Tiga Lelaki Samun Jurujual Dalam Lif Ditahan


BUKIT MERTAJAM – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan selepas dipercayai terlibat kes samun seorang jurujual di dalam sebuah lif pangsapuri di Bandar Perai Jaya di sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kesemua mereka berusia di antara 24 hingga 32 tahun ditangkap di rumah masing-masing dalam beberapa serbuan yang dilakukan sejak 15 Julai sehingga semalam.
Menurutnya, pengawal keselamatan yang tinggal di pangsapuri berkenaan dikatakan menjadi perancang utama dalam kes samun itu selepas melihat mangsa berseorangan di dalam lif.
“Suspek juga mengaku memukul mangsa sebelum mereka melarikan pelbagai barangan berharga termasuk kereta Toyota Vios milik jurujual terbabit.
“Salah seorang daripada suspek diarahkan untuk menyembunyikan kereta terbabit di sebuah flat di Mak Mandin manakala seorang lagi hanya mengikut arahan pengawal keselamatan terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Shafee berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah seperti samun dan pecah rumah selain terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Katanya, polis berjaya merampas semula kereta dan telefon bimbit jenis Iphone X milik mangsa.
“Kesemua suspek kini direman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 394/379A Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan dan curi kenderaan,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang jurujual cedera akibat dibelasah dan disamun tiga lelaki di dalam sebuah lif pangsapuri di Bandar Perai Jaya.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa berusia 27 tahun dari Sungai Petani dikatakan mahu ke rumah rakannya di pangsapuri terbabit.
Semasa menaiki lif berkenaan terdapat tiga lelaki bersamanya dan salah seorang daripada lelaki itu bertanya ke mana mangsa mahu pergi.
Sebaik dia memberitahu mahu ke tingkat 16, salah seorang daripada suspek bertindak mencekik lehernya menyebabkan berlaku pergelutan antara mangsa dan ketiga-tiga lelaki itu.
Mangsa telah ditumbuk beberapa kali pada pipi kiri dan kanan serta mulut. Suspek kemudian mengambil beg mangsa yang mengandungi dompet, telefon bimbit dan kunci kereta.
Akibat kejadian itu katanya, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM25,000 selepas dompet dan barangan peribadinya dilarikan.
 
The post Tiga lelaki samun jurujual dalam lif ditahan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/21/tiga-lelaki-samun-jurujual-dalam-lif-ditahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Lelaki Termasuk Tiga Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Samun Rm100 000

10 Lelaki Termasuk Tiga Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Samun Rm100 000

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 233 hits
GEORGE TOWN 23 Julai Polis menahan 10 lelaki termasuk tiga anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kes samun menggunakan pistol di sebuah premis pengurup wang di sini membabitkan kerugian RM100 000 pada 14 Julai lepas Ketua Polis Pul...
Kepsek Berharap Jalan Damai Namanya Anak Iseng Tiga Pembully Siswi Smp Di Purworejo Tak Jadi Ditahan

Kepsek Berharap Jalan Damai Namanya Anak Iseng Tiga Pembully Siswi Smp Di Purworejo Tak Jadi Ditahan

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 205 hits
Tiga tersangka perundungan terhadap siswi SMP CA yang berkebutuhan khusus di Purworejo Jawa Tengah tidak ditahan oleh pihak kepolisian Tiga pembully siswi SMP tersebut berinisial TP DF dan UHA Seperti yang diberitakan sebelumnya beredar vid...
Tiga Lelaki Ditahan Edar Dadah Bernilai Rm2 Juta Pdrm

Tiga Lelaki Ditahan Edar Dadah Bernilai Rm2 Juta Pdrm

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 413 hits
Tiga lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah dan polis merampas 47 kilogram dadah bernilai kira kira RM2 juta dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara pada Jumaat dan Isnin lalu Ketua Polis Kuala Lumpur D...
Lelaki Bersama Tiga Pelacur Ditahan

Lelaki Bersama Tiga Pelacur Ditahan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 299 hits
Seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai penjaga premis yang menjalankan aktiviti maksiat dan pelacuran ditahan dalam satu serbuan di Jalan PJU 3 29 Kota Damansara semalam Difahamkan lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira kira pukul...
Perai Jurujual Dicekik Disamun Dalam Lif

Perai Jurujual Dicekik Disamun Dalam Lif

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 160 hits
Seorang jurujual lelaki kerugian RM25 000 selepas disamun tiga individu tidak dikenali ketika berada dalam lif untuk ke rumah rakannya dekat Bandar Perai Jaya di sini tengah malam tadi Dalam kejadian jam 12 15 tengah malam itu mangsa berusi...
Bot Tempatan Guna Warga Asing Ditahan

Bot Tempatan Guna Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 199 hits
Oleh Mohd Khuzairi Bin Ismail Mat Jusoh BOT nelayan tempatan menggunakan kru warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang semalam GEORGETOWN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan sebuah bot nelayan tempat...
3 Anggota Polis Antara 10 Ditahan Rompak Rm100 000 Daripada Pengurup Wang Di Pulau Pinang

3 Anggota Polis Antara 10 Ditahan Rompak Rm100 000 Daripada Pengurup Wang Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 296 hits
Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata 2 daripada 10 suspek merupakan warga asing GEORGE TOWN Polis hari ini menahan sekumpulan 10 individu termasuk 3 anggota polis dari Perak kerana merompak RM100 000 daripada seorang penguru...
Mana Nak Lari Akhirnya Md Rayhan Kabir Berjaya Ditahan

Mana Nak Lari Akhirnya Md Rayhan Kabir Berjaya Ditahan

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 456 hits
LELAKI Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia ditahan agensi terbabit hari ini Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi hari ini Katanya lelaki berusia 25 t...
Dua Ditahan Edar Dadah Pelbagai Jenis Lebih Rm600 000

Dua Ditahan Edar Dadah Pelbagai Jenis Lebih Rm600 000

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR 24 JULAI Polis menahan dua individu pada Selasa lepas kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM664 075 di sekitar ibu negara dan Selangor Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dua individu iait...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik