratnya di Pahang yang akan menentukan sama ada ia terus kekal bersama PN dan Muhyiddin Yassin atau memutuskan untuk keluar daripada kerajaan Biro Politik UMNO Rabu lalu telah membuat keputusan untuk...
Umno S Annuar Musa No Need To Think Of Pm Replacement Now Let S Have Ge After Covid 19 Eases

Umno S Annuar Musa No Need To Think Of Pm Replacement Now Let S Have Ge After Covid 19 Eases

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 412 hits
Umno s senior leader Tan Sri Annuar Musa today said there is no need to think of changing prime ministers now and that Malaysia should hold a general election to let voters decide when the Covid 19 situation in the country becomes less seri...
Muhyiddin Kekal Pm Tetapi Kembali Kepada Umno Supaya Ujud Kekitaan

Muhyiddin Kekal Pm Tetapi Kembali Kepada Umno Supaya Ujud Kekitaan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 460 hits
Dan terus bekerjasama dengan PAS memantapkan gabungan penyatuan Melayu Ajak MP lain untuk bersama UMNO memperkukuh gagasan Melayu Jika pun ada perbezaan pendapat ia masih sekadar ribut dalam cawan
Minyak Petrol Ron95 Pada Harga Rm1 99 Seliter Apa Anda Perlu Tahu

Pembawa Dulang Anzalna Paling Tua Tapi Nampak Paling Muda

Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman Irfan Haris Video

Cara Mudah Hack Facebook

Pengalaman Pelancong Malaysia Di Vietnam Tular Dedah Taktik Peniaga Buah Cuba Tipu Timbangan

Resepi Kentang Putar Dan Sos Gravy

Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

Tukar Mykad Percuma Jpn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inisiatif Aksi Inovasi Bersama China Asean Untuk Penerapan Model Ai Di Bidang Meteorologi Diluncurkan

Unit Trust Malaysia Price How Much You Need To Start Investing

10 000 000 Dan Alhamdulillah

Sambal Sardin Dan Kelebihan Istighfar

Exam Psra 2025 Tips Strategi Bersama Ustaz Azahari Sulaiman Guru Cemerlang Selangor

Temmax69 28 25 Pgslot 69 100 Top 42 By Kam Tm69 Life